Abang
hanya memerhatikan sahaja gelagat Dhia yang berbual dengan seorang gadis yang
dikenalinya. Hatinya bagai ditusuk sembilu. Betapa selama ini dia memendam rasa
hanya untuk dikecewakan!
“Abang!”
Abang
terkejut. Spontan dia menoleh ke kiri. “Tak reti bagi salam?”
Adik
ketawa. “Nampaknya, cinta benar-benar buat Abang hilang kewarasan,”
Abang
kerut dahi. Tidak mengerti.
“Abang,
Adik dah bagi salam la tadi. Abang yang tak dengar,”
“Ye ke?
Kenapa Abang tak dengar?”
“Sebab
buah hati depan mata, kan,”
Tidak
semena-mena pipi Abang memerah. Tambah galak Adik ketawa.
Abang
merengus. “Kenakan Abang je la kerja dia sekarang ni,”
“Terasa?”
perli Adik. “Ala, maaflah, Abang,”
Tapi
Abang tidak menjawab. Dia terus memandu.
“Abang…,”
“Apa?”
“Abang
maafkan Adik tak?”
“Hurm…,”
“Marah
la tu,” Adik muncungkan mulut. Tahu sangat dia dengan perangai abangnya yang
seorang itu.
“Tahu
takpe,”
“Abang,”
“Ada apa
lagi?”
“Jangan
la marah,” Adik buat suara comel. “Adik tahu, Abang memendam rasa. Abang kecewa
sebab Dhia kan,”
“Lagi
mahu tanya…,”
Adik
sembunyi senyum. “Abang jangan risau, Adik akan tolong Abang,”
“Tolong
apa? Tolong tengok Dhia bersanding dengan orang lain?”
“Orang
lain? Siapa? Kalau ‘orang lain’ tu sebelah Adik ni je, Adik memang nak tengok!”
Abang
pandang Adik tidak berkelip.
“Abang
pandang depan!”
Cepat-cepat
Abang pandang ke hadapan sambil memegang stereng kereta kejap.
“Cuba la
bawa kereta tu elok-elok sikit. Adik belum kahwin lagi tau…,”
“Macam
dia sorang yang belum kahwin,”
Adik
ketawa kecil.
“Kenapa
Adik cakap macam tu tadi?”
“Yang
mana?”
“Yang
‘orang sebelah Adik’ ni,”
“Oh,
yang itu! Adik akan bagitahu. Tapi dengan syarat,”
“Main
syarat pula. apa syaratnya?”
“Letakkan
cinta manusia hanya di tangan, dan letakkan cinta Ilahi di hati. Kerana Allah
takkan kecewakan kita sebagaimana manusia melakukannya,”
Abang
diam. Fikirannya mencerna kata-kata Adik yang ada betulnya juga.
*****
“Apa?”
Melengking
suara Hafiza apabila mendengar berita itu. “Kau biar betul? Nak terima pinangan
Aaron tu?”
“Ya,”
Dhia menjawab sepatah. Lemah.
“Apa
yang kau fikirkan sebenarnya, Dhia? Aku rasa macam baru semalam kau bagitahu,
kau keliru dengan apa yang berlaku. Sekarang ni apa?”
“Aku
fikir, kenapa aku tak terima je lamaran Aaron tu? Dia pun baik orangnya,”
“Baik?”
Hafiza ketawa sinis. “Baik sangatlah dia tu,”
“Hafiza,
cuba jangan berburuk sangka dengan orang. Mungkin jodoh aku dengan Aaron. Siapa
tahu? Apa salahnya kita cuba,”
“Dhia,
ni soal masa depan kau. siapa yang kau pilih untuk bersama kau di hari tua
nanti. Hari di mana kau duduk atas kerusi malas, kira cucu berapa ramai ada,”
Dhia
tertawa.
“Gelak
pulak dia! Ni soal masa depan kau, Dhia Nadhira! Bukan soal main masak-mask!”
Tawa
dhia mulai mereda. Dia tersenyum.
“Senyum
pula dia!”
“Sayangnya
kau pada aku ye, Hafiza,” Dhia masih lagi tersenyum. “Kau jangan risau. Aku
tahu apa yang aku buat. Aku yakin, ini aturan Allah untuk aku. Ada hikmahnya,”
Hafiza
diam. Dhia bangun.
