Home Novel Cinta DIA CINTAKU
BAB 11

BAB 11

Jam menunjukkan tepat pukul dua belas setengah tengah hari. Dan, dari saat dia punch card hingga jam ini, dia merasakan yang semuanya serba tak kena. Akibatnya, habis semua meeting dia minta setiausahanya batalkan. Tak tahu kenapa, tetapi hatinya hebat dilanda rasa bersalah dan resah. Walaupun matanya tertumpu di skrin komputer, namun sebenarnya fikirannya melayang entah ke mana. Namun, bunyi ketukan di pintu bilik pejabatnya tekah kembali menyedarkan dia dari terus hanyut di dalam lamunannya. Pintu bilik pejabatnya dibuka seseorang daripada luar. Dia mengangkat kepalanya sedikit sebelum segaris senyuman nipis terukir dibibirnya.

" Eh! Eiman ... duduklah. Ada mimpi kau datang pejabat aku ni?," tanya Tengku Razlan sebelum bangun dan duduk di sofa yang terletak bertentangan dengan sahabatnya itu.

" Mmm ... takde apa. Tadi ni aku ada meeting dekat bangunan sebelah tu. Jadi ... alang-alang aku dah ada dekat-dekat sini, itu yang aku singgah ofis kau ni. Saja jealah nak jenguk kau sekejap dan nak ajak kau lunch sekali dengan aku. Boringlah makan sorang-sorang. Ni ... kau free tak?"

" Eh! Jomlah. Bagus jugalah kau datang. Otak aku pun tengah jammed ni. Kau nak makan kat mana ... all on me."

" Ni yang aku suka ni. Jomlah makan kat Restoran Seri Ulam kat Pavillian tu. Dah lamalah tak makan situ."

" No problem. Jomlah ... naik kereta aku jealah. Aku drive," cadang Tengku Razlan. Eiman hanya mengangguk tanda setuju. Pada masa yang sama, sempat Eiman mengamati wajah putih bersih sahabatnya itu. Mmm ... ada sesuatu di wajah sahabat baiknya itu yang menarik perhatiannya. Ah! nanti jealah tanya, putus hati kecil perlahan.

Sementara itu di villa yang tersergam indah di atas bukit itu juga tidak banyak bezanya dengan keadaan di TR Holdings. Zara benar-benar merasa tiada semangat untuk bekerja. Semuanya serba tak kena. Lama dia berfikir sebelum dia mengambil keputusan untuk berjumpa dengan majikannya. Sebaik melihatkan majikannya yang sedang berbual di ruang tamu bersama suaminya, Zara berdehem sedikit. Majikannya suami isteri terus memandang ke arahnya serentak.

" Ya, Zara. Kenapa?"

" Mmm ... maafkan saya sebab menganggu. Sebenarnya ... saya rasa tak sedap badan hari ini. Jadi ... saya ingat saya nak minta cuti hari ni. Itupun kalau Puan Sri bagi," dalih Zara.

" Cuti? Boleh. Zara tak nak jumpa doktor ke? Takut nanti melarat," tanya Puan Sri Salma lembut. Risau juga dia mendengarkan pekerja kesayangannya ini tidak sihat. Zara hanya tersenyum kecil sambil menggeleng-gelengkan kepalanya sedikit.

" Takpe Puan Sri. Sakit sikit jea ni Puan Sri. Jadi ... saya fikir tak payahlah saya jumpa doktor. Selepas rehat nanti insyaallah ... kebahlah rasa nak demam saya ini," jelas Zara bersungguh-sungguh.

" Saya suruh Pak Ali hantarkan Zara balik yea!," sampuk Tan Sri Tengku Azmi tiba-tiba. Wajah pembantu isterinya diperhatikan lama. Dia dapat merasakan yang gadis itu sedang menyembunyikan sesuatu daripada mereka berdua. Ini mesti ada kaitan dengan anak lelakinyalah ni.

Bukannya dia tidak nampak gadis itu berlari masuk sambil mengesat air mata pagi tadi. Dan, tidak lama selepas itu dia mendengar bunyi kereta anak tunggalnya dipandu laju. Mesti bergaduhlah tu. Bukannya dia dan isterinya tak tahu yang anak tunggal mereka itu suka sangat mencari pasal dengan gadis itu. Asal berjumpa ada saja yang tak kena.

