Home Novel Cinta Kalam Cinta Buat Dhia
Kalam Cinta Buat Dhia
Laila Qaisara
31/10/2013 11:28:03
26,425
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
05

“Dhia!”

Dhia yang tekun membaca surat khabar, memandang seketika Hafiza yang tersengih-sengih memandangnya. Kenapa dah macam kerang busuk ni?

“Kau buat apa tu?”

“Baca artikel pasal kes rogol ni,”

Berubah air muka Hafiza seketika. Namun Dhia tidak menyedarinya.

“Aku muak, aku bosan, aku runsing. Hari-hari ada saja kes rogol yang dilaporkan. Pelakunya bukan sahaja di kalangan orang asing, tapi juga orang yang dikenali mangsa. Macam ayah, datuk, abang, pakcik…,”

“Kau baca ni, statistik menunjukkan dalam masa sepuluh tahun saja, lebih 2000 kes yang dilaporkan. Itu yang dilaporkan, belum yang disembunyikan lagi tu. Hee, takut aku dengan benda ni semua…,”

Hafiza hanya diam tidak berkutik. Dhia hairan. Dia menoleh dan kemudian…

“Hampeh! Penat je aku cakap dengan dia, rupa-rupanya dia tidur! Hafiza, bangun la…,”

Terpisat-pisat Hafiza bangun. Perlahan dia menggosok matanya.

“Kau dari mana ni?”

“Kau lupa? Hari ni aku ada peperiksaan. Lagi dua kertas dan aku akan merdeka!”

Dhia buat muka tidak puas hati. Hafiza angkat kening.

“Kau apa hal? Nak cari gaduh?”

“Aku malas nak cari gaduh dengan kau,” balas Dhia selamba. “Sebab nanti, aku juga yang akan menang. Hehee…,”

“Dhia!”

“Kau gelakkan aku ye. Takpe, aku tak nak bagitahu kau tentang apa yang aku dengar tadi,”

“Kalau pasal gosip, aku tak nak dengar. Gosip tu lebih pada mengumpat dan memfitnah kan. Aku tak nak terbabit,”

“Aku bukan nak cerita pasal gosip la. Aku nak cerita pasal kau,”

“Pasal aku? Kenapa pulak?”

“Itu yang aku nak tanya kau ni. Ada orang nampak kau dalam kereta Mikhail Adam haritu. Betul ke?”

“Apa?”

*****

“Apa?”

“Betul ke apa yang aku dengar ni, Sara?”

“Betul la, aku nampak dengan mata kelapa aku sendiri, budak Dhia tu ada dalam kereta Mikhail,”

“Kelapa otak kau! Kepala la!” sempat lagi Niki memarahi kawannya itu. Bukan kawan, tapi lebih kepada budak suruhan. Kaisara terkebil-kebil mendengar semburan amarah Niki.

Niki menghempas buku-bukunya di atas meja. Geram tidak terkata apabila Kaisara menyampaikan berita yang kurang menyenangkan itu.

“Kurang ajar punya anak jalanan! Kau tumpang kereta dia?”

Menggigil tanganya menahan marah.

“Er, Niki. Nak air sejuk?”

“Kau diam!”

Kaisara kembali tunduk. Namun sempat dia merungut sesuatu yang tidak pasti.

“Kau ingat kau boleh rampas Mikhail daripada aku? Jangan harap! Aku akan pastikan yang kau takkan dapat apa yang kau hajati!”

“Kau nak buat apa?” tanya Kaisara, lurus.

“Adalah…,” Niki tersenyum penuh muslihat.

*****

“Itu yang aku dengar,”

Dhia pandang Hafiza tepat-tepat. “Mana kau tahu cerita ni? Begitu teliti lagi,”

“Kebetulan, aku ada dekat situ. Mereka aje yang tak nampak aku,”

Dhia senyum. “Kalau Niki nak buat sesuatu, biarkan aje. Terima kasih Hafiza. Sekurang-kurangnya aku tahu yang Niki ada niat tak baik dengan aku,” Dhia bangun.

“Eh, Dhia! Kau nak pergi mana tu?”

“Aku nak ke dewan peperiksaan la. Apa kau ingat kau sorang je ada peperiksaan?”

Hafiza melongo. Kalau aku tahu tadi, tak aku ceritakan pada kau, Dhia…

Namun wajah Dhia selamba. Langkahnya panjang dan tetap menuju ke dewan peperiksaan sebelum…

Niki menahannya.

Dhia senyum. “Assalamualaikum,”

“Waalaikumsalam,” dijawab juga salam itu walaupun hatinya diselubungi api kemarahan. “Woi, anak jalanan!”

“Nama aku Dhia Nadhira,” sampuk Dhia selamba. Bagai mencurah minyak ke api.

