Andainya
Siti Aisyah boleh bersabar dengan Raja Firaun yang kejam dan zalim itu, awak
pun kena bersabar juga lah Liya. Lagi pun kalau hendak dibandingkan Raja Firaun
dengan Rayyan, Rayyan jauh lebih baik dari Raja Firaun. Jadi, banyakkan sabar.
Satu lagi Raja Firaun selalunya lembut hati dengan Siti Aisyah yang pandai
menuturkan kata-kata kepada suaminya itu.
Aleeya tersenyum lagi. Aku pun
kena buat Rayyan lembut hati dengan aku.
Aleeya
merenung wajah suaminya yang masih terlena. Hmm.. kahwin dengan lelaki pujaan
ramai dan idaman semua perempuan ni risikonya amat tinggi, tambahan lagi kalau
Rayyan sendiri tidak mahu berusaha untuk berubah. Apa faedahnya dia hendak
berubah kerana aku kan? Tentu buang masa saja.
“Abang!”
kejut Aleeya sambil mengerakkan tubuh Rayyan sekali lagi.
“Kenapa?”
soal Rayyan sambil membuka matanya perlahan-lahan. Wajah Aleeya di renung lama.
Kasih sayang untuk Aleeya sudah lama mekar di dalam hati, malah ketika Aleeya
menjadi tunangan orang lagi. Sewaktu dia mengetahui Aleeya milik Azlan, dia
begitu kecewa dan hampa. Tetapi dia hanya pendamkan semua itu di dalam hati
sehinggalah suatu hari dia mengetahui Azlan berkahwin dengan orang lain dan
Aleeya mahu dijadikan isteri kedua. Mujurlah Aleeya menolak permintaan
Azlan...,
‘Abang tak
kerja ke hari ini?” soal Aleeya. Pukul 8.30 pun tak bangun lagi. Tadi sewaktu
dikejutkan untuk bangun solat subuh pun, tidak berganjak juga.
“Tak tahu
lagi, rasa malas pula nak masuk ofis hari ini.,” malah lah pula nak pergi ofis hari
ni. Tambahan lagi papa baru balik dari
Singapura. Teringat mama lagilah gundah
gulana, takut mama datang cari pasal dengan Aleeya di rumah pula. Mama tu
bukannya peduli dengan kata-kata aku pun.
“Jangan
beri alasan, papa abang dah banyak kali call suruh abang pergi kerja hari
ini..,”
“Liya pun
batal lah cuti Liya tu, pergi kerja macam biasa, tak lah abang risau sangat
tinggalkan Liya seorang diri kat rumah”
“Liya dah
janji dengan Puteri Shima hari ini, nak pergi shoping baju raya!” Tak lama lagi
nak masuk bulan ramadhan, macam mana lah dengan suami aku agaknya. Bimbang juga
bila fikirkan tentang Rayyan yang tidak ada didikan agama ni. Mesti tak pernah
puasa sebelum ini kan?
Kahwin
dekat dengan bulan puasa, jadi beginilah. Atau pun ada hikmah di bulan puasa
nanti. Dulu kan memang rancang nak sambut bulan puasa dengan Azlan dan sambut
raya dengan Azlan, sebab itu rancang kahwin dekat dengan bulan puasa. Sekarang
bertukar orang saja. Dapat suami yang lagi banyak cabaran.
“Lambat
lagilah nak raya, esok nak raya, hari ini baru beli baju raya. Abang tak pernah
raya pun, best ke raya tu?” balas Rayyan kembali. Mata Aleeya terbeliak
mendengar kata-kata dari Rayyan. Tak pernah meraikan hari yang penuh bermakna
untuk umat islam yang diberikan oleh ALLAH atas kesabaran sebulan berpuasa di
bulan ramadhan. Tengok apa aku cakap tadi, raya pun tak pernah, macam mana nak
berpuasa?
“Selalunya
kalau time raya, abang pergi mana?” sengaja Aleeya menyoal. Tak kan masuk kerja
kat ofis hari raya, semua orang bercuti.
“Tahun lepas
kami satu family pergi Australia, pergi bercuti di situ. Tahun ini Julia ajak
makan angin di Itali. Abang dah tempah tiket untuk kita berdua, boleh lah kita
pergi bulan madu nanti,” Tudia... tak pernah raya rupanya tetapi pergi makan
angin di negara orang puteh. Hish.. hish.. ruginya. Nikmat hari raya ini lebih
bermakna dan berharga dari pergi makan angin di negara orang lah.
“Boleh
tetapi selepas kita balik beraya di kampung, Liya nak beraya dengan family Liya
dulu..,” aku ada abah dan mak lah, kena lah beraya dengan dia orang dulu kan?
“Tak. Kita
pergi seminggu sebelum raya. Abang dah siapkan semuanya, Liya jangan beri
alasan yang bukan-bukan pula!” suara Rayyan tegas sekali kedengaran. Siap
dengan menjeling lagi. Aleeya sendiri mula rasa tawar hati dengan keputusan
Rayyan. Pagi ini tak nak gaduh lagi. Isu semalam pun biarkan saja berlalu.
