Kegusaran
dan kebimbangan Aleeya sudah terjawab hari ini. Rayyan datang menjemputnya
seawal pagi untuk bertolak ke bandar untuk membeli barang-barang perkahwinan
mereka berdua.
“Nah
borang kahwin, saya dah isi bahagian saya, Liya isi kat tempat Liya saja. Ini
surat doktor, saya dah buat ujian darah pun,” kata Rayyan sewaktu Aleeya berada
di dalam kereta. Sampul koko ukuran A4 dicapainya lalu di belek isi di
dalamnya. Sah, dia memang nak kahwin dengan aku.
“Bila masa
Encik Rayyan buat ujian darah ni?” soal Aleeya ingin tahu. Mujur tak ada HIV.
Mana lah tau awak kan suka sangat berkepit dengan perempuan setiap malam.
“Sebaik
saja saya lamar Liya terus saya buat ujian darah tu,” jawab Rayyan sambil
tersenyum. Tengok dia sudah bersedia lah, awak asyik fikir yang bukan-bukan
tentang dia saja. Pengalaman pertama kali kerana dipermainkan oleh Azlan, jadi
rasa takut tetap ada kerana dia belum benar-benar mengenali siapa Rayyan.
“Awak
memang nak kahwin dengan saya ek?” uji Aleeya.
“Dengan Liya
nak sentuh tangan pun tak boleh, nak ajak jumpa pun susah, dengan
perempuan-perempuan lain sekali saja saya ajak, terus suka. Jadi, susah sangat
saya kahwin dengan Liya, sebab saya kan suka perempuan!” gurau Rayyan, Aleeya
menjuih bibirnya. Jawapan yang
membuatkan Aleeya mahu saja menumbuk muka Rayyan kalau tidak berfikir panjang.
Dia samakan aku dengan perempuan-perempuan lain ke?
“Jadi suka
saya sebab saya perempuan lah yer?” ucap Aleeya perlahan. Baru test sikit sudah tidak tahan diuji,
macam mana ni, Liya?
“Ini kad
jemputan kahwin kita, Liya semak betul tak tarikh dan alamat kampung Liya
tu, jangan lupa tengok nama abah dan mak
Liya sama,” kata Rayyan menukar topik perbualan. Contoh kad kahwin di tangan Rayyan dicapai
oleh Aleeya. Cantik sangat ukirannya. Pandai dia tempah. Warna yang dipilih pun
sudah membuatkan Aleeya tertarik. Sebab warna peach itu turut menjadi kesukaan
Aleeya.
“Betul!”
jawab Aleeya. Di mana dia ambil semua maklumat tentang keluarga aku ni?
Cekapnya dia. Mesti sewaktu sedang berbual dengan abah.
“Kalau
betul, saya nak tempah. Nak berapa? Seribu?”
“Yup.
Seribu cukup lah.”
“Liya beri
nombor akaun, saya bank in duit, nanti beri duit tu kat abah, boleh?”
“Liya ada
duit sendiri, Liya himpun sebab nak kahwin dulu!” beritahu Aleeya. Duit
simpanan untuk kahwin hari itu masih belum terusik.
“Okey,
kalau gitu guna duit Liya dulu, kalau tak cukup beritahu saya!” putus Rayyan.
Dia memang tak ada masalah tentang duit. Orang berduit katakan!
“Rasanya
cukup kut!” balas Aleeya. Abah aku pun tak ada masalah lah bab-bab duit ini.
Hahaha, kau ingat aku sengkek sangat ke? Aleeya tersenyum sendirian.
“Liya tahu
butik pengantin di Alor setar ni? Saya tak tahu lah nak pergi kat mana? Lain
lah KL..,”
“Tahu..,”
“Saya ikut
Liya saja nih kat mana kita nak sewa
baju pengantin kita yer,”
“Okey, jom
ikut Liya!”
Nak ambil
balik baju hari itu, sebab Liya memang tempah ikut selera Liya. Jadi Liya
memang teringin nak pakai baju pengantin tu. Lagi pun Rayyan dah cakap, dia
ikut Liya saja. Baju pengantin dah tempah,
hantaran pun tempah juga lah, sebab Liya memang tak sempat nak buat kali ini.
Jawabnya memang pakai banyak duit kali ini.
Selesai
baju pengantin dan hantaran, sekarang nak beli cincin tunang dan akad nikah
pula. Kedai Emas Poh Kong menjadi pilihan, cadang nak pergi Habib Jewel tetapi kat situ lagi lah mahal,
nanti apa pula kata Rayyan. Dengan Azlan
dulu memang tak ada ini semua, sebab Azlan memang sudah berubah sejak awal
lagi. Aleeya saja yang tidak sedar sampai menjadi mangsa tipu daya si Azlan.
“Liya nak apa?" soal
Rayyan. Cincin tunang perkara biasa kan, lagi pun aku pernah pakai cincin
tunang sewaktu bertunang dengan Azlan dulu. jadi tak nak lah cincin tunang, nak
yang lain pula. Mata Aleeya tertancap kepada rantai tangan bertaktha berlian
berbentuk hati di dalam almari kaca. Cantiknya!
"Encik Rayyan saya nak yang ini," mahu saja berkata seperti itu
kepada Rayyan tetapi apabila melihat tanda harga RM10,000.00 di situ, dia tidak
berani bersuara. Mengada-ngadanya kau, Liya. Mahal tu...,
"Liya...," kejut Rayyan dan matanya sejak tadi melihat keasyikan
Aleeya memandang rantai tangan tersebut. Liya tu lagi mahal dari rantai berlian
itu lah, rayyan!
"Tak tahu!" jawab Aleeya sedikit kehampaan.
"Saya nak rantai tu, tapi tolong letakkan huruf R di hujungnya,"
beritahu Rayyan kepada Suria, pembantu jurujual di situ. R untuk Rayyan. Semuga
hubungan kami berkekalan sampai ke anak cucu. Ini tanda kenangan antara aku dan
dia. Tercenggang Aleeya dibuatnya.
“Ambil yang biasa sudah lah!” tolak Aleeya. Aku sudah pakai banyak duit
dia hari ini. Baju dengan hantaran tadi pun pakai duit dia juga.
“Ambil yang biasa? Liya sendiri pun bukan perempuan-perempuan yang biasa
saya jumpa…,” bisik Rayyan di telinga Aleeya membuatkan Aleeya terkedu
saja. Dia ni memang pandai bermain
perasaan perempuan lah. Huhuhu.. aku pun sudah dilambung ombak cinta dibuatnya.
“Tapi mahal..,” balas Aleeya tetapi Rayyan buat tak dengar saja. Dia
asyik memandang sepasang cincin platinum di dalam peti kaca. Harganya pun sudah
membuat Aleeya mahu rebah saja. Jangan lah pilih cincin itu pula.
“Lagi Liya?” soal Rayyan, tidak memandang pun kea rah Aleeya, matanya
masih tertumpu kepada cincin tersebut.
“Habis, jom balik!”ajak Aleeya, mahu segera berlalu dari situ. Takut
Rayyan membeli cincin itu pula. Membazir saja lah kalau beli macam-macam!
“Cincin kahwin wajib ada lah, Liya!”
“Cincin??” sah memang dia nak beli cincin itu.
“Ya lah sayang. Kena ada cincin untuk abang dan Liya!” waw, panggilan pun
sudah bertukar hari ini. Jangan mimpi, selagi tak kahwin, selagi tak jadi suami
aku, jangan harap aku nak panggil abang kat awak yer, Encik Rayyan!
“Rantai tangan dah ada, tak payah lah cincin lagi,” ucap Aleeya perlahan
supaya tidak didengari oleh jurujual-jurujual yang setia berdiri di hadapan
bakal suaminya.
“Rantai tangan tu untuk Liya, tanda pertunangan kita, cincin ini tanda
perkahwinan kita,” tegas Rayyan. Dia yang sukakan cincin itu tak cakap, bisik
hati Aleeya.
“Okey lah, pilih lah yang mana Encik Rayyan nak!” kata Aleeya.
“Saya nak cincin itu yer!” kata Rayyan sambil menunjuk ke arah cincin
tersebut.
Apa lagi yang belum selesai? Borang kahwin dah ada. Baju pengantin dah
tempah. Kad jemputan pun dah ok. Semuanya dah ok, tunggu hari nak kahwin saja
lagi. Hari ini mereka singgah makan di
Pekan Rabu. Setiap kali balik Kedah, Aleeya memang akan singgah makan nasi ayam
dan ais kacang yang special di sini. Tak pernah ketinggalan pun!
“Patut lah ajak singgah, Liya suka ais krim rupanya!” usik Rayyan apabila
melihat bakal isterinya asyik benar menghirup ais krim di dalam mangkuk kaca.
“Ais krim kat sini saja Liya suka, kat tempat lain tak best lah!” balas
Aleeya, dia hanya makan ais krim di sini saja, di tempat lain memang tak
setqnding di sini. Tak sedap!
‘Liya ambil cuti berapa hari?” soal Rayyan. Dia kena ambil cuti juga
selepas ini sebab nak urus majlis kahwin.
