14
“SIAPA
bagi kebenaran pada awak, Mah?”
“Marah tak perlu kebenaran,
abang,”
“Apa hak awak nak marahkan Dina?”
“Abang tanya hak saya, abang?
Abang dah lupa siapa yang mengandungkan dia selama sembilan bulan? Abang lupa
siapa yang lahirkan dia? Abang tanya tentang hak saya?”
Tanya Hajah Fatimah, perlahan.
Sesungguhnya, dia sangat kecewa hari ini. Bukan sahaja dia diherdik Dina, malah
Badli yang merupakan anak sulung dalam keluarga juga mahu ditundukkan, dipijak
selagi boleh.
“Itu cuma alasan awak aje, Mah.
Nak mempertahankan diri! Abang tak pernah jentik pun Dina. Abang dah pesan pun,
jangan sesiapa pun melebihi hak abang. Mah tak ingat pesanan abang?”
“Disebabkan tak ada sesiapa yang
melebihi hak abang, Dina jadi macam tu. Hilang hormat pada ibu bapa, pada
abang-abang. Apa yang dia tahu, dia dapat apa yang dia nak. Abang bangga dengan
asuhan macam tu?”
“Kalau dalam kemampuan, kenapa nak
tolak pulak?”
“Cukup-cukuplah, abang! Cukuplah
dengan karenah abang yang memilih kasih, yang sentiasa tegang dengan anak
isteri. Sampai ke hari ni, dah masuk tiga puluh tiga tahun kita bersama sebagai
suami isteri, saya tak pernah tengok abang main peranan sebagai seorang ayah,
apatah lagi beri kasih sayang pada anak-anak.Dina yang
abang anggap anak emas abang tu pun, tak pernah dapat kasih sayang abang. Abang
hanya bagi apa yang dia mahu tapi abang tak pernah bagi didikan dan asuhan,
apatah lagi kasih sayang pada dia.Esok lusa, abang yang makan hati,”
“Awak jangan derhaka pada abang,
Mah! Esok-esok tak masuk syurga awak…Sia-sia aje sembahyang tonggang-tonggek
dari kecil sampai ke tua,”
“Rupanya kecil betul nilai saya
sebagai isteri abang selama ni. Salah ke saya mengingatkan abang? Abang
jatuhkan derhaka pada saya,”
Kata Hajah Fatimah seraya memejam
mata. Air mata yang berlinangan dari tadi menitis setitik demi setitik. Benar,
dia jauh hati dengan kata-kata suaminya. Sekian lama dia menjeruk rasa, bila
terluah, dia tetap menderita. Beginikah kesudahan setiap insan yang jodohnya
disatukan oleh ibu bapa? Semenjak kecil hingga dewasa, bahkan sehingga
menjangkau usia emas pun, dia masih orang yang sama, yang sentiasa taatkan ibu
bapa dan suami. Mengapa setelah sekian lama berkahwin pun, suaminya masih belum
mahu memahami dirinya? Selama tiga puluh tiga tahun juga sikap suaminya begitu,
dingin dan berangin. Apabila berbual, pasti kesudahannya menimbulkan
pertelingkahan dalam senyap. Diakah yang bersalah dalam hal ini? Diakah yang
tidak cuba
memahami?
*
* * * * * * *
“KENAPA stresssangat ni?”
Tanya Hakim ketika dia sedang leka
menikmati lagu Beyonce yang sedang kedengaran. Lantai tarian penuh dengan
manusia pelbagai ragam, yang mabuk, yang berkhayal, yang angkuh, yang sedang
bercinta. Dia sahaja yang tidak punya angin untuk menari seperti selalu.
“Stress? Siapa? Aku?”
“Taklah! Bartenderdepan kau ni..Aku tanya engkau lah, Bad!”
Badli ketawa kecil dengan senda
Hakim. Rasa marah pada Dina masih belum hilang. Mungkin kerana itulah dia
ditegur oleh Hakim.
