Aleeya menempah tiket online untuk ke Sabah hari ini.
Memang dia mahu berjumpa dengan suaminya hari ini biar pun dia tahu Rayyan akan
pulang keesokan harinya. Memandangkan
dia sedang bercuti apa salahnya dia pergi ke
Sabah hari ini. Cutinya pada 1 Ramadhan telah dibatalkan kerana Rayyan
tidak mungkin akan pulang menyambut awal ramadhan di kampung. Cuti-cuti itu
semuanya di ambil sekarang kerana sejak ada duit ini, rasa malas lah pula
hendak ke tempat kerja.
Tradisi hari pertama berpuasa pun sudah berubah sejak
menjadi isteri Rayyan. Azlan??? Ah, sejak aku berkahwin, seperti sudah berkurun
aku lupakan Azlan yang telah melukakan hati aku. Cepatnya!
“Assalamualaikum!” ada orang memberi salam dari luar
rumah. Siapalah agaknya datang ketika dia tengah kalut untuk berangkat ke
lapangan terbang ketika ini.
“Waalaikummussalam!” jawab Aleeya pantas sambil menuju ke
muka pintu dan menariknya. Terpandang wajah Akma dan seorang perempuan hampir
sebaya kakak sulongnya. Siapa?
“Ada orang nak jumpa Liya. Dia datang cari Liya di ofis
tadi!” beritahu Akma kerana melihat Aleeya seperti sedang tertanya-tanya akan
gerangan perempuan tersebut. Dia dan
Akma bukan satu ofis tetapi masih bekerja di bandar yang sama. Tetapi Akma dan
Puteri Shima bekerja di ofis yang sama. Dia saja kerja di tempat lain. Tentu
ada orang di ofisnya meminta tolong kepada Akma kerana Akma adalah teman yang
paling rapat dengannya.
“Ooo, jemputlah masuk!” pelawa Aleeya sambil tersenyum
senang. Perempuan itu juga membalas
senyuman.
“Liya, aku ada kerja. Puan, inilah Aleeya, isteri Rayyan
yang Puan cari tu!” kenal Akma kepada
Puan Rahimah, Pemilik Rumah anak-anak yatim yang terpaksa datang mencari Aleeya
kerana ada hal penting.
“Masuk lah Puan!” pelawa Aleeya sekali lagi. Akma hanya
melihat Aleeya dengan satu pandangan yang cukup bermakna sebelum memberi tanda
isyarat dia ingin beredar terlebih dahulu.
“Terima kasih Puan Aleeya. Panggil saja saya Kak
Rahimah!” beritahu Puan Rahimah.
“Saya Liya!” kata Aleeya membawa Puan Rahimah ke ruang
tamu.
“Tengok Liya macam ada kerja saja, maaflah kalau
kedatangan saya ini menganggu Liya..,” kata Puan Rahimah ketika dia sedang
duduk di atas sofa berwarna merah yang empuk itu.
“Ada hal pukul 11. 00 nanti..,” jam bertolak pukul dua
belas lebih, sekarang pukul 9.00 pagi. Masih ada waktu yang panjang.
“Yer ker? Tak mengapa akak datang pun sekejap saja!”
beritahu Puan Rahimah.
Cerita itu walaupun mengambil masa sepuluh minit tapi
telah mengubah pendirian Aleeya dan telah berjaya mengoncang hati Aleeya.
Lebur. Rindu terhadap suami tersayang telah menjadi debu yang berterbangan kala
ini. Dia tidak mampu, sudah hilang kewarasan diri. Maka sudah datang yang
bermacam-macam di dalam kepala otaknya. Malah air mata jernih mahu gugur saja
tetapi dia menahannya di dalam jiwa. Sakit dan pedih.
“Maaf, saya tahu Liya mesti tidak menyangkanya tetapi
sudah menjadi tanggungjawab saya untuk memberitahu hal sebenar kepada Liya yang
menjadi isterinya..,” sambung Puan Rahimah membawa duka lagi. Wajarkah aku
percayakan dia ataupun bertanya kepada suamiku akan kesahihan cerita ini
terlebih dahulu? Kalau bertanya, mahukah dia mengaku?
“Tak mengapa, saya faham situasi, Puan!” ujar Aleeya
sudah hilang suara.
“Berbincanglah elok-elok dengan suami Puan, cari jalan
penyelesaian yang terbaik!” cadang Puan Rahimah lagi sambil bangun dan mohon
mengundurkan diri.
