Home Novel Cinta Kalam Cinta Buat Dhia
Kalam Cinta Buat Dhia
Laila Qaisara
31/10/2013 11:28:03
26,425
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
14

"Macam mana dengan pelajaran kau, Aleeya?" Tanya Dhia sambil menghirup jus tembikai yang dipesannya tadi.

Tiba-tiba Aleeya tersedak. Pantas Dhia menghulurkan airnya kepada Aleeeya. "Kau n gelojoh la,"

Aleeya menghirup air itu senafas. "Aku rasa tak sedap hati la, Dhia,"

Berkerut dahi Dhia mendengarnya. "Kenapa? Ada masalah ke dengan pelajaran kau?"

"Bukan la. Pelajaran aku okey, tak ada masalah,"

"Habis tu?"

"Hati aku ni ha, yang tak sedap,"

"Ada pulak gitu," Dhia menyuap nasi ayam di hadapannya.

"Eh, itu nasi aku! Kau bukan pesan nasi goreng ayam ke tadi?"

Dhia baru tersedar. "Eh, aku salah makan nasi kau...,"

"Tak apa, kau dah makan nasi aku. Nanti aku makan nasi kau pula," Aleeya mengenyitkan mata.

"Amboi!" Dhia ketawa kecil.

"Dhia!"

Dhia menoleh spontan apabila mendengar namanya dipanggil. Dan...

Splash!

Tersentak seketika. Baik Dhia mahupun Aleeya. Masing-masing tidak terjangka dengan tindakan tersebut. Spontan Dhia mendongak. Wajah itu amat dikenaliya.

"Niki, apa ni?"

"Kau tanya diri sendiri, apa yang kau dah buat!" Jerkah Niki.

"Apa yang aku dah buat?"

"Kau jangan nak berpura-pura lagi la! Aku tahu apa yang kau buat! Dasar perempuan miang! Tamak!"

"Aku tak faham, Niki!"

"Tak payah kau nak berdrama samgat dengan aku! Aku tahu siapa kau yang sebenarnya!"

"Norkiah binti Tukiman,"

Terkejut Niki dengan panggilan yang tidak disangka. Dipandang wajah gadis yang memanggil nama sebenarnya tadi.

"Kau siapa?"

"Kau tak kenal siapa aku?"

"Kau siapa, aku nak kenal?"

"Satu kerugian bagi kau bila kau tak kenal orang yang tahu nama sebenar kau,"

Niki menelan liur. Dipandang wajah Dhia tajam.

"Tak payah kau nak pandang Dhia. Bukannya dia yang bagitahu aku,"

"Kau siapa?"

"Kalau kau tak nak malu, kau jangan sesekali sakitkan Dhia lagi. Kalau tak, jangan terkejut kalau ada orang yang tahu nama sebenar kau,"

Niki mendengus kasar. Lantas dia berlalu dari situ. Dhia pandang Aleeya. “Aku minta maaf,”

“La, kenapa kau nak kena minta maaf dengan aku pulak? Bukannya aku yang kena simbah dengan air sirap bandung,”

Dhia tersengih.

“Tapi aku hairan la,”

Dahi Dhia berkerut. “Hairan? Kenapa?”

“Macam mana dia boleh tak kenal siap aku, sedangkan aku ni musuh ketat dia?” Aleeya mengherotkan bibir.

Dhia tergelak.

*****

“Dhia!”

Cepat-cepat Dhia menyapu matanya apabila mendengar namanya dipanggil. Namun…

“Eh? Kau menangis ke, Dhia?”

“Tak la, mata aku masuk habuk la,”

“Kau jangan nak tipu aku,”

“Betul…,” Dhia menggenggam erat tangan si teman. Takut kalau-kalau…

“Kau cakap dengan aku, Dhia! Siapa yang pukul kau?”

“Apa yang kau cakap ni, Aleeya? Siapa pukul aku?”

“Ni apa? Lebam kat pipi kau ni apa?”

Spontan Dhia memegang pipinya. Terasa sakit. Tanpa sedar, dia mengaduh kesakitan.

“Siapa, Dhia?”

“Er…,”

“Siapa?”

“Ayah Niki,” sahut Dhia perlahan. Memang sudah tidak boleh disorok lagi. Dan seperti dijangka, Aleeya bingkas bangun dan berlari dari situ. Matanya melilau mencari seseorang.

“Niki ni memang nak kena!”

“Aleeya! Kau nak pergi mana?” Dhia mula mengejar langkah Aleeya yang semakin lama semakin panjang dan deras. Namun tidak terkejar. Siapa yang mampu menandingi wakil negeri dalam acara lumba lari 100 meter, Aleeya Zahirah?

“Niki!”

Niki yang rancak bersembang dengan rakannya menoleh seketika apabila mendengar namanya dipanggil. Namun…

“Sini kau!”

