Bab 2
SUARA yang riuh-rendah menggamatkan suasana di dalam kelas. Thiabersama
Lisa dan Fitri menghadiri kuliah mereka yang pertama. Sambil menongkat dagu di
atas meja, Thia mula membayangkan hari-harinya sepanjang dia berada di situ.
Tanpa ibu yang boleh memantau segala pergerakannya, mampukah dia menahan diri
daripada segala godaan yang mendatang?
Spontan, Thia mengeluh berat. Tiba-tiba dia berasa amat
rindu pada ibunya di rumah. Masakan tidak? Inilah pertama kali dia berpisah
lama dengan ibunya. Lebih daripada itu, dia bimbang dengan keadaan ibunya yang
bersendirian di rumah.
Dunia sekarang ini bukan seperti dunia yang hidup tiga
puluh tahun yang lalu. Pantang jika warga tua seorang diri di rumah, ada saja yang
jahat ingin mengacau, merompak dan membuat dajal. Nak merompak, merompak
sajalah, janganlah sampai nak membunuh. Harta dunia boleh dicari di mana-mana
tetapi nyawa yang melayang, bolehkah ia diