Home Novel Cinta Kalam Cinta Buat Dhia
Kalam Cinta Buat Dhia
Laila Qaisara
31/10/2013 11:28:03
26,473
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
04

“Assalamualaikum,”

“Waalaikumsalam. Mak, abang balik!”

“Lar, biarlah abang balik, dik. Inikan rumah dia juga,”

Adik sudah tersengih-sengih.

Abang duduk di sofa. Dia memerhatikan Adik yang sedang leka di hadapan komputer riba. “Adik buat apa tu? Chatting ye?”

“Mana ada la. Siapa la nak chatting dengan Adik. Adik bukan macam Abang yang terkenal di kolej,”

“Eh, mana ada la,”

“Eleh, Abang nak sorokkan daripada Adik. Memang tak dapat la. Rahsia Abang dalam poket seluar Adik tau,”

“Ye la tu,”

Adik ketawa kecil.

“Adik buat apa tu?” ulang Abang.

“Adik tengah siapkan cerpen adik ni,”

“Dah nak siap ke? Abang nak baca,”

“Sikit lagi,” mata Adik tidak lepas dari menaip dan menaip. Abang hanya memerhatikannya. Sedari dulu, Abang memang menyokong minat Adik dalam bidang penulisan cerpen. Dan selalunya, Adik akan menyiarkan cerpennya dalam laman blognya.

“Kenapa Adik tak cuba tulis novel?”

“Abang rasa, Adik boleh ke tulis novel?”

“Eh, adik Abang kan berbakat besar! Tengok semua cerpen yang tersiar dalam Penulisan2u tu, pasti ada yang mengalir air mata, penangan idea Adik yang meletup tu,”

“Eleh, Abang. Cakap je la nak suruh Adik buat sesuatu. Abang nak apa? Milo ke teh?”

“Abang cakap benda betul, dia ingat main-main pulak,”

Adik tersenyum manis. “Adik tak yakin la, Abang,”

“Cuba buat dulu. Bagi Abang baca. Selama ni boleh je kan, cerpen Adik dibaca Abang dulu sebelum dimasukkan dalam blog dan dihantar ke Penulisan2u?”

“Iye la. Tapi novel dengan cerpen tak sama, Abang. Novel perlukan komitmen,”

“Nak kata cerpen tak perlukan komitmen la ni?”

“Abang ni…,” Adik sudah memuncungkan mulutnya. Abang tergelak.

“Kena yakin diri, dik. Bukan ke Adik selalu cakap, ramai pembaca setia Adik minta Adik tulis novel?”

“Adik tak nak la menulis sebab orang suruh,”

“So sekarang ni Adik dah bersedia ke belum?”

Adik diam.

“Abang tak ada jawapan untuk soalan tu. Semuanya bergantung pada Adik sendiri,” Abang bangun, menuju ke biliknya.

“Abang,”

Abang menoleh.

“Kertas merah jambu dah habis ye?” Adik tersenyum mengusik. Abang terkejut, spontan dia memandang sebungkus kertas merah jambu yang dipegangnya.

“Adik!”

“Mak! Abang kejar adik!” Adik sudah berlari ke dapur. Abang mengejarnya.

“Abang! Adik! Apa bergurau kat dapur ni?!”

Riuh sebentar rumah itu dengan gelagat Abang dan Adik.

*****

'Hedonisme satu kosa kata berasal dari perkataan Yunani. Hedone itu bermakna keseronokan atau keinginan merasai kelazatan yang berlebihan sehingga menjadi faham yang meluas dalam masyarakat. Pada zaman Eropah tadi, kekebasa masyarakat yang melampaui batas telah didukung pula oleh pelbagai program dan usaha pemerintah sendiri dengan menggalakkan segala macam bentuk pesta secara besa-besaran. Lalu timbullah tanggapan bahawa agama hanya akan menyekat kebebasan individu dan kepuasan hidup manusia. Pada golongan ini, hidup sepatutnya menjadi lebih hebat dan ceria sekiranya tuntutan hawa nafsu dipenuhi secukupnya. Manusia tidak perlu kepada hukum hakam agama, peraturan dan norma budaya, undang-undang kawalan kesejahteraan sosial. Dalam zaman yang berubah, pengaruh budaya negatif ini menular ke serata dunia. Kini kita ikut merasakannya di Malaysia,'

Sengaja Dhia membaca kuat salah satu perenggan dalam buku Geger Sokmo tulisan Dato' Haji A. Aziz Deraman itu. Terkedu dia seketika. Kini barulah dia faham maksud sebenar hedonisme itu.

"Dhia!"

Dhia mengangkat mukanya. "Ya, Hafiza?"

"Aku nak tanya sikit,"

"Dua perkataan aje,"

"Ala...,"

"Mandatori,"

"Okey, aku nak tanya banyak sikit,"

"Tiga perkataan,"

"Dhia...,"

"Mandatori...,"

"Ye la, ye la. Aku nak tanya banyak-banyak,"

"Empat perkataan,"

"Okey. Novel hari tu ada tak?"

"Novel mana?"

"Kalam Cinta Daripada Tuhan,"

"Novel tu?" Dahi Dhia berkerut. "Novel tu aku pinjam dari perpustakaan,"

"Kau dah pulangkan ke novel tu?"

Dhia diam.

"Ala, aku baru nak pinjam,"

Dhia senyum. "Ada atas meja tu. Pergilah ambil,"

"Kau kata kau dah pulangkan novel tu,"

"Bila masa aku cakap macam tu?"

"Tak ada ek?" Hafiza tersengih. Termalu sendiri.

"Ada-ada ajelah kau ni,"

Hafiza terus bangun untuk mengambil novel yang dimintanya. Tetapi...

