Pening
juga fikirkan kata-kata Rayyan tadi. Aduhai nasib kenapa lah jadi begini, sudah
lah aku kahwin dengan Rayyan pun sudah menjadi isu besar di Kuala Lumpur ini,
alih-alih dia cakap dia terlanjur dengan aku pula sebelum kami kahwin. Patut
lah mama benci aku kerana tentunya mama tuduh aku mengoda anak lelakinya itu.
Mama tentu
tak akan percayakan aku lagi, sebab anak dia yang cakap macam itu. Anak dia sendiri yang mengaku ‘ terlanjur’
dengan aku. Gerunnya ingat perkara ini. Kalau abah dengar macam mana? Sudahlah
mak long pun buat kecoh di kampung, di sini pun kecoh juga ke?
Liya,
boleh Liya fikir secara tenang tak? Bisik hatinya.
Kenapa?
Rayyan
boleh beri alasan lain ke? Keluarga Rayyan sudah lah rumit. Sangat Rumit!
Alasan Rayyan tu bukan apa-apa lah, Liya!
Maksudnya
apa?
Rayyan
cakap macam itu sebab dia nak mama dan papa terima perkahwinan ini lah. Itu
saja!
Yup, itu
hakikatnya.
Biarpun
kau tak suka Aleeya, tetapi Rayyan juga terpaksa. Belajarlah menerimanya kalau
masih menyanjungi perkahwinan ini.
“Liya tak
masak apa-apa petang ini, abang lapar lah!” tegur Rayyan sambil memeluk Aleeya
dari arah belakang. Asyik benar main air paip di singki sampaikan tak sedar
Rayyan sudah pulang. Masih berfikir akan hal tadi lah tu. Aduhai, isteri, abang
terpaksa. Itu pertama kali abang menipu.
“Awal
abang balik hari ini?” tegur Aleeya. Sudah tak jadi marah kepada Rayyan kerana
dia sudah ada jawapannya. Jam baru pukul
4.30 petang. Masa kerja pun tak habis lagi lah. Sejak mereka berkahwin, ini
kali pertama Rayyan pulang awal, selalunya jangan harap lah hendak balik ketika
ini.
“Tak
senang duduk, dari buat kerja pun serba tak kena, lebih baik abang balik tengok
Liya,”
“Waw,
kiranya Liya ni hebat juga lah kan, sampaikan abang tak boleh buat kerja,
teringat kat Liya!” Rayyan mengucup pipi
Aleeya lalu merungkaikan pelukan. Dia merenggang tali lehernya dan segera
mencapai mug. Dituangnya air suam lalu diteguknya perlahan.
“Masih
marah kat abang lagi ke?” soal Rayyan
kembali. Kalau tak marah aku nak sambung kerja kat bilik. Banyak yang tertangguh tadi kerana kau
seorang, Liya!
“Tengok muka Liya macam orang marah ke?”
“Masalahnya
sebab Liya pendam dalam hati, jadi susah lah abang nak cakap, Liya marah ke
tak?”
“Buang
masa kalau Liya marah abang. Kalau sedang bercinta ke, boleh juga minta
putus...,” balas Aleeya. Mujur kau tidak
pernah menjadi kekasih atau buah hati aku, kalau tidak sudah lama aku minta
putus.
“Rugilah
kalau Liya minta putus..,” ucap Rayyan sambil merenung ke arah Aleeya.
“Rugi??
Abang lagi lah rugi..”
“Kenapa?”
“Tak dapat
Liya..”
“Sebab nak
dapat Liya lah abang tipu mama abang sendiri. Abang pun tahu lah berdosa tipu
mama.. ingat abang tak tahu ke?”
“Yer ker?”
“Besar
pergorbanan abang kat Liya ni, jadi, jangan fikir yang bukan-bukan tentang
suami Liya yer?”
Aleeya
tersenyum lagi. Aku kena akui juga lah
yer. Memang betul pun dia berkorban untuk aku. Aku saja asyik fikir yang
bukan-bukan tadi.
“Yang,
buat lah cucur udang ke, goreng mihun ke, abang makan sikit saja hari ni, semua
ni kerana sikap yang, tau tak?” suruh Rayyan. Wajah Aleeya yang mendung sudah
ceria kembali. Fuhhhh.. Lega!
“Tu nak
pujuk Liya lah tu..,”
“Tak. Itu
tanggungjawab Liya sebagai isteri. Siap nanti, bawa masuk bilik bacaan, abang
nak sambung kerja lah!” ingat Rayyan. Ooo, aku ada tanggungjawab berbagai,
dia?? Jangan cari pasal lagi lah, Liya!