“Entahlah, rasa nak membenci
orang. Rasa macam sedang membenci, that’s
why la kot,”
“Eh, semenjak bila pandai benci
orang ni, Bad?! Kau kan
pencinta manusia,”
“Aku dah puaslah, Kim,”
“Puas macam mana tu? Tolong terang
sikit!”
“Puas berseronok,”
“Jangan macam tu, Bad! Takkan kau
nak tinggalkan aku, aku belum rasa nak berhenti lagi ni,”
“Ah, kau ni pun! Sampai bila nak
berkepit dengan aku?Kalau kau belum puas, teruskanlah. Aku dah penatlah nak layan karenah
perempuan gedik ni,”
Beritahu Badli, jujur. Itulah yang
dirasakan sejak akhir-akir ini. Sebab itulah dia jarang bersosial di pub atau disko sejak kebelakangan ini.
Malam ini dia keluar pun sebab dia rimas melihat wajah Dina yang menyakitkan
hati di rumah. Akhirnya, dia berada di sini, atas pelawaan Hakim.
“Angin hari ni,”
“ Aku dah kata kan, rasa nak membenci,”
“Ni yang aku tak suka ni, marahkan
nyamuk seekor, habis satu kelambu kau bakar,”
“Hi Bad! Can you be my dance partner?”
“See you tomorrow, Hakim!”
Badli hanya senyum sebelum
menggeleng. Kemudian, dia bangun lalu meninggalkan Hakim dan Julia yang masih
terpinga-pinga. Sekejap sahaja dia sudah masuk ke dalam perut kereta tetapi
tidak tahu ke mana harus dituju. Mungkin dia patut pulang sahaja ke rumah
memandangkan malam sudah beransur larut. Pasti seisi rumah sudah nyenyak
dilambung mimpi indah.
*
* * * * * * *
BADLI
terkejut ketika lampu mulai menyala. Hajah Fatimah duduk di atas kerusi malas.
Apabila dia mendekati, air mata masih berbekas pada wajah uminya. Dia
menggenggam tangan tua itu sebelum menciumnya perlahan-lahan. Pasti hal Dina
yang menyentuh hati umi, atau mungkin hal itu telah sampai pada pengetahuan
ayah, lalu umi menjadi mangsa buat sekian kalinya.
“Bad dari mana?”
“Err…Bad keluar dengan Hakim,
umi,”
“Tengah malam baru balik?”
“Emm…duduk rumah pun buat gaduh
dengan Dina,”
“Bad kata nak kahwin, umi rasa
elok sangatlah kalau Bad pun berubah juga. Tinggalkan mana-mana perangai yang
tak elok tu, sesuai dengan tanggungjawab yang Bad dah sedia nak pikul nanti,”
Badli tidak segera menjawab.
Sesungguhnya lidahnya kelu setiap kali umi menegur. Dia tahu apa yang
dilakukannya selama ini menyimpang dari jalan yang benar tetapi dia yang masih
belum berubah. Mungkin sudah tiba masa untuk dirinya berhijrah sebelum nyawa
dicabut.
“Bad dah sedia nak pikul
tanggungjawab tapi Atirah menolak Bad, umi,”
“Bad terburu-buru…Entah-entah dia
belum kenal lagi Bad. Macam mana dia nak terima Bad dalam hidup dia?”
“Bad pun belum kenal Tirah umi,
tapi Bad boleh dan Bad mahu jadikan dia sebagai isteri Bad. Bukan semua orang
bercinta sebelum kahwin kan,
umi?”
“Itu kata Bad, bukan kata
Atirah…Bad kena faham tu,”
“Entahlah umi. Tapi Bad dah bulat
tekad, no Atirah, no Johor!”
“Bad
kena ingat, Bad bekerja dengan ayah. Bad tahu perangai ayah macam mana, kan?Ayah boleh dibantah ke? Lagipun
Atirah tak bersetuju nak kahwin dengan Bad, kan?”
