BAB 18
" Hai! Jauh anak mama ni termenung. Ingat kat
girlfriend yang manalah tu kot?" tanya Puan Sri Salma tersenyum mengusik
sebelum melabuhkan punggungnya di sofa yang terletak bertentangan dengan anak
bujangnya itu.
Tergelak kecil Tengku Razlan mendengar usikan mamanya
itu. Wajah mamanya dipandangnya seketika sebelum mencapai remote control yang
terletak di hadapannya dan menukar ke rangkaian BBC Adeventure. Selepas
mengusap perlahan lehernya, dia memulakan bicara.
" Mana ada mama. Ni ... pembantu mama ni mana?"
Sejak malam gadis itu menghantarnya pulang ke kondonya,
dia tidak berpeluang bertembung dengan gadis itu kerana dia ke Filipina selama
seminggu.
" Hai! Ada apa-apa ke sampai teringat kat pembantu
mama tu?" tanya Puan Sri Salma sengaja mengorek isi hati anaknya.
Tersenyum lebar Tengku Razlan mendengarkan kata-kata
mamanya. Sebenarnya, dia sendiri pun terkejut dengan pertanyaannya sebentar
tadi.
" Tadelah. Tiba-tiba jea teringatkan pembantu mama
yang kaki bangkang tu! Bukannya ada maksud apa-apa pun!"
" Iye ke?"
" Hahaha .... mama ni. Bukannya apa. Cuma ...
selalunya pagi-pagi macam ni dah nampak dah dia dengan muka cemberutnya kalau
terserempak dengan Raz," balas Tengku Razlan cuba mengelak mamanya dari menghidu apa yang
terdapat di hati dan fikirannya sebenarnya.
" Manalah Raz nak nampak dia hari ni. Hari ini kan
hari Ahad. Ni ... macam mana hari pun boleh lupa ni?"
Tengku Razlan hanya tersenyum kecil mendengarkan usikan
mamanya. Lama dia mendiamkan diri melayan fikirannya yang sendat dan padat
dengan wajah gadis yang bernama Zara itu saja.
" Mmmm ... mama, Raz nak tanyalah sikit."
" Tanyalah. Mama dengar."
" Mmm ... berdosa tak kalau kita kacau tunang orang ke
... kekasih orang ... bakal isteri orang ke?"
" Apa maksud Raz? "
Hati tuanya mulai risau. Biar betul anaknya ni. Takkanlah
begitu banyak perempuan kat keliling pinggang tu, orang punya juga yang diinginkan,
omel Puan Sri salma di dalam hatinya. Wajah anak terunanya direnung lama.
" Takde apa-apa. Raz saja jea tanya.
Suka-suka." Puan Sri Salma menarik nafasnya panjang dan perlahan.
" Dosa Raz. Apatah lagi kalau tunang orang. Haram.
Haramnya perbuatan tu samalah macam haramnya mengambil harta orang lain secara
paksa dan menumpahkan darah. Isteri orang ke .... tunang orang ke, kalau kita
dah tahu tak bolehlah kacau. Nabi s.a.w
pun pernah bersabda ... janganlah ada
dia antara kamu yang meminang terhadap pinangan orang lain."
" Tapi ... kenapa ma? Diorang kan baru jea bertunang.
Bukannya suami isteri lagi," Tengku Razlan berkata sambil matanya
memandang tepat wajah mamanya.
Jelas air muka
kurang puas hati dengan jawapan orang tuanya. Puan Sri Salma melepaskan keluhan
sedikit sambil mengerutkan dahinya. Pelik sungguh dia dengan pertanyaan yang
nampak beriya benar daripada anak tunggalnya itu.
" Banyak sebab dilarang berbuat macam tu Raz.
Antaranya untuk mengelakkan dendam, merenggang tali persaudaraan,
pergaduhan dan yang paling dikhuatiri
boleh membawa kepada pembunuhan." Terdengar anak lelakinya mengeluh
panjang.
" Raz ... cuba cakap dengan mama. Raz ni terjatuh
hati kat tunang orang ke? Kan Raz ada Lisa.