Secepat kilat tangan Aleeya sudah mencengkam leher Niki. Rakan-rakan Niki yang lain berundur, takut dengan tindakan Aleeya yang tidak disangka-sangka. Tangan Niki sudah tergawang-gawang, meminta nafas.

Sejurus Dhia muncul. “Aleeya! Kau buat apa ni? Mati Niki karang!”

“Perempuan ni memang layak mati je!”

“Aleeya, mengucap!”

“Hey, Niki! Apa yang kau tak puas hati sangat dengan Dhia ni hah? Sanggup kau panggil ayah kau untuk pukul Dhia?”

“Aleeya, cukup!” Dhia menarik tangan Aleeya kuat. Cengkaman Aleeya terlerai. Tercungap-cungap Niki mengambil nafas.

“Aleeya, cukup dengan masalah yang ada. Tolong jangan tambahkan lagi,”

Mata Dhia berkaca.

“Dia buli kau, Dhia. Takkan aku nak biarkan aje?”

“Jangan timbulkan masalah lagi. Tolonglah…,”

“Hey, Aleeya! Kau ni kenapa? Teringin sangat nak jadi samseng ke dalam sekolah ni? Ke, kau dengan Dhia ni…!”

“Kurang ajar!”

Pang!

Terpaling wajah Niki ke kiri.

“Aku dengan Dhia bukan lesbian! Tapi aku sanggup buat apa saja untuk lindungi dia. Kalau kau terngin sangat nak buli Dhia, boleh. Tapi tunggu aku mati dulu!”

Terkedu Dhia mendengar kata-kata Aleeya.

“Kau! Aku adukan pada papa aku!”

“Adu la! Kau ingat kau anak Datuk, aku takut!” sedikit pun Aleeya tidak gentar.

“Kau! Jaga kau! Jom blah!”

Terkocoh-kocoh Niki dan rakan-rakan pergi dari situ. Nafas Aleeya turun naik menahan marah.

“Aleeya,”

Pantas Aleeya menoleh dan terkejut melihat mata Dhia berkaca.

“Jangan menangis,” Aleeya menyapu air mata di tubir mata Dhia. “Aku janji, selagi aku di sisi kau, aku akan jaga kau,”

Air mata Aleeya mengalir lagi.

*****

“La, apasal kau tiba-tiba menangis ni?”

Dhia tersenyum lalu menggeleng sambil menyapu air matanya.

“Aleeya,”

“Apa?”

“Terima kasih,”

“Untuk apa?”

“Kerana kau tetap berpegang pada janji,”

Aleeya tersentak. Namun sebentar kemudian dia tersenyum.

“Dhia, kan aku dah cakap, selagi aku masih bersama kau, aku takkan biarkan si Niki tu buli kau. Sikap dia sekarang ni menampakkan yang dia masih tak matang dalam hidupnya,”

Dhia senyum. “Terima kasih juga sebab temankan aku balik,”

“Heh, aku temankan kau ni, jalan kaki je. Bukan naik kereta BMW ke Mercedes ke. Sebab tu lambat sikit sampai rumah,” Aleeya tersengih.

“Tapi aku tetap hargai keprihatinan kau. Terima kasih,”

“Sama-sama. Eh, ni rumah kau kan?”

“Haah, rumah aku. Eh, macam mana kau boleh tahu rumah aku yang mana satu? Aku tak pernah ajak kau ke rumah aku pun sebelum ni,”

“Er… aku teka je,”jawab Aleeya gugup.

“Betul pulak tu tekaan kau, Dhia tersenyum. Sejurus dia melihat Hafiza yang baru sampai ke rumah.

“Lambat balik,” tregur Dhia.

“Aku ada hal sikit. Kawan kau ke?” tanya Hafiza, merujuk kepada Aleeya yang masih berdiri di sebelah Dhia.

“Oh ya, kenalkan. Ini Aleeya Zahirah, kawan aku masa di sekolah dulu. Aleeya, ni Hafiza, kawan sebilik aku,”

Aleeya dan Hafiza bersalaman.

“Kita pernah jumpa ke sebelum ni?” tanya Hafiza.

“Tak pernah rasanya. Kenapa?”

“Muka awak macam saya biasa lihat sebelum ni,”

“Pelanduk dua serupa kot. Dah la. Aleeya, terima kasih sebab hantar aku balik,”

Aleeya hanya mengangkat tangan sebagai tanda dia menerima ucapan itu. Sebentar kemudian dia meminta diri.

“Kawan kau tu, belajar kat kolej kita ke?”

“Ya, baru je daftar bulan lepas,”

“Baru? Apasal aku rasa macam dah lama aku jumpa dia?”

“Dia pernah lalu kawasan sini kot. Rumah keluarganya tak jauh dari sini,”

Hafiza mengangguk mengerti. Namun persoalan tentang Aleeya masih bermain di fikirannya.

Previous: 13
Next: 15

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.