“Pakcik,
saya nak ais krim keladi tu dua,”
“Yang
ini? Harganya dua ringgit sebatang,”
Budak
lelaki itu menyeluk saku dan mengira duitnya. “Alamak, duit cukup untuk beli
satu je la. Pakcik, saya nak beli satu je,”
“Betul
ni?”
“Iye,
saya nak beli satu aje,”
Pakcik
penjual ais krim itu terus member sebatang ais krim kepadanya tanpa banyak soal
lagi. Tersenyum dia berlari sebaik sahaja ais krim berada di tangannya.
“Terima
kasih, pakcik!”
Sempat
dia menoleh sambil berlari. Namun sebaik dia memandang ke hadapan, dia tersepak
batu.
“Aduh!”
Ais
krimnya hilang entah ke mana.
“Ala…,”
Budak
kecil itu mula menangis. Dan tangisan anak kecil itu menarik perhatian Dhia
yang sedang duduk di bangku lantas dia menoleh. Sejurus, dia melihat seorang
budak lelaki sedang duduk sambil menyapu-nyapu lututnya. Ais krim tadi berada
tidak jauh daripadanya, diselimuti pasir.
“Jatuh
barangkali,”
Dhia
bangun, menghampiri budak lelaki itu. “Sakit ke, Adik?”
Tergeleng-geleng
kepala budak lelaki itu. Dhia senyum. “Habis tu nangis kenapa?”
“Ais
krim saya jatuh,”
“Beli la
yang lain,”
“Ibu
saya cuma beri duit cukup untuk beli satu je ais krim tu,”
“Akak
belikan ye?”
“Betul
ke ni?”
Dhia
mengangguk. Budak lelaki itu bangun dalam kepayahan. Ditarik perlahan tangan
Dhia. “Jom!”
“Ke
mana?”
“Beli
ais krim,”
Dhia
tersenyum lagi. Budak ni memang comel! Mereka berjalan perlahan menuju ke kedai
ais krim tidak jauh dari situ.
“Pakcik,
ais krim tadi terjatuh. Saya nak beli lagi satu boleh?”
“Eh,
tadi bukan ke kamu kata duit tu cukup beli satu ais krim?”
“Ais krim
tu jatuh…,” wajah budak lelaki tadi muram.
“Tak
apa, biar saya yang belikan untuk dia kali ni,” potong Dhia.
“Betul
ni?”
“Iye…,”
Penjual
ais krim itu menghulurkan sebatang lagi ais krim keladi pada budak lelaki itu.
“Jangan lari lagi. Nanti jatuh lagi pula,”
Budak
lelaki itu menyambut huluran itu namun dia tidak membuka bungkusan ais krim
itu. Dhia pelik.
“Kenapa
tak makan?”
“Ais
krim ni untuk adik saya. Dia tengah tunggu saya kat rumah,”
Mata
Dhia berkaca. Cepat-cepat dia mengesat matanya.
“Akak
belanja lagi satu. Adik boleh makan. Abang ni pun boleh makan,” Dhia mengusap
rambut budak lelaki itu lembut.
“Betul
ke ni?”
Dhia
angguk. “Satu lagi ais krim keladi, bang,” penjual ais krim itu angguk tanpa
bicara. Dia terus menghulurkan sebatang lagi ais krim keladi pada budak lelaki
itu.
“Yeay!”
“Jangan
lari!”
“Terima
kasih, kak!”
Dhia
senyum. Dia kemudian menghulurkan not RM5 pada penjual ais krim itu. “Simpan
bakinya,”
“Terima
kasih, adik manis!”
Dhia
tersenyum. Pandangan matanya kembali meliar mencari seseorang. Seseorang yang
belum pernah ditemuinya.
“Di
manakah kamu, wahai pengirim surat merah jambu?”
Menjelang
petang, tiada siapa yang Dhia rasa adalah pengirim surat merah jambu. Dia
kecewa.
“Kalau
begini, keputusan aku menerima Aaron adalah tepat,”
Dengan
langkah yang berat, Dhia meninggalkan kawasan tasik itu.
“Abang!”
Adik berlari mengejar Abang yang sudah laju di hadapan. Abang ni, dah tahu kaki
panjang, tak payah la jalan laju-laju! Semput aku dibuatnya!
Mata
Abang meliar mencari seseorang. Tapi tiada!
“Adik,
surat tadi mana?”
“Bukan
kat Abang ke?”
“Kan
tadi Adik baca surat tu dalam kereta?”
“Takkan
dalam kereta? Abang, Abang letak kereta tadi jauh kot!” gila la Abang ni nak
suruh aku patah balik!
“Cuba
tengok dalam beg Adik,”
Dengan
nafas yang tidak cukup, Adik menyelongkar begnya. “Jumpa!”