Puan Rahimah telah pergi tetapi duka yang dibawa tetap
berada di sini. Saat ini dia kehilangan
punca, dan kehilangan arah. Hendak cari siapa untuk mengadu? Sedangkan aku
rapat dengan abah tetapi tega kah abah untuk menghadapi keperitan ini
bersamaku? Tetapi aku mana ada sesiapa lagi selain abah? Ah, tak nak lah
menanggung derita ini seorang diri. Lalu dia pantas menghubungi abah di
kampung. Itu saja jalan yang dia miliki.
Lalu tanpa rahsia, dia bercerita kepada abah. Satu
persatu dan tiada pun yang tertinggal. Abah ada lah teman terbaiknya selama
ini.
“Liya, itu masa silam Rayyan lah, nak. Beri Rayyan
peluang untuk menebuskan kesilapan dan kesalahannya. Jangan benci Rayyan kerana
masa silam Rayyan!” tegur abah membuatkan hati Aleeya kembali tenang. Rupanya
abah menerimanya dengan redha sekali bukan seperti aku yang gelabah sakan tadi.
Seperti mahu meronta-ronta saja.
“Hah?” terkejut Aleeya mendengar.
“Kenapa terkejut pula? Liya ingat baik dan buruknya, dosa
dan pahalanya, kita ke yang tentukan? Siapa tahu suatu hari nanti Rayyan
berubah dan dia menjadi lelaki yang lebih baik dari diri kita sendiri? Liya
ingat syurga dan neraka tu hak kita ke? ALLAH saja yang berhak ke atas
hambanya. Bukan Liya pun. Liya perlu jadi isteri dan beri tauladan yang baik
kepada Rayyan. Barulah boleh pikat hati Rayyan dengan islam dan iman..,”
panjang lebar abah berceramah. Alhamdulillah kerana aku mendapat seorang abah
yang terlalu baik. Abah boleh terima Rayyan, aku???
“Abah tak marahkan Rayyan?” soal Aleeya mohon kepastian.
Kalau abah marah Rayyan, bermaksud saham Rayyan jatuh lah sebagai menantu abah.
“Abah marahkan Liya. Macam ini pun nak mengalah dan
mengeluh. Abah tak ajar anak abah untuk jadi seperti sekarang,” Lerr, Liya pula
disalahkan. Abah ni, berat sebelah lah sekarang.
“Liya sayang abah!” ucap Aleeya. Rasa seperti abah berada
di sebelah saja.
“Liya sayang abah atau abang rayyan ni?” gurau abah. Abah
mahu lihat Liya bahagia lah dan tentunya abah percaya Rayyan boleh
membahagiakan Liya. Abah tengok Rayyan memang tulus dan ikhlas nak berkahwin
dengan Aleeya? Aleeya ingat abah kahwin kan Aleeya dengan Rayyan sebab maruah
abah ke? Apa guna harga maruah itu andainya Aleeya tidak bahagia?
“Abah nih..,” malu lah Liya. Hehehe. Liya sayang
kedua-dua lah. Abah pun Liya sayang, suami Liya pun Liya sayang.
Abah memang sporting pun. Liya mengambil beg sandang dan
beg pakaiannya. Jangan leburkan kasih sayang kepada Rayyan yang baru hendak
tumbuh itu kerana sesuatu perkara yang belum kita pasti akan kebenarannya
tetapi hendak tahu juga jawapan yang sepatutnya. Betul ke apa yang Puan Rahimah
sampai kan sebentar tadi?
Tapi aku memang tak boleh bencikan Rayyan pun. Kenapa
Liya? Mana lah Liya tahu, hanya hati Liya saja yang ada jawapannya.
Perjalanan KL – Sabah mengambil masa hampir dua jam. Dia
sudah dapatkan nombor bilik hotel dari PA suaminya kerana ingin memberi kejutan
kepada Rayyan. Baru sedang mencari teksi, telefonnya berdering mohon diangkat. Berita
tadi elok dibincang di bilik saja. Kena jaga maruah diri dan maruah suami.
Ingat tu, Aleeya. Jangan diturut sangat perasaan awak tu...,
“Liya dah sampai ke?” soal Rayyan girang sekali suaranya.
Aik dia tahu ke aku ke sini? Nak buat kejutan apanya?
“Sampai mana?” soal Liya pura-pura tidak faham.
“Sabah!” jawab Rayyan
“Hah?” Aleeya pura-pura lagi.
“PA abang dah beritahu tadi, kat mana sekarang? Abang nak
jemput Liya ni!” balas Rayyan mematikan kekejutan di hati Aleeya. Cekapnya dia.
Geramnya Liya!
“Ler.. Liya nak buat kejutan kat abang sebenarnya!”
