Home Novel Cinta Kalam Cinta Buat Dhia
Kalam Cinta Buat Dhia
Laila Qaisara
31/10/2013 11:28:03
26,429
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
20

Dhia melangkah turun dari bas dengan tenang. Walaupun keseorangan, dia tidak takut. Masih ramai orang yang berada di perhentian bas memandangkan jam di tangan baru menunjukkan pukul 6.30 petang.

Hafiza masih di rumah keluarganya selepas discaj tempoh hari. Atas permintaan Hafiza, baik Dhia mahupun Mikhail, tiada siapa pun yang dibenarkan menghubungi gadis itu. Hanya Hafiza yang akan menghubungi mereka. Sama ada mellui telefon, SMS, WhatsApp, WeChat, emel, YM, Twitter, Instagram ataupun Facebook.

“Tag gambar kat Facebook pun tak boleh?” tanya Dhia apabila Hafiza menyauarakan permintaan tersebut. Bukan permintaan sebenarnya. Lebih kepada arahan.

“Kejamlah kau!” Mikhail buat muka tidak puas hati.

“Kejam apa pulak? Okey la tu! Aku tengah bagi kau peluang ni! Inilah masa yang sesuai!” balas Hafiza, geram.

Peluang? Masa? Dhia pandang Hafiza dan Mikhail bergilir-gilir. Mereka berdua sedang… bermain mata? Serta-merta pipi Dhia terasa panas.

“Korang buat apa ni?”

Hafiza dan Mikhail tersentak. Spontan Mikhail berpura-pura melihat jam di tangan. Hafiza pula hanya tersengih.

“Korang buat apa tadi?”

“Eh, kau tak tahu ke, Dhia?” Hafiza buat muka teruja. “Kajian mendapati bahawa, bermain mata antara lelaki dan perempuan adalah baik untuk kesihatan. Itu yang aku cuba praktikkan dengan Mikhail tu,”

Mikhail tunduk.

Dhia tersenyum. Dah mula dah sengal di Hafiza ni. Nanti dia.

“Tapi kajian itu juga mendapati yang kaedah itu hanya berkesan pada suami isteri je la,”

Spontan Hafiza ketawa besar. Pantas Dhia menepuk perlahan bahunya.

“Kau ni kalau gelak memang tak ingat dunia kan?”

“Maaf,” Hafiza memperlahankan tawanya. “Kau ni dah pandai loyar buruk kan?”

“Aku belajar dari kau,”

Hafiza ketawa lagi. Tergeleng-geleng dia mendengar jawapan Dhia.

Mikhail hanya senyum melihat tingkah dua sekawan itu.

“Kenapa kau nak balik rumah keluarga kau, Comot? Diorang kan masih belum memaafkan kau atas kematian ibu kau,” tanya Mikhail. Dia kenal keluarga Hafiza. Tiada seorang pun yang datang menjenguknya di hospital, walaupun telah diberitahu. Walhal jarak antara rumah keluarganya dengan hospital bukanlah jauh sangat.

Hafiza senyum nipis. “Aku tak nak menyusahkan Dhia. Dia nak belajar. Nanti dia tak dapat fokus pulak bila aku jadi beban dia… aduh!”

Spontan Hafiza menggosok pipinya sambil memandang Dhia yang merenungnya tajam. “Kau kenapa?”

“Jangan cakap pasal beban lagi, kalau tak nak pipi tu lebam dua-dua belah,” ugut Dhia.

Hafiza ketawa kecil. “Okey, aku tak cakap lagi,”

Bahu Dhia dirangkul erat. Barulah Dhia mengukir senyum.

“Buat apa senyum sorang-sorang?”

Mati senyum Dhia. Pantas dia menoleh ke belakang. Melihat seseorang yang sangat dikenalinya.

“Aaron,”

“Awak, saya…,” Aaron cuba menggapai tangan Dhia namun sempat gadis itu sembunyikan tangannya di balik tudung.

“Tak malu ke awak buat macam ni?” Dhia bersuara tegas. “Tolong hormat saya sebagai seorang wanita,”

“Awak…,”

“Tolong pergi dari sini,”

“Awak tak sayangkan saya ke?”

“Saya sayangkan awak, sebagai seorang kawan,”

“Tapi saya sayangkan awak lebih dari itu,”

“Aaron, ingat sikit hubungan kita macam mana. Saya tak mungkin akan terima awak,”

“Tapi hubungan kita sah! Kita masih boleh berkahwin! Saya cuma anak tiri Papa, bukan anak kandung dia!”

“Awak ingat saya akan terima awak ke lepas Mama awak yang ‘bunuh’ Ibu saya?”

Aaron terkedu.

“Sekarang baru saya ingat. Mama awak, Syasya Azura, Mama tiri saya. Kenapa saya tak pernah tahu yang saya ada abang tiri?”

