"Papaku
pulang dari kota, papaku belikan kereta kecil warna merah, boleh kubawa ke
sekolah... Eh, bukan sekolah la, dah masuk kolej dah pun. Tapi tak apa la. Kira
sekolah juga kan?"
Hafiza
ketawa kecil. Dia terus menyanyi sambil berjalan sehinggalah dia tiba di
hadapan rumah.
"Assalamualaikum,"
Nyanyian
Hafiza terhenti. Lantas dia menoleh.
"Waalaikumsalam
warahmatullah. Eh, Aleeya! Dan ini siapa pula?" Tanya Hafiza hairan
apabila melihat kelibat seorang lelaki di belakang Aleeya.
"Oh,
ini abang saya. Namanya Syamil Khairan," Aleeya mempeekenalkan abangnya
kepada Hafiza. Syamil dan Hafiza sama-sama mengangguk walaupun danam hati
Hafiza...
"Macam
aku pernah lihat lelaki ni. Tapi di mana ya?"
"Hafiza?"
Panggil Aleeya, memecahkan lamunan Hafiza.
"Ah,
ya! Cari Dhia ke? Tapi Dhia tak ada di rumah. Katanya tadi, dia ikut Aaron
balik rumah keluarga dia,"
Air muka
Syamil berubah. Namun tidak disedari oleh Hafiza. Tetapi Aleeya dapat menjangka
reaksi abangnya walaupun tidak melihat wajah lelaki itu.
"La,
ye ke? Tadi aku cuba telefon dia tapi tak dapat,"
"Bateri
telefon habis agaknya. Korang nak tunggu dia balik ke?"
Aleeya
merasakan lengan bajunya ditarik. Faham dengan isyarat itu, dia bersuara,
"Tak apa la. Malam nanti aku telefon dia. Kami ada hal lain ni. Saja
datang jenguk sebab aku tak dapat telefon dia. Kirim salam dengan dia ya? Kami
gerak dulu. Assalamualaikum,"
"Waalaikumsalam
warahmatullah," Hafiza hanya menghantar dua beradik itu ke kereta dengan
pandangan matanya. Hilang sahaja mereka dari pandangan, Hafiza segera memulas
tombol pintu.
"It’s
my life... it’s now or never... eh?"
Terkejut
Hafiza melihat sekujur tubuh dittupi selimut terbaring di atas katil...
"Dhia?"
Hafiza
menghampiri katil Dhia. Cuba menyentuh tubuh itu. Tiba-tiba....
"Hai
sayang...,"
Hafiza
terkejut. Wajahnya pucat bagaikan mayat.
*****
“Assalamualaikum
warahmatullah…,”
Salam
kedua diberikan sambil wajah dipaling ke kiri. Dhia meraup lembut wajahnya
sambil bibirnya basah melafaz zikir memuji kebesaranNya. Kemudian dia menadah
tangan, membaca doa.
Rasa
sayu dirasai sebaik sahaja Dhia meraup wajahnya usai membaca doa. Air mata
mengalir di pipi.
“Yaa
Allah, aku tahu Engkau menyayangiku. Kerana itu Engkau mengujiku…,”
Dhia
mengesat air mata. Peristiwa petang tadi masih berkesan di mindanya.
“Papa…,”
Lelaki
itu bingkas bangun. “Dhia, Papa cari kamu selama ni…,”
“Nanti
kejap!” pintas Aaron. “Papa kenal kekasih saya ni? Dhia, awak kenal Datuk
Azlan, papa saya?”
“Datuk
Azlan?” Dhia menyebut nama itu sepatah.
“Jadi
betullah kau ingin kaut kekayaan keluarga aku?” sahut satu suara dari belakang.
Dhia dan Aaron sama-sama menoleh. Datin Azura masuk ke dalam bilik bacaan
dengan wajah sombong.
“Betul
kan, sangkaan aku? Papa kau mahu, anak pun kau rembat,”
“Azura!
Jaga mulut tu!”
“What?
Betul kan kata I? You memang ada hubungan sulit dengan betina ni kan?”
Mata
Dhia sudah berkaca.
“Mama,
Papa. Apa ni, saya tak faham…,”
“Perempuan
ni…!” Datin Azura menunjal dahi Dhia kasar. “Dia muncul hanya untuk mengikis
harta keluarga kita! Dia ada hubungan dengan Papa!”
“Azura!
Jangan tuduh sebarangan!”
“Dia
memang perempuan sundal!”
“Azura!”
Pang!
Spontan tangan Datuk Azlan melayang ke pipi Datin Azura. Meraung wanita itu
dibuatnya. Aaron terkejut. Dhia terkedu. Datuk Azlan merangkul erat bahu Dhia.
“You
jangan nak hina anak I!”
Raungan
Datin Azura terhenti.
“Apa you
cakap?”
“Ya,
Dhia Nadhira anak I. Anak I dengan isteri pertama I yang meninggal dunia tujuh
tahun lalu. Puas hati you?”
“Datuk…,”
Dhia meleraikan rangkulan di bahunya. “Saya minta maaf kerana elah memporak
perandakan keluarga Datuk. Saya janji tak akan datang lagi,”
Dhia
terus keluar dari rumah agam itu. Aaron mengejarnya.
