Home Novel Cinta Rindu tak berkesudahan
Bab 45

Dalam keributan cuaca, seseorang timbul dari dalam permukaan air tasik berhampiran dengan sampan mereka. 

“Ajal pun boleh tiba di mana-mana sahaja.” Kata-kata itu hanya boleh didengari dirinya sahaja.

Rina menjerit kuat. Terkejut kerana tiba-tiba terlihat kepala seseorang di belakang Lukman. Menyangka puaka tasik yang sering disebut-sebut orang.

“Belakang awak!” Kata Rina, menuding jari dalam keadaan menggeletar.

Lukman lekas menoleh. Dia pun terperanjat sama. Pendayung tercampak ke dalam tasik. Kini, dia dan Rina saling merapat. Dalam masa yang sama, hujan lebat bertukar gerimis. Tetap sahaja air berombak.

“Betul kau Kalsum? Kau buat apa dalam tu?”

Kalsum ketawa terbahak-bahak. Matanya galak seseolah sedang merangka sesuatu gila dalam minda.

“Relaks kawan. I datang. I bukan hantu.” Kalsum tersengih sambil terbeliak mata. “Berani korang berbahagia sedangkan aku menderita. Aku tak puas hati.”

“Kau nak buat apa ni? Sini tak sesuai nak berbincang. Mari kita naik ke darat dulu.” Lukman cuba melengahkan tindakan Kalsum yang sudah mencengkam hujung sampan. Dia tahu, Kalsum sudah hilang pertimbangan. 

Kalsum menjerit menghamburkan amarah.

“Sebab koranglah hidup I musnah! I tak ada jalan lain nak larikan diri. Pandai betul you pilih tempat dating. Tak terfikir ke tempat ni boleh menjadi tempat korang bersemadi?”

Rina berderau. Dia benci pemikirannya. Seakan dapat mengesan perkara malang akan terjadi. Cuma, dia tidak tahu apa!

Kalsum ketawa terkekeh-kekeh. Dia mahu menaiki sampan. Lukman lekas menegah. Kalsum terjatuh semula ke dalam tasik. 

“I have enough! I takkan lepaskan you kali ni.”

“Kau yang nak mulakan membalas dendam. Kau yang cipta masalah. Sepatutnya, perbuatan kau berakhir dengan pendedahan aku sebagai seorang yang pernah mengkhianati arwah Zahuri.”

“Yalah, kenapa I tak terfikir ya?” Ejek Kalsum. “Dah terlambat nak patah balik. Sekarang juga kita tamatkan.” 

Sepantas kilat, Kalsum menarik jatuh Lukman ke dalam tasik. Semuanya terlalu pantas. Rina tidak sempat menahan. 

Bergelut mereka berdua di dalam tasik. Gerimis berganti hujan lebat semula. Lukman sempat membaling pendayung kepada Rina.

“Sayang, awak dayunglah sampai ke darat.”

“Saya tak nak tinggalkan awak. Saya tolong awak!” Sikit lagi Rina hendak mencebur ke dalam tasik.

“Minta pertolongan orang lain. Bahaya awak tunggu di sini!” Jerit Lukman, keras. 

“Tapi…”

“Pergi!”

Rina terpaksa akur. Dia mulai bergayung selaju yang mungkin. Dia sendiri tidak pandai berenang. 

“Wah, sempat lagi kau nak bersandiwara!” 

“Sudahlah Kalsum! Masih sempat kau nak berhenti.”

“Berhenti?” Tanpa diduga, dari dalam permukaan air, tangan kanan Kalsum sudah siap siaga dengan pisau. Di situlah dia mengambil kesempatan dengan menikam perut Lukman. 

Lukman terlopong besar. Bisanya mencengkam seluruh tubuh. 

“Lepas ni giliran Rina. I nak tengok samada you boleh selamatkan dia atau tak!”

Kalsum ketawa sekuat hatinya. Masa itulah, gelombang air mengganas. Terasa tubuh masing-masing bagai ditarik-tarik. 

“Kenapa ni?” Kalsum panik. Sudah tenggelam timbul. 

Tenaga masing-masing mulai habis. Arus itu terlalu kencang.

“Kepala air!” Jerit Lukman.

Lukman berpaut pada sebatang kayu hanyut. Kalsum terkapai-kapai dan terus hanyut dibawa arus deras. 


Berulang kali Rina menjerit sehingga hilang suara memanggil Lukman. Dia terpaksa ditenangkan oleh beberapa orang awam.

Matahari sudah meninggi tepat di atas kepala. Pihak berkuasa Bomba sedang menggiatkan usaha mencari Lukman dan Kalsum yang dipercayai lemas dihanyutkan kepala air.

Noraziah turut sama menunggu. Penyelesannya datang. Selama ini tidak pernah berbuat baik walaupun sekali dengan menantunya. 

Keadaan bertambah sedih apabila anggota bomba menemui dua jasad manusia beberapa kilometer tersangkut di sebalik kayu-kayu hanyut. Salah satunya ialah Lukman!

Badan Rina terus lembik. Tidak percaya akan menerima jasad yang sudah tidak bernyawa. Dia merangkak lalu meratap di depan jasad Lukman yang sudah dinaikkan ke darat. 

“Sayang, bangunlah! Awak kata tak nak tinggalkan saya? Awak mungkir janji!”

“Rina…” Noraziah terpaksa menarik Rina yang sudah hilang pertimbangan. 

“Kenapa awak pulang sebagai jasad terbujur kaku? Kenapa awak tak bangun ni? Bangunlah. Peluk saya. Bercakaplah dengan saya.”

Selang beberapa minit, jasad Kalsum pula dibawa naik. Rina terus menerpa seperti mahu mencekik jasad itu.

“Sebab kau… sebab kau suami aku mati!”

“Rina, semuanya dah tertulis,” nasihat Noraziah. Turut sama hiba.

Rina berpaling ke arah Noraziah pula. Dia senyum dalam tangis. “Mak mesti gembira suami saya dah tak ada.” 

Noraziah hilang kata-kata. Kembali terngiang kata-kata yang pernah diucapkan Lukman. ‘Belum mati, sudah disumpah mati.’ Kini, dia benar-benar mati!

Kedua jasad dibawa naik ke kenderaan khas.

“Jangan! Jangan bawa suamiku!” Rina sudah serupa orang tidak siuman. Rina mengejar dengan langkah sumbang. Dia jatuh terjelepok. 


Previous: Bab 44
Next: Bab 46

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.