“Awak..,”

“Awak ingat saya akan pejam mata je dengan semua tu?”

“Awak, tolonglah…,”

“Awak ingat saya cintakan awak?”

Sekali lagi Aaron terkedu.

“Apa yang awak cakap?”

“Saya memang sayangkan awak, tapi kalau cinta… maaf, cinta itu bukan milik awak,”

“Habis selama ni…,”

“Awak ada tanya saya tak sebelum ni tentang perasaan saya pada awak? Tak, kan? Awak buat keputusan sendiri, tanpa bertanya pada saya langsung. Sikit pun, awak tak pedulikan perasaan saya. Awak hanya pentingkan diri sendiri!”

Dhia terus melangkah pergi sejuus meluahkan perasaannya. Air mata yang mula tumpah di tubir mata diseka perlahan. Langkahnya tetap, menuju ke rumah. Tanpa sengaja, dia menjeling peti surat yang tergantung di pintu pagar.

Eh, ada surat?

Perlahan dia mengambil surat yang terselit itu. sebentar kemudian, matanya yang bulat kembali bersinar.

Surat merah jambu!!!

*****

“Akak!”

Dhia menoleh. Tersenyum dia melihat seorang budak lelaki berlari, datang kepadanya. Dia menggenggam erat tangan seorang budak perempuan. Hampir terjatuh dia mengejar abangnya.

“Adik, jangan lari! Nanti ja…!”

Gedebuk!

Belum habis Dhia berkata-kata, budak perempuan itu sudah jatuh terseungkur. Dhia berlari untuk mendapatkan mereka, namun ada tangan lain yang menyambut mereka dahulu.

“Abang, jangan lari. Nanti adik jatuh,”

Lelaki itu membantu budak perempuan itu supaya berdiri. Abangnya yang masih erat memegang tangan adiknya turut membantu.

“Saya minta maaf, bang. Saya nak jumpa kakak tu aje. Dah lama dia tak datang sini,” kata budak lelaki itu sambil menunjukkan ke arah Dhia yang masih tegak berdiri.

Dhia tersentak. Eh, aku pulak yang kena!

Lelaki itu menoleh dan senyum. Spontan Dhia membalas senyuman itu.

“Abang Syamil,”

“Kakak! Adik, inilah kakak yang belanja adik aiskrim hari tu,” beritahu budak lelaki itu. Dhia mengalihkan perhatiannya kepada budak lelaki itu. Ya, baru dia teringat.

“Adik nak aiskrim lagi? Nak akak belanja lagi?”

“Er, boleh ke?”

“Tak boleh,” Syamil segera mencelah. “Kali ni, biar abang yang belanja,”

“Yeay!” budak berdua itu bersorak keriangan. Dhia senyum sambil pandang Syamil.

“Betul ke abang nak belanja diorang ni?”

Syamil senyum lebar. “Pertama kali Dhia panggil saya, abang,”

Dhia tersipu-sipu.

“Kakak! Abang! Kami nak asikrim keladi!”

“Baiklah sayang,”

Mereka berjalan beriringan. Si adik memegang tangan Dhia, si abang memegang tangan Syamil. Lagak mereka sudah seperti satu keluarga bahagia. Dhia si ibu, Syamil si ayah.

Oh!

“Sedap?” tanya Dhia. Si adik mengangguk.

“Ish, abang ni. Kenapa makan comot ni?” Dhia menegur. Abang tersengih.

“Meh abang lapkan,” Syamil sudah mengeluarkan tisu. Dhia tidak membantah. Dia hanya melihat tingkah lelaki itu melayan si abang. Persis anak sendiri.

“Abang, kakak ni suami abang ke?”

Terkejut Syamil mendengarnya.

“Bukan suami la, abang. Suami tu lelaki. Isteri tu perempuan,” tingkah si adik petah. Dhia ketawa.

“Bukanlah abang. Kakak ni bukan isteri abang. Tapi kalau jadi isteri, apa salahnya,” Syamil senyum meleret.

“Kakak, abang. Terima kasih sebab belanja kami. Sayanggggggg akak,” si adik mengucup pipi Dhia. Mesra. Kemudian dia dan si abang bermain-main di sekitar kawasan tasik.

“Dhia…,”

“Abang Syamil, Aleeya tak datang?” potong Dhia.

“Tak,” jawab Syamil sepatah.

“Kenapa?”

“Sebab… abang nak jumpa Dhia Nadhira,”

“Abang nak jumpa saya? Ada apa ye?”

Syamil menarik nafas. “Dhia Nadhira…,”

Dhia pandang wajah Syamil. Jantungnya bergetar hebat.

“Saya penulis surat merah jambu,”

Dhia tergamam.

Previous: 19
Next: 21

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.