Deringan telefon yang bingit itu
mengejutkan Dhia. Terkocoh-kocoh dia menyelongkar begnya untuk mencari gajet
tersebut.
“Dhia, kau
kat mana?”
Spontan
Dhia menjarakkan telefon dari telinganya. Melihat sebentar nama yang terpapar
di skrin sebelum menjawab, “Assalamualaikum, Hafiza,”
“Ops, okey. Waalaikumsalam. Kau kat mana ni
Dhia?”
“Aku baru
habis kelas, dalam perjalanan ke perpustakaan. Kenapa?”
“Petang ni
kau ada kelas ke?”
“Ada.
Kenapa?”
“Aku baru
ingat nak ajak kau ke tasik, jogging,”
Dhia telan
liur. Tasik…. Sudah agak lama dia tidak ke sana setelah dia membalas surat
merah jambu itu. Namun…
“Dhia?”
“Ah, ya.
Aku kat sini lagi,”
“Jangan
kata kau mengelamun, Dhia.Betul ke?”
“Hesh, kau ni.Ada-ada je. Ok la, aku dah sampai kat pintu
masuk ni.Nanti kita jumpa kat rumah. Assalamualaikum,”
“Pandai la kau nak mengelak soalan….!”Belum habis Hafiza bersuara Dhia
sudah meletakkan telefonnya. Hafiza mengeluh perlahan. Dia memandang ke arah pintu masuk kafe apabila mendengar daun
pintu dikuak kasar.
Kaisara
masuk dengan tergesa-gesa lalu duduk di hadapan Hafiza. “Mati aku kali ni,”
Dahi Hafiza
berkerut. “Kenapa?”
“Niki cari aku, kau tau tak?”
Hafiza
tersenyum. “Pasal tugasan dia tu?”
“Ye la.
Habis kau ingat sebab apa lagi?”
Hafiza ketawa
kecil.
“Kau boleh
gelak? Aku yang tanggung semua ni, tau tak? Sebab aku ikut cadangan bodoh kau
tu!”
“Ini bukan
cadangan bodoh la, Sara. Percayalah kat aku,”
“Iye la
tu,” Kaisara mengeluh kuat.“Memang aku dah letak
parang kat leher kali ni,”
“Jangan
risau. Kau bukan sekelas dengan dia kan?Jadi buat apa
kau nak takut?Lagipun
kolej ni besar apa. Bukan senang dia nak cari kau,”
“Memang la
bukan senang, tapi bukan susah juga kan? Lama-lama dia dapat juga cari aku.
Sampai bila aku nak sembunyi?”
“Siapa
suruh kau sembunyi? Aku tak suruh pun. aku suruh kau ikut je cadangan aku.Aku akan tolong kau,”
“Kau nak tolong aku macam mana lagi?Setakat ni, aku tak nampak lagi pun
pertolongan kau membantu aku,”
“Sebab tu
la aku minta kau datang ni.Eee, cubit kang,” Hafiza
bersuara geram. Dia mengeluarkan sehelai risalah kepada Kaisara.
“Aku memang boleh bantu, tapi kau juga kena
usaha.Sebab tiada
siapa mampu ubah nasib kau melainkan diri kau sendiri,”
Kaisara
membaca risalah itu dengan dahi berkerut.
*****
“Dhia,”
Langkah Dhia yang baru keluar dari perpustakaan
terhenti apabila mendengar namanya dipanggil.Apabila
dia menoleh…
“Eh, Aunty
Azura! Assalamualaikum,”
“Waalaikumsalam,”
“Aunty buat apa
kat sini? Cari Aaron ke?”
“Memang I tengah
cari anak I. By the way, I ni Datin Azura. Panggil I Datin Azura,” balasnya
sombong.
“Oh…,” Dhia
tunduk memandang lantai.
“Memang I cari
anak I, Aaron. Tapi I nak jumpa you dulu,”
“Aunty nak jumpa
saya? Er, maksud saya, Datin nak jumpa saya?”
Datin Azura
menjeling tajam.
“Kalau macam tu,
kita ke kafe. Minum-minum?”
