Home Novel Cinta PENGANTIN EKSPRES
PENGANTIN EKSPRES (BAB 21)

“Macam mana abang boleh tahu Liya tak beli baju raya?” soal Aleeya. Rayyan menyuapkan nasi goreng ke mulut Aleeya. Kalau makan selalunya begitu lah. Suaminya ini sesekali akan menyuapkan makanan ke dalam mulutnya. Tak kira tempat pula tu. Buat apa hendak dimalukan, kita pasangan suami isteri yang sah kan? Mungkinkah dia buat perkara yang sama dengan perempuan-perempuan lain? Kenapa aku selalu fikir yang negitif saja? Selalu buruk sangka dengan suami sendiri? Aku tak rela andainya dia buat begitu dengan perempuan lain. Tambahan lagi kalau dengan perempuan tadi, lagilah aku tak suka.

“Walaupun tak sampai sebulan kita kahwin, tapi abang faham benar dengan perangai Liya. Liya kalau marah, habis lah cerita. Abang saja yang boleh tahan dengan sikap panas baran Liya nih. Mujur Liya tak lempar barang kat rumah, tidak tak larat lah abang nak beli ganti yang baru,” usik Rayyan sambil membelai rambut Aleeya dengan manja. Aleeya menjeling sayang. Aku pun tak suka lah buat perangai macam tu. Ingat aku ni apa?

“Liya ni penyabar lah!” balas Aleeya membela diri sendiri. Penyabar ke aku? Mak suruh aku menjadi perempuan yang sabar seperti Siti Aisyah, isteri Raja Firaun, tetapi mampukah aku? Sekarang pun sudah tidak tertahan dengan sikap suami sendiri. Sebab dia selalu cabar aku dengan persoalan yang tidak pernah terlintas di fikiran?

“Penyabar apa macam ini? Jahat-jahat abang pun tak lah macam Liya, perangai Liya tu teruk sangat!” tuduh Rayyan menghabiskan nasinya yang terakhir. Liya memang pandai memasak. Sedap masakan Liya. Liya sudah ada pakej lengkap untuk menjadi isterinya. Pandai masak, rajin dan taat kepada suami. Yang penting Liya tak pernah tinggal solat.

“Abang kemas meja yer, Liya nak pergi solat dan bersiap. Nanti nak keluar shoping!” dalih Aleeya tak sudi mendengar rungutan suaminya yang berkata macam-macam tentang dirinya. Aku teruk atau dia yang teruk? Bilalah dia mahu berubah menjadi suami yang baik. Bukan saja baik kepada ibu dan bapanya, bukan saja baik kepada isterinya tetapi baik juga kepada maha penciptanya. Bilalah agaknya semua itu akan terjadi?

“Yer sayang!” balas Rayyan sambil mengambil pinggan Aleeya dan pinggannya. Hanya kemas meja saja tau, yang lain Liya uruskan sendiri lah.

Selesai solat isyak barulah mereka berdua keluar. Rayyan setia menunggu isterinya menunaikan kewajipan kepada maha penciptanya. Tidak merunggut dan marah, hanya melihat Aleeya menunaikan kewajipan itu. Selesai berdoa Aleeya pasti mencium tangannya.

Aleeya hanya melihat saja tidak membelinya. Liya apa maknanya beli baju raya kalau suami awak tak berpuasa dan bersolat? Ada makna ke Liya? Lagi satu awak tak beraya di kampung halaman awak tetapi terpaksa beraya di luar negara? Mahu ke Liya? Suara hati itu datang bertalu-talu di dalam hati Aleeya.

“Beli lah, abang belanja!” suruh Rayyan apabila Aleeya hanya membelek saja baju-baju kurung dan kebaya yang sedang tergantung indah di dalam butik. Satu pun tak beli. Tak berkenan!

Entahlah, malam ini mood shoping tak ada seperti semalam. Semalam best lah juga, boleh makan ais krim dan sebagainya. Malam ini nak makan ais krim pun tak lalu.

“Andainya beli satu kedai pun abang mampu kan? Tapi Liya tak berkenan lah!”

“Apa lagi yang tak kena ni? Abang ada janji temu pukul 11 malam nanti!” beritahu Rayyan. Sekarang pun sudah bertalu-talu rakan-rakan suaminya itu menghubunginya mengajak dia ke tempat biasa. Kelab malam lah jawabnya. Ingatkan tak pergi.

“Tahu. Kalau abang nak pergi, pergilah. Liya boleh balik sendiri!” suruh Aleeya. Hati abang bukan kat Liya pun sekarang, tetapi kat kelab malam.

“Ikut abang lah malam ni, nak?” ajak Rayyan. Bawa saja Liya ke kelab malam. Apa masalah kan?

“Bagi sejuta pun Liya tak nak pergi!” tolak Aleeya. Pergi cari apa kat situ? Habis kuat buat bagi aku pening saja lah.

“Hahaha.. abang bagi dua juta, mahu?” tawaran dari Rayyan semakin meninggi. Oo.. mentang-mentang abang duit banyak, hendak beli prinsip hidup Liya ke?Aleeya sudah mengigit bibirnya. Melampau..,

“Abang nak beli Liya ke dengan duit sebanyak itu?”

“Hey, beli apa pula ni? “ Liya suka sangat lah salah faham. Abang kahwin dengan Liya pun buat cara elok lah.

Hahaha.. beli apa yer? Tak boleh fikir tadi selepas itu Liya terlepas cakap lah pula.

“Jangan cakap abang beli Liya dengan duit pula?” sambung Rayyan.

“Liya pun tak ingin duit abang tu,” balas Aleeya. Liya bukan hamba duit lah.

“Habis, yang merepek sangat tu kenapa?” jerkah Rayyan sampaikan semua orang memandang ke arah Aleeya.

“Pergilah jumpa kawan-kawan abang tu..,”

“Liya memang tak boleh halang abang pun, kalau nak ikut tu boleh lah juga!”

“Liya cakap ke nak halang abang?” balas Aleeya kembali. Muka Rayyan sudah naik merah. Aleeya buat-buat tidak peduli saja.

Aleeya di hantar pulang ke rumah manakala Rayyan terus ke tempat biasa. Tinggallah Aleeya seorang diri. Entah pukul berapa Rayyan pulang ke rumah, Aleeya memang tidak sedar. Mungkin dua pagi, kerana Aleeya membaca al quran sampai pukul satu lebih. Mata tidak boleh terpejam, selepas berbual panjang dengan abah di kampung, dia sembahyang sunat dan terus membaca al quran mengikuti saranan abah apabila dia memberitahu abah, hatinya tidak tenang malam ini. Mana nak tenang, asyik teringatkan Rayyan saja.

Bangun pagi ini, Rayyan sudah tiada, hanya ada sekeping nota di sebelahnya. Nota yang ditinggalkan oleh Rayyan. Ini kali pertama Rayyan bertolak tanpa sempat memberitahu kepadanya terlebih dahulu. Sampainya hati abang tak beritahu ke mana abang pergi.
"Abang ke rumah papa dan akan terus bertolak ke Sabah kerana mahu menguruskan projek syarikat papa di sana. Apa-apa hal abang akan call Liya nanti," Aleeya membaca nota yang ditulis kemas oleh suaminya. Nota yang ditinggalkan di atas batal di sebelah Aleeya.

Aleeya segera mencapai telefon bimbitnya di sebelah lalu terus menghubungi suaminya. Mana boleh terus pergi sebelum bercakap dengan Liya?
"Abang kat mana?" soal Aleeya cemas selepas memberi salam. Baru selepas subuh tak kan dah nak bertolak ke Sabah?
"Kat rumah papa lah. Kenapa nih?" soal Rayyan di hujung talian. Tiba-tiba ada rasa rindu bermain di hati Aleeya.
"Abang tak beritahu Liya pun nak ke Sabah. Berapa hari abang kat sana?" selalu nak ke mana abang beritahu Liya, kali ini pergi begitu saja? Marahkan Liya kerana kata-kata Liya semalam?
"Tiga hari saja lah. Kenapa Liya? Rindukan abang ke?" usik Rayyan sambil ketawa.
"Tak...," jawab Aleeya sepatah. Tidak mahu mengaku perasaan yang mula bersemi dalam hati.
"Pergilah solat subuh dulu, Liya tak solat lagi kan?" balas Rayyan. Setiap kali aku tak bersolat, dia akan menegurku, tetapi kenapa dia tidak menunaikan kewajipan ini? Di mana silapnya yer?
"Ok. Tapi pukul berapa abang bertolak?"
"Lapan setengah...,"
"Sekarang baru nak pukul enam lah.. awal nya abang tinggalkan Liya ek?"
"Kena ambik papa di rumah papa, nak singgah ofis lagi, nak ambil fail dan sebagainya...,"
"Ok. Jaga diri abang dan ingat sama abang dah ada isteri di sini..,"
"Ler, abang pergi kerja lah, sayang!"

Kenapa lah aku pesan macam tu kat dia? Nanti dia mesti ingat tentang aku yang bukan-bukan pula. Aku nak buat apa kalau dia tak ada kat rumah. Itu lah ambil cuti lama sangat. Bukan boleh pergi bulan madu atau balik kampung seperti orang lain pun.

Tiga hari Rayyan tiada, bolehlah aku ke rumah mama? Aik, pelik lah pula. Tiba-tiba nak ke rumah mama… Tak serik ke kena maki, kena hentam dengan mama tempoh hari? Dah hilang ke perasaan takut yang menguasai diri sejak bertemu dengan mama? Kalau pergi tak pasal teruk lagi lah kena.

Rasa teringin sangat nak ke rumah mama walaupun Aleeya tahu Rayyan tidak membenarkan dia ke rumah mama. Tetapi sebagai menantu perempuan dia perlu menunaikan tanggungjawab dan kewajipannya kepada ibu suaminya. Takut?? Sampai bila lah dia perlu takut kepada mama? Mama tu orang juga lah. Bukan boleh makan Liya pun. Nak pergilah rumah mama hari ini. Malah hati Aleeya begitu teruja untuk ke rumah keluarga suaminya itu.

Tanpa memberitahu kepada Rayyan dan meminta izin kepada Rayyan, Aleeya ke rumah mama. Tepat pukul sepuluh pagi Aleeya sampai ke rumah mama. Papa tiada kerana pergi ke Sabah bersama Rayyan. Mama pula mungkin baru saja keluar. Aleeya disambut mesra oleh Julia yang baru bangun dari tidur agaknya kerana masih berpakaian tidur.
"Masuk lah kak!" ajak Julia sambil menarik tangan Aleeya masuk ke dalam rumah. Kali pertama menjijakkan kaki, matanya naik pening kerana melihat sebuah almari berkaca yang dihiasi dengan botol-botol wain yang tersusun rapi di dalam almari. Subhanallah!. Ucap Aleeya di dalam hati.

Kakinya sudah tidak mampu bergerak. Rasa mengetar, rasa takut dan sebagainya lagi. Inikah cara kehidupan Rayyan? Di kelilingi oleh wanita-wanita dan botol-botol arak. Inikah didikan yang diberikan oleh mama dan papa kepadanya? Patutlah Rayyan jadi begitu. Aduhai kenapa lah tidak hidup cara islam yang sempurna itu?
"Kenapa kak? Terkejut ke? Inilah kehidupan kami kak. Jadi akak tak usah terkejut, sepatutnya saya yang patut terkejut kerana abang kahwin dengan akak. Kenapa lah dia pilih akak yang jauh berbeza cara kehidupannya dengan kami?" kata Julia seolah mengerti akan kekacauan yang melanda hati kakak iparnya.
"Akak adalah jodoh yang ALLAH titipkan untuk Abang Rayyan!" balas Aleeya dengan yakin dan berani sekali.” Alasan yang cukup kukuh dari Aleeya.
"Akak duduk dulu, Ju siapkan minuman!" pinta Julia.
"Tak perlu Ju, akak dah minum kat rumah tadi!" tolak Aleeya.
"Akak tentu perempuan hebat kerana berjaya mencuri hati abang saya. Abang saya tu memang ramai perempuan tetapi main perempuan saja, tak pernah pun serius!" jelas Aleeya. Main perempuan dan tidak serius? Tak kan lah tidak jatuh hati atau jatuh cinta kepada salah seorang dari mereka. Mustahil lah tu.
"Boleh percaya ke ni? Ke saja nak otai akak nih?" usik Aleeya. Aku tak percayalah. Perempuan-perempuan cantik di sana tak mungkin tidak ada hati kepada abang kau yang handsome tu.
"Betul!" yakin Julia. Memang abang tidak pernah ada buah hati pun selama ini. Perempuan-perempuan itu hanya untuk suka-suka sajalah. Tidak boleh dijadikan isteri kata abangnya.

Hari ini dia sengaja berada di sini. Mahu kenal-kenal dengan keluarga suami sendiri. Dan dengan mudah, dia menjadi rapat dengan Julia. Julia yang tidak sombong walaupun liar dan terlalu bersosial. Dia juga kenal siapa Julia kerana Julia bekerja satu pejabat dengan suaminya. Cuma tidak pernah bertegur sapa saja.
"Pandai akak masak!" puji Julia selesai makan tengah hari bersama Aleeya. Aleeya kan pandai memasak. Hehehe..
"Biasa saja nih!" balas Aleeya. Perempuan memang wajib pandai memasak, kalau tidak suami lari. Betul ke Liya, suami lari kerana perempuan tidak pandai memasak. Macam tak kena saja fakta ini?
"Nanti nak belajar memasak dengan akak lah!" ujar Julia sambil menuang air putih ke dalam pinggannya.
"Boleh tak ada masalah!" balas Aleeya.


Kerana ajakan Julia agar dia tinggal di sini sepanjang ketiadaan Rayyan diterima dengan senang hati. Memang itu niatnya. Mahu tinggal bersama dengan keluarga Rayyan sepanjang ketiadaan Rayyan tetapi berbeza pula dengan penerimaan ibu mentuanya yang pulang selepas waktu asar. Terbeliak mata mama sebaik saja memandang wajah Aleeya. Berani kau datang rumah aku yer, Aleeya.
"Aku tak suka kau, bukan kerana kau orang kampung tetapi kerana cara kehidupan kita yang berbeza. Aku memang tak suka dengan perempuan yang tidak pandai bersosial seperti kau, Aleeya. Pakai tudung, bersopan santun, semua itu hanya lakonan semata-mata. Aku rasa kau sebenarnya berpura-pura saja sayangkan Rayyan tetapi dalam hati kau,kau tipu diri sendiri. Aku tahulah kau sebenarnya bekas tunang orang, malangnya bekas tunang kau tu tinggalkan kau dan berkahwin dengan perempuan lain!" syarah mama panjang lebar. Aleeya merenung pakaian yang dipakai oleh ibu mentuanya berbanding dengan pakaian Aleeya yang menutup aurat, memang jauh berbeza pun. Kena lagi, itu lah sengaja datang cari pasal. Tanpa keizinan suami pula tu. Berdosa Aleeya keluar rumah tanpa keizinan suami walaupun niat kau baik.
"Tak benar semua itu, puan!" balas Aleeya perlahan. Memang aku anak orang kampung tetapi abah aku pun orang berharta juga lah, bisik hati Aleeya.
"Ah, semua perempuan yang hadir dalam hidup Rayyan cakap sama seperti kau, Aleeya. Aku sudah lali, sudah naik muak dengan perempuan mata duitan seperti kau!" tempelak mama terang-terangan.
"Tapi saya tak sama dengan perempuan-perempuan tu..," jelas Aleeya.
"Ah, cakap tak serupa bikin. Tetapi aku boleh terima kau, dengan syarat kau buka tudung dan ubah cara hidup kau, hidup seperti kami, mahu? Aku tak kisah kalau kau pernah tidur dengan Ryan sebelum kahwin pun, itu bukan masalah kami lah, yang aku tak suka ada lah tudung kau tu"
Hah? Rupanya isu terlanjur tu bukanlah persoalan kenapa mama tak suka aku? Mama tak kisah pun tentang itu, sedangkan Liya ni fikir sampai nak pecah kepala kerana hal tersebut. Alih-alih mama kata tak kisah? Hish, hish, hish, Liya nak pengsan dah ni…, sebab terlampau terkejut!

Tetapi yang mama bimbangkan ada lah tudung dan cara kehidupan aku. Siap suruh buka tudung dan tinggalkan agama lagi, Mama biar berbetul nih?

Rupanya ada juga mama macam ini di zaman sekarang yer?

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.