Pilihan
Rayyan mestilah makan kat hotel. Sengkek sungguh lah kalau asyik makan kat
hotel. Aleeya menyuapkan mee kari ke dalam mulutnya. Makan mee kari kat hotel
harga berpuluh ringgit dah, suaminya itu hanya makan mee goreng saja. Buang duit sungguh lah suami aku hari ni.
“Puan,
untuk Puan!” beritahu seorang anak muda
yang muncul di tepi meja mereka. Sejambak bunga mawar merah dihulurkan kepada
Aleeya. Aleeya terkejut tetapi mata
memandang kepada Rayyan yang tersenyum saja. Mesti kerja dia. Sempat lagi
yer..,
“Terima
kasih!” ucap Aleeya sambil menerima bunga mawar merah.
“Sama-sama,
puan!” balas pemuda itu sambil berlalu pergi.
“Abang
punya kerja kan?”
“Mana ada,
Liya ada peminat ke? Cemburunya abang!”
“Abang
jangan main-mainkan Liya ek?”
“Siapa lah
nak minat kat Liya selain suami Liya nih..,”
Aleeya menepuk lenggan Rayyan dengan manja.
“Abang
memang pandai pikat hati perempuan kan? Beri bunga lah, beri hadiah lah, beri
duit lah!” ucap Aleeya. Minum jus belimbing dihirup perlahan. Sejuk tekak.
“Liya suap
mee kari tu sikit!” pinta Rayyan, tidak peduli pun dengan kata-kata
isterinya. Aleeya mengambil sudu yang
diletakkan tadi lalu disuapkan mee kari miliknya ke dalam mulut Rayyan.
“Kenapa
tak habis kan? Ingatkan tak sedap tadi sebab Liya makan sikit sangat!” tegur
Rayyan setelah merasa mee kari tersebut. Sedap pun!
“Liya
kenyang dengan perangai abang hari ni..,” jelas Aleeya. Rayyan play boy ni pun pandai merajuk juga
rupanya. Mentang-mentang semua perempuan suka dan berkenan kat dia, dengan aku
pun dia nak aku pujuk juga. Huish.. Geramlah macam ni..,
“Nak cari
pasal lah tu..,”
“PA abang
cakap abang mengamut kat ofis pagi tadi, kenapa?”
“Oo. Sudah
ada penyampai maklumat sekarang?” balas Rayyan. Alamak terlepas cakap lah pula.
Rayyan menjeling ke arah Aleeya. Hishh, aku ni kenapa tak kawal mulut tu sikit!
“Hehehe..,”
Aleeya tersenyum mengawal debaran di dalam hati. Takut kena marah lagi.
“Call
abang kat ofis lah tadi setelah abang tak angkat telefon kan? Tunjuk lagi
perangai buruk Liya kat abang, itu baru sikit abang merajuk..,” balas Rayyan
menghabiskan mee kari kepunyaan Aleeya.
Membazir saja lah makan tak habis.
“Liya nak
dapat redha suami, sebab itu Liya cari abang,” jawab Aleeya luhur. Nak ikut perangai seperti mak yang begitu
sabar dengan karenah abah. Abah yang tegas dan ada ketika naik angin juga.
Tetapi bab masakan, abah memang cerewet, sebab Mak pandai memasak, dan Aleeya
pun kena pandai masak juga, sebab mak
memang mengajar anak perempuan yang seorang ini habis-habisan tentang bab masak
memasak ini.
“Yer ker?”
duga Rayyan. Hendak teman Aleeya shoping pun, sekarang sudah masuk waktu kerja.
Dia mesti ada kat ofis sekarang. Dia memang tak suka masuk lewat walaupun dia
bos di situ.
“Yup!”
balas Aleeya. Rasa resah dan gelisah
tadi telah pun hilang kerana Rayyan sudah tidak marah kepadanya lagi.
“Liya nak
terus balik ke?” soal Rayyan ketika Aleeya mengambil tas tangannya. Bunga
digengam erat.
“Kenapa?
Abang nak suruh Liya tunggu abang ke?” jawab Aleeya. Jangan lah itu yang
diminta oleh Rayyan. Keras aku di ofis Rayyan nanti.
“Ooo, di
sini rupanya Ryan yer, patut lah mama cari kat ofis tak ada,” ujar mama yang sudah diberi di sebelah
Rayyan. Matanya bulat memandang ke arah Aleeya yang gugup dengan kehadiran
mama. Apa lah nasib jumpa mama kat hotel ini pula?
“Mama cari
saya ke? Kenapa tak call dulu?” balas Rayyan sambil bangun berdiri rapat dengan
Aleeya.
