Home Novel Cinta Rindu tak berkesudahan
Bab 47

Setahun kemudian…

Rina meninjau-ninjau buku-buku tersusun rapi di rak kedai buku. Berhampiran dengannya, sekumpulan pembaca yang sedang menunggu pelancaran sambungan novel N. Mikah.

“N. Mikah kan dah meninggal dunia? Siapa yang tulis sambungan novel ni?”

“Guna ghostwriter kot.”

“Mesti orang tu rapat dengan arwah.”

“Tapi, serius… berdasarkan teaser, sebijik gaya penulisan arwah!”

Yang lain, angguk setuju. 

Rina tersenyum pahit. Dialah yang menyambung legasi arwah suaminya. 

“Saya nak tulis kenangan kita. Awak akan tetap subur dalam memori saya. Awak ada dalam ingatan semua orang.”

Itulah kekuatan yang membuatkan Rina meneruskan penulisan itu. Dia mahu mengabadikan Lukman dalam ingatan semua orang. Jujur dikatakan, tersangat sukar dan pahit menukilankan kenangan mereka. 


Previous: Bab 46
Next: Iklan

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.