Home Novel Cinta PENGANTIN EKSPRES
PENGANTIN EKSPRES (BAB 25) - ANAK LUAR NIKAH

NASAB ANAK LUAR NIKAH


Soalan; ustaz saya nak tanya jika seorang perempuan mengandung anak luar nikah tetapi dia berkhawin dgn lelaki yang mengandungkan dia adakah anak itu masih dikira anak luar nikah dan kepada siapakah anak itu harus berbin atau berbintikan adakah berbin atau berbintikan lelaki tersebut(yg mengandungkan perempuan itu) atau abdullah...

Jawapan;


Ya, dikira anak luar nikah. Walaupun mereka berdua berkahwin, tetapi persetubuhan yang menyebabkan kandungan itu berlaku sebelum akad perkahwinan mereka. Jadi ia bukan anak hasil dari pernikahan, tetapi hasil dari zina. Anak zina tidak harus dibinkan kepada bapanya kerana ikatan nasab mereka berdua tidak diiktiraf oleh Syarak. Ia hendaklah dibinkan kepada ibunya atau dibinkan kepada Abdullah (hamba Allah).


Di dalam hadis, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Anak adalah bagi (pemilik) hamparan. Bagi penzina pula ialah al-Hajr" (HR Imam Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.).

Maksud hamparan di dalam hadis di atas ialah isteri dan pemilik hamparan ialah suami. Di dalam hadis di atas Rasulullah s.a.w. telah menetapkan satu arahan agama iaitu; anak hanya boleh dinasabkan kepada lelaki yang memiliki ikatan perkahwinan yang sah dengan ibu yang melahirkan anak itu. Berkata ulamak; apabila seorang lelaki memiliki seorang wanita sebagai isteri atau hambanya (di mana mereka ibarat hamparan untuknya), apabila isteri/hamba itu melahirkan anak dalam tempoh yang tidak mustahil bagi kelahiran itu, maka anak itu akan dinasabkan kepadanya dan akan berlaku antara dia dan anak itu perwarisan dan hukum-hakam lain yang berkait dengan kelahiran, sama ada anak itu ada mirip/keserupaan dengannya atau berbeza dengannya.

Adapun penzina pula, Rasulullah berkata “baginya al-Hajr”. Al-Hajr ada dua tafsiran dari ulamak;
a) Ia bermakna batu; yakni penzina habuannya ialah direjam dengan batu.
b) Bermakna khaibah yang bermakna kecewa atau putus asa. Penzina baginya kekecewaan dan putus asa kerana kerana tidak ada hak baginya terhadap anak yang lahir sekalipun anak itu dari benihnya.

Wallahu a’lam.

“Liya baca apa?” soal Rayyan apabila melihat isterinya sibuk melihat computer ribanya. Tidak berkelip sejak dari tadi.

“Abang nak baca. Marilah kita berkongsi ilmu!” ajak Aleeya sambil membawa computer riba kepada suaminya. Di letakkan computer riba di hadapan suaminya. Hendak paksa juga Rayyan membaca apa yang dia baca sebentar tadi tentang persoalan nasab anak luar nikah yang dicari di dalam internet. Ingin tahu apakah hukumnya memelihara anak luar nikah. Terpaksalah dia mencari maklumat di dalam internet sebelum dia mencarinya di kedai buku yang berhampiran di dengan rumah mereka.

Rayyan membacanya dengan penuh minat, malah suaminya pula yang menyambung mencari maklumat tentang anak luar nikah. Anak yang tidak berdosa tetapi yang berdosa adalah penzina yang melakukan kesalahan yang begitu besar. Perlu bertaubat dengan melakukan taubat nasuha lagi. Astagfirullahazim.

“Liya, sini!” panggil Rayyan menyuruh Aleeya duduk di sebelahnya. Muka Rayyan berkerut membaca artikel-artikel tentang anak luar nikah di dalam internet. Zaman canggih sekarang tidak perlu mencari buku di kedai, hanya mendapatkan maklumat secepat mungkin dengan mencarinya di dalam internet.

“Liya dah baca semua tu tadi!” jawab Aleeya sambil duduk di sebelah suaminya. Tanpa jawapan muktamad dari Rayyan, dia sudah mendapat jawapan. Yakin benar Aleeya.

“Kenapa berminat sangat nih?” soal Rayyan sambil memandang wajah Aleeya. Liya jangan buat keputusan yang tidak sepatutnya. Abang tak suka!

“Saja lah!”

“Abang nak tanya Liya…,” kata-katanya terhenti. Beranikah aku? Tetapi bagaimana perasaan Liya? Sanggupkah Liya menghadapinya bersamaku? Kalau sanggup? Liya ni boleh tahan juga.. jangan di bakar rindu yang baru bersemi, Rayyan. Takut!

“Apa?” cenggeng Aleeya sudah kelihatan. Rayyan tersenyum percuma saja. Tengok, belum lagi bertanya sudah terkejut separa jiwa. Kalau bertanya, bergaduh lagi lah jawabnya.

