Home Novel Cinta PENGANTIN EKSPRES
PENGANTIN EKPRESS - ALEEYA CEMBURU

Papa minum sampai mabuk, begitu juga dengan mama. Terpaksa lah Rayyan menghantar papa dan mama pulang ke rumah kerana papa tidak boleh lagi memandu. Malam ini sudah lewat benar dia pulang. Jam sudah pukul tiga pagi.

Ketika memeluk mama, pemerah bibir mama terkena kemeja Rayyan yang berwarna putih itu. Melekap bekas bibir mama yang terang benderang. Aleeya nampak nanti mesti mengamuk. Aduhai cari pasal lagi lah malam ini.

Sudah lah terlupa bawa kunci rumah. Kalau ada kunci senang lah, tidak perlu kejutkan Aleeya di pagi ini. Sudah pagilah Rayyan, bukan malam lagi. Cuma keadaan saja yang gelap gelita.

Rayyan memicit loceng rumah. Baru sekali bunyi, pintu terus terbuka. Wajah Aleeya yang baru bangun dari tidur. Aleeya mengenyehkan matanya dengan tangan. Masih lagi mamai barangkali.

“Abang!” panggil Aleeya. Rayyan memegang bahu Aleeya lalu merangkul pinggang Aleeya. Bau minyak wangi mama menusuk ke hidung Aleeya membuatkan mata Aleeya terbuka luas.

“Abang tidur dengan perempuan lain ke?” soal Aleeya keras bunyinya. Rayyan tahu Aleeya sudah mula marah kepadanya.

“Ha, ah. Tengok bekas lipstik pun ada lagi nih!” ujar Rayyan sambil menunjukkan ke bajunya yang terkena gincu bibir mama. Bukan satu tetapi tiga tempat. Terbeliak mata Aleeya melihatnya. Genggaman tangan Rayyan di pinggangnya ditolak kasar. Tak boleh lah kalau macam ni. Tak sanggup!

Rayyan tersenyum panjang. Cemburuuuu....,

“Liya!” panggil Rayyan menarik tangan Aleeya, tetapi tidak berjaya. Hati Aleeya benar-benar terbakar. Baru sebulan kahwin dengan aku, perangai lama masih kekal di dalam diri.

“Abang sayang Liya lah.,”

“Di mulut kata sayang kat Liya, di hati pun sayang Liya tetapi apa maknanya abang tidur dengan perempuan lain?” soal Aleeya. Rayyan menarik badan Aleeya ke dalam pelukannya. Dikucup dahi Aleeya sambil tersenyum.

“Bekas gincu mama lah!”

“Tipu..,”

“Pernah ke abang tipu, Liya?”

Belum pernah lagi lah tetapi Aleeya tak suka lah abang buat macam ni. Dirangkulnya Aleeya kemas-kemas. Aleeya tidak menolak pelukan dari suaminya kali ini.

“Abang suka buat Liya marah kan?”

“Liya yang cepat naik angin, abang tak buat benda tak baik lah..,”

“Boleh percaya ke ni?”

“Percaya pun tak mengapa, tak percaya pun tak mengapa. Abang tak kisah,” balas Rayyan. Dirungkaikan pelukan. Dah tiga pagi, esok nak masuk ofis pula. Aduhai, mama, papa, bila lah kita nak hidup cara begini? Sampai ke akhir hayat ke?

“Tapi Liya kisah!”

“Liya memang lah, semua ambil peduli...,”

“Abang!”

“Tidur lah. Abang mengantuk ni. Abang tahulah batasan abang sebagai suami kepada Puan Aleeya yang kuat cemburu ni..,”

Aleeya mengeluh perlahan. Sampai bila mahu jadi begini?

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.