Home Novel Cinta AKU SUKA BILA KAU BENCI AKU
AKU SUKA BILA KAU BENCI AKU
Laila Qaisara
6/12/2012 13:30:40
47,202
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 16 (AKHIR)

Datin June tersandar di sofa. Apa yang berlaku siang tadi benar-benar memeranjatkannya. Tidak disangka, orang yang dia hina selama ini, rupa-rupanya lebih mulia daripadanya.

“Hey Taufiq, aku nak Tanya sikit. Umi dan Abah yang kau sanjung sangat tu, ada ke pangkat Datuk dan Datin kat depan nama mereka?”

Lambat-lambat Taufiq mengangguk. Dia akui hakikat itu.

‘Memang la dia menganku Umi dan Abah tak ada pangkat Datuk Datin. Sebab pangkat mereka lagi besar daripada aku! Malunya aku….,’ bisik hati Datin June. Air matanya berlinangan. Bertapa dia malu apabila anak muda itu menegurnya secara halus.

“Saya suka bila Datin benci saya. Sebab bila itu berlaku, saya nampak belang Datin yang sebenarnya. Saya nampak taring yang selama ni Datin sembunyikan daripada orang ramai. Malu la sikit Datin, wang ringgit takkan bawa ke kubur pun. Nanti di Padang Mahsyar, Allah takkan tanya pangkat kita di dunia tapi amalan kita,” Dara bersuara tidak lama selepas Taufiq meninggalkan pejabat itu. Mahu mencari ketenangan katanya.

Datin June diam kala itu. Tidak tahu apa yang dikatakan.

“Umi dan Abah sangat merendah diri. Tidak pernah dia gunakan pangkat itu sebagai tiket untuk dia melakukan kemungkaran. Datin tahu kenapa mereka tak pernah menonjolkan diri di khalayak ramai? Kerana mereka merasakan, bila ramai yang memuji, mereka akan menjadi riak. Mereka tidak mahu begitu,”

Laila tunduk. Mengakui kebenaran kata-kata Dara itu. Datin June bangun.

“Mama nak pergi mana tu?”

“Mama nak tenangkan diri kejap. Laila baliklah dengan Dara,”

Dara terkejut. Mana tidaknya, sebelum ini, Datin June adalah orang pertama yang tidak menyukai hubungan baiknya dengan Laila.

Datin June terus berlalu tanpa mempedulikan Dara dan Laila.

Tet! Tetttt!

Dering mesej dari telefon mematikan lamunan Datin June. Dengan malas, dia mencapai telefon bimbitnya yang diletakkan di atas meja.

Siapa ni? Tak ada nama pun?

Pada mulanya Datin June tidak mahu membaca mesej tersebut, namun apabila dia memandang sekilas, terdapat nama Datuk Mukhriz. Dia pun tergerak hati untuk membacanya. Sebentar kemudian dia terkejut.

Biar betul?

*****

Deruman enjin kereta yang mengaum terhenti sebaik sahaja tiba di kondo itu. Datin June keluar tergesa-gesa setelah mematikan enjin kereta. Dibaca kembali mesej yang diterimanya sebenatar tadi.

‘Nak tengok skandal Datuk Mukhriz? Datang sahaja ke Kondo Mewah, No 1421, tingkat 14’

Debaran di hati Datin June semakin memuncak apabila dia menekan butang lif itu. Baru dia tersedar sesuatu. Laila masih belum pulang. Dan dia tidak diberitahu tentang perkara ini. Ah, lantak la. Kalau diberitahu pun, mungkin dirinya yang akan dibebel. Lebih baik dia pergi siasat dahulu. Barulah akan dikhabarkan kepada Laila. Bukannya Datin June tidak tahu akan perangai anak perempuannya yang seorang ini.

Debaran semakin menggila apabila menghampiri rumah yang dimaksudkan. Menggeletar dia mengetuk pintu rumah itu.

Tok! Tok! Tok!

“Saya dah cakap, saya dah batalkan pesanan pizza tu….. eh? Awak siapa?”

“Siapa sayang?”

Berderau darahnya mendengar suara Datuk Mukhriz, suaminya.

“Saya nak jumpa suami saya,”

“Oh, jadi awak la Datin June?”

“Sayang? Buat apa kat sini?” Datuk Mukhriz muncul-muncul tiba-tiba. Menggelabah seketika apabila melihat kelibat isterinya.

“Saya buat apa kat sini? Awak tu, buat apa kat sini? Dengan bertuala, dengan perempuan ni tak cukup kain…,”

“Jaga mulut tu sikit!”

“Awak tu yang kena jaga diri! Tak tahu malu! Ada hati nak goda suami orang!”