“Pergilah tidur. Abang ni banyak kerja lagi nak buat. Banyak benda lagi nak fikir, bukan seperti awak yang suka berfikir yang bukan-bukan tentang suaminya. Mentang-mentang suami awak ni jahil, awak boleh masukkan macam-macam dalam kepala otak awak yer..,” ucap Rayyan. Hendak kena balik dulu besok hari kerana hal anak si Julia. Ada pasangan suami isteri yang mahu mengambil Fawwaz Rayyan sebagai anak angkat. Itu hal nya yang membuatkan Puan Rahimah datang mencari Aleeya. Kerana Puan Rahimah salah anggapan, menganggap aku adalah ayahnya. Puan Rahimah mahu aku mengambil Fawwaz Rayyan kembali tinggal bersamaku kerana aku sudah ada isteri. Bukan satu cadangan yang bagus kerana mama sudah memberi amaran yang keras kepadaku tentang anak ini. Berani lawan cakap mama dan papa? Alamatnya aku merempat di tengah jalan. Dulu tak mengapalah seorang diri, ini sudah ada isteri, kemudian hari mungkin ada anak dengan Liya. Mana tanggungjawab aku kepada LIya sebagai suami kalau tidak boleh menyara kehidupan Liya dan anak-anak aku nanti.

“Tanya sajalah, mana tau abang ada anak, tak pasal-pasal Liya ada anak tiri..,”

Nak ke jadi mama tiri?” pancing Rayyan menarik Aleeya tidur di atas ribanya. Tangan kirinya membelai rambut Aleeya dengan penuh kasih dan sayang. Aleeya mendongak memandang wajah Rayyan.
"Abang jangan macam-macam dengan Liya, boleh tak?" dengus Aleeya. Tadi, aku tanya kau jawab macam lain yer. Sekarang beri jawapan yang berbeza pula. Memang nak cari pasal lah tengah malam buta nih.
"Beria benar tadi bertanya, mana lah tahu nak sangat jadi mama tiri..," kata Rayyan. Jangan bebankan Aleeya dengan anak itu, Rayyan. Bukan tanggungjawab Aleeya pun. Keluarga kau yang bersalah.
"Kalau abang buat tak tentu arah dengan Liya, siaplah abang!" amaran Aleeya sambil menepuk lengan suaminya.
"Hahaha...,
"Abang..," wajarkah aku bertanya lagi? Aku percaya kata-kata darinya tetapi mengapa Puan Rahimah datang mencari aku? Mengapa beritahu anak itu ada kaitan dengan suamiku? Malah suamiku yang menghantarnya. Anak siapa? Mungkinkah anak ..... Subhanallah. Aleeya mengetap bibirnya.
"Ya, sayang!"
"Abang ada rahsia dengan Liya ke?" korek Aleeya lagi. Bingungnya memikirkan persoalan ini sejak dari tadi sampailah sekarang. hati tidak tenang, jiwa pun kucar dan kacir memikirkan persoalan ini.
"Rahsia apanya sayang?" dalih Rayyan. Aku pun tak tahu macam mana nak beritahu Aleeya. Apa reaksi Aleeya dapat keluarga mentua yang begitu teruk.
"Abang ni .. apa gunanya kita jadi suami isteri kalau tak boleh mengongsi masalah bersama...," pujuk Aleeya. Sebagai isteri aku bersedia menghadapi segala rintangan dengan suamiku.
"Cewah.. gaya bercakap mengalahkan peguam. Liya ni nak tukar kerjaya ke?"
"Liya serius lah,"
"Abang nak tidur lah. Mengantuk!" ujar Rayyan. Menutup komputer ribanya dan diletakkan di atas meja kecil. Aleeya mengalihkan kepalanya melihat Rayyan yang berselindung daripadanya. Tentu ada sesuatu.

Sebenarnya tak boleh tidur pun. Puan Rahimah mengharap dia dapat menjaga Fawwaz Rayyan dan mengharapkan dia dapat membuat keputusan yang terbaik dalam hal ini. Ah, kena berjumpa dengan orang yang mahu mengambil Fawwaz Rayyan terlebih dahulu. Mana tahu mereka lebih baik dari keluarga kami dan dapat memberi kasih sayang dan didikan agama kepadanya. Aku tak sangggup tengok Fawwaz jadi macam kami adik beradik.


Tetapi sanggupkah Rayyan sedangkan selama ini kau rapat dengannya. Setiap petang kau pergi jenguk dia, main dengan dia? Sanggupkah berpisah dengan dia? Darah daging keluarga kau sendiri? Kalau lah aku ambil dia tinggal dengan kami, Liya macam mana? Sudahlah mama dan papa halau aku, nak kena cari kerja lagi, anak? Liya?? Bingungnya!


Aleeya sengaja menjatuhkan tangannya supaya terkena tangan suaminya. Dia tahu Rayyan masih belum tidur.
"Apa?" jerit Rayyan terkejut.
"Macam mana lah abang nak jaga anak, berangin tu satu pasal, suara kuat buat baby terkejut saja!"
"Liya jangan perli abang boleh tak?" geramnya aku. Sudah lah aku pening kepala.
"Ambil saja lah, biar Liya jadi mama dia!" putus Aleeya. Rasanya kalau aku ambik anak angkat tak ada masalah. Tentu keluarga aku di kampung turut setuju dengan keputusan aku. Malah menyokong tindakan aku.
"Walaupun Liya tak tahu dia anak siapa?" tekan Rayyan sedikit terkejut dengan keputusan Aleeya. Baru kahwin sebulan, dah nak ambil anak. Nak jaga tu mampu ke? Jangan Liya pikul tanggungjawab seorang diri sudahlah.
"Jangan anak abang sudah..,"
"Kalau anak abang??"
"Abang jaga lah sendiri apa abang susah?

Rayyan menjenggilkan matanya.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.