“Apa-apa aje la,” Niki mendengus. “Kau ingat, muka kau yang macam tapai basi ni layak dengan Mikhail?”

“Aku tahu aku tak layak pun,”

“Menjawab ek?”

“Dah kau tanya, aku jawab je la,”

“Kau!”

“Niki!”

Tak jadi jemari runcing Niki hendak menunjal kepala Dhia. Niki menoleh. Terkejut apabila melihat kelibat Mikhail di situ.

“Buat apa ni?”

“Aaa… aaa… aaa…,”

“Sudahlah, Niki,” Dhia bersuara. “Kau nak Mikhail ni kau ambillah. Aku tak hadap pun. Aku lagi banyak kerja yang nak dibuat. Bukan macam kau yang hanya tahu nak melawa, cari populariti dan mengorat jantan,” terus Dhia berlalu dari situ tanpa sempat Niki berkata-kata. Niki makin geram.

“Kau!”

“Sudahlah tu,” pujuk Mikhail. “Yang awak ni, tak belajar ke untuk peperiksaan nanti? Asyik melenggang je dengan tak bawak buku. Orang lain semua kalau boleh, nak rebus buku pastu nak minum. Awak relaks je,”

Niki tersenyum. “You, you dah lupa ke yang I ni pelajar genius?” Niki terus berlalu dari situ tanpa mempedulikan Mikhail yang berdiri di situ.

Tergeleng-geleng Mikhail dengan kata-kata Niki.

*****

Dhia tergesa-gesa masuk ke dalam bilik. Hafiza yang sedang berbaring di atas katil tidak ditegurnya seperti selalu. Hafiza hairan. Dia bangun dari pembaringannya.

“Dhia, macam mana kertas tadi? Boleh jawab?”

“Boleh,” Dhia terus menyelongkar katilnya. Seakan sedang mencari sesuatu.

“Kau cari apa ni, Dhia?”

“Sapu tangan aku…”

“Kat mana kau letak?”

“Selalunya aku bawa. Ini tak ada pulak,”

“Kau dah cari betul-betul? Mana tau kau belum basuh ke,”

“Aku baru je angkat dari ampaian semalam,”

Hafiza garu kepala yang tidak gatal. Dia bangun dari pembaringannya lalu melompat turun dari katil.

“Kau ni tak reti nak turun elok-elok ke?”

“Kau tak tahu ke yang katil dua tingkat kita ni tak ada tangga?”

“Ye tak iye jugak ek,” giliran Dhia pula yang menggaru kepalanya. “Eh, kau turun ni nak buat apa? Nak solat?”

“Tak la, aku nak main masak-masak. Aku nak tolong kau cari sapu tangan kau tu la. Kalau tak jumpa, malam karang kau mengigau cari sapu tangan kau dalam tidur pula. macam aku tak tahu perangai kau,”

Dhia tersengih lagi. Mereka sama-sama mencari sapu tangan kesayangan Dhia namun tidak berjumpa. Baldi Dhia kosong, tanda belum ada baju kotor yang dikumpul untuk dibasuh. Dhia dan Hafiza terduduk kepenatan.

“Mana sapu tangan aku ni…,”

“Tercicir agaknya,”

“Sapu tangan tu, arwah Ibu yang bagi…,”

“Aku tau, Dhia,”

“Mana aku cicirkan sapu tangan tu…,”

“Ha, yang itu aku tak tahu,”

Lembut tangan Dhia hinggap di bahu Hafiza. Hafiza tersengih. Hilang mendung di wajah Dhia.

“Mana aku nak cari lagi sapu tangan tu?”

“Kau pergi mana tadi?”

“Dewan la. Aku kan ada peperiksaan tadi,”

“Lepas kau jumpa aku tu, kau terus ke sana la?”

“Ye la. Tapi masa tu aku sedar sapu tangan aku tak ada…,” tiba-tiba Dhia terdiam.

“Kenapa?”

“Sebelum tu aku terserempak dengan Niki dengan teman lelakinya tu,”

“Mikhail?”

Dhia mengangguk.

“Dhia, Mikhail bukan teman lelaki Niki la! Niki tu je yang syok sendiri,”

“Tak kisahlah. Tapi aku jumpa mereka tadi,”

“Jumpa? Sengaja ke tidak?”

“Terserempak. Kiranya tak sengaja la tu,”

“Oh…,” muncung Hafiza sudah membentuk huruf O.

“Takkan tercicir masa tu kot?”

Dhia terdiam. Takkan tercicir masa tu kot?

Hafiza mencapai telefonnya.

“Kau nak buat apa tu?”

