“Hafiza,
dah gila. Dia dah mengamuk dah sekarang ni! Aku rasa, ada kemungkinan dia akan
bunuh kau! - Kaisara”
Cepat-cepat
Kaisara menekan ‘Enter’. Mesej sebentar kemudian dia melihat mesej itu semula.
“Alamak,
aku salah hantar. Kenapa la aku tulis yang bab bunuh tu…,”
“Iman
Kaisara!”
Terlepas
telefon bimbit dari tangannya. Perlahan Kaisara memusingkan badannya. Mereka
yang tahu nama penuhnya hanya Hafiza dan…
“Niki
Ardilla!”
“Kau!”
Niki mencengkam leher baju Kaisara. “Kau nak sabotaj aku kan? Kau dengan Hafiza
saja nak sabotaj aku kan? Cakap!”
“Apa
yang kau cakap ni?”
“Kau
jangan nak buat tak tahu! Aku tahu apa yang kau dengan Hafiza nak buat dengan
aku!”
“Apa
yang aku dah buat?”
“Kau
sabotaj aku! Kau tak siapkan tugasan yang aku suruh kau buat!”
“Tugasan
kau, tanggungjawab kau, Niki! Aku sendiri ada banyak tugasan yang perlu
disiapkan!”
“Kau
jangan melawan cakap aku!”
Kaisara
tersentak.
“Kau
kena ingat, aku yang bayar kau! Kau kena buat kerja yang aku dah suruh!”
“Apa
yang kau merepek ni? Aku ni kawan kau tau!”
“Apa
yang aku merepek ni?” Niki tergelak sinis. “Hey, kau kena ingat sikit. Kau tu
bukan kawan aku. Kau tu cuma budak suruhan aku je. Dah kira bagus kau aku bayar
upah,”
Hati
Kaisara bagai dihiris mendengar kata-kata Niki itu.
“Kalau
kau tak buat ni macam mana kau nak dapatkan duit bantu keluarga kau hah?”
“Banyak
lagi cara lain untuk bantu keluarga aku. Bukannya dengan membantu kau jadi
bodoh!”
“Kurang
ajar kau!”
Spontan
Niki melayangkan penampar sulungnya buat Kaisara. Pantas Kaisara menyapu
pipinya. Sakit!
“Kau
jangan nak berkurang ajar dengan aku! Ingat sikit siapa yang bantu kau! Kalau
bukan sebab aku, keluarga kau dah lama merempat la!”
Pang!
Spontan
Niki pula yang memegang pipinya.
“Kau
jangan ingat, duit kau boleh beli aku! Boleh beli keluarga aku! Aku dah ada
kerja sambilan yang boleh tampung keluarga aku. Tak banyak pun sikit!”
“Kau
jangan ingat kau tu Tuhan sampaikan tak ada kau, aku tak boleh buat apa-apa!
Kau tu cuma manusia biasa je! Rezeki datang dari Allah! Bukan dari kau!”
“Kau!”
sebiji penumbuk sudah digenggam untuk dihadiahkan kepada Kaisara.
“Kau dah
kira cukup bertuah aku cuma hantar tugasan yang kosong. Kalau aku bagitahu pada
pensyarah yang kau upah orang siapkan tugasan kau, apa kau nak buat?”
Genggaman
tangan Niki terlerai.
“Kalau
aku bagitahu pihak atasan, kau mungkin akan dikenakan tindakan. Sampai ke tahap
ini, kau ingat papa kau boleh bantu kau ke?”
“Kau!”
jari jemari kembali digenggam. Bersedia menghadiahkan penumbuk pada Kaisara.
“Cik
Niki Ardilla,”
Spontan
Niki menoleh. Penumbuknya pantas disembunyikan di belakang.
“Kami
dari balai polis. Anda diminta mengikut kami untuk membantu siasatan untuk kes
serangan terhadap Hafiza Othman,”
“Hafiza?”