"Fail apa ni, Dhia?"

Fail? Pantas Dhia bangun apabila Hafiza mula membuka fail tersebut.

"Jangan!"

Hafiza menyorokkan fail itu di belakang badannya. "Whoa! Penting sangat ke fail ni sampai kau sanggup berlari untuk rampas fail ni daripada aku?"

"Bagi aku balik!"

"Bagitahu aku, apa yang ada dalam fail ni," Hafiza tersenyum sinis. Dia angkat kening.

"Bagi la balik!"

Hafiza mengintai-intai isi kandungan fail itu.

"Jangan tengok!" namun agak terlambat...

"Surat merah jambu? Oh oh...," Hafiza senyum meleret. "Dalam pada tak suka terima surat ni, simpan juga rupanya. Siap ada fail lagi...,"

"Bagi balik!" pantas Dhia merampas fail itu dari tangan Hafiza. Malu dia dengan teman sebiliknya itu.

"Ada apa-apa ke...,"

"Tak ada la!"

"Ye ke...,"

"Ye la!"

"Betul?”

“Betul…,”

“Okey…,” Hafiza mencapai novel yang ingin dipinjamnya tadi dan terus melompat ke katilnya. Dhia menyimpan semula fail itu di tempat yang sepatutnya. Dalam hati dia merungut sendiri. Macam mana la aku boleh cuai kali ni…

“Kau dah tahu ke siapa penulis surat merah jambu tu?”

“Hah?”

“Ceh, tak sangka aku. Baru sekejap tadi kena usik dah jadi pekak,”

“Hafiza!”

Hafiza sudah ketawa kesukaan. Dhia memuncungkan mulutnya.

“Merajuk pulak,”

“Belanja aku Cornetto balik,”

“Buruk siku!”

Dhia ketawa kecil.

“Kau… tak nak jawab soalan aku tadi ke?”

“Soalan mana? Aku tak dengar,”

Hafiza tepuk dahi. “Kau dah tahu ke siapa penulis surat merah jambu tu?”

Dhia menggeleng. “Dia tak pernah tulis siapa dirinya dalam setiap surat yang dihantar pada aku. Macam mana aku nak tahu?”

“Tapi kau simpan juga surat tu,”

Dhia senyum. “Aku simpan bukan kerana pengirimnya, aku simpan kerana isi kandungan suratnya,”

“Oh… patutlah kau tulis tajuk fail tu, Mr Merah Jambu!”

“Hafiza!”

Hafiza ketawa lagi.

*****

Pagi itu langit menangis. Mencurahkan seluruh isi hatinya. Bumi dibasahi hujan seawall jam lima pagi. Dhia yang bangun ketika itu sabar menanti hari siang. Sempat bertahajjud dan membaca Mathurat sebelum menunaikan solat Subuh. Namun menjelang jam tujuh, tiada tanda-tanda hujan akan berhenti. Malah makin menggila. Dhia resah.

“Macam mana aku nak ke kolej ni?”

Hafiza di sebelahnya masih berdengkur kuat. Untunglah dia, kelasnya pagi ini dibatalkan kerana pensyarahnya sakit bersalin. Dhia menjeling ke arah sekujur tubuh itu dengan penuh cemburu.

Ah, ini tak boleh jadi ni! Dhia terus bangun dan mencapai apa yang patut. Bismillahi tawakkaltu alallah…. Dengan namaMu aku bertawakal… dhia terus keluar dan menggunakan payung yang dipegangnya bagi melindungi dari hujan lebat yang semakin menggila. Dhia melangkah perlahan menuju ke perhentian bas yang terletak tidak jauh dari hostel mereka.

“Feewit! Awek…,”

“Hai, boleh berkenalan?”

“Ala, jangan la sombong adik…,”

“Nak abang tumpangkan adik ke? Tapi sebelum tu, singgah la rumah abang dulu…,”

Dhia hanya diam tanpa membalas kata-kata mereka. Namun dalam hati terdetik rasa bimbang. Bagaimana kalau mereka bertindak di luar batasan?

“Dhia!”

Dhia terkejut. Dipandang kereta Viva di hadapannya ini. Siapa ni? Tak kenal pun?

“Dhia! Masuk cepat! Hujan lebat ni!”

Ini bukannya kekasih si Niki tu?

“Masuk cepat! Nanti air masuk dalam kereta!”

Cepat-cepat Dhia masuk ke dalam kereta. Sempat dijeling mulut-mulut yang galak mengusiknya tadi. Dia mengeluh lega.

“Kenapa keluar hujan-hujan ni? Kan bahaya?”

Eh? Dia cakap dengan aku ke? Tapi, hanya kami berdua sahaja dalam kereta ni. Berdua?

“Pagi ni ada kelas. Tak nak la ketinggalan,”

“Kan bahaya tadi? Kawan awak lagi sorang tu mana?”

“Pagi ni dia tak ada kelas,” eh, kenapa banyak tanya pulak ni?

“Lain kali minta tolong saya je. Saya boleh tolong hantarkan,”

“Tak payah la. Nanti Niki marah,”

Dahi Mikhail berkerut. “Kenapa takut kalau Niki marah?”

“Dia kan kekasih awak…,”

Spontan Mikhail tersenyum.

“Saya salah cakap ke?”

“Sikit,”

“Saya minta maaf kalau saya salah cakap…,”

“Tak apa la. Awak tak tahu. Saya maafkan. Kelas awak kat mana?”

“Dalam kolej la. Takkan dalam tong sampah pula,” gumam Dhia perlahan. Namun dapat didengari oleh Mikhail. Dia senyum, mengakui kesilapan sendiri.

Previous: 03
Next: 05

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.