Jangan nak kacau tunang orang ke atau kekasih orang ke ... Apa kata mama
pinangkan Lisa. Mama tengok dah lama dah Raz berkepit dengan dia tu. Raz ingat
mama tak tahu yang Raz selalu lepak kat kondo Lisa atau kadang-kadang tu Lisa
bermalam kat kondo Raz. Ingat Raz. Lisa tu anak kepada kawan baik papa kamu!
Kamu jangan nak macam-macamlah pulak!," Puan Sri Salma memberi amaran.
Memang kepalanya pening memikirkan tingkah-laku anaknya
yang agak bebas dan sering bertukar-tukar kekasih. Lama Tengku Razlan
mendiamkan diri sebelum menjawab perlahan.
" Taklah ma. Raz saja jea suka-suka tanya. Pasal
Lisa tu ... bagilah Raz sikit lagi masa," balas anaknya tersenyum sedikit.
Puan Sri Salma membalas senyuman anaknya itu.
" Raz kena
ingat yea. Raz itu orang meniaga. Reputasi dan nama baik ni penting untuk Raz
untuk terus berjaya di dalam bidang Raz sekarang ni. Remember that! " kata
Puan Sri Salma lembut tapi bernada tegas sambil melepaskan nafas lega.
Tengku Razlan menganggukkan kepalanya tanda faham.
" Mama janganlah risau. Insyaallah Raz takkan buat
macam tu," kata Tengku Razlan memandang tepat ke wajah tua mamanya.
Puan Sri Salma tersenyum nipis mendengarkan kata-kata
anak tunggalnya. Namun begitu hati tuanya masih lagi merasa kurang senang. Hati
tuanya mulai dilanda kerisauan. Tapi, disimpannya saja jauh ke dalam hati
sambil dipanjatkan doa kepada Illahi agar melindungi anaknya.
" Mama ... boleh Raz pinjam PA mama untuk sehari
tolong Raz kat pejabat?"
" Kenapa mesti PA mama yang Raz pinjam?"
Bukannya dia dan suaminya tidak tahu apa yang sering
berlaku dia antara anak tunggalnya dan pembantu pribadinya setiap kali bertemu.
Asyik nak bergaduh jea. Tengku Razlan menggaru-garu kepalanya sedikit
mendengarkan pertanyaan mamanya itu.
" Takdelah. PA Raz cuti besok ni. Pekerja mama tu
pun dah nak habis kontrak dengan mama. Raz tengok dia jaga mama dengan baik So
... Raz ingat saja jealah bagi dia peluang kerja kat ofis sekali-sekala. It's
good for her resume nanti. Mama juga yang ajarkan ... orang berbudi, kita
berbahasa," jawab Tengku Razlan sambil bibirnya tersenyum nipis.
Puan Sri Salma tersenyum lebar mendengarkan jawapan
panjang-lebar anak tunggalnya itu.
" So ... macam mana mama? Boleh tak?" tanya
Tengku Razlan lagi.
Puan Sri Salma tersenyum sebelum tergelak kecil
melihatkan gelagat anak tunggalnya itu. Nampaknya anaknya itu amat mengharap
sekali persetujuannya. Betul juga cakap anaknya itu.
" Boleh. Idea Raz tu bagus. Mama sokong. Mama ingat
tadi ni Raz nak suruh mama pinangkan pekerja mama tu tadi"
" Mama ni ... ke situ pula. Anyway, thanks a lot ma.
Raz minta diri dulu ma. Besok .... pagi-pagi lagi dah ada meeting penting nak
kena attend. Raz balik dulu yea ma. I love you ma," kata Tengku Razlan
bingkas bangun dari tempat duduknya dan mencium dahi mamanya serta menyalami
tangan mama kesayangannya sebelum beredar pulang ke kondonya.
" Hmmm ... iyalah. Bawa kereta tu jangan
laju-laju," pesan Puan Sri Salma. Tengku Razlan menganggukkan kepalanya
tanda faham.
" Ingat ma. Cakap pasal tadi tu kat dia. Suruh dia
terus jumpa Raz kat pejabat tepat pukul sembilan," pesan Tengku Razlan.
" Iyalah anak bertuah. Mama ingat," balas Puan
Sri Salma tersenyum penuh makna.