“Kalau
pun Atirah setuju, seminggu aje masa yang ada.Nak kahwin apa Bad, persediaan pun tak ada,”
“Umi, sekarang dunia duit, tunjuk
aje! Asal ada duit semua jadi,”
“Barang mungkinlah, Bad tapi dengan
orang, Bad tak boleh buat macam tu,”
Badli ketawa perlahan. Umi jujur
memberitahu, tapi sebenarnya umi belum berada di dalam kelompok manusia
sebegitu. Kelompok manusia keduniaan yang cintakan wang ringgit. Dia tahu benar
golongan itu kerana pada suatu ketika, dia juga antara penyumbang kecil kepada
kewujudan golongan itu.
“Malam esok, kalau Bad tak keluar,
temankan umi ke rumah Tirah, ya? Dah lama umi tak ke rumah Tirah. Entah macam
mana keadaan dia malam-malam, seorang diri,”
“Apa saja untuk Tirah…eh, apa saja
untuk umi,”
“Hmm…maknanya umi nombor dua lah
lepas Bad kahwin nanti, ya?”
*
* * * * * * *
USAI
solat maghrib, Atirah turun ke halaman rumah sebentar. Dia terlupa mengambil
pakaian yang disidainya awal pagi sebelum berangkat ke tempat kerja. Ketika
baru memijak anak tangga pertama, dia terdengar bunyi ranting patah. Dia
menoleh juga, mencari sumber bunyi itu tetapi tiada apa-apa yang ditemuinya.
Atirah menarik nafas panjang lalu melangkah cepat menuju ke dalam rumah. Pintu
utama rumah itu dikunci rapat sebelum dia mengunci tingkap di ruang tamu pula.
Entah kenapa bunyi yang baru didengari sebentar tadi mencuit gundah dirinya.
Bukan tidak pernah berdepan dengan situasi menakutkan sebelum itu, tetapi
mungkin kerana bersama adik-adik yang membuatkan dia berani walaupun dia tidak
segagah itu sebenarnya. Kini, ketika dia bersendirian, baru dia tahu betapa
gagah pun dia, pasti tidak dapat melawan ketakutan yang semakin kuat
mengganggunya itu.
“Kau senang malam ni, Atirah?”
Tersentak dengan sapaan tiba-tiba
itu, Atirah segera bangun. Patutlah dia begitu bimbang sekali. Ketakutan yang
sangat luar biasa, rupanya ketakutan itu ada asasnya.
“Apa kau buat kat sini?”
“Apa aku buat? Aku nak dilayanlah,
sayang,”
“Kau jangan datang dekat, ya...kau
melangkah setapak lagi, nahas!”
“Amboi, garangnya! Makin garang
makin cantik. Patutlah kau jual badan, memang membuka selera pun,”
“Keluarlah setan! Aku jerit
nanti!”
“Nak jerit? Heh, kau ingat rumah
kau ni duduk tengah bandar ke? Kau nak jerit, jeritlah!”
“Keluar, keluar! Keluar dari rumah
aku!”
Jerit Atirah, sekuat hati. Lelaki
yang tidak dikenali itu terus menerkamnya tetapi dia menolak lelaki itu sekuat
hati. Atirah lari tetapi kakinya sempat ditangkap hingga dia turut terjatuh.
Belum sempat dia berpusing lelaki itu telah duduk di atasnya. Atirah gementar,
takut. Seram sejuk badannya tidak dapat digambarkan lagi tetapi dia tidak mahu
mengalah. Ya Allah! Bantulah hambaMu yang
lemah ini! Dia terkunci walaupun sepenuh tenaga dia cuba
menggerakkan badannya. Bajunya sudah dikoyakkan sehingga menampakkan sebahagian
tubuhnya dan dia tidak mampu melawan lagi. Berjurai air matanya mengalir
sedangkan ketawa lelaki itu meledak dengan kuat.