“Kau nak
bunuh Hafiza, Niki?”
*****
Dhia
menggenggam erat beg plastik yang mengandungi pakaian Hafiza yang diserahkan
jururawat sebentar tadi. Telefon bimbit Hafiza diserahkan kepada pihak polis
untuk siasatan. Sedikit maklumat tentang Iman Kaisara, penghantar mesej
terakhir yang diterima telefon bimbit Hafiza turut disertakan. Bukannya dia
menuduh Kaisara sebagai penyerangnya, namun dia yakin, Kaisara mesti tahu
sesuatu tentang itu. Lagipun dia juga perasan sejak akhir-akhir ini Kaisara dan
Hafiza agak rapat serta kerap berhubung antara satu sama lain.
“Dhia,”
Suara
dari seorang lelaki membuatkan Dhia pantas mendongak. Ini macam suara…
“Mikhail,”
Lelaki
itu tersenyum. Dia duduk di sebelah Dhia. Suasana sepi seketika. Tiada patah
kata yang keluar dari bibir mereka.
“Macam
mana…!”
Serentak
mereka bersuara. Kemudian senyap. Merah pipi Dhia. Mikhail telan liur.
“Awak la
cakap dulu,” usul Mikhail.
“Tak
apa. Awak cakap dulu,” pinta Dhia. Mikhail membetulkan duduknya.
“Macam
mana Hafiza sekarang?”
“Dia
sedang dirawat,”
“Oh..,” Mikhail
menarik nafas.
“Macam
mana awak boleh ada kat sini?”
“Niki,”
Berderau
darah Dhia mendengarnya. Tadi, semasa member keterangan pada pihak polis, dia
ada menyebut nama Niki Ardilla.
“Mana
dia?”
“Tadi
dia telefon saya, katanya dia di balai polis. Bila saya tanya kenapa, dia cakap
Hafiza diserang. Itu yang saya datang sini tu,”
“Kenapa
awak datang sini? Niki telefon awak sebab dia nak awak temankan dia di sana.
Awak kan teman lelakinya,”
“Saya
tak bercinta dengan sesiapa. Saya tak pernah mengaku pun yang dia teman wanita
saya. Dia saja yang perasan,”
Dhia
diam.
“Awak
memikirkan apa kemungkinan yang akan berlaku kan kalau Niki nampak kita duduk
rapat begini?”
Dhia
menyengetkan bibir. Macam tahu-tahu pula mamat ni.
“Niki
cintakan awak, Mikhail,”
“Tapi
saya tak cintakan dia. Saya cintakan orang lain,”
“Kalau
tak keberatan, boleh saya tahu siapa yang bertakhta di hati awak tu?”
“Namanya…,”
“Dhia!”
Kedengaran
suara Aleeya memanggil namanya. Dhia menoleh sambil tersenyum nipis. Mikhail hanya
memerhati tanpa rasa.
“Macam
mana Hafiza? Okey?”
Dhia
senyum sambil angguk. “Macam mana mak kau? Bukan ke tadi kau kata dia tak
sihat?”
“Abang
aku temankan. Abang aku tu sibuk suruh aku temankan kau temankan Hafiza kat
sini. Dia takut kau sunyi. Katanya,” ujarnya sambil tersengih. “Siapa ni?”
“Mikhail
Adam, kesayangan Niki Ardilla,” jawab Dhia pantas. Terkejut Mikhail
mendengarnya.
“Oh, I
see,” Aleeya mengurut dagunya perlahan. “But, let me guess. Niki Ardilla hanya
bertepuk sebelah tangan. Betul tak?”
“Ah,
ya,” jawab Mikhail teragak-agak.
“Dan
awak cintakan orang lain, betul tak?” Aleeya menduga lagi.
“Dan
orang itu adalah Hafiza!” sahut Dhia selamba. Mikhail telan liur.
“La, ye
ke?” tanya Aleeya teruja.