“Hahahaha...,”
Sejambak bunga mawar merah tanda sambutan Rayyan menerima
kehadirannya di bumi Sabah. Dan tentunya
sebuah ciuman di dahinya tanda dia memang disayangi pun. Bahagianya boleh menatap wajah Aleeya yang
dirindui itu. Dan kasih sayang Aleeya telah membawa Aleeya ke sini. Agak-agak
lah kalau aku pergi kerja di Afrika, Aleeya sanggup ke datang kepadaku?
“Abang, Liya marah abang sebenarnya!” beritahu Aleeya
tidak berpuas hati dengan berita yang datang dari Puan Rahimah. Rayyan tenang
saja mendengar kata-kata Aleeya itu. Malah siap boleh tersenyum lagi.
“Kita bincang kat hotel nanti. Kat sini abang tak sanggup
tengok isteri abang mengamuk depan orang ramai. Malu!” balas Rayyan. Aku pun
tahu malu lah juga.
“Abang tahu malu ek?” pintas Aleeya memberi beg
pakaiannya kepada Rayyan.
“Mestilah. Liya cuba bayangkan lelaki handsome macam
abang kena marah dengan seorang perempuan bertudung seperti Liya, orang
bukannya tahu kita suami isteri, orang ingat abang kacau isteri orang ke, rogol
Liya ke?” jelas Rayyan. Aleeya menarik
pintu kereta sendiri walaupun Rayyan sedang berdiri di sebelahnya. Rayyan menjeling tajam. Sahih, ada benda yang
tak kena? Kena marah dengan mama lah tu sebab Julia sudah pun memberitahu
kepadanya apa yang berlaku di rumah mama. Teruk Aleeya kena marah dengan mama
kali ini. Itu sebabnya abang tak benarkan Liya ke rumah mama tetapi Liya degil
sangat.
Kereta mula berjalan meninggalkan lapangan terbang. Muka Aleeya sejak tadi kurang manis. Senyuman
yang manis sedikit tercalar. Ingat pesanan abah, Liya.
Betul, mungkin itu masa silamnya. Sebelum dia kenal aku
dan sebelum dia berkahwin dengan aku. Sedangkan aku juga ada masa silam aku
sendiri. Kalau lah dia boleh terima aku, seadanya mengapa aku tak boleh terima
dia dan masa silamnya? Aku harus beri dia peluang untuk memperbetulkan
kesilapan. Sedangkan ALLAH menerima setiap pengampunan dari hambaNYA. Aku??
“Itu lah abang dah cakap jangan pergi rumah mama, Liya
pergi juga. Tengok, apa dah jadi?” lembut saja suara Rayyan memujuk hati
Aleeya. Abang dah salah sangka ler, bukan kerana mama lah. Liya tak salah mama
pun kerana Liya dah ada pendirian sendiri.
“Ju beritahu abang ke?” soal Aleeya. Kerja Julia lah ni.
Rayyan mengangguk.
“Macam mana sekarang? Nak buang tudung ke?” soal Rayyan.
Aku pilih kau sebab kau pakai tudung dan cara hidup kau yang berlandaskan
agama. Kalau kau tidak memakai tudung, apa maknanya lagi, Liya?
“Kalau Liya buang tudung, ramai lah lelaki-lelaki di luar
sana yang gilakan Liya..,”seloroh Aleeya.
“Eleh, perasan lah tu!”
“Hehehe..,” Aleeya mula tersenyum. Semua masalah harus
diselesaikan dengan cara bijaksana. Lagi pun Rayyan ini seorang suami yang
bertolak ansur. Boleh dibawa berbincang walaupun ada ketika anginnya mengalah
angin taufan yang datang melanda.
“Abang nak Liya buka tudung ke?” soal Aleeya. Andainya
ini permintaan yang datang dari abang, Liya sakit jiwa jawabnya. Mama tu mama
mentua, berbanding dengan abang, yang menjadi suami Liya.
“Gatal sangat nak buka tudung ni kenapa?” marah Rayyan.
Mulut Aleeya ternganga. Abang marah Liya?
“Manalah tau abang nak suruh Liya buat macam itu supaya
mama boleh terima Liya..,” Bila lah masa aku boleh marah dia pula? Boleh jerkah
dia? Waktu itu aku mahu lihat dia seperti kucing parsi saja, yang duduk dengan
manja sekali.
“Pakai tudung elok-elok nak buang pula? Macam tak ada
faedah saja buat kerja tu..” bentak Rayyan.
Liya, elok kau dok diam-diam kata orang Kedah, sebelum
bumi sabah ini bergolak kerana kemarahan suami kau tu.
Rupanya kena simpan dululah pertanyaan aku tentang hal
yang berkaitan dengan Puan Rahimah, sebab dia sudah macam nak telan aku ketika
ini.
Hmm.. diam itu kunci segala kesabaran. Reda kan dulu
kemarahan hati cek abang awak, Liya.
Yer lah tu.