“Telefon Mikhail. Tanya pasal ni,”

Pantas Dhia merampas telefon dari tangan Hafiza. “Tak payah la. Buat gaduh aja nanti,”

“Kalau betul sapu tangan ni di tangan dia, macam mana? Lagi jadi gaduh dengan Niki. Sebelum api kecil bakar rumah, baik kita siram air,”

Dahi Dhia berkerut. “Peribahasa apa kau pakai ni, Hafiza?”

“Peribahasa aku reka sendiri. Bagi balik telefon tu!” Hafiza merampas kembali telefon bimbitnya dari tangan Dhia. Kemudian dia menekan-nekan butang telefon itu.

“Hafiza,”

“Iya?”

“Kau ada nombor Mikhail Adam tu ke?”

“Er…. Tak ada sebenarnya,”

“Ceh!”

*****

“Dhia, kau dah jumpa ke sapu tangan kau?”

“Belum,”

“Habis tu, kau tak mengigau pun malam tadi,” pelik Hafiza dengan apa yang berlaku semalam. Dhia tidak mengigau seperti kebiasaannya apabila dia kehilangan sesuatu. Apatah lagi, sapu tangan yang hilang itu adalah pemberian terakhir arwah Ibunya.

“Kau baca surat ni,” Dhia menghulurkan sepucuk surat merah jambu kepadanya. Dengan kening yang terangkat dia membaca surat itu.

Diriwayatkan dari Aisyah : setiap kali Rasulullah Saw hendak tidur (malam hari) Nabi Saw menangkupkan kedua tangannya dan meniupnya setelah membaca Surah Al Ikhlas, Al Falaq dan Al Nas, lalu mengusapkannya ke seluruh bagian tubuhnya. dimulai dari kepala, wajah, dan bagian depan tubuhnya. Nabi Saw melakukannya tiga kali.

Hadis riwayat Bukhari.

Saudari, amalkanlah bacaan ini sebelum tidur. Insya Allah, jika ia diamalkan akan menjadi kebiasaan dan akan membentuk watak yang baik dalam diri saudari.

“Pendek je suratnya ni,” ulas Hafiza.

“Pendek tapi amat bermakna. Itu lebih baik daripada panjang berjela tapi tak ada benda penting yang disampaikannya,” jawab Dhia selamba.

“Eleh, cakap je la kau suka bila dia buat macam ni. Gatal!”

“Eh, mengata aku pulak. Kau tu yang gatal. Kata aku,” Dhia tidak mahu mengalah.

“Sekurang-kurangnya aku menggatal dengan orang yang aku nampak susuk tubuhnya. Kau menggatal dengan… aku tak tahu nak cakap apa. Seorang ke sehelai,”

“Hafiza!”

“Ye la. Dengan sehelai kertas berwarna merah jambu yang isinya terukir kata-kata indah, cukup untuk membuatkan sang dara tak tidur lena,”

“Pandai la kau bermadah,” tergeleng-geleng Dhia dibuatnya.

“Dhia,”

Dhia dan Hafiza menoleh ke belakang. Berubah air muka Hafiza melihat Mikhail berdiri di belakang mereka. Namun wajah Dhia tidak beriak. Tak ada perasaan ke dia ni?

“Assalamualaikum,”

“Ops, maaf. Waalaikumsalam,” Mikhail malu sendiri. “Ni untuk awak,” Mikhail menghulurkan satu beg kertas pada Dhia. Namun tidak bersambut.

“Apa ni?” tanya Dhia. “Cukup sekali saya tumpang kereta awak dan itu dah bangkitkan kemarahan Niki. Dan awak masih nak dekat dengan saya? Saya tak mahu jadi muka depan Harian Metro, dengan tajuk ‘Pelajar Mati Kerana Cemburu’,”

Meledak tawa Mikhail dan Hafiza.

“Kenapa ketawa?”

Serta-merta tawa mereka mati. Namun Mikhail masih tidak menarik tangannya dari menghulurkan beg kertas itu.

“Ambillah. Saya cuma nak pulangkan benda ni. Milik awak. Awak tercicir semalam,”

Tercicir? Pantas Dhia menghulurkan tangannya, memegang tapak beg kertas itu. Faham dengan maksud tindakan gadis itu, Mikhail melepaskan tali yang dipegangnya.

“Jangan cicirkan lagi ye. Saya pergi dulu. Assalamualaikum,” Mikhail terus berlalu.

“Awak!”

Langkah Mikhail terhenti. Namun dia tidak berpusing menghadap Dhia.

“Terima kasih,”

Mikhail hanya mengangkat tangannya dan meneruskan langkahnya.

Dhia pandang Hafiza. “Aku tak sempat nak minta maaf,”

“Tak apa. Dia faham, kau ada prinsip tidak bercakap dengan lelaki kecuali ada perkara penting,”

Dhia membuka beg kertas itu.

“Sapu tangan aku!”

Previous: 04
Next: 06

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.