“Mana kau nak lari? Kau ingat kau
dapat lari duduk tengah hutan macam ni?”
“Tolong!!!!!!!”
*
* * * * * * *
BADLI
saling berpandangan dengan Hajah Fatimah sebelum bergegas memanjat anak tangga
lalu merempuh pintu hadapan rumah itu.
“Hoi!”
Terkejut dengan apa yang menimpa
Atirah, Badli sementa menarik lelaki yang hampir meratah tubuh Atirah lalu
menumbuk muka lelaki itu sekuat hatinya. Tidak sempat melawan, mungkin terkejut
dengan serangan bertubi-tubi dari Badli, lelaki itu terkulai akhirnya dengan
darah membasahi mukanya.
“Astargfirullahal’azim…Apa dah
jadi pada Atirah?”
“Umi!”
Atirah segera memeluk Hajah
Fatimah dengan esakan yang semakin menjadi-jadi. Malu, marah dan benci
bercampur aduk di dalam dirinya. Tidak menunggu lama, Hajah Fatimah membawa
Atirah masuk ke dalam bilik lalu menukarkan baju Atirah yang koyak rabak.
Simpatinya pada Atirah menggunung tinggi. Seakan memahami apa yang dirasai
Atirah, air matanya gugur juga lalu dia menangis bersama Atirah.
“Kurang ajar! Berani kau ceroboh
masuk rumah anak yatim ya…Cuba
nak merogol pulak! Ikut aku pergi ke balai!”
“Tak mahu, encik! Tolong lepaskan
saya, kasihankanlah saya, encik!”
“Kasihankan? Ni sebab kasihan,
kalau tak…dah pecah muka kau aku kerjakan!”
*
* * * * * * *
SELESAI
membuat laporan di Balai Polis Sri Tanjung, mereka masuk semula ke dalam kereta
tetapi Badli tidak menghidupkan enjin kereta. Kejadian yang menimpa Atirah
membuatkan dia banyak berfikir dan berdiam diri. Menyelusuri masa silam dengan
maksiat dan dosa selautan yang pernah dibuatnya. Jika dibandingkan dengan
lelaki tadi, yang membezakan mereka berdua, hanyalah kerelaan tuan punya badan.
Jika dia marah dengan lelaki tadi, dia sepatutnya lebih marah dengan diri sendiri.
Lelaki itu umpama cermin dirinya, keji! Berapa ramai wanita yang pernah
diratahnya. Astaghfirullahal’azim.
“Bad dengar tak apa yang umi cakap
tadi?”
“Hah, umi cakap apa?”
“Kita bawa Atirah balik rumah,
ya?”
“Okay,”
“Atirah minta maaf sebab susahkan
umi dan Badli,”
“Atirah tak pernah menyusahkan
pun…memang umi berniat nak melawat Atirah pun,”
“Atirah malu pada umi dan Badli,”
Air mata menitis lagi buat sekian
kalinya. Sukar untuk dibayangkan keadaan yang sedang ditempuhi ketika ini jika
tiada bantuan dari Hajah Fatimah dan Badli. Pasti seluruh hidupnya bertukar
menjadi gelap dan hitam. Masing-masing membisu dalam perjalanan pulang ke rumah
Hajah Fatimah. Baik Hajah Fatimah, mahupun Badli, masing-masing tiada cerita
untuk dikongsi bersama.
*
* * * * * * *
“MARI
kita sarapan Atirah!”
Pelawa Hajah Fatimah. Atirah tidak
menjawab sebaliknya hanya menghulur secebis senyuman. Semalaman dia tidak dapat
melelapkan mata akibat peristiwa yang berlaku apatah lagi hendak menjamah
makanan. Kejutan yang kuat itu masih belum mampu dilupuskan lagi.
“Kita sarapan ya, sayang!”
“Atirah belum lapar, umi!”
“Jangan macam tu, Atirah kena
makan…nanti jatuh sakit pulak!”