“Eh,
mestilah. Kalau tak, macam mana dia boleh datang ke sini walaupun Niki minta
dia datang ke balai polis?”
“Eh,
kejap. Apa kau cakap tadi, Dhia? Niki di balai polis?”
“Er,
tadi Mikhail yang kata begitu,”
“Ya,
tadi Niki telefon. Dia kata dia di sana untuk memberi keretangan atas apa yang
berlaku pada Hafiza,”
Aleeya
angkat kening. Dia pandang Dhia.
“Boleh
saya masuk jenguk Hafiza?”
“Eh,
boleh! Silakan…,” Aleeya bersuara mengusik. Mikhail senyum, lalu bangun dan
melangkah masuk ke bilik yang menempatkan Hafiza. Aleeya ambil tempat Mikhail.
“Ada
apa-apa yang aku tak tahu pasal perkara ni?”
Dhia
menarik nafas. Kemudian satu persatu diceritakan kepada Aleeya sehinggakan dahi
gadis itu berkerut-kerut.
“Kenapa
aku tak tahu pasal halt u?”
“Macam
mana aku nak bagitahu kau? Kau kan baru je sampai,”
“Eh, aku
lupa,” Aleeya tersengih. Dia menepuk dahi.
Suasana
sepi seketika.
“Macam
mana tadi?”
“Tadi?”
“Tadi
kan Aaron bawa kau jumpa dengan mak ayah dia. Macam mana?”
“Er, dah
masuk waktu Maghrib. Aku nak ke surau. Kau tak solat?”
Aleeya
menggeleng. “Kau mengelak dari menjawab soalan aku,”
“Aku ke
surau dulu,” Dhia cepat berlalu dari situ. Langkahnya hanya dihantar Aleeya
dengan pandangan mata. Aleeya menggeleng lalu mengeluh.
“Ada
sesuatu yang kau sembunyikan daripada aku,”
*****
“Papa,
apa semua ni?”
Suara
Aaron bergema di seluruh isi rumah. Aaron kecewa. Namun Datin Azura lebih
kecewa.
Tapi
Datuk Azlan berlagak selamba.
“Ini
takdir, Aaron,”
“Takdir
apanya, Papa? Kenapa semua ini berlaku? Kenapa Papa tak pernah bagitahu Aaron
yang papa berkahwin lain?”
“Aaron!
Papa berkahwin dengan ibu Dhia sebelum Papa berjumpa dengan Mama lagi. Kami bercerai
sebelum Papa jumpa dengan Mama lagi!”
“Papa
tipu! Papa tak jujur dengan Mama!”
“Aaron!
Jaga sikit mulut tu!”
“You
jangan nak memandai-mandai marah anak I! You pergi jaga anak you tu!”
“Azura!
Apa yang you cakap ni?”
“I cakap
benda yang betul! You pergi la bela anak you tu! After all, Aaron bukannya anak
kandung you pun! Cuma anak tiri!”
Datin
Azura sudah mula meroyan.
“Azura,
I tak pernah bezakan anak tiri dengan anak kandung. I sendiri pun, mana ada
anak kandung dengan you. You sendiri tak nak mengandung dan melahirkan anak
bila kahwin dengan I. Nak jaga badan konon,”
“Sekarang
ni you nak salahkan I pulak?”
Dan tiga
beranak itu terus bergaduh dan bertengkar. Pembantu rumah mereka mencuri-curi
dengar di balik dinding.
“Tak
payah ambil tahu hal orang, Hanisah. Tak baik,”
“Kena
ambil tahu juga, Makcik. Ini melibatkan Datin Azura. Padan muka dia. Selama ni,
yang dia tahu cuma menindas orang je,”
Tangan
Makcik yang ligat memotong lobak terhenti. Hanisah perasan hal itu.
“Makcik?
Makcik okey?”
“Ah,
makcik okey. Makcik cuma lupa hari ni hari apa,”
Hanisah
senyum pahit. Dia tahu Makcik menipu.