Aleeya
mengangguk saja.
Hendak
masak apa petang ini. Dalam peti ais ada udang, tapi tak ada taugeh dan daun
kucai. Macam mana nak buat cucur udang.
Tetapi ada jagung yang di beli di pasar malam semalam. Buat cucur jagung
lah yer. Lagipun Rayyan tu tak cerewet bab masakan, semuanya dia makan. Jangan
jadi seperti abah sudah lah.
Tak sampai
pun sepuluh minit sebab cucur jagung cicah dengan sos saja. Teh ais Limau,
sebab sesuailah untuk hilangkan stress petang ini. Aleeya menolak daun pintu
dan melihat Rayyan sedang tekun melakukan kerjanya. Rayyan bab kerja memang tak
boleh dipertikaikan.
“Sedapnya
bau. Liya suap boleh tak? Tangan abang berminyak lah nanti!” alasan lah tu.
“Liya nak
ke kedai lah, barang dapur semuanya dah habis!” jelas Aleeya sambil memasukkan
cucur jagung ke mulut suaminya.
“Kat peti
ais ada apa?” soal Rayyan sambil memberi isyarat menyuruh Aleeya tuangkan teh
ais ke dalam mug kepunyaannya.
“Udang
saja lah!”
“Teringin
nak makan nasi goreng, selesai solat nanti Liya masak nasi goreng pun jadi lah
sebab abang nak keluar jumpa mama malam ini,” beritahu Rayyan. Ooo, betul lah mama kan nak jumpa kami berdua
malam ini. Muka Aleeya mula berubah.
“Liya kena
pergi juga ke?”
“Tak payah
lah, abang boleh selesaikan masalah ini, lagipun ini antara abang dan mama..,”
Syukur. Aku pun tak nak pergi lah. Tak bersedia lagi hendak berjumpa dengan
mama malam ini. Rasa sakit hati tadi pun tak hilang lagi lah.
“Liya tak
nak campur urusan abang dengan mama, boleh tak? Lagipun abang yang cari pasal
dengan mama kan? Jadi abang selesaikan sendiri lah yer,”
“Okey,
sayang”
“Mama akan
ingat sampai bila-bila lah kata-kata abang tu, satu kerja Liya nak kena
bersihkan nama Liya?” betul lah tu. Ingat senang ke nak buat pembersihan jiwa
dan raga nih. Mama akan cop aku perempuan murahan juga lah.
“Liya..,” jerit
Rayyan. Tak habis lagi rupanya. Kata-kata Aleeya berdesing dalam hati tau tak,
bukan dalam telinga pun.
“Liya
keluar dulu, tadi Liya tak buat apa-apa pun. Basuh baju pun tak!” pinta Aleeya.
Pulang tadi dia hanya berfikir persoalan ini, sampai satu kerja pun tak
menjadi.
Aduhai
hati, kenapa ni? Aku sudah mula sayangkan dia, biar apa saja dia lakukan aku
tidak pernah mahu membencinya dia, tetapi kenapalah aku sukar untuk menerima
alasan ini dalam hidup aku? Terlanjur?? Walaupun kami tidak melakukannya tetapi
pandangan keluarganya kepada aku sudah tercemar? Sudahlah dibenci kerana aku anak
kampung, tak setaraf, tak kaya raya seperti mereka, selepas itu buat perkara
tidak senonoh pula. Lagilah orang tak suka kepadaku? Huhuhu...,
Makan hati
betul lah hari ini. Macam mana aku nak
berhadapan dengan ahli keluarganya selepas ini?
“Liya tak
solat ke?” tegur Rayyan. Azan mahgrib sudah lama berkumandang, isterinya itu
dari tadi, asyik benar mengelamun.
“Dah azan
ke? “ soal Aleeya kembali. Tak dengar pun! Nasi goreng tak buat lagi. Aku buat apa pun tak tau hari ini, sampai ke
malam asyik fikirkan perkara itu saja, sampai terbuang masa aku. Tak nak fikir
lagi?
“Liya ni
kenapa? Masih fikirkan perkara tadi ke? Abang minta maaf, okey. Memang salah
abang sebab tak fikir panjang masa tu,” pujuk Rayyan. Dah nak kahwin
cepat-cepat mana sempat cari idea. Lagi pun dia tidak mahu kahwin sembunyi atau
kahwin rahsia dari pengetahuan mama dan papa, walaupun dia tahu mama tak akan
menerimanya. Terpaksa sangat-sangat!
“Liya tak
buat benda jahat tu!” ujar Aleeya sebak. Selama ini Aleeya jaga nama baik
Aleeya dan keluarga Aleeya, abang senang-senang hancurkan nama baik Aleeya.
Sedihnya.
Tanpa
disedari airmata Aleeya mengalir keluar membasahi pipi. Dingin! Sayu mata
Rayyan memandang. Benarlah hati Aleeya terluka hari ini. Hmm, tak cakap nak
suruh cakap, bila cakap, jadi begini lah pula.
“Liya,
jangan buat abang serba salah, boleh tak?”
“Hati
Liya...,” tak sempat habiskan ayat itu kerana takungan air matanya sudah pun
pecah. Berhadapan dengan Rayyan membuatkan Aleeya semakin sayu. Anak manja
katakan. Hmm.., Selama ini tak pernah menangis pun.
Rayyan
memeluk Aleeya dengan erat.
“Abang
cakap dengan mama malam ni, abang jumpa mama nak bersihkan nama Liya lah,
jangan lah bimbang..,” pujuk Rayyan sambil mengesat air mata isteri
kesayangannya.
“Kalau
mama tak percaya kata-kata abang, macam mana?” tanya Aleeya tetapi dalam hati,
dia memang nak Rayyan bersihkan namanya kepada mama dan papa.
“Mama
mesti percaya punya, sebab abang kan anak dia orang!” sambung Rayyan lagi.
Aku berani
buat berani tanggung lah. Ingat aku lelaki pengecut ke? Mama kena terima lah
kata-kata aku, lagipun apa nak bimbangkan lagi kerana kami telah pun sah
menjadi suami isteri. Aleeya sudah sah menjadi hak mutlak aku.
“Abang tak
takut mama marah dan mengamuk ke nanti?” soal Aleeya sudah berhenti menangis.
Rayyan tersenyum memanjang. Marah dan
mengamuk itu perkara biasa lah, aku sudah lali dengan sikap mama yang satu ini.
“Liya nak
suruh abang cakap ke tak ni?” pancing Rayyan. Sebenarnya dia baru saja berbual
dengan mama, malah dia sudah pun menjelaskan apa yang berlaku antara dia dan
Aleeya. Mama siap maki hamunnya di dalam
telefon. Oleh kerana mama tidak berpuas hati, jadi mama mahu Rayyan segera ke
rumahnya. Hendak pergilah ni tetapi kenalah pujuk Aleeya terlebih dahulu.
“Tak
tahu..,”
“Pergilah
solat dulu, mahgrib tu sekejap saja. Abang nak keluar jumpa mama sekarang
ni..,” gesa Rayyan. Dia tak pernah
halang Aleeya bersolat.
“Tak payah
cakaplah kalau abang tak berani..,”
“Hahahaha...,”
Kau belum
kenal siapa Rayyan lah Aleeya. Kau belum kenal siapa suami kau yang sebenarnya.
“Abang, Liya
tak buat lawak lah!”
“Liya kena
belajar jadi orang yang tegas di dalam membuat keputusan, jangan lembut hati
sangat, nanti orang pijak kepala Liya tahu tak?” tegas Rayyan. Tingginya suara!
“Tapi..,”
“Anak Haji
Mohsin ni kenapa lah manja sangat. Cuba ikut perangai macam abah Liya. Abang
hormati abah Liya sebab dia tegas, tak macam anak dia, tadi menangis, sekarang
macam ni lah pula!” Hah, sudah marah lah tu. Hilang sudah pujuk dan rayu.
Tinggal nak telan Liya saja nih.
“Mama
abang tu garang, Liya tak beranilah..,”
“Garang
pun mama tak pernah makan orang lagilah!”
“Memang
dia tak pernah makan orang.. tapi...,”
“Aduhai
sayang, kenapa isteri abang teruk sangat ni.. Liya pergi solat dan berdoa
banyak-banyak boleh tak? Abang tak dengar alasan Liya lagi...,”
“Okeylah..,”
Masalah
Liya dah selesai, masalah mama lah pula.
Biar mama marah aku cukuplah, jangan mama cari pasal dengan Liya
sudahlah. Aku tak sanggup tengok Liya kena marah dengan mama.
Tak
sanggup sebab pedih sangat rasa di hati ini.
Kenapa ek?