“Assalamualaikum,”
“Waalaikumsalam.
Mak, abang balik!”
“Lar,
biarlah abang balik, dik. Inikan rumah dia juga,”
Adik
sudah tersengih-sengih.
Abang
duduk di sofa. Dia memerhatikan Adik yang sedang leka di hadapan komputer riba.
“Adik buat apa tu? Chatting ye?”
“Mana
ada la. Siapa la nak chatting dengan Adik. Adik bukan macam Abang yang terkenal
di kolej,”
“Eh,
mana ada la,”
“Eleh,
Abang nak sorokkan daripada Adik. Memang tak dapat la. Rahsia Abang dalam poket
seluar Adik tau,”
“Ye la
tu,”
Adik
ketawa kecil.
“Adik
buat apa tu?” ulang Abang.
“Adik
tengah siapkan cerpen adik ni,”
“Dah nak
siap ke? Abang nak baca,”
“Sikit
lagi,” mata Adik tidak lepas dari menaip dan menaip. Abang hanya
memerhatikannya. Sedari dulu, Abang memang menyokong minat Adik dalam bidang
penulisan cerpen. Dan selalunya, Adik akan menyiarkan cerpennya dalam laman
blognya.
“Kenapa
Adik tak cuba tulis novel?”
“Abang
rasa, Adik boleh ke tulis novel?”
“Eh,
adik Abang kan berbakat besar! Tengok semua cerpen yang tersiar dalam
Penulisan2u tu, pasti ada yang mengalir air mata, penangan idea Adik yang
meletup tu,”
“Eleh,
Abang. Cakap je la nak suruh Adik buat sesuatu. Abang nak apa? Milo ke teh?”
“Abang
cakap benda betul, dia ingat main-main pulak,”
Adik
tersenyum manis. “Adik tak yakin la, Abang,”
“Cuba
buat dulu. Bagi Abang baca. Selama ni boleh je kan, cerpen Adik dibaca Abang
dulu sebelum dimasukkan dalam blog dan dihantar ke Penulisan2u?”
“Iye la.
Tapi novel dengan cerpen tak sama, Abang. Novel perlukan komitmen,”
“Nak
kata cerpen tak perlukan komitmen la ni?”
“Abang
ni…,” Adik sudah memuncungkan mulutnya. Abang tergelak.
“Kena
yakin diri, dik. Bukan ke Adik selalu cakap, ramai pembaca setia Adik minta
Adik tulis novel?”
“Adik
tak nak la menulis sebab orang suruh,”
“So
sekarang ni Adik dah bersedia ke belum?”
Adik
diam.
“Abang
tak ada jawapan untuk soalan tu. Semuanya bergantung pada Adik sendiri,” Abang
bangun, menuju ke biliknya.
“Abang,”
Abang
menoleh.
“Kertas
merah jambu dah habis ye?” Adik tersenyum mengusik. Abang terkejut, spontan dia
memandang sebungkus kertas merah jambu yang dipegangnya.
“Adik!”
“Mak!
Abang kejar adik!” Adik sudah berlari ke dapur. Abang mengejarnya.
“Abang!
Adik! Apa bergurau kat dapur ni?!”
Riuh
sebentar rumah itu dengan gelagat Abang dan Adik.
*****
'Hedonisme
satu kosa kata berasal dari perkataan Yunani. Hedone itu bermakna keseronokan
atau keinginan merasai kelazatan yang berlebihan sehingga menjadi faham yang
meluas dalam masyarakat. Pada zaman Eropah tadi, kekebasa masyarakat yang
melampaui batas telah didukung pula oleh pelbagai program dan usaha pemerintah
sendiri dengan menggalakkan segala macam bentuk pesta secara besa-besaran. Lalu
timbullah tanggapan bahawa agama hanya akan menyekat kebebasan individu dan
kepuasan hidup manusia. Pada golongan ini, hidup sepatutnya menjadi lebih hebat
dan ceria sekiranya tuntutan hawa nafsu dipenuhi secukupnya. Manusia tidak
perlu kepada hukum hakam agama, peraturan dan norma budaya, undang-undang
kawalan kesejahteraan sosial. Dalam zaman yang berubah, pengaruh budaya negatif
ini menular ke serata dunia. Kini kita ikut merasakannya di Malaysia,'
Sengaja
Dhia membaca kuat salah satu perenggan dalam buku Geger Sokmo tulisan Dato'
Haji A. Aziz Deraman itu. Terkedu dia seketika. Kini barulah dia faham maksud sebenar
hedonisme itu.
"Dhia!"
Dhia
mengangkat mukanya. "Ya, Hafiza?"
"Aku
nak tanya sikit,"
"Dua
perkataan aje,"
"Ala...,"
"Mandatori,"
"Okey,
aku nak tanya banyak sikit,"
"Tiga
perkataan,"
"Dhia...,"
"Mandatori...,"
"Ye
la, ye la. Aku nak tanya banyak-banyak,"
"Empat
perkataan,"
"Okey.
Novel hari tu ada tak?"
"Novel
mana?"
"Kalam
Cinta Daripada Tuhan,"
"Novel
tu?" Dahi Dhia berkerut. "Novel tu aku pinjam dari
perpustakaan,"
"Kau
dah pulangkan ke novel tu?"
Dhia
diam.
"Ala,
aku baru nak pinjam,"
Dhia
senyum. "Ada atas meja tu. Pergilah ambil,"
"Kau
kata kau dah pulangkan novel tu,"
"Bila
masa aku cakap macam tu?"
"Tak
ada ek?" Hafiza tersengih. Termalu sendiri.
"Ada-ada
ajelah kau ni,"
Hafiza
terus bangun untuk mengambil novel yang dimintanya. Tetapi...
"Fail
apa ni, Dhia?"