“Tak payah! I
tak haus. Lagipun bukan standard I minum kat tempat macam ni,”
Dhia tunduk lagi. Terkedu dengan kata-kata
wanita itu.
“I nak bagi
amaran kat you. Jangan keluar dengan anak I lagi!”
Spontan Dhia
mengangkat muka. “Datin?”
“You tak dengar
ke? I cakap, jangan berkawan dengan anak I lagi! Tak faham bahasa ke?”
“Tapi kenapa,
Datin?”
“Eh, suka hati I
la nak tentukan dengan siapa anak I patut berkawan!”
Dhia telan liur.
Datin Azura berjalan mengelilingi Dhia yang diam berdiri seperti patung di
situ.
“You ingat, you
tu layak sangat ke kawan dengan anak I? Entah anak siapa, anak lorong mana,
tiba-tiba nak berkawan dengan anak I. You ingat sikit, Aaron tu anak Datuk. Anak
orang kaya. Agak-agak you, setaraf ke you dengan anak I?”
Mata Dhia
berkaca.
“You jangan
ingat you boleh kikis harta keluarga I dengan berkawan dengan Aaron. Ingat
sikit you tu di mana!”
“Kami tak pernah lupa asal-usul kami. Kami cuma
takut Datin tu yang lupa asal-usul Datin,” sahut satu suara dari belakang. Dhia
menoleh. Aleeya datang menghampirinya dengan wajah serius.
Datin Azura kaget. Namun dia masih cuba
berlagak sombong. “You jangan cuba nak masuk campur urusan I. Ini antara Dhia
dan I!”
“Datin, saya
boleh tak masuk campur kalau Datin dan Dhia tak halang laluan ni.Tapi masalahnya, laluan ni adalah
laluan utama. Saya terpaksa campur tangan!”
“You tak kenal
lagi siapa I!”
“Kenal. Cukup
kenal. Datin adalah seorang ahli persatuan wanita yang berjaya. Isteri kepada
seorang ahli korporat, yang teringin masuk ke gelanggang politik,”
Datin Azura tersenyum bangga.
“Tapi Datin, semua tu gelaran dunia je.
Bila-bila masa Allah boleh tarik balik.Silap-silap
esok, Datin jadi peminta sedekah kat tepi jalan sana,”
Mati senyum Datin Azura. Cepat-cepat dia
membetulkan tas tangannya dan berlalu dari situ.Aleeya
senyum sinis. “Jalan elok-elok Datin!”
Datin Azura
langsung tidak menoleh.
“Aleeya,”
“Ya?”
“Kau tahu tak siapa Datin Azura tu?”
“Erm… iya. Kenapa?”
“Kenapa kau cari pasal jugak dengan dia?”
“Kau tengok muka aku ni,” Aleeya tuju jari
telunjuk ke mukanya. “Ada nampak muka ni kisah?”
Dhia tertawa.
“Kau ada kelas
ke?”
“Petang sikit.
Aku nak ke kafe tadi,”
“Alah, kita
keluar la. Aku dah janji dengan abang aku nak makan bersama. Alang-alang kau
dah ada ni, boleh la kau ikut aku.Boleh aku kenalkan kau dengan abang aku tu,”
“Abang?”
“Ye la, abang. Ala, jom la,” Aleeya menarik
lembut tangan Dhia. Malas berbalah, Dhia hanya mengikut rentak Aleeya. Namun
tanpa disedari, gerak langkah mereka diperhatikan oleh seseorang.
Niki Ardilla!
*****
“Dhia Nadhira lesbian!”
“Kau biar betul?”
“Iya, Dhia tu sekarang ni berkawan dengan
lesbian.Aku dengar mereka berdua bermesra-mesraan di depan perpustakaan. Apa
lagi bukti yang kau nak?”
“Bermesra-mesraan? Macam mana tu?”
“La, itu pun aku nak kena terangkan kat kau
jugak ke? Bermesra-mesraan, berpeluk, bercium, semua tu diorang buat la,”
“Eee… jijiknya diorang tu. Patutlah selama ni
Dhia tak pandang lelaki, rupanya selera dia pada peempuan.Tak sangka kan,”
“Air yang tenang
jangan disangka tiada buaya. Perempuan yang baik jangan disangka baik hatinya!”