“Diam!”

Datin June terkejut. Belum pernah Datuk Mukhriz meninggikan suara sebegitu. Apatah lagi di hadapan orang lain.

“Awak, balik sekarang! Balik!”

“Tidak! Tidak sebelum awak ceraikan saya!”

Datuk Mukhriz tergamam.

“Baru saya sedar sekarang. Yang saya tatang selama ni, yang saya bela, yang saya lindungi dari anak sendiri, bukannya permata. Tapi hanyalah kaca!”

“Baru nak sedar ke? Hey June, kau dengar sini. Kau nak aku ceraikan kau, kan? Kau bagi aku RM 5 juta dulu, baru aku akan fikirkan nak ceraikan kau ataupun tidak!

“Kau…!”

“Terpulang la. Jom sayang, kita masuk,”

Datuk Mukhriz masuk ke dalam rumah meninggalkan Datin June yang terkebil-kebil di luar rumah. Air matanya bergenang.

*****

“RM 5 juta, Mama?” tanya Laila tidak percaya. Datin June hanya mengangguk.

“Sikit sangat dia minta tu…,” gumam Laila. Namun dapat didengari oleh Datin June.

“Laila! Mama serius ni!”

“Iye! Laila pun tak main-main,” Laila teringat akan perbualannya dengan Maria tidak lama dulu.

“Aku nak insaf, Laila. Aku nak bertaubat. Aku dah tak nak terbabit dengan Mukhirz lagi. Dan sebab tu, aku ada dua perkara yang aku perlu bagitahu kau,”

“Apa dia?” tanya Laila, ingin tahu. Maria tersenyum pahit.

“Bukan aku seorang wanita simpanan dia,”

“Oh, yang itu aku tak hairan. Kawan aku sendiri dia cuba rogol. Besar betul nafsu dia,” dia teringatkan Dara yang difitnah cuba menggoda Datuk Mukhriz. Sudah terang lagi bersuluh yang Dara tidak bersalah!

“Yang kedua….,”

“Mama tak sangka yang dia akan buat Mama macam ni,” luah Datin June mamatikan lamunan Laila. Anak itu hanya diam memerhatikan Mamanya menangis teresak-esak. Hendak dipujuk…

“Mama, benda dah berlaku,”

“Mama menyesal tak dengar cakap Laila dulu,”

Laila mengeluh perlahan. Dah agak dah! Ayat itu akan keluar juga akhirnya!

“Laila tak nak cakap aapa-apa, sebab perkara dahpun terjadi. Apapun, kalau betul Mama nak bercerai dengan dia, wang RM 5 juta tu Mama kena sediakan,”

“Mana Mama ada duit banyak tu!”

“Tak apa Mama, Laila akan uruskan,”

“Laila… ada ke duit banyak tu?”

Laila tersenyum penuh erti.

*****

“Aku ceraikan Junaidah Binti Kassim dengan talak satu,”

Air mata Datin June sekali lagi berlinangan. Laila di sebelah buat muka selamba. Dia memandang Datuk Mukhriz yang menjeling ke arahnya.

Setelah segalanya selesai, mereka ingin pulang.

“Nanti dulu!”

Langkah Laila dan Datin June terhenti. Datuk Mukhriz menapak ke arah mereka. Pantas Datin June memegang tangan Laila.

“Aku dah tunaikan permintaan kau untuk bercerai. Sekarang aku nak habuan aku,”

Datin June genggam tangan Laila yang berlagak selamba. Dia mengeluarkan sekeping cek dari dalam beg tangannya.

“Lima juta ringgit,” Laila menyerahkancek itu kepada Datuk Mukhriz. “Jangan ganggu keluarga aku lagi,”

Datuk Mukhriz tersenyum. Tanpa salam dan pamitan, dia terus berlalu dari situ. Sengaja dilanggar bahu Laila yang menjeling ke arahnya.

“Laila,”

Laila pandang Datin June. “Kenapa Mama?”

“Mana Laila….,”

“Jom kita masuk dalam kereta. Panas ni. Nanti Mama pening pula,” ajak Laila, memotong pertanyaan Datin June. Wanita itu tidak menjawab. Dia mengikut sahaja langkah anaknya itu.

Sampainya di dalam kereta, Laila tersenyum simpul.

“Kenapa, Laila?”

“Mama nak tahu sesuatu tak?”

“Apa dia?”

“Selama ni, Datuk Mukhriz tipu kita,”

“Apa?”

“Ya. Lelaki itu, sebenarnya tidak pernah dapat pangkat Datuk dari mana-mana kerajaan negeri mahupun persekutuan,”

Bulat mata Datin June mendengarnya.