" Ergh ... takpe Tan Sri. Saya dah call teksi. Terima kasih," sopan Zara menolak pertolongan suami majikannya.

" Kalau macam tu ... ikut mana yang Zara selesa. Have a good rest yea Zara. Tapi ... kalau esok masih tak sihat, tak payahlah Zara datang kerja. Suami saya ada esok. Dia boleh temankan saya ke sesi fisitoerapi tu," kata Puan Sri Salma sambil Tan Sri Tengku Azmi menganggukkan kepalanya sedikit tanda mengiyakan kata-kata isterinya.

" Terima kasih Tan Sri ... Puan Sri. Kalau macam tu ... saya minta diri dulu," balas Zara sambil tersenyum manis. Tanpa berlengah, Zara segera beredar dari situ.

Sebaik tiba di Restoran Sri Ulam, Tengku Razlan dan Eiman terus duduk di salah sebuah meja yang terdapat di restoran itu. Tengku Razlan terus menyandarkan badannya pada kerusi yang empuk itu sambil diperhatikan Eiman. Eiman dapat melihatkan wajah sahabatnya yang keruh semacam jea. Cop 'mohor' yang tercop cantik di pipi sahabatnya itu masih jelas kelihatan. Mmm ... macam kesan baru jea penampar ni. Siapalah yang bertuah dapat menampar macam tu punya kuat kat pipi sahabatnya ini agaknya!

" Kau ni kenapa? Tak sihat ke? Kalau tak sihat ... duduk jealah rumah. Staff kau kan ramai. Takdenya syarikat kau tu terbalik kalau kau ambil cuti sehari atau dua hari," Eiman membuka bicara. Dia dapat melihat sahabatnya itu menarik nafas yang panjang sebelum menghelakannya semula.

" Aku okay. Betul."

" Kalau kau tu okay ... apa pasal muka tu macam muka orang sakit jea. Tu ... cop mohor perempuan mana pulak kat pipi kau tu? Mesti sakit kan!" kata Eiman sambil membuat muka seriau. Tengku Razlan menjeling rakan baiknya sedikit.

" Adalah. Ni ... aku sebenarnya tak percayalah yang kau saja-saja jea singgah ofis aku nak ajak aku lunch. Aku kenallah kau ni sangat-sangat! Mesti kau ada hajatkan?" Tengku Razlan cuba mengalih topik perbualan.

" Hahaha ... betullah. Mana ada apa-apa. Aku memang saja jea melawat kau tadi. Kan aku dah yang aku ada meeting kat sekitar pejabat kau jea tadi ni. Kenapa? Kau tak suka aku ke pejabat kau ke?"

" Taklah. Bukan macam tu. Aku suka kau datang. Lagi-lagilah hari ini."

" Kenapa dengan hari ini?" tanya Eiman sambil dahinya dikerutkan sedikit.

" Ini ada kaitan dengan pembantu mama aku itulah."

" Cuba kau cerita dulu apa sebabnya? Aku dengar. Kalau aku boleh tolong ... aku tolongah."

" Sebabnya ... mmm ... sebab ...."

" Sebab apa?"

" Sebabnya ... adalah. Tak payahlah kau nak tahu semuanya. Cukuplah aku cakap yang aku dah buat sesuatu yang bodoh ... yang teramat bodoh," jawab Tengku Razlan perlahan. Malu sebenarnya nak cerita apa yang berlaku pagi tadi kepada sahabatnya itu.

" What! Aku tak faham. Apa benda bodoh yang kau dah buat tu? Cuba cerita kat aku. Mungkin lepas tu nanti, kau rasa lega. Takdelah semua benda serba tak kena jea ... macam anak kucing hilang mak jea muka kau sekarang ni tau!"

" Mmm ... aku ... aku ... I kissed her this morning. Sebelum kau kutuk aku ... aku nak bagitahu kau yang aku tak bangga pun dengan apa yang buat tu. Mula-mula tu memang aku seronok sebab dapat kena kan dia. Tapi ... lepas tu .. aku rasa akulah orang paling bodoh sekali kat dunia ni," jawab Tengku Razlan.