Pantas
Abang merampas surat itu dari tangan Adik. Dibaca laju. Sebentar kemudian…
“Adik,”
“Apa?”
“Surat
ni bertarikh minggu lepas,”
“Jadi?”
“Dia nak
jumpa Abang minggu lepas,” Abang mengeluh. Kecewa. “Abang dah terlambat,”
Adik
diam tidak terkata.
*****
“Majlis
hari jadi?” tanya Hafiza.
“Iya.
Aaron kata majlis hari jadinya dibuat setahun sekali…,”
“Memang
la. Umur dia bertambah setahun sekali aje. Bukan sebulan sekali,”
“Aku tak
habis cakap lagi la,” Dhia tarik muncung
“Sejak
bila kau pandai buat muka empat belas ni?”
“Tolong
la bagi aku habis cakap dulu,”
“Okey…,”
Hafiza tersenyum. Dah pandai merajuk dah Dhia ni, fikirnya.
“Majlis
hari jadinya dibuat setahun sekali, serentak dengan majlis penghargaan terhadap
klien ayahnya,”
“Mesti
ayahnya seorang ahli perniagaan yang berjaya, sehinggakan semua kliennya
dihargai sebegitu sekali,” Hafiza silang kaki.
“Aaron
kan tak pernah cerita tentang keluarga dia,”
“Jadi
untuk majlis hari jadi kali ini, dia ingin memperkenalkan kau sekali?”
Dhia
angguk.
“Sebagai
apa? Kekasih? Tunang?”
Dhia
diam. Tidak tahu jawapannya.
“Kau
yakin dengan apa yang kau buat ni?”
Bunyi
hon kereta di luar rumah merencatkan perbualan mereka. Dhia mengambil tas
tangan di atas meja. Kemudian melihat sekilas di cermin. Memastikan
penampilannya untuk kali terakhir sebelum berjumpa dengan Aaron.
“Yakin
atau tidak, kita kena hadapinya, Hafiza,”
“Aku tak
faham dengan kau, Dhia,”
“Kadang-kadang,
diri sendiri pun kita tak faham,”
“Dah tu,
nak buat apa?”
Dhia
angkat bahu. “Redah je la,”
Hafiza
ketawa kecil. “Apa-apa je la. Good luck,”
“Insya
Allah. Aamin. Aku pergi dulu,” Dhia mencapai kasut lalu melangkah keluar.
Sebaik pintu ditutup, Hafiza mengeluh.
“Assalamualaikum,”
“Waalaikumsalam.
Cantik Dhia malam ni,” puji Aaron. Pandai Dhia menggayakan baju yang dibelinya.
“Terima
kasih. Jom,”
“Jom,”
Aaron membukakan pintu kereta untuk Dhia. Tanpa mereka sedari, ada sepasang
mata yang memerhati. Dengan hati yang hancur.
“Awak
dah bersedia untuk berjumpa dengan Mama saya?” tanya Aaron ketika kereta yang
dinaiki sudah memasuki perkarangan sebuah rumah yang mewah.
Dhia
pandang wajah Aaron. “Kenapa tanya macam tu?”
“Tapi
takkan awak tak bersedia kan? Kalau tak, kita tak ada di sini sekarang,” Aaron
tersengih.
Dhia
pandang Aaron dengan wajah pelik. Ni dah kenapa dia jawab soalan yang dia
sendiri kemukakan? Spontan Dhia geleng kepala.
“Awak
tak sedia lagi?”
“Hah?”
terkejut Dhia dengan soalan Aaron.
“Tu,
geleng kepala tu,”
Pecah
tawa Dhia. “Tak ada apa-apa la. Jom,”
Cepat-cepat
Aaron membukakan pintu untuk Dhia. Hendak tunjukkan sifat romantiknya. Dhia
hanya berlagak biasa. Tiada apa-apa yang istimewa pada pandangannya. Namun dia
mengukir senyuman manis buat Aaron. Senyuman yang mencairkan hati lelaki itu.
Aaron menghulurkan tangannya namun dhia tidak menyambutnya.
“Kenapa?”
tanya Aaron.
“Bukan
mahram,”
“Oh,
lupa,” Aaron menepuk dahi. “Jom la masuk,”
“Awak
jalan dulu. Awak kan tuan rumah,”
Aaron
akur. Dia berjalan di hadapan Dhia. Beberapa orang tetamu yang sudah sampai
hanya melihat gelagat mereka berdua. Pastinya, dengan pandangan mata yang
pelik. Namun Dhia tidak kisah. Dia tidak pedulikan pandangan mata manusia. Yang
dia takutkan adalah pandangan Allah padanya. Dia keluar dengan bukan mahram ini
pun sudah cukup menakutkan baginya. Ini kali pertama dia melakukan perkara
sebegini.