Tentang mama dan terlanjur itu, terima atau tak aku sudah berada di sisi si
Rayyan. Tanggungjawab aku sebagai isteri yang lebih penting. Hari ini isu raya
lah pula. Kalau timbul isu ni memang lagi teruk lah jawabnya.
Nampaknya
raya kali ini aku beraya di negeri orang putih? Yang jauh sekali untuk
mendengar betapa indah dan syahdunya suara takbir berkumandang. Apatah lagi
dengan masakan-masakan mak yang sedap itu. Suasana hari raya di kampung dengan
luar negara tentu jauh berbeza. Tentu tidak sama. Sudahlah hari raya saja dapat
berkumpul dengan adik beradik yang lain. Huwaa.. Liya sudah menangis di dalam
hati. Kalau menangis di luar, mesti lagi teruk aku kena.
“Liya kena
dengar cakap suami dari cakap mak. Syurga Liya bukan di bawah tapak kaki mak
tetapi di bawah tapak kaki Rayyan.” Pesan mak membuatkan Aleeya rindu kepada
mak dan abah di kampung. Nampak lambaian tangan mak mengajak Liya pulang ke
kampung saja. Hmm... Liya sudah terikat dengan suami sekarang lah mak.
“Abang tak
bincang dengan Liya dulu? Abang buat keputusan tanpa pengetahuan Liya pun,”
ujar Aleeya sambil memegang tangan kanan Rayyan. Dicium tangan Rayyan setulus
hati. Aleeya sedang belajar menjadi seperti Siti Aisyah, isteri Raja Firaun.
Rayyan tersenyum penuh makna. Nak pujuk aku lah tu.
“Kenapa?”
“Sekurang-kurangnya
Liya boleh ambil cuti sebulan, berpuasa di kampung dan sambut raya siap-siap
dengan mak dan abah. Selepas tu boleh lah kita pergi bercuti di Itali..,” jawab
Aleeya turut tersenyum penuh makna kepada suaminya. Senangkan. Tinggal terus di
kampung bulan ramadhan ini. Ambil cuti tanpa gaji. Duit bukan masalah sekarang,
sebab dia sudah bank in duit kepada ku. Duit dah ada lah.
“Abang
macam mana? Liya nak tinggalkan abang ke?” Nak balik kampung dan tinggal dengan
pak mentua yang rajin bersembahyang dan kuat agama itu? Tak mahulah. Bagi aku
berpuluh juta pun aku tak mahu. Tinggal dengan ayah Liya tentu hidup aku merana
dan tidak bebas. Papa dan mama mana pernah kongkong hidup aku selama ini? Kami
bebas untuk menentukan arah kehidupan kami selama ini. Tinggal dengan abah,
bukan setakat kutu saja yang mati, silap hari bulan aku boleh gila meroyan.
Liya sengaja nak cari pasal pula lah tu.
“Abang
ikut lah sekali, Liya tak akan tinggalkan abang lah!” ajak Aleeya. Hendak
melihat apa jawapan Rayyan yang bijak ini.
“Abang nak
pergi kerja lah, malas nak berbincang dengan Aleeya!” jawab Rayyan terus bangun
dari katil. Hehehe, malas lah tu nak bergaduh dengan aku.
“Ikut suka
hati abang lah!” balas Aleeya.
Semangat
untuk membeli baju raya hari ini sudah terbang entah ke mana. Puteri Shima dan Akma saja yang banyak
membeli, dia apa pun tidak dibelinya. Kata-kata Rayyan menganggu fikirannya.
Rasa seperti tidak seronok saja untuk sambung bulan puasa tahun ini. Kalau
beraya di rumah mak mentua boleh terima lagi, ini hendak pergi beraya di Itali,
buat apa? Ataupun paling tidak sambung raya di kota mekah, kalau dia ajak aku
pergi umrah di bulan puasa dan sambut aidil fitri di sana, sekarang juga aku
pergi.
“Liya!”
panggil Puteri Shima tiba-tiba mengejutkan Aleeya. Kami tetap berkawan baik
biar pun tidak lagi sependapat tentang Rayyan. Mereka tak kenal siapa Rayyan
sebenarnya, jadi mereka belum tahu erti budi Rayyan lagi. Jadi, usah berkecl
hati atau pun merajuk diri.
“Kenapa?”
soal Aleeya. Nampak apa pula ni? Tengok gaya macam cemas sangat.
“Cek abang
kau!” jawab Puteri Shima. Terpandang Rayyan sedang berjalan dengan perempuan
lain. Malah mama dan papa turut ada sekali. Mesra dan bahagia. Siapa perempuan
itu? Calon pilihan hati mama dan papa ke? Baru teringat, sudah berada di depan
mata, siap berpegangan tangan. Hmm, lagilah buruk mata Akma dan Puteri Shima
yang memandang.
“Tengok
lah Liya, kau ada mata kau tengok sendiri. Kami cakap kau tak nak dengar!”
tempelak Akma menambah sakit di hati.