Atirah tidak menjawab lagi apabila
Hajah Fatimah menarik tangannya. Ketika tiba di ruang makan, setiap pasang mata
memandangnya dengan pelbagai reaksi. Atirah menundukkan wajah, air mata
bergenang lagi.
“Macam mana perempuan miskin ni
boleh ada dalam rumah ni, umi?”
“Dina, jaga suara tu, ya!”
“Ayah! Inilah perempuan miskin
yang umi pertahankan sangat tu…sampai ke dalam rumah kita pun dia dah masuk.
Dina tak mahu tengok muka dia dalam rumah ni, umi!”
Atirah tidak berani mengangkat
mukanya lagi selepas apa yang berlaku malam tadi, ditambah pula dengan
kebencian anak bongsu Hajah Fatimah, dia berasa kerdil.
“Oh, ini orangnya? Umi cuma
beritahu pada ayah kita ada tetamu tapi siapa orangnya, ayah tak diberitahu,”
“Ayah, tolonglah...cukup-cukuplah
menilai orang berdasarkan satu pihak saja,”
“Abang Bad ni kenapa? Tak
sudah-sudah nak mempertahankan perempuan tu kenapa? Whatever happen, I don’t want to see her in this house again!”
“You will meet her, again and again because I’m going to marry her. And...If
I just heard, something bad about you, watch out, Dina!”
“Kau jangan nak porak-perandakan
keluarga kita, Bad hanya kerana orang luar yang kau tak tahu asal-usulnya pun,”
Badli bangun lalu menghentak meja.
Hajah Fatimah yang mendengar dari tadi pertelingkahan tiga beranak hanya mampu
mengurut dada sahaja. Atirah pula, seakan tahu dirinya yang mencetuskan suasana
hangat pagi itu semakin merapati Hajah Fatimah. Berada di dalam rumah itu hanya
mengeruhkan keadaan sahaja.
“Ayah boleh dengar kata Dina tapi
ayah jangan tentukan apa yang Bad boleh dan tak boleh buat. Dari dulu ayah tak
ada hak untuk tentukan jalan hidup Bad sebab ayah tak pernah jadi ayah pada
Bad!”
“Cukup! Masing-masing hanya
mementingkan diri sendiri…Semua keras kepala!”
“Umi…Tirah minta diri dulu
ya…Tirah nak balik rumah,”
Beritahunya dari belakang lalu
terus berlari keluar meninggalkan rumah agam itu.
“Atirah!”
Jerit Badli yang sama seperti
Hajah Fatimah, terkejut dengan tindakan Atirah. Tidak menunggu arahan sesiapa,
Badli berlari mendapatkan Atirah semula.
“Atirah nak ke mana?”
“Saya nak balik….dah cukup saya
susahkan umi dan awak,”
“Atirah tak boleh balik, okay? Anggaplah rumah ni macam rumah
Atirah juga, ya?”
“Bad, tolonglah faham…Saya tak
mahu jadi kemarahan keluarga awak,”
“Bukan awak yang menjadi punca
Atirah. Kalau dah nak bertengkar, semua benda disabitkan,”
Badli menarik tangannya kembali ke
rumah itu tetapi dia sudah berikrar tidak mahu menjejakkan kaki lagi ke dalam
rumah itu.
“Saya tak mahu masuk ke
dalam…Tolonglah faham perasaan saya!”
Rayunya ketika sudah hampir di
muka pintu. Dia mengeraskan diri di situ hingga memaksa Badli melepaskan
tangannya.
“Habis tu, Tirah nak ke mana?
Takkan Tirah nak balik semula ke rumah tu? Tak ingat apa yang hampir jadi pada
Atirah semalam?”
“Tak tahu, tapi janganlah paksa
saya masuk ke dalam rumah awak,”
“Huh, drama betul perempuan ni!
Ingat abang Bad, jangan bawa dia balik ke rumah ni lagi!”
“Diam, anak hantu!”
*
* * * * * * *