Home Novel Cinta Designer Abang Cengeh?
Bab 20

KELOPAK mata yang berat dikatup seketika. Alangkah indahnya andai dia dapat melelapkan mata barang seminit dua. Letih dengan perjalanan jauh dan memenatkan, ditambah pula dengan tidur yang tidak cukup, Ainul Mardhiah mudah diterpa kantuk.

Kalau dapat bantal, alangkah indahnya. Lalut Ainul Mardhiah dengan mata yang masih terpejam. Rasanya dia sudah berada di antara dua alam, tak sedar yang kepalanya sudah mengalas bahu Syed Badiuzzaman secara tak sengaja. Bila kepalanya disigung, baru dia terpisat membuka mata.

“Lenguh bahu aku kau buat bantal. Lama lagi ke nak tidur?” Soal Syed Badiuzzaman, terus membuatkan Ainul Mardhiah duduk tegak. Hilang terus rasa kantuknya, sebaliknya berasa segan pula dengan Syed Badiuzzaman. Walaupun mukanya memaku kerusi di depan, ekor matanya sempat menjeling reaksi Syed Badiuzzaman yang sedang memusing-musing tangan kanannya. Lenguh barangkali! Malunya aku!

“Maaf Tuan Muda Syed Badi.”

“Maaf, maaf! Itu ajelah kerja kau.”

“Maaf!” Ucapnya sekali lagi. Ruang duduk belakang teksi itu sepi tanpa bicara mereka berdua sehinggalah teksi diberhentikan di depan hotel tempat mereka menginap.

“Mersi.” Ucap pemandu teksi itu dengan loghat Perancisnya setelah Syed Badiuzzaman membuat bayaran. Mereka berdua keluar dari teksi tersebut sebelum masing-masing berjalan masuk ke dalam lobi hotel.

“Ain...” Panggil Syed Badiuzzaman di belakang. Ainul Mardhiah berhenti melangkah. Dia menunggu Syed Badiuzzaman di tepi pintu utama lobi itu. Barangkali ada sesuatu yang ingin diberitahu lelaki itu.

“Kau nak tengok Kota Paris malam ni?”

“Tak...saya nak berehat saja.” Tolak Ainul Mardhiah sambil menggeleng. Sungguh, dia letih dan ingin berehat namun wajah Syed Badiuzzaman yang berubah bila pelawaannya ditolak membuatkan Ainul Mardhiah jadi serba salah pula.

“Berehat masa tidur saja. Aku tunggu kau malam ni pukul tujuh.” Putusnya sambil menghulur beg kertas kepada Ainul Mardhiah. Dia teragak-agak tetapi menyambut juga beg kertas itu.

“Aku nak tengok kau pakai baju tu malam ni.” Kata Syed Badiuzzaman sebelum masuk ke dalam Hotel Jays Paris. Ainul Mardhiah di belakang hanya menggeleng. Dia berjalan masuk juga. Ada dua jam sebelum tujuh malam, sempatlah dia tidur sebentar sebelum keluar atas arahan Syed Badiuzzaman.

Previous: Bab 19
Next: Bab 21

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.