“Sepupu
dia lah. Apa lah kau orang berdua nih. Jom kita pergi makan, aku lapar lah!”
kata Aleeya sambil menarik tangan Akma dan Puteri Shima. Jangan tengok
lama-lama, nanti lagi kecoh keadaan. Malah, keika berjalan, Aleeya sengaja
berjalan berhampiran Rayyan, terlalu hampir sehingga terlanggar bahu Rayyan
yang memandangnya dengan rasa begitu terkejut. Aleeya meneruskan langkah tidak
mempedulikan renungan mata suaminya.
“Hendak
sabar lagi ke? Sampai bila? Kami takut kesakitan di hati kau terikat dengan
zuriat dia nanti. Waktu itu kau nak berpisah pun tak boleh sebab ada anak
dengan dia!” sambung Akma ketika jalan
masuk ke dalam kereta. Kami tak akan ada anak lah buat masa sekarang, usah lah
bimbang tentang perkara itu.
“Kau
berdoa aku berpisah dengan dia ke? Kau suka rumah tangga aku musnah ke?” balas
Aleeya kembali. Aku perlukan kekuatan dan sokongan, jangan lah serabutkan lagi
kepala otak aku hari ini. Pagi tadi dengan kisah hari raya, petang ini dia
berkepit pula dengan perempuan lain. Itu kau orang berdua tak tahu tentang
semalam, tentang cerita aku yang terlanjur sebelum kahwin. Kalau tahu, memang tsunami lah jawabnya.
Liya itu
kan perangai semula jadi Rayyan lah. Rayyan kan kaki perempuan, kaki mabuk,
jadi apa yang hendak kau hairankan lagi? Rayyan sendiri dah cakap, dia tak akan
berubah biar pun sudah ada kau. Tak usah rasa janggal lah Liya. Rayyan tak akan
tinggalkan hobinya itu kerana kau. Betul tak?
“Kami nak
lihat kau bahagia lah!” jawab Puteri Shima. Kawan tetap kawan dan kami mahu
melihat kawan kami bahagia sampai ke syurga.
“Kalau
begitu, tolong doakan aku. Boleh tak?” balas Aleeya. Doa saja yang boleh
membantu aku.
“Tapi
Liya..,” balas Akma tidak senang hati. Liya kena bendul sangat? Dulu dengan
Azlan tak macam ni pun. Sekarang terlalu taat kepada suami pula. Kalau baik tu
tak mengapa lah juga. Ini jahat sangat si Rayyan tu!
“Doa-doa
kalian akan memayungi aku, percayalah!” lafaz Aleeya sambil cuba tersenyum.
Rayyan yang
pulang awal dari Aleeya. Ketika Aleeya sampai Rayyan sudah berada di dalam
rumah. Malah sudah bertukar pakaian dan sedang menonton tv. Jam baru enam
setengah petang, awalnya balik. Selalunya tengah malam baru nak balik. Tapi
sejak akhir-akhir ini Rayyan memang sudah belajar balik awal pun. Atau pun
tidak berpuas hati kerana pertemuan tak dirancang petang tadi.
“Awal
abang balik hari ini..,” tegur Aleeya. Aku kena sedar, dia berkahwin dengan aku
bukan atas dasar cinta pun, kalau lah aku masih merasa betapa sakitnya dilukai
oleh Azlan tentu dia pun merasa begitu payah untuk meninggalkan hobi dan
tabiatnya. Tangan Rayyan dikucupnya dan seperti selalu Rayyan akan mengucup
dahi Aleeya.
“Liya..,”
panggil Rayyan. Tentu Aleeya berjauh hati dengan sikap aku tadi?
“Liya tak
nak dengar apa-apa tentang tadi. Itu hak abang!” jawab Aleeya. Urusan peribadi
Rayyan mana boleh masuk campur. Itu syarat yang Rayyan berikan, tetapi kalau
urusan aku? Semua tak boleh!
“Tapi
Liya...,” kata-kata Rayyan terhenti di situ.
“Liya tahu
abang tak cintakan Liya. Abang kahwin dengan Liya sebab mahu menyelamatkan
maruah keluarga Liya saja...,” rajuk Aleeya sudah muncul. Rayyan tersenyum.
Aleeya memang tak pandai nak berpura-pura atau pun menipu. Semua sudah jelas di
wajah Aleeya.
“Liya cakap
apa ni? Liya isteri abang lah..,” tegas Rayyan mahu memberi keyakinan kepada
Aleeya.
“Tahu pula
abang ada isteri di rumah? Ingat lupa isteri dah tadi?” balas Aleeya.
Rayyan
tersenyum lagi. Bertuah kahwin dengan anak pak alim ni. Marah pun suara lembut
saja. Tak berani nak tinggikan suara dengan suami sebab itu berdosa, sedangkan
perempuan lain mesti sudah jadi singa sebab melihat suami berkepit dengan
perempuan lain.
Tengok
Aleeya tenang sajalah. Hehehe...