" Kenapalah kau ni kalau buat apa-apa tak tahu nak fikir panjang? Perbuatan kau tu dalam undang-undang istilahnya 'mencabul'. Kau tahu tak akibatnya kalau dia buat report?" tanya Eiman tidak puas hati. Bibirnya diketap sedikit. Sahabatnya ini memang dah melampau betullah.

" Aku tahu ... tapi ... aku geramlah kat dia. Entahlah. Aku pun tak tahulah macam aku boleh buat semua tu. Itu yang semua benda serba tak kena jea hari ni. Betul Eiman ... bila aku ingat-ingat balik ... aku malu dengan apa yang berlaku pagi tadi," jawab Tengku Razlan sambil meraup wajahnya dengan kedua-dua telapak tangannya.

" Kau ni memang melampau tau. Kau memang patut rasa malu dengan apa yang kau dah buat pagi tadi. Sepatutnya ... kau tu buat baik dan hormatkan dia. Dia jaga mak kau macam dia jaga mak dia sendiri tau. Kau ingat senang ke kau nak cari pekerja macam tu lagi sekarang ni. Kau terhutang budi tau kat dia tu. So ... tu yang kat pipi kau tu ... ' hadiah' daripada dialah tu yea!"

" Mmmm... " jawab Tengku Razlan pendek. Tangan kanannya segera mengusap-ngusap pipinya yang mendapat penangan Zara pagi tadi. Masih terasa sakit lagi pipinya ini sebenarnya!

" Memang patut pun dia lempang kau. Kalau kau anggap aku ni kawan kau ... kau berubahlah. Jadi macam Razlan yang dulu! Janganlah sebab seorang perempuan yang pernah hancurkan hati kau dulu, kau nak hancur perempuan-perempuan lain pula. Bayangkan kalau besok kau ada anak perempuan dan ada lelaki yang buat anak perempuan kau macam kau buat sekarang ni kat anak orang lain! Apa perasaan kau?"

Tengku Razlan hanya mendiamkan dirinya saja. Dia sedar akan kebenaran yang pada setiap kata-kata sahabatnya itu. Dia sebenarnya kesal dengan apa yang telah berlaku. Bila difikir-fikirkan balik, dia sendiri pun tak faham apa yang merasuk fikirannya pagi tadi.

" Kau nak tahu sesuatu tak?"

" Apa dia?"

" Aku rasa kau sukakan dia sebenarnya. Tapi ... kau cuba nak nafikan."

" Apa kau cakap ni! Tak mungkinlah."

" Come onlah bro. Kau boleh nafikan, tapi mata kau tak pandai menipu. Aku nampak cara kau pandang dia semalam. Aku dengar cara kau cakap tentang dia semalam. Kau tak pernah macam tu pada mana-mana perempuan hatta pada ex-tunang kau pun! Dan, aku ni dah lama kenal kau. Kau sukakan dia sebenarnya. Itu yang kau kecewa kan ... bila tahu dia dah nak jadi milik orang semalam. Akibatnya ... kau lepaskan semua kekecewaan kau tu kat dia pagi tadi dengan cara yang sungguh tidak beradab tu. Kekecewaan kau mengatasi kewarasan kau."

Tengku Razlan menarik nafasnya panjang mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Dibiarkan saja kata-kata sahabat baiknya tanpa membalas. Pada masa yang sama, matanya terus melihat satu-satu para pengunjung Pavillion yang lalu-lalang di hadapan restoran itu sebelum matanya tertumpu pada seseorang yang amat dikenalinya dan orang itu juga masuk ke dalam restoran yang sama. Pasti orang itu tidak sedar akan kehadiran di situ. Bibir merahnya tersenyum sedikit.

" Bro ... kau tengok apa lagi tu?" tanya Eiman sambil memetik-metik jarinya. Tengku Razlan segera berpaling ke arah Eiman dan tersenyum sedikit sebelum bersuara.

" Eiman ... aku nak ke kedai bunga kat depan tu sekejap."

"Hah! Bunga? Kau nak buat apa beli bunga? Weh! Orang lunch makan nasilah, bro."

" Ala ... adalah. Nanti kau tahulah. Jangan lupa tau. Pesankan aku punya sekali," pesan Tengku Razlan sebelum beredar dari situ.