“Call? Dah
berpuluh kali mama call kau, kau yang tak mengangkatnya!” marah mama semakin
menjadi. Rayyan meraba handset di dalam poket seluar, tiada. Aduh, mesti
tertinggal di atas meja kat ofis tadi.
“Sorry
mama, saya tertinggal handset lah!”
balas Rayyan.
“Kau sejak
ada betina ni semua kau lupa, termasuk dengan mama kau sendiri ke Ryan? Hei
betina, berapa banyak duit anak aku kau
kikis hah?” jerkah mama membuatkan Aleeya rasa terpukul dan malu saja. Ada mata
sedang memandang ke arah mereka bertiga. Tersirat darah Aleeya tiba-tiba.
Pedihnya mendengar sebutan ‘betina’ itu yang datangnya dari mulut mama.
“Mama ni,
tak elok lah bergaduh kat sini, mama tu sudah lah orang terkenal, nanti apa
pula kata orang,” pujuk Rayyan. Dia memandang wajah mama yang pucat lesi.
Aleeya ini keturunan baik-baik lah mama, lebih baik dari keturunan mama lah.
Jadi, jangan tuduh sebarangan kepada Aleeya.
“Mama nak
jumpa kau di rumah malam nanti, dan kalau boleh bawa betina ini bersama
kau,” arah mama sebelum melangkah
meninggalkan mereka berdua. Betul juga
kata Rayyan, malu lah kalau orang tengok orang besar seperti aku mengamuk di
dalam hotel lima bintang ini. Mana aku nak letak muka aku kalau masuk paper
nanti.
“Liya,
sorry!” ucap Rayyan sambil memegang tangan Aleeya. Aleeya pura-pura tersenyum
saja. Mereka berjalan keluar, kerana semua mata melihat ke arah mereka berdua.
“Liya
tanya sikit, boleh?” soal Aleeya kepada Rayyan. Mujurlah air mata tidak
mengalir keluar walaupun aku sudah menangis di dalam hati. Pedih juga hati
dibuatnya. Siapa tak sakit hati kalau mak mentua bercakap sebegitu kepada kita.
Tuduh yang bukan-bukan pula. Cakap yang tidak sepatutnya.
“Apa
sayang?”
“Abang
cakap apa kat mama supaya mama tidak menghalang perkahwinan kita tempoh hari?”
soal Aleeya. Perkara ini sudah lama terlintas di dalam fikirannya. Hari ini baru ada kesempatan untuk bertanya.
Hairan juga apabila melihat kelibat mama dan papa di kampung tempoh hari. Malah mama turut berada di majlis sebelah
Rayyan. Biar pun mama pura-pura menerimanya tetapi hairan dengan sikap mama,
wal hal mama tak suka pun kepada Aleeya. Tetapi mengada dan kenapa mama tidak
menghalang anaknya dari terus berkahwin dengan Aleeya. Mesti ada sesuatu kan?
“Agak-agak
Liya, apa?” balas Rayyan sambil tersenyum, kalau Aleeya tahu mesti Aleeya
mengamuk besar nanti, tetapi aku terpaksa lah.
Itu saja cara yang ada.
“Liya
tanya abang lah!”
“Dengan
syarat Liya janji Liya tak marah abang?” ucap Rayyan. Sahih dia buat sesuatu
yang tak baik, kalau tidak masakan dia berkata begini.
“Okey,
Liya janji!” ucap Aleeya.
“Janji
nih?” soal Rayyan sekali lagi. Aleeya mengangguk!
“Liya
janji Liya tak marah abang, Liya hanya nak tahu saja lah!”
“Abang
percaya janji Liya..,” hendak cakap atau tidak tetapi tidak sampai hati pula
biarkan Aleeya lama menanti.
“Cakaplah!”
gesa Aleeya.
“Jom masuk
dalam kereta dulu, abang takut Liya mengamuk nanti,” ucap Rayyan sambil menarik
pintu kereta untuk isterinya. Buatnya Aleeya histeria tengah jalan nanti, lagi
lah haru. Lagilah malu!
Rayyan
duduk di sebelah Aleeya. Digenggamnya kedua belah tangan Aleeya, lalu dia
mengucup tangan Aleeya dengan penuh kasih sayang.
“Abang..,”
“Abang
cakap lah ni..,”
“Abang
cakap apa kepada mama dan papa supaya terima perkahwinan kita,” ulang Aleeya
sekali lagi.
“Abang
cakap kita dah terlanjur lah, habis cerita..,”
“Apa?”
jerit Aleeya nyaring. Bergegar kereta. Mujur sempat tutup semua cermin kereta
kalau tidak habis semua orang dengar.
Patut lah mama macam nak telan aku hidup-hidup. Dan tentulah mama sudah salah anggap kepada
aku? Huhuhu...., macam nak menangis sungguh-sungguh kali ini.
