Zafri, kumbang dari Kanada sanggup
terbang beribu kilometer untuk mencari Aira, bunga yang telah mencuri hatinya.
Puas dicari, rupa-rupanya sang bunga ada di depan mata. Cuma takdir yang lambat
menemukan mereka.
Bunga yang lari dikejar duda beranak
tiga akhirnya menjadi milik si kumbang. Hendak sangat majlis yang simple, TUHAN
beri sungguh! Sudahnya, mereka bernikah di pejabat agama sahaja.
Zafri, mat salih yang tidak faham perkataan dan istilah tertentu sering salah
faham membuatkan darah Aira naik. Panas baran dan sikap protes Aira yang
berpanjangan benar-benar menguji kesabaran. Zafri memang mudah mengucapkan
kasih dan mempamerkan sayang.
Sebaliknya, Aira lebih suka memendam
perasaan. Kononnya hendak jual mahal. Walaupun sering menafikan, cinta yang hadir
tetap tidak boleh ditepis. Dugaan datang menguji apabila mat salih sudah pandai
cemburu dan merajuk.
Betul! Rahsia di sebalik cinta adalah
mengenali dan memahaminya. Namun, wajarkah membiarkan suami panasaran dengan
isteri sendiri? Alahai, Mat Salih… kerana kau aku hampir gila!