Eiman hanya menggeleng-gelengkan kepalanya sedikit. Susah betul nak nasihatkan si buaya keramat seekor ni. Ini mesti adalah mana-mana girl yang telah menarik perhatian sahabat baiknya tu sehingga sahabatnya itu sanggup berlari nak beli bunga bagai. Suka hati kaulah Razlan, kata Eiman di dalam hati kecilnya. Terus dia memanggil pelayan dan memesan makanan untuk mereka berdua.

Namun tak berapa lama kemudian, Tengku Razlan kembali semula. Cuma bezanya kali ini di tangan lelaki itu ada sejambak bunga mawar merah dan sekotak coklat yang cantik berikat dengan reben berwarna merah jambu polka dot putih. Eiman mengerutkan dahinya sedikit.

" Hai! Cepatnya. Ni ada bunga dan coklat ni ... kau nak beli jiwa girl mana pulak ni? Jangan nak tambah masalah bro. Masalah kau yang pagi tadi pun belum selesai lagi. Aku bukannya nak busy body tapi ... aku tak naklah kau jadi sewel nanti!"

" Lah! Bunga dan coklat ni untuk selesaikan masalah pagi tadilah."

" Lah ... yang kau beli sekarang ni buat apa? Nanti lepas makan ... kan boleh beli. That girl bukannya ada kat sini pun sekarang ni."

" Siapa kata takde kat sini. Cuba kau pusingkan kepala kau pukul tiga. Cuma dia tak duduk mengadap sini." Eiman memusingkan kepalanya mengikut arahan Tengku Razlan.

" Haah! Dialah. Tapi ... apa yang dia buat kat sini? Bukan dia sepatutnya ada kat rumah kau ke? Ini baru pukul berapa!"

" Itulah ... tadi ni masa kat kedai bunga aku call mama aku sekejap. Dia kata Zara minta cuti sebab tak sedap badan."

" Kalau tak sihat ... kenapa pula dia kat sini?" tanya Eiman sambil mengerutkan dahinya.

" Entah. Manalah aku tahu. Mungkin dia temberang mama aku jea kot. Kau tunggu sekejap yea. Aku nak bagi bunga dan coklat ni kat dia," kata Tengku Razlan semangatnya. Eiman hanya tersengih seperti kerang busuk melihatkan kelakuan Tengku Razlan.

" Bacalah 'bismillah' bro. Aku cuma mampu doakan semoga kau tak dapat pelempang percuma lagi," sempat lagi Eiman menyakat sahabat baiknya itu. Tengku Razlan memandang tepat ke wajah sahabatnya itu sambil membulatkan matanya sedikit. Eiman hanya tersenyum sambil ibu jarinya menunjukkan isyarat 'selamat berjaya'.

Zara yang sedang sibuk membaca e-mail di telefon pintarnya terkejut apa tiba-tiba muncul saja sejambak bunga muncul di hadapannya. Dia segera berpaling ke belakang. Rona wajahnya terus berubah warna. Dia menelan air lirnya sedikit. Macam mana lelaki tak guna ni pun boleh ada kat sini, tanya hati kecilnya.

" Errghh ... apa semua ni? Nak makan pelempang saya lagi ke?" tanya Zara garang.

" Aku nak minta maaf kat kau. Aku tahu perbuatan aku tu salah. Dan, aku tak bangga pun dengan perbuatan aku tu. Tolong maafkan aku," mohon Tengku Razlan sambil menghulurkan jambangan bunga mawar merah itu dan sekotak coklat.

" Saya tak nak semua ni. I don't want anything from you Tengku Razlan. Tak faham ke! Or ... do you want me to speak in Spanish to make you understand," balas Zara tegas. Zara dapat melihat wajah anak majikannya itu berubah sedikit.

" Zara ... kau nak aku buat apa supaya kau maafkan aku? Cuba kau cakap. Aku sanggup jea. Tolonglah maafkan aku. Aku tak boleh nak kerja tau. Semua benda serba tak kena. Kita jadi kawan nak?"

" Bukan masalah saya. That's your problem. Dan, saya tak perlukan Tengku sebagai sahabat saya. Noktah," tegas Zara sebelum kembali memandang skrin telefon pintarnya. Malas betul dia nak pandang muka anak majikannya itu. Sakit hatinya masih belum surut lagi lantaran peristiwa pagi tadi. Kalau nak diikutkan rasa hatinya, mahu saja dia menumbuk muka lelaki ini walaupun dia sedar penumbuknya kecil saja saiznya.