“Mama
dengan Papa ada kat dalam?” tanya Aaron pada pembantu rumahnya.
“Ada di
dalam,” jawab pembantunya sopan. Aaron terus masuk ke dalam. Tidak dipedulikan
pembantu yang menunggunya sejak tadi.
“Terima
kasih,” Dhia pula yang mengucapkannya. Sedikit sebanyak hati pembantu itu
tersentuh. Selama dia bekerja di sini, perkataan itu tidak pernah keluar dari
bibir majikannya. Hari ini, kalimah itu keluar dari bibir orang luar yang baru
ditemuinya hari ini. Matanya berkaca.
“Eh?”
spontan Dhia mengambil sapu tangan yang dibawanya. Sejak Mikhail memulangkan
sapu tangan itu, Dhia sangat berhati-hati. Dhia menyapu lembut air mata yang
mengalir di pipi wanita itu dengan sapu tangannya. Makin laju air matanya
mengalir.
“Dhia?”
“Iya?”
Dhia menoleh. Aaron sudah berada di belakangnya.
“Buat
apa kat sini? Jom pergi sana, jumpa Mama,”
“Okey,”
Dhia
menarik tangannya dari wajah wanita itu, namun tidak semena-mena wanita itu
memegang tangannya. Wajah wanita itu sayu memandangnya.
“Dhia,
jom,” suara Aaron seakan mendesak.
Dhia
senyum, meleraikan pegangan tangan wanita itu. Entah kenapa, rasa sayu
menjentik hatinya. Namun dikuatkan hati.
“Mama,”
Datin
Azura yang sedang bercakap dengan tetamu menoleh apabila mendengar namanya
dipanggil. Tersenyum seketika apabila melihat kelibat anaknya, namun
senyumannya sedikit kendur apabila melihat wajah gadis yang berdiri di sebelah
anaknya itu.
“Siapa
ni, Aaron?”
“Ini,
Dhia Nadhira, bakal isteri saya,”
Datin
Azura memandang Dhia tidak berkelip.
*****
“Macam
mana?” tanya Hafiza.
“Macam
mana apa?” tanya Dhia kembali. Dia tidak faham.
“Ye la,
kau kan pergi jumpa bakal mak mertua semalam…,” usik Hafiza. Dhia diam, malas
melayan usikan itu.
“Kau ni
kenapa? Dari tadi aku tengok kau senyap je. Dalam kelas tadi pun kau tak banyak
cakap,”
“Aku
letih. Semalam balik lambat,”
“Dhia
Nadhira, kau tak pandai berbohong,”
Dhia
pandang wajah Hafiza tidak berkelip. “Maksud kau?”
“Ada
sesuatu yang berlaku malam tadi kan?”
“Apa kau
merepek ni?”
“Betul
kan cakap aku?”
Dhia
menarik nafas. “Hafiza, sebenarnya…,”
“Mikhail!”
“Apa?”
“Mikhail.
Tu, kat hujung sana,”
Dhia
menoleh, melihat arah yang ditunjukkan oleh Hafiza. Terlihat kelibat Mikhail
dan seorang yang sangat dikenalinya. Niki Ardilla.
Dhia
pandang Hafiza kembali. “Biarlah,” Dhia mengemas buku-bukunya dan bingkas
bangun.
“Eh, kau
nak ke mana?”
“Dah
pukul berapa ni. Aku nak solat Dhuha. Kau tak nak ikut, tak apa. Aku pergi
surau sorang,”
“Eh, aku
ikut!” Hafiza ikut mengemas buku-bukunya lalu mengejar langkah Dhia yang sudah
jauh di hadapan. Sempat dijeling pasangan Mikhail dan Niki di hujung sana.
Mikhail
nampak jelingan itu.
“Sayang…,”
Niki mula merengek manja. Lengan lelaki itu cuba diraihnya namun…
“Hesh,
apa ni?” pantas Mikhail menepis tangan Niki yang mulai meliar.
“Sayang,
you tak rindu kat I ke?”
“Apa
main sayang-sayang ni?”
“You tak
rindu kat I ke?”
“Niki,
tolong bagi saya ruang untuk bernafas, boleh tak? Saya rimas la awak buat macam
ni!” Mikhail membuka langkah perlahan. Tongkat masih setia menemaninya.
“Mikhail,
you nak pergi mana?”
Mikhail
tidak menjawab. Dia terus meninggalkan Niki di situ. Geram Niki apabila
diperlakukan sedemikian oleh Mikhail. Tambah geram apabila ada beberapa pasang
mata yang memerhati.
“Apa
pandang-pandang?”
Mesti
Mikhail tu pergi cari Dhia. Siap kau Dhia!