“Seringkali
penyakit hati bersarang di hati selepas melihat benda-benda milik orang lain.
Penyakit hati itu antaranya hasad dengki, iri hati dan dendam,”
“Siapa
yang cakap macam tu?” tanya Hafiza.
“Aku ada
baca dalam Twitter Ahmad Fedtri Yahya. Aku memang ikut dia dalam Twitter pun,”
Dhia tongkat dagu.
“Whoa…
kau ada Twitter? Dahsyat. Ingatkan dunia kau hanya untuk buku-buku dan belajar
je,”
“Belajar,
belajar juga, Hafiza. Perkembangan terkini jangan lupa. Aku memang ada akaun
Twitter tapi tak la aktif sangat. Kadang-kadang tu bila aku online, aku pasang
niat, aku buat semua ni kerana Allah,”
Hafiza
mengangguk perlahan. Mengiyakan apa yang dikatakan oleh Dhia itu.
“Tapi
kan, kenapa kau tiba-tiba je cakap macam ni?”
“Aku
dapat surat cinta,”
“Surat
cinta? Dari siapa? Mikhail?”
“Eh,
apeda dari Mikhail…,” Dhia menghulurkan sepucuk surat kepada Hafiza.
“Daripada…
Niki?”
“Yup,”
Pantas
Hafiza membuka surat tersebut dan membacanya.
‘Sekali
lagi kau rapat dengan Mikhail, kau siap!’
Bulat
mata Hafiza membacanya. “Kau biar betul ni? Niki ugut kau?”
“Lebih
kurang la,”
“Kau nak
aku bagitahu dengan Mikhail ke pasal benda ni?”
“Tak
payah. Nanti jadi lebih teruk pulak,”
“Teruk
macam mana pula?”
“Aku ni
bukannya teman wanita dia pun,”
“Aku
tanya engkau ni, teruk macam mana pula?”
“Teruk
macam mana apa?”
Hafiza
tepuk dahi. “Aku tanya kenapa kau kata benda ni akan jadi lebih teruk kalau aku
bagitahu Mikhail?”
“Kau tak
kenal Niki…,”
“Tak
kenal macam mana pula?”
*****
“Dhia
Nadhira!”
Terpisat-pisat
Dhia bangun apabila mendengar namanya dipanggil. Namun tidak lama…
“Argh!”
terasa rambut panjangnya ditarik.
“Bangun!”
“Niki!”
“Korang
diam!”
“Niki,
apa ni?”
“Kau!”
Rambut Dhia ditarik lagi. “Kau ingat kau boleh lepas?”
“Aku tak
buat salah apa pun dengan kau!”
“Kau tak
buat salah? Yang kau malukan aku dalam kelas tadi tu apa?”
Dhia
teringat peristiwa pagi tadi di dalam kelas.
“Aku tak
cakap apa-apa pun!”
“Kau tak
cakap apa-apa? Lagi aku benci! Aku tak tahu kenapa cikgu-cikgu semua sayang
sangat dengan kau. Kau pakai apa hah?”
“Aku tak
faham dengan apa yang kau cakap ni!”
“Kau…!”
“Niki!
Cikgu datang!”
Pantas
Niki melepaskan cengkaman pada rambut Dhia dan melarikan diri melalui tingkap.
Dhia mengerang kesakitan.
“Apa
yang berlaku ni?”
Semua
penghuni dorm itu senyap.
“Apa
yang berlaku ni?” ulang warden asrama.
“Tak ada
cikgu. Saya mengigau tadi. Siti yang tolong kejutkan saya. Tapi saya pergi
cengkam rambut dia. Itu yang dia menjerit-jerit tu,”
“Tapi
tadi saya dengar suara Niki Ardilla,”
“Mana
ada Niki kat sini, cikgu. Dia kan kat dorm lain,”
Warden
asrama itu berfikir. “Baiklah. Tapi ingat Dhia, sebelum tidur basuh kaki. Baca
doa sebelum tidur,”
“Baik
cikgu,”
“Tidur
balik semua! Esok nak sekolah!”
“Baik,
cikgu!”
*****
“Kenapa
kau biarkan Niki tu?”
“Habis
tu kau nak aku buat apa?”
“Laporkanlah
pada warden tu, habis cerita,”
“Kau
ingat semudah itu?”
*****
“Dhia
Nadhira, sila masuk ke bilik pengetua sekarang!”
Dhia
yang sedang menulis nota di perpustakaan, terkejut mendengar namanya disebut
dalam pengumuman itu. Lantas dia mengemas barangannya dan keluar menuju ke
bilik pengetua. Sesampainya di sana…
“Ini dia
orangnya pa!”
“Kau
memang anak kurang ajar kan?”
Pang!
Dhia terpaling ke kanan setelah menerima tamparan daripada Datuk
Affandi.
Pengetua Umi Kalthum tidak sempat menghalang.
“Datuk,
kita boleh bincang perkara ni,”
“Awak
ingat, saya boleh duduk diam? Bila saya dapat tahu yang anak saya kena buli kat
sekolah ni? Apa yang awak buat kat sekolah ni?”