“Dia mengaku dia berpangkat Datuk setelah berjumpa dengan Mama. Dia mengaku dia adalah seorang Datuk sebab Mama berpangkat Datin. Itu pun dari Papa. Nama Papa kan Datuk Luqman,”

Wajah Datin June berubah merah. Tidak sangka, hidup-hidup dia ditipu.

“Dah la, Mama. Semuanya sudah selesai,”

“Mana Laila dapat duit banyak tu untuk bayar Mukhriz tu?”

Laila tersenyum. “Itu cek tendang, Mama,”

“Apa?”

*****

“Cek tendang?”

“Ya, encik. Cek ini cek tendang. Lihat, saiz cek ini besar. Menunjukkan cek ini adalah cek lama. Sudah tidak diterima oleh pihak bank. Lagi pula, akaun bank yang tertera pada cek ini telah lama ditutup. Ia kepunyaan Allahyarham Luqman Hakim. Jadi cek ini tidak sah,”

Mukhriz merenyuk kuat cek di tangannya ini. Di matanya hanya ada satu wajah. Satu nama. Laila!

*****

“Laila!”

Laila menoleh. Dia tersenyum melihat Dara yang baru tiba. “Wah, dah sampai. Meh sini aku buli kau pulak,”

“Heh, tetamu mana boleh masuk dapur!”

“Kalau tetamunya itu adalah kau, tak masuk senarai. Kena masuk dapur juga!”

“Bagi aku masuk bilik Ibu kejap, boleh? Aku rindukan Ibu,”

Gerak lincah Laila terhenti. Dia memandang Dara yang tersenyum.

“Aku pun rindukan Ibu,”

Dara tersenyum. Senyuman yang gagal ditafsirkan oleh Laila.

“Kau kata nak buat durian creepe kan? Kau buat dulu, nanti aku tolong. Aku nak masuk bilik tu kejap,” Dara terus masuk ke dalam bilik yang dahulu didudukinya bersama Arwah Ibu Midah.

Laila terus leka menyiapkan makanan kegemarannya. Sejak Datin June memecat pembantu rumah yang terkini, Laila lebih suka memasak daripada makan di luar.

“Laila!”

Terkejut Laila dengan jeritan yang tidak disangka. Lebih terkejut, suara jeritan itu seakan dikenalinya.

“Laila! Keluar kau!”

“Ye la, orang keluar la ni,” Laila selamba membalas. “Eh, Datuk Mukhriz. Eh, bukan! Mukhriz je, kan? Sebab gelaran Datuk tu bukannya betul pun,”

“Kurang ajar kau eh? Bagi cek tendang dengan aku!”

“Kira okey la tu aku bagi cek tendang. Kalau aku suruh orang tendang kau, macam mana pula? Aku masih hormat kau sebagai bekas suami Mama aku. Tapi kalau begini caranya, lebih baik kau keluar sebelum aku panggil polis!”

Angin gila Laila kembali lagi. Setelah mengsa terakhirnya setahun lalu adalah Tasya, adakah Mukhriz menjadi mangsa terkininya?

“Kau memang nak kena dengan aku!” Mukhriz sudah menghunus pisau. Laila tersentak.

“Kau memang nak mati dengan aku!”

Mukhriz meluru ke arah Laila dengan pisau di tangan.

“Laila!”

“Ergh!”

Laila terkejut. Mukhriz apatah lagi. Bukan Laila yang ditikamnya tetapi…

“Dara!”

Dara terjelepuk di lantai berlumuran darah.

*****

Air mata Laila masih belum kering. Tangannya yang berlumuran darah menggigil kuat. Dia teringatkan Dara yang tertikam tadi.

“Dara!”

Dara terjepeluk di lantai. Pantas Laila menyambutnya. Mukhriz yang terkedu, terus lari dari rumah itu tanpa menoleh ke belakang lagi.

“Dara, kenapa kau selamatkan aku?”

Dara tidak mampu menjawab apa-apa lagi. Sakit yang ditanggung terlalu perit untuk ditanggung.

“Laila!”

Laila mengangkat muka. Demi melihat Datin June yang datang padanya, dia terus meraung. Uda dan Taufiq yang datang kemudian terkedu melihat Laila. Tidak pernah dia sebegini.

“Semuanya salah Laila, Mama!”

“Shhhh….,” Datin June mengusap perlahan belakang anaknya itu.

“Macam mana keadaan Dara?” tanya Uda tidak sabar.

“Doktor cakap, dia kehilangan banyak darah. Dan hatinya rosak,”

“Habis tu macam mana ni?”