“Mujur
abang hanya cakap kita dah terlanjur, kalau abang cakap abang dah buntingkan
anak dara orang macam mana? Lagilah parah!” ulang Rayyan sekali lagi. Dia ingat
main-main ke? Ini melibatkan soal maruah dan harga diri lah.
Aleeya
menjenggilkan anak matanya. Hah, mana janji tak nak marah tadi? Tapi rasional lah
Rayyan, semua orang akan marah lah sebab kau dah cemarkan maruah dia.
“Boleh
abang cakap macam tu dengan mama? Patutlah mama tak suka Liya? Silap haribulan
mama suruh Liya buka tudung, sebab perangai Liya teruk, tau tak?” ucap Aleeya.
Liya, rayyan tentu ada sebab yang lain, dia sengaja tak beritahu kau saja. Rayyan tersenggih. Liya memang pegang kepada
janjinya.
“Abang
terpaksa lah, sayang!” ucap Rayyan. Enjin kereta dihidupkan. Nak hantar Aleeya
lah dulu. Selepas itu baru masuk ke ofis.
“Abang tak
ada cara lain ke nak cakap. Terlanjur tu perkara berat lah!”
“Liya,
asalkan kita tahu hal yang sebenar sudah lah. Abang pun kenal Liya lah!” hah,
tengok, dia boleh marah aku pula wal hal dia yang buat salah. Rayyan dengan
egonya memang tak boleh nak dipisahkan.
Aleeya
terus diam, kalau cakap juga mesti semua salah aku nanti. Lebih baik aku diam kan saja.
“Liya!”
“Liya tak
nak cakap boleh tak?”
“Abang
memang tipu mama, tetapi abang tak tipu Liya lah!” rasanya semua kuku harimau Rayyan yang
tersimpan rapi, yang kadang-kadang digunakan apabila tengah marah, muncul
semula. Rasa macam nak cakap, berdosa
abang tipu mama, tetapi Aleeya rasa takut, takut kereta ini meletup ke apa ke
nanti.
“Kenapa
abang buat macam tu? Apa alasan abang?” soal Aleeya lagi. Aku tak boleh terima
lah alasan Rayyan tu. Malulah aku, macam
aku murah sangat.
“ikut suka
hati abang lah?” Perangai pagi tadi
datang semula.
“Abang,
Liya tak nak gaduh dengan abang lah..,”
ucap Aleeya sambil memegang lengan suaminya.
“Okey,
kalau gitu tutup cerita ni, jangan tanya lagi, mahu?” pinta Rayyan, sebenarnya dia tidak mahu
memberitahu kepada Aleeya akan hal selanjutnya. Biarlah dia saja yang tahu akan
hal itu. Hendak kahwin dengan anak dara
orang dalam masa dua minggu, nak kahwin cepat-cepat pula tu, bukan itu saja,
mama dan papa pun tak kenal siapa Aleeya, tertiba cakap nak kahwin dengan
Aleeya, kalau bukan ‘terlanjur’ lah alasannya, apa lagi caranya untuk aku
beritahu kepada keluarga aku?
Aleeya
menjeling tajam!
“Abang
memang tak suka Liya sejak dari awal lagi kan?” soal Aleeya. Apa beza aku
dengan perempuan-perempuan lain kalau sudah terlanjur? Sama lah kan?
“Alasan
Liya kenapa?” balas Rayyan. Sengaja nak perang dengan Aleeya, sebab dia tahu
Aleeya mesti mengalah dengannya sebab Aleeya adalah isteri yang ada pegangan
agama.
“Alasan
apa?”
“Kenapa
Liya kahwin dengan abang?” soal Rayyan
kembali.
Apa alasan
aku yer semasa menelefon abah dan mak kali pertama untuk bercakap tentang
Rayyan.
“Liya dah
jumpa seseorang dan Liya nak kahwin dengannya,” jujurnya jawapan dari
Aleeya. Itu yang Aleeya beritahu kepada
abah sewaktu ingin membawa pulang Rayyan ke rumahnya untuk berjumpa dengan
abah.
“Hahahaha...,”
ketawa Rayyan. Hilang perasaan tidak senang hati tadi.
“Usah
gelakkan Liya, boleh tak?” bencinya.
“Abang nak
siapkan kerja dulu, Liya pergi balik kat rumah,” pesan Rayyan ketika sampai di
ofis. Kerja dia dan perempuan lain yang
lebih penting, bukan aku pun.
Aku memang
tak penting pun dalam hidup dia kan? Sebab dia macam tak kisah pun dengan semua
ini? Tak suka.. tak suka.. tak suka.....