“Liya, tolong abang, sayang. Ambil kunci kereta atas
meja!” kata Rayyan menahan kesakitan. Darah semakin banyak menitis keluar
membasahi lantai. Pekat dan merah. Air mata Aleeya menitis perlahan. Tidak
sanggup melihat Rayyan berada di dalam kesakitan.
“Abang, maafkan Liya kerana Liya, abang jadi begini..,”
ucap Aleeya dalam keadaan sebak. Air mata Aleeya menitis sama lebatnya dengan
darah yang mengalir di kaki suaminya.
“Liya, jangan lah menangis, abang tak apa-apa lah..,”
pujuk Rayyan menahan kesakitan. Dirangkulnya Aleeya dengan kemas.
Selagi Liya ada di sisi abang, abang tak apa-apa lah,
sayang - RAYYAN