“Puan
Pengetua, apa yang berlaku ni?” tanya Dhia, tidak memahami.
“Anak
sampah! Kau yang buat kecoh, buli anak aku, tarik-tarik rambut dia, lagi nak
tanya?”
Dhia
terkejut. Dia pandang Niki yang tersenyum sinis memandangnya.
“Tak
payah nak pandang anak aku macam tu boleh?” Datuk Affandi paut dagu Dhia kasar.
“Datuk,
jangan begini,”
“Kau!
aku sendiri tak pernah jentik anak aku sebegitu, kau pulak nak pukul dia?”
Dhia
hanya diam tidak berbicara. Dia hanya membiarkan segala tindak tanduk lelaki
itu padanya.
“Datuk,
jangan begini. Dia di bawah jagaan saya. Saya yang bertanggungjawab ke
atasnya,”
“Kalau
betul awak bertanggungjawab ke atas budak ni, awak ajar dia sikit. Budak ni
kurang ajar, sebab dari kecil lagi memang mak ayah dia tak ajar dia!”
Spontan
Dhia pegang tangan Datuk Affandi yang paut erat dagunya. “Datuk jangan hina Ibu
saya. Dia dah tak ada untuk bela dirinya sendiri,”
“Memang
betul pun kan? Mak kau tak ajar kau sebab tu kau kurang ajar!”
“Datuk!”
suara Dhia sedikit tinggi. “Memang Ibu saya tak ajar saya sebab dia dah tak
ada. Tapi Datuk yang masih hidup ni patut ajar anak Datuk macam mana nak hormat
orang lain, supaya diri sendiri tak malu. Datuk patut ajar anak Datuk ni macam
mana nak hadapi kesalahan sendiri, bukan tuding jari kat orang lain!”
“Kau
memang kurang ajar kan!” sekali lagi, penampar Datuk Affandi singgah di
pipinya.
“Kau
jangan berani nak ajar aku!”
Air mata
Dhia menitis. Untuk kali pertama sejak Ibunya meninggal dunia.
*****
“Aku tak
tahu, Dhia. Maafkan aku,” Hafiza mengesat mair matanya.
“Tak
apa. Kau tak tahu pun, sebab aku tak pernah cerita,”
“Kenapa
kau tak pernah cerita pada aku sebelum ni?”
“Untuk
apa? Aibkan dia? Buat apa? Aku dapat apa?”
Hafiza
diam. Dhia meneruskan hujahnya. “Kalau aku cerita semua tu dari mula, namak
sangat aku ni macam minta simpati. Macam nak burukkan dia. Aku bukan macam tu,”
“Habis
tu, kau nak buat apa?”
“Buat
apa? Buat biasa aje la. Kita bukan rapat dengan Mikhail pun,” Dhia membuka
komputer ribanya. Laman blog Laila Qaisara dicari. Dia meneruskan bacaannya di
blog itu. Setakat ini, dia sedang mengikuti mini novel Aku Suka Bila Kau Benci
Aku yang disiarkan di laman blog itu. Dia suka membaca kisah Uda dan Dara serta
Laila dan Majnunnya.
“Kalau
Mikhail cari kau?”
“Dia
takkan cari aku. Sapu tangan aku, dia dah pulangkan. Dia tak ada apa-apa
perkara penting nak cari aku pun,”
Suasana
sepi seketika.
“Sampai
bila kau nak beralah dengan Niki, Dhia?”
Dhia
diam. Tidak menjawab soalan itu.
*****
“Dhia,
cepatlah! Kita dah lambat ni!”
“Kejap!”
Dhia mencari sesuatu di peti surat.
“Kau
cari apa kat situ?”
“Surat
la,”
“Surat
dari peminat misteri kau tu?”
“Ye la,
ingat daripada siapa?”
“Ada
tak?”
“Tak ada
la,”
“Petang
nanti kot,”
Dhia
mengeluh.
“Dah la
tu,”
“Orang
tu sibuk agaknya,”
“Ye la
kot,”
“Eh,
kejap. Kita nak pergi mana ni?”
Hafiza
tepuk dahi. “Cik Dhia sayang, kita kan nak ke perpustakaan awam. Dah lupa?”
“Oh ye,
aku lupa,” Dhia tersengih.
“Tu la,
asyik teringatkan sang pengirim surat merah jambu aje,” Hafiza terkekek ketawa.
“Dah la
tu,” wajah Dhia sudah mula merah-merah. “Jom,”
“Jom,”
Di
hujung jalan, Adik dan Abang sudah sampai dan sedang memerhatikan mereka.
“Yang
mana satu, bang?”
“Yang
mukanya ayu tu,”
“Oh,
yang mukanya malu-malu tu ek,”
“Ya,”
Abang tersenyum. “Cantikkan?”
“Dia
kawan Adik dulu! Satu sekolah dengan dia,”
“Abang
tahu,”
“Abang
tahu?”
“Abang
mula hantar surat pada dia sejak dia dan Adik satu sekolah la,”
“Pandai
Abang ambil kesempatan kan,”
“Tengoklah
abang siapa,”
Adik
tersengih. “Pergilah hantar surat tu kat peti surat dia.
Abang
tersenyum lebar.