“Liya ambil cuti seminggu, memang cadang nak cuti kat kampung minggu
ni,”Hari ini sabtu kan, sabtu depan kami kahwin. Majlis di rumah Rayyan jatuh
hari ahad depan.
“Kalau gitu Liya tak payah balik KL lah minggu ni, sabtu dan ahad memang
ofis Liya cutikan?”
“Ha, ah. Tapi kenapa ek?”
“Abang balik KL besok, kad jemputan ni biar abang yang uruskan, Liya nak
jemput semua kawan-kawan ofis Liya kan?”
“Mestilah, tapi Liya nak jemput sendiri!”
“Kalau gitu kena ikut abang balik KL lah esok. Kena jemput Liya kat
kampong lagi besok. Ini yang lecehnya ni!” Sengaja Rayyan berkata seperti itu,
mana tahu Aleeya menjemputnya bermalam di rumah mala mini. Boleh juga kan dari
tinggal dalam bilik hotel seorang diri.
“Liya boleh balik sendiri lah!”
“Merajuk lah tu!”
“Dah Encik Rayyan tak sudi jemput Liya, Liya balik sendiri lah, apa
susah?”
“Jangan cari pasal, Liya ni amanah saya tahu tak?” kuku Rayyan yang tersimpan
rapi sudah keluar hari ini. Ooo, awak ada angin juga yer!
“Apa amanah-amanah ni, tak jadi apa-apa lagi kan?” ucap Aleeya perlahan.
Aku belum menjadi isterinya, jadi boleh lah lawan bercakap, lain lah dia suami
aku. Kena ikut cakap dia lah waktu itu.
“Abah Liya dah serahkan Liya kepada saya, jangan tak tahu tentang itu
yer. Secara lisannya Liya memang hak saya pun,” terang Rayyan. Muka Aleeya
sudah naik merah menahan malu. Abah dah cakap ke benda ini kat dia?
“Abah cakap macam tu?”
“Mesti lah. Ingat saya berbual
kosong ke dengan abah Liya?” lagi satu kuku keluar di jari Rayyan. Tajamnya bila terkena tangan Aleeya.
“Mana lah Liya tahu,” ujar Aleeya sudah mahu mengalah.
“Liya memang tak payah tahu pun semua itu. Itu kan antara saya dengan
bakal bapa mentua saya!” kuku tertiga terkeluar lagi.
“Hantar lah Liya balik, nak balik solat!” dalih Aleeya. Aku keluar dari
seawal pagi sampai ke petang tak balik-balik lagi. Dasyatnya aku hari ini.
“Borang kahwin tu saya datang jumpa abah sebelum kita balik besok. Saya
tak nak abah uruskan hal borang tu, saya nak buat sendiri. Faham tak?” tinggal
satu kuku saja tak keluar lagi kan? Angin lelaki ini masih paras bahaya. Tegas
dan lantang saja.
“Memang lah saya nak suruh awak yang uruskan, tak kan nak suruh abah
pula. Yang nak kahwin kita kan, bukannya abah!” lawan Aleeya. Aku pun ada angin
juga lah. Cuma tak pamerkan saja lagi kat kau.
“Liya!” geramnya dengan jawapan Aleeya. Belum berkahwin lagi sudah jadi
begini? Aku sengaja lupa pesanan abah sebab antara kami masih tidak ikatan yang
sah. Kalau jadi suami aku, memang sah aku makan penampar, betul tak?
“Encik Rayyan pikat perempuan pun tak lulus, sah lah perempuan-perempuan
tu nak kat duit Encik Rayyan saja lah sebab perangai Encik Rayyan teruk
sangat!” sambung Aleeya ketika mereka berjalan ke kereta. Langkah Rayyan
terhenti, terus dia memandang wajah Aleeya di sebelahnya. Di tariknya beg
sandang Aleeya supaya Aleeya memberhentikan langkah kakinya.
“Perempuan-perempuan lain tu tak ada masalah pun lah. Sekali saya petik
jari, berduyun yang datang, Liya saja yang susah sangat,”
“Hahaha..,” kau mengaku juga yer.
Mujurlah kau tak samakan aku dengan perempuan-perempuan yang kau kepit
siang malam tu. Tidak apa bezanya aku yer? Hish, aku bukannya mereka! Jadi, aku
memang jauh perbezaannya.
“Liya!”
“Jom lah, nanti abah mengamuk kat rumah!”
pujuk Aleeya. Rayyan mengelengkan kepalanya. Liya ni memang sengaja cari
pasal ek.
Kau jadi isteri aku siaplah nanti.
Sekarang memang peluang kau kenakan aku yer, selepas ini memang tak ada
peluang lah!