“Tu nak
pergi mana pulak?”
“Ambil
wuduk la. Nak solat Isya’. Kan dah azan tu. Kau tak solat ke?”
Hafiza
tersengih. “Aku cuti,”
Dhia
jeling tajam lalu keluar dari bilik. Sejurus, Hafiza mengeluh. Kenapa Dhia
sanggup terima Aaron walaupun macam-macam yang telah dilakukan oleh lelaki itu.
Takkan Dhia tidak dapat membaca watak Aaron sebenarnya?
Tiba-tiba
Hafiza ternampak sesuatu. Diari Dhia. Hafiza memanjangkan lehernya. Nampaknya
Dhia mengambil masa yang agak lama untuk membersihkan diri dan mengambil wuduk.
Pantas tangannya mencapai diari berwarna biru itu. Dengan lafaz bismillah,
diari itu dibuka.
“Ibu,
Dhia rindukan Ibu. Dhia keseorangan di dunia ini. Walaupun Dhia ada teman yang
memahami, tapi Dhia tak boleh nak nafikan yang Dhia sangat cemburu apabila
melihat insan yang didampingi ibu mereka. Dhia sedih sangat, bila mengenangkan
yang Ibu pergi dalam keadaan yang cukup tragis.
“Ibu,
Dhia rindukan Ibu…,”
Air mata
Hafiza menitis. Baru dia tahu, selama ini Dhia cukup memendam rasa.
*****
“Nah,”
Dengan
wajah selamba Niki mencampakkan beberapai helai kertas di atas kepala Kaisara
menyebabkan gadis itu terkejut.
“Apa
ni?”
“Tak
nampak? Ini, tajuk tugasan terbaru aku. Siapkan untuk aku. Aku nak pergi jaga
Mikhail,”
“Niki,
aku minta maaf. Aku tak boleh tolong kau kali ni,”
Bulat
mata Niki mendengarnya. “Apasal pulak?”
“Kau
sendiri tengok, aku banyak tugasan yang kena diselesaikan. Semuanya perlu
dihantar minggu ni,”
“Kau
tengok muka aku ni. Ada aku kisah?” Niki buat muka berlagaknya. “Aku tak peduli
la kerja kau banyak ke apa ke. Yang penting, kerja aku siap. Nanti aku bayarlah
upah,”
“Ni
bukan soal upah. Aku tak boleh siapkan semua ni…,”
“Aku
tahu benda ni siap minggu ni,” Niki terus pergi dari situ. Kaisara mengeluh
kuat sambil membelek helaian kertas yang baru dilayangkan oleh Niki sebentar
tadi. Banyaknya tugasan!
Pergi
jaga Mikhail konon! Macam la aku tak tau, Mikhail tidak mahu menerima sebarang
tetamu! Pirah!
Hai,
banyak la pulak tugasan yang dia suruh aku buat ni. Macam mana ni? Kaisara
membaca sekilas tajuk-tajuk tugasan yang diberikan Niki.
“Buat
sikit-sikit je la,”
“Buat
apa?”
“Buat…,”
terkedu Kaisara apabila melihat kelibat seseorang yang dikenalinya.
“Buat
apa?” soalan itu diulangi lagi.
“Er…
buat tugasan aku la. Kan pensyarah minta hujung minggu ni,” tergagap-gagap
Kaisara memberi alasan.
“Kau
bukan sekelas dengan aku ke? Setahu aku la, tugasan kita cuma ada tiga tajuk.
Ni apahal sampai tujuh tajuk pulak ni?”
Alamak!
Kaisara terperangkap. Baru dia ingin buka mulut hendak menipu…
“Dan
setahu aku juga, kita tak ada pilihan tajuk,”
Ah
sudah! Aku baru nak tipu pasal tu!
Hafiza
mengambil kertas yang berada dalam genggaman Kaisara. Tulisan tangan itu cukup
dikenalinya. “Ni tulisan Niki kan?”
Kaisara
diam.
“Kau
tengah buatkan tugasan untuk dia kan?”
Diam
lagi.
“Kaisara,
aku bukan tunggul,”
“Maaf,”
“Buat
apa kau minta maaf dengan aku? Kau bukan ada salah apapun dengan aku,”
“Ta..
tapi…,”
“Ini,”
Hafiza menunjukkan kertas yang diambil dari genggaman Kaisara. “Kau nak tolong
dia jadi bodoh ke? Kau nak tolong dia tipu diri sendiri?”