Sejurus, doktor keluar dari bilik rawatan. Uda cepat menerpa ke arah doktor muda itu.

“Doktor, macam mana dengan Dara, doktor?”

“Siapa di sini saudara pesakit,”

“Dia,” Taufiq memegang bahu Uda. “Dia tuning Dara,”

Uda pandang Taufiq tidak berkelip.

“Macam ni la. Hatinya rosak. Jadi kami perlu buat pembedahan pemindahan hati. Masalahnya, kami tak jumpa penderma hati yang sesuai…,”

“Ambil hati saya, doktor!”

“Tapi kami perlukan kebenaran waris pesakit,”

“Doktor, Dara anak yatim piatu. Kami sahaja yang dia ada,” jelas Taufiq. Doktor itu menganggukkan kepala.

“Baiklah. Kita akan buat pemeriksaan. Jika sesuai, kita akan buat pembedahan antara mereka,”

Tangisan Laila mulai mereda. Dia pandang Uda dan Taufiq bergilir-gilir. Datin June pula tergamam. Tidak percaya dengan pengorbanan yang dilakukan oleh mereka berdua.

Pembedahan terus dilakukan setelah pemeriksaan mendapati hati Uda sesuai untuk dipindahkan ke tubuh Dara. Laila, Taufiq dan Datin June menunggu di luar bilik pembedahan.

“Mukhriz dah ditangkap, Datin?” tanya Taufiq setelah Datin June menamatkan panggilan yang diterima sebentar tadi.

“Menurut kata polis, ya. Dia ditangkap tidak jauh dari rumah kami. Tapi semasa ditangkap, pisau yang dia guna tu tak ada dengan dia,”

Taufiq hanya menggeleng perlahan.

“Taufiq,”

“Ya, Datin,”

“Kenapa awak mengaku Uda, tunang Dara?”

“Sebab saya tak cintakan Dara. Saya cintakan Laila,” jujur Taufiq berkata. Terdiam Datin June mendengarnya.

“Jangan pisahkan kami lagi, Datin. Ini yang saya minta,”

“Saya takkan haling hubungan kalian lagi,”

“Terima kasih, Datin,”

“Mama,”

Taufiq hairan.

“Jangan panggil Datin lagi. Apa ada pada pangkat, jika hilang anak. Panggil aja Mama,”

“Baik, Mama,”

“Doktor!”

Laila terus menerpa ke arah dokto yang baru keluar dari bilik bedah.

“Macam mana kawan-kawan saya, doktor?”

Doktor itu memandang mereka dengan wajah sayu.

*****

Setahun kemudian

“Semuanya dah siap,” kata jururawat yang menguruskan Laila sebentar tadi. Taufiq terus masuk dan mendapatkan Laila yang terbaring di katil.

“Sayang, anak kita lawa,”

“Macam Umi dia ke macam Abi dia?”

“Dua-dua, sayang,”

“Umi dan Abah bila sampai dari Mesir?”

“Malam ni, sayang. Mama bila sampai dari Perth?”

“Esok, bang,”

“Alhamdulilah, lepas hajat mereka nak tengok cucu-cucu mereka,”

Laila tersenyum nipis. “Abang nak bagi nama apa ni?”

“Hurm….,”

“Taufiq, jangan nak lari dari perjanjian. Bagi nama kami,”

“Tak ada hitam putih pun!”

“Jangan nak mengada! Karang hari ni jugak aku pergi JPN, tukar nama anak aku Taufiq!”

“Eleh, jangan la macam tu, Uda! Ye la, aku letak nama anak kembar aku ni sempena nama kalian. Uda dan Dara,”

“Ha, barulah boleh letak nama Taufiq dan Laila kat nama anak kita, bang!” sahut Dara riang. Dia baru lepas menyusukan anak kembarnya.

Semua yang ada di bilik itu tertawa.

Teringat dia dengan peristiwa setahun lalu, di mana pembedahan antara Uda dan Dara dijalankan. Doktor mengatakan peratusan untuk mereka hidup adalah tipis. Namun Kuasa Allah siapa yang tahu kan? Mereka masih hidup, berkahwin dan kini memiliki sepasang anak kembar yang comel.

“Laila, kau tiru aku!”

“Apa pulak?”

“Aku dapat anak kembar, kau pun sibuk jugak nak anak kembar. Bersalin sama-sama pulak tu!”

“Elok la tu! Bersalin berjemaah!”

“Banyak la kau punya berjemaah,”

Mereka tertawa lagi. Laila mengucup dahi anak-anaknya, diikuti oleh Taufiq. Uda pula mengendong anaknya mesra.

TAMAT

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.