“Dhia,
tunggu!”
Langkah
Dhia terhenti. Dia memusingkan badannya. “Awak balik la. Kita tak ada jodoh.
Macam mana kita nak kahwin kalau kita ni adik beradik tiri?”
“Dhia,
tolong katakan ini semua satu pembohongan. Katakanlah!”
“Kalaulah
ini semua hanya satu mimpi, tamparlah pipi awak sekarang. Cubit tangan awak!”
Diam.
“Aaron,
semua ini satu kebenaran. Kita tak dapat nafikannya. Selamat tinggal,” Dhia
terus berpaling dengan bercucuran air mata. Kesedihannya tidak dapat terbendung
lagi.
Ibu,
kenapa semua ini terjadi pada Dhia?
*****
“Cik Dhia!”
Lamunan
Dhia terlerai. Pantas dia mengangkat muka dan melihat seorang jururawat berada
di muka pintu.
“Ya?”
“Kawan
awak, Hafiza dah sedar,”
“Baik,
terima kasih,” sebentar tadi Dhia ada berpesan dengan jururawat yang bernama
Hayati tadi, bahawa dia ada di surau untuk bersolat. Apa yang berlaku hari ini
benar-benar mengejutkannya.
Keluar
sahaja dari kawasan perumahan mewah yang menempatkan rumah agam keluarga Aaron,
telefonnya menjerit nyaring. Berkerut dahi Dhia apabila melihat nama yang
terpampang di skrin. Aleeya!
“Assalamualaikum,”
“Waalaikumsalam.
Dhia! Tadi aku cuba telefon kau tapi tak dapat,”
“Talian
tak cantik sangat kat rumah Aaron. Kenapa?”
“Tadi
aku ke rumah kau. Cari kau la. Tapi Hafiza cakap kau ke rumah Aaron,”
“Ha, ye
la tu. Kenapa?”
“Lepas
tu kitorang balik. Kemudian aku terlupa yang aku nak bagi barang kat kau. Aku
patah balik. Sampai je kat rumah kau, pintu rumah kau terbuka luas,”
Jantung
Dhia tiba-tiba berdegup kencang.
“Aku
masuk ke dalam rumah, aku tengok Hafiza dah terbaring berlumuran darah,”
“Yaa
Allah!”
Hampir
terlepas telefon yang dipegang Dhia.
“Dhia?”
“Er, aku
kat sini lagi,” jawabnya terketar-ketar. “Hafiza macam mana?”
“Kitorang
dah hantar ke hospital. Tapi belum tahu keadaan dia lagi,”
“Kitorang?”
“Ye la,
aku dengan abang aku,”
“Aku
datang sekarang,”
“Cepat
sikit,”
Tanpa
salam dan pamitan, Dhia menamatkan panggilan. Keselamatan Hafiza lebih penting!
*****
“Hafiza,”
“Dhia…,”
Hafiza menyahut lemah panggilan Dhia. Sayu hati Dhia mendengarnya. Lantas,
tangan Hafiza yang pucat itu digenggam erat.
“Sakit
lagi?”
“Tak la.
Rasa macam tengah ada kat lading strawberi. Lagi mau tanya…,”
Dhia
tersenyum pahit. Dalam keadaan macam ni pun…
“Ikut
laporan polis, kau diserang dan ditikam tujuh kali,”
“Alhamdulilah,
Allah panjangkan usia aku lagi,” Hafiza tersenyum lemah.
“Tapi
polis kata, tiada unsur rompakan. Sebab barang-barang kat rumah kita tak ada
yang hilang,”
Berubah
air muka Hafiza mendengarnya.
“Kau
kenal kan orang yang serang kau? Siapa, Hafiza?”
“Dhia,
aku…,”
“Cik
Dhia, maaf. Doktor nak periksa pesakit,” suara jururawat yang muncul secara
tiba-tiba itu membantutkan kata-kata Hafiza. Dhia angguk perlahan. “Aku keluar
dulu,”
Jururawat
itu menghampiri Dhia. “Ini barang-barang Hafiza. Saya lupa nak bagi tadi,”
Dhia
tersenyum. “Terima kasih,”
Di luar,
Dhia hanya memerhati gelagat orang ramai yang keluar masuk di wad kecemasan
itu. Aleeya tidak dapat menemaninya kerana dia mendapat panggilan telefon dari
maknya yang tidak sihat. Jadi dia bersama abangnya terpaksa pulang dahulu.
“Apa-apa
hal, kau telefon aku,”
Dhia
angguk. Dia sedikitpun tidak perasan yang sepasang mata kuyu sedang
memerhatikannya dari jauh. Teringat dengan barang-barang Hafiza di tangan, dia
membeleknya satu persatu. Dan dia tertarik dengan telefon Hafiza. Dia
membelek-belek perlahan, dan terkejut apabila membaca mesej terakhir yang
diterimanya.
“Hafiza,
dah gila. Dia dah mengamuk dah sekarang ni! Aku rasa, ada kemungkinan dia akan
bunuh kau! - Kaisara”
Darah Dhia
menyirap. Hanya satu nama difikirkan sekarang ini.
Niki
Ardilla!