“Maaf!”
“Kenapa
kau buat macam ni?”
“Maaf!
Dia… dia…,”
“Dia
apa?”
“Dia
upah aku!”
“Upah?
Apa maksud kau?”
“Dia
bayar upah bagi setiap tugasan dia yang aku buat. Aku tak ada pilihan!”
“Ini
bukan caranya nak tolong dia!”
“Aku tak
ada pilihan! Ayah aku banyak hutang! Kalau aku tak selesaikan, diorang nak jual
adik aku, Hafiza!”
Terduduk
Hafiza mendengarnya.
*****
“Abang,”
Wajah
Adik terjengul di muka pintu sambil senyum.
“Dah
kenapa macam kerang busuk je kat situ? Mari masuk,”
Adik
melangkah perlahan masuk ke dalam bilik. “Adik takut Abang sibuk,”
“Sibuk
apanya, hari Ahad ni,”
Adik
nampak kertas berwarna merah jambu yang dipegang Abang. “Abang nak tulis surat
kat Dhia ke?”
Abang
angguk. “Surat perpisahan,”
Mati
senyum Adik. “Kenapa?”
“Abang
rasa, buat apa Abang kacau hidup dia kalau dia bahagia dengan pilihannya,”
“Apa
Abang cakap ni?”
“Maksud
Abang, kalau dia bahagia dengan pilihannya, Abang tumpang gembira. Kalau dia
dengan Abang tapi dia tak bahagia, buat apa? Abang tak nak siksa orang yang
Abang cinta,”
“Makin
lama, makin saya tak faham dengan Abang,” adik bingkas bangun dan keluar.
“Adik,”
Langkah
Adik terhenti di muka pintu.
“Nanti
tolong temankan Abang ke sana? Abang takut Abang tak kuat,”
Adik
memusingkan badannya menghadap Abang. “Kenapa Abang kena buat semua ni?”
“Adik,
cinta itu perlukan pengorbanan,”
“Tapi
kenapa Abang?”
“Sebab
Abang sayangkan dia,”
“Abang!”
Abang
menghela nafas. “Adik juga yang cakap. Letakkan cinta manusia hanya di tangan,
dan letakkan cinta Ilahi di hati. Kerana Allah takkan kecewakan kita
sebagaimana manusia melakukannya,”
Adik
terdiam.
“Kadang-kadang
bila kita minta matahari, hujan yang turun. Kita cari matahari, tapi tak
muncul-muncul. Lepas hujan, pelangi yang muncul. Rupa-rupanya, Dia nak beri
kita pelangi. Sebab pelangi tu cantik,”
Adik
kerut dahi.
“Abang
kejar pelangi tu, Adik. Mungkin Dhia bukan jodoh Abang. Mungkin seseorang yang
sama baik dengan dia. Mungkin lebih baik,”
Air mata
Adik berlinangan. Dia tersenyum gembira.
“Adik
ikut Abang nanti, boleh?”
Tanpa
ragu Adik mengangguk.
“Adik
anggukkan apa tu?”
Adik
terkejut. Sekarang ini dia bukan lagi di bilik Abang sebaliknya dalam kereta.
“Aaaa…,”
“Berangan
la tu,” Abang tersengih.
“Abang,”
Adik pandang mata Abang dalam-dalam. “Betul ke apa yang Abang buat ni?”
“Abang
nekad, Adik,” Abang terus keluar dari kereta. Adik diam. Dia hanya memerhatikan
gelagat Abang dari dalam kereta.
Kasihan.
Dhia cinta pertama Abang. Tapi Abang nekad lepaskan cinta itu demi melihat
gadisnya bahagia. Apakah aku boleh menjadi seperti Abang? Kuat menghadapi
perpisahan ini?
Besar
mata Adik apabila melihat Abang tiba-tiba berlari ke arah kereta. Pantas dia
masuk ke dalam kereta.
“Kenapa,
Abang? Dhia perasan ke?”
“Tak.
Tak tahu. Rumah sunyi,”
“Habis
tu?”
Abang
menghulurkan sepucuk surat berwarna biru. Tertulis di atasnya ‘Buat Pengirim
Surat Merah Jambu’.
“Ni
tulisan Dhia!!”