Namun, tindakan Tengku Razlan yang tiba-tiba melutut di sebelah kerusinya benar-benar sungguh mengejutkan dia. Zara segera memandang tepat ke wajah lelaki itu. Begitu juga dengan lelaki itu. Mata mereka saling berpandangan. Zara menarik nafasnya panjang. Pada masa yang sama, Zara juga perasan yang semua mata yang berada di restoran itu juga sedang memandang ke arahnya. Hish ... apa mamat sengal ni buat. Memalukan betullah, rengus Zara di dalam hatinya.

" Tengku ... bangunlah. Jangan nak buat macam ni. Saya malu tau! Nanti orang fikir yang bukan-bukan."

" Tak nak! Aku akan terus melutut sampai kau ambil bunga dan coklat ni ... dan kau cakap yang kau maafkan. Dan ... kita jadi kawan," balas Tengku Razlan degil.

" Tengku ... sudahlah. Bangun. Nanti orang salah faham. Kalau ada reporter yang nampak lagi susah. Nanti diorang tulis yang bukan-bukan. Kesian kat mama Tengku. Kesian kat Cik Lisa. Kesian kat saya. Tak cukup ke Tengku malukan dan sakitkan hati saya pagi tadi," pujuk Zara.

" Cakap kau maafkan aku dulu. Baru aku bangun." Tengku Razlan memberi syaratnya sambil memandang tepat ke anak mata pekerja kesayangan mamanya itu. Dia dapat mendengar gadis itu berdengus perlahan.

" Baiklah. Saya maafkan Tengku. Dah ... bangunlah," gesa Zara lagi.

" Betul kau maafkan aku."

" Iyalah. Kan saya dah cakap tadi ni."

" Kita kawan?"

" Iyalah. Apa-apa jealah. Cepatlah bangun."

Tersenyum lebar Tengku Razlan mendengarkan jawapan Zara. Bunga dan coklat yang dihulurnya segera disambut Zara. Dan, sebaik Tengku Razlan bangun dari melutut ... terus terdengar bunyi tepukan tangan para pelanggan. Ini termasuklah Eiman. Senyuman nipis terukir dibibirnya. Eiman tumpang gembira. Nampaknya sahabat baiknya telah berjaya menyelesaikan masalahnya dan semoga kawannya itu tak cari masalah lagi dengan gadis itu di masa depan.

" Alone?" tanya Tengku Razlan dengan wajah yang manis sebaik duduk di hadapan Zara.

" Buat masa ni ...," jawab Zara ringkas.

" Can I join you? "

" I don't think so Tengku. Saya tunggu orang sebenarnya." Hissh ... tak ingin dia lunch dengan si ngap-ngap ni. Lagi-lagilah dia sebenarnya tengah tunggu seseorang sebenarnya.

" Okaylah. Lain kali lunch dengan I yea?"

Belum sempat Zara menjawab, terdengar seseorang berdehem perlahann di belakangnya. Zara segera menoleh ke belakang. Senyuman manis terus terukir di bibirnya yang mungil itu.

" Honey ... who's this?" tanya lelaki Causasion itu sambil memandang Zara dan Tengku Razlan bersilih ganti. Namun di bibir lelaki Caucasion itu tetap terukir senyuman manis untuk kedua-dua mereka.

Gugup seketika Tengku Razlan sebaik berhadapan dengan lelaki yang tersenyum kepadanya itu. Dia pernah nampak lelaki ini. Memang ini bukan lelaki yang sama yang dia nampak di Coffee Bean semalam. Tetapi, inilah lelaki yang bermain gitar sambil menyanyi di Simfoni Bayu dulu! Jantungnya mulai berdegup kencang dan tidak keruan. Hatinya terasa sakit tiba-tiba macam ditoreh-toreh dengan benda yang tajam. Apatah lagi bila dilihatnya Zara tersenyum manis ke arah lelaki Caucasian yang memanggilnya 'honey' itu. Terus hati kecilnya terasa semakin sakit ...sakit yang amat sangat! Dan, rasa bencinya kepada Zara kembali memekar!


Previous: BAB 10
Next: BAB 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh noma