“Betul juga kata kau tu,”
Membara hati Mikhail mendengarnya. Dia terus
bangun tanpa mempedulikan mulut-mulut yang tidak henti mengata mengenai Dhia.Namun belum sampai ke tingkat bawah, dia melihat satu lagi adegan
yang tidak ingin langsung dilihatnya.
Dhia dan Aaron!
Tanpa sedar, Mikhail mengeluh kuat. Lantas dia
berlalu dari situ.
Dan Dhia terdengar keluhan itu.
“Kenapa,
sayang?”
Dhia pandang
wajah Aaron. “Awak, tak payah la bersayang-sayang dengan saya,”
“Tak perlu
bersayang-sayang dengan orang yang belum tentu akan menjadi halal buat awak,”
“Jadi betullah apa yang saya dengar akhir-akhir
ni? Yang awak ni lesbian?”
“Terpulanglah apa yang awak nak cakap. Yang
penting, saya tahu saya tak buat pun perkara tu,”
“Kalau macam tu, buktikan pada saya,”
“Buktikan? Buktikan apa?”
“Buktikan yang awak bukan macam yang diorang
cakap tu,”
“Nak buktikan macam mana?”
“Kahwin dengan saya,” tanpa berlengah, Aaron
membukakan pintu kereta untuknya.
Dhia mengeluh kecil. Macam mana dia hendak
memberitahu Aaron tentang amaran Datin Azura padanya?
“Cepat!” desak Aaron. Nak tak nak, Dhia terpaksa
mengikut. Aaron tersenyum.
Kereta yang dipandu Aaron meluncur laju
membelah lebuhraya. Namun di dalam kereta, sepatah kata pun tidak keluar dari
mulut Dhia.Dia membisu. Memprotes dalam senyap
tindakan Aaron.
“Saya tak mahu
kehilangan awak, Dhia,”
“Dengan
memaksa?”
“Saya sayangkan
awak,”
Dhia mengeluh
lagi. Kali ini lebih kuat sehingga didengari Aaron.
“Ada yang tak kena?”
Dhia diam.
“Dhia, kita dah
nak sampai ke rumah orang tua saya ni.Cakap la sesuatu,”
“Apa yang perlu saya cakap lagi?”
Kereta yang dipandu Aaron kini memasuki
perkarangan rumah agam keluarganya.Aaron pandang wajah
Dhia tepat-tepat.
“Dhia, kita
bukan hendak kahwin sekarang. Saya cuma hendak kenalkan awak dengan ayah saya.
Awak lupa, awak belum jumpa dengan ayah saya?”
Baru Dhia
teringat. Kali pertama dia ke rumah agam itu, dia hanya diperkenalkan dengan
Datin Azura. Dia tidak sempat diperkenalkan dengan ayah Aaron kerana kekangan
masa.
“Jom,” Aaron lantas keluar dari kereta. Dhia
mengekorinya dengan langkah yang lambat. Amaran Datin Azura masih
terngiang-ngiang di kotak fikirannya.
“Mama!”
Ah, panjang umur. Datin Azura yang sedang
menyiram pokok bunga di taman terkejut dengan kehadiran Aaron dan Dhia. Apa
lagi yang perempuan itu buat di sini?
“Papa mana?”
“Ada kat
dalam. Di bilik bacaan.Buat apa bawa perempuan tu?”
“La, dia kan bakal isteri saya. Jom Dhia, kita
jumpa dengan bakal ayah mertua awak,” Aaron genyit mata.
Nafas Dhia semakin tidak menentu. Apatah lagi
apabila melihat mata garang Datin Azura yang tajam memandangnya. Namun
langkahnya terus mengikut Aaron ke dalam rumah. Seterusnya ke bilik bacaan.
Seorang lelaki sedang tekun menelaah sebuah fail di atas mejanya.
“Papa, kenalkan,
inilah bakal isteri Aaron.Dhia Nadhira namanya,”
Pantas lelaki tadi mengangkat kepalanya.“Dhia…,”
Aaron terkejut.
“Papa kenal Dhia?Awak
kenal Papa saya, Dhia?”
Dhia telan liur.“Papa…,”
Aaron terkejut.