Fail?
Pantas Dhia bangun apabila Hafiza mula membuka fail tersebut.
"Jangan!"
Hafiza
menyorokkan fail itu di belakang badannya. "Whoa! Penting sangat ke fail
ni sampai kau sanggup berlari untuk rampas fail ni daripada aku?"
"Bagi
aku balik!"
"Bagitahu
aku, apa yang ada dalam fail ni," Hafiza tersenyum sinis. Dia angkat
kening.
"Bagi
la balik!"
Hafiza
mengintai-intai isi kandungan fail itu.
"Jangan
tengok!" namun agak terlambat...
"Surat
merah jambu? Oh oh...," Hafiza senyum meleret. "Dalam pada tak suka
terima surat ni, simpan juga rupanya. Siap ada fail lagi...,"
"Bagi
balik!" pantas Dhia merampas fail itu dari tangan Hafiza. Malu dia dengan
teman sebiliknya itu.
"Ada
apa-apa ke...,"
"Tak
ada la!"
"Ye
ke...,"
"Ye
la!"
"Betul?”
“Betul…,”
“Okey…,”
Hafiza mencapai novel yang ingin dipinjamnya tadi dan terus melompat ke
katilnya. Dhia menyimpan semula fail itu di tempat yang sepatutnya. Dalam hati
dia merungut sendiri. Macam mana la aku boleh cuai kali ni…
“Kau dah
tahu ke siapa penulis surat merah jambu tu?”
“Hah?”
“Ceh,
tak sangka aku. Baru sekejap tadi kena usik dah jadi pekak,”
“Hafiza!”
Hafiza
sudah ketawa kesukaan. Dhia memuncungkan mulutnya.
“Merajuk
pulak,”
“Belanja
aku Cornetto balik,”
“Buruk
siku!”
Dhia
ketawa kecil.
“Kau…
tak nak jawab soalan aku tadi ke?”
“Soalan
mana? Aku tak dengar,”
Hafiza
tepuk dahi. “Kau dah tahu ke siapa penulis surat merah jambu tu?”
Dhia
menggeleng. “Dia tak pernah tulis siapa dirinya dalam setiap surat yang
dihantar pada aku. Macam mana aku nak tahu?”
“Tapi
kau simpan juga surat tu,”
Dhia
senyum. “Aku simpan bukan kerana pengirimnya, aku simpan kerana isi kandungan
suratnya,”
“Oh…
patutlah kau tulis tajuk fail tu, Mr Merah Jambu!”
“Hafiza!”
Hafiza
ketawa lagi.
*****
Pagi itu
langit menangis. Mencurahkan seluruh isi hatinya. Bumi dibasahi hujan seawall
jam lima pagi. Dhia yang bangun ketika itu sabar menanti hari siang. Sempat
bertahajjud dan membaca Mathurat sebelum menunaikan solat Subuh. Namun
menjelang jam tujuh, tiada tanda-tanda hujan akan berhenti. Malah makin
menggila. Dhia resah.
“Macam
mana aku nak ke kolej ni?”
Hafiza
di sebelahnya masih berdengkur kuat. Untunglah dia, kelasnya pagi ini
dibatalkan kerana pensyarahnya sakit bersalin. Dhia menjeling ke arah sekujur tubuh itu dengan penuh cemburu.
Ah, ini
tak boleh jadi ni! Dhia terus bangun dan mencapai apa yang patut. Bismillahi
tawakkaltu alallah…. Dengan namaMu aku bertawakal… dhia terus keluar dan
menggunakan payung yang dipegangnya bagi melindungi dari hujan lebat yang
semakin menggila. Dhia melangkah perlahan menuju ke perhentian bas yang
terletak tidak jauh dari hostel mereka.
“Feewit!
Awek…,”
“Hai,
boleh berkenalan?”
“Ala,
jangan la sombong adik…,”
“Nak
abang tumpangkan adik ke? Tapi sebelum tu, singgah la rumah abang dulu…,”
Dhia
hanya diam tanpa membalas kata-kata mereka. Namun dalam hati terdetik rasa
bimbang. Bagaimana kalau mereka bertindak di luar batasan?
“Dhia!”
Dhia
terkejut. Dipandang kereta Viva di hadapannya ini. Siapa ni? Tak kenal pun?
“Dhia!
Masuk cepat! Hujan lebat ni!”
Ini
bukannya kekasih si Niki tu?
“Masuk cepat! Nanti air masuk dalam kereta!”
Cepat-cepat
Dhia masuk ke dalam kereta. Sempat dijeling mulut-mulut yang galak mengusiknya
tadi. Dia mengeluh lega.
“Kenapa
keluar hujan-hujan ni? Kan bahaya?”
Eh? Dia
cakap dengan aku ke? Tapi, hanya kami berdua sahaja dalam kereta ni. Berdua?
“Pagi ni
ada kelas. Tak nak la ketinggalan,”
“Kan
bahaya tadi? Kawan awak lagi sorang tu mana?”
“Pagi ni
dia tak ada kelas,” eh, kenapa banyak tanya pulak ni?
“Lain
kali minta tolong saya je. Saya boleh tolong hantarkan,”
“Tak
payah la. Nanti Niki marah,”
Dahi
Mikhail berkerut. “Kenapa takut kalau Niki marah?”
“Dia kan
kekasih awak…,”
Spontan
Mikhail tersenyum.
“Saya
salah cakap ke?”
“Sikit,”
“Saya
minta maaf kalau saya salah cakap…,”
“Tak apa
la. Awak tak tahu. Saya maafkan. Kelas awak kat mana?”
“Dalam
kolej la. Takkan dalam tong sampah pula,” gumam Dhia perlahan. Namun dapat
didengari oleh Mikhail. Dia senyum, mengakui kesilapan sendiri.