Angin
Kundasang menyapa perlahan.Dingin!. Mereka berdua berjalan
berpegangan tangan merasa keindahan Gunung Kundasang yang cukup indah. Kata
penduduk di sini, suhu di Gunung Kundasang sudah meningkat dan berubah. Sepuluh
tahun yang lalu, Gunung Kundasang pernah mencapai tahap beku. Maksudnya lagi
sejuk dari keadaan sekarang. Sekarang pun sudah sejuk, macam mana lah agaknya
sepuluh tahun yang lalu? Dan bagaimana pula 10 tahun yang akan datang. Masih
kekal beginikah atau sudah hilang rasa sejuknya.
Sejak
petang kelmarin sampai lah pagi ini, dia hanya diam seribu bahasa kerana mahu
melihat kemarahan Rayyan sejuk dan tenang. Pagi ini barulah dia berani bersuara
kerana kemarahan suaminya sudah pun reda.
“Abang
pernah ada anak tak?” soal Aleeya berani. Biarlah apa nak jadi pun. Aku sanggup
menanggungnya.Rayyan tidak pun terkejut dengan soalan itu. Dia tahu suatu hari
nanti Aleeya akan tahu juga hal ini. Biarlah apa nak jadi pun. Aku akan bertanggungjawab. Rayyan memandang tepat ke anak mata Aleeya. Mahu berlaku jujur
atau simpan saja rahsia ini sepanjang hayatnya.
“Maksud
Liya, Liya mengandung ke?” seloroh Rayyan menyembunyi debaran di hati.
"Abang
jangan ubah topik boleh tak? Liya tanya abang, abang pernah ada anak sebelum
kita kahwin?” ulang Aleeya sekali lagi. Aku mahu percaya kepada suami sendiri
bukan dari orang lain terutamanya Puan Rahimah itu. Mungkin dia juga salah
sangka!
“Kalau ada
anak, itu adalah anak abang dengan Liya!” jawap Rayyan dengan penuh yakin.
Rayyan tidak tipu, itu kebenarannya. Selama ini kalau ke kelab malam sekali pun
Rayyan bercakap benar, berada dengan perempuan lain pun Rayyan masih sanggup
bercakap benar. Rayyan tak akan menipu aku biar apa pun yang terjadi.
“Abang
pernah kahwin dengan perempuan lain sebelum abang kahwin dengan Liya?”soal
Aleeya lagi. Rayyan mencuit hidung Aleeya. Bahagia dengan soalan itu. Cemburu
itu tandanya sayang kan? Jadi, Liya ini terlebih sayang lah kat aku yer?
Sanggup datang semata-mata kerana cemburu?
“Mana ada.
Liya seorang saja isteri abang!” yakin Rayyan membuatkan Aleeya bingung.
“Abang
pernah tidur dengan perempuan lain sebelum kita kahwin?” soal Aleeya lagi.
Mengaku lah kalau ada pun, Liya boleh terima abang.
“Abang
memang jahat, kaki mabuk, kaki perempuan, tapi abang tak pernah bawa masuk
perempuan yang bukan isteri abang masuk ke bilik untuk tidur sekali, faham tak?
“ jelas Rayyan sambil merangkul bahu isterinya. Habis tu? Macam mana nih?
Hendak kata Rayyan penipu, hati aku masih percaya kepada kejujurannya. Aku
tidak boleh untuk menafikan kata-kata Rayyan kerana aku percaya akan dirinya.
“Abang tak
tipu Liya?”
“Liya
datang cari abang semata-mata persoalan ini ke? Bukan sebab Liya rindukan
abang?” soal Rayyan kembali. Papa sudah pulang hari ini, meninggalkan dia untuk
menguruskan hal syarikat. Kalau sambung berminggu-minggu pun tak ada masalah,
asalkan Liya ada bersamanya. Tetapi Liya hanya ada cuti tiga hari lagi selepas
itu kena masuk bekerja semula.
“Memang
Liya datang kerana rindukan abang tetapi selepas Liya dengar cerita ini.. Liya
jadi..,”
“Jadi apa
sayang? Benci kat abang?” tuduh Rayyan membuatkan wajah Aleeya berubah. Benci??
Subhanallah, aku tidak akan membenci suami sendiri selagi dia menjadi suamiku.
Aku tidak mahu menjadi isteri yang berdosa!
Mereka
meneruskan perjalanan sehingga sampai ke gerai-gerai yang sedang menjual
bunga-bunga dan buah-buahan yang segar. Perbualan mereka terhenti walaupun ada
banyak perkara yang perlu dibincangkan.
Sedikit buah strawberry yang baru dipetik dibeli oleh Aleeya dan Rayyan
tidak membeli apa-apa. Hanya suka melihat isterinya yang begitu leka dengan
sayur-sayur segar di sini. Seperti kanak-kanak saja lagaknya. Asyik benar!
“Sepanjang
abang tak ada di rumah, Liya buat apa?” soal Rayyan. Tiga hari berpisah sudah
jadi macam-macam sedangkan perjalanan hidup kami masih berliku. Antara aku dan
Aleeya memang jauh berbeza cara kehidupan kami. Aku memang insan yang jahil
tidak seperti Aleeya yang putih dan suci dari noda dan segala maksiat. Aku
lelaki yang bertuah kerana mendapat seorang perempuan seperti Aleeya.
“Tak buat
apa pun!” jawab Aleeya sambil cuba tersenyum. Rayyan hanya mampu tersenggih.
Kelmarin aku mengamuk kerana Liya ke rumah mama. Hari Aleeya pula mengamuk
kerana cerita itu. Adil lah kan? Tetapi
mengamuk Aleeya jenis cool saja, tidak melenting dan mengamuk atau
menjerit-jerit seperti perempuan lain. Aleeya tenang! Itu yang membuatkan aku
semakin suka kan Aleeya.
“Siapa
datang jumpa Liya semalam?”
“Puan
Rahimah..,”
“Ooh..,”
“Abang
kenal dia?”
“Kenal!”
“jadi..,”
“Tutup lah
buku. Abang tak nak Liya fikirkan hal ini lagi. Hal ini tak ada kaitan dengan
Liya!”
“Tapi
abang suami Liya kan?”
“Liya,
lelaki kalau sudah berkahwin memang orang gelar suami pun, tak kan lelaki orang
panggil isteri pula!” usik Rayyan sambil duduk di atas bangku gerai makan.
Berehatlah. Penat sudah berjalan kaki.
“Abang
jahat!”
“Bila pula
abang cakap abang baik?”
“Aduhai
Encik Rayyan, janganlah menguji hati hamba ini dengan persoalan yang tidak ada
jawapan..., “
“Hahaha..
bersastera nampak!”
Hmmm...
ingatkan boleh tutup rahsia ini sampai bila-bila. Kalau boleh sampai ke akhir
hayat tetapi siapa sangka ini yang berlaku. Takdir aku barangkali. Dapat jodoh
dengan anak pak imam. Siap pakai tudung, ada pegangan agama yang teguh dan
tetap pendirian. Malah berani dan degil.
Itu yang menakutkan. Bukan seperti aku yang tiada pegangan, malah bab-bab agama
kosong langsung. Tetapi siapa pun aku,
dia tetap isteri yang sabar, tidak pernah sekali pun bantah ataupun melawan
cakap. Walaupun kadang kala dia naik angin dan marah.
Sepatutnya
Puan Rahimah datang mencari aku, bukan jumpa Aleeya dan menyusahkan hati dan
perasaan Aleeya pun. Aleeya tak tahu
apa-apa dalam hal ini. Ini tidak, pergi
jumpa Aleeya dan menyusahkan hati dan perasaan Aleeya saja. Kasihan Aleeya.
Mujurlah
abah call memberitahu kepadanya hal ini dan dia terus menghubungi Puan Rahimah.
Puan Rahimah sendiri tidak tahu bahawa bayi yang dihantarnya 2 tahun yang lalu
bukanlah zuriatnya tetapi adalah zuriat Julia adiknya. Zuriat yang lahir tanpa
ikatan yang sah antara Julia dan teman lelakinya. Anak Julia yang dibenci oleh Julia sendiri.
Malah mama dan papa juga turut membenci keturunan mereka itu. Mama hanya
memberi dua pilihan, bunuh ataupun beri saja kepada rumah anak-anak yatim. Setelah dia memujuk mama, barulah mereka
mengambil keputusan untuk menyerahkan bayi itu ke rumah asuhan.
Ini adalah
kehendak mama dan papa yang menyuruh Rayyan menghantar bayi tersebut ke rumah
asuhan kepunyaan Puan Rahimah dan dia dengan rela hati memikul tanggungjawab
itu. Sejak dia menghantar anak itu, dia membiayai sepenuhnya perbelanjaan rumah
asuhan tersebut.
Sekarang
Liya sudah tahu akan rahsia ini. Perlukah aku ceritakan semuanya kepadanya
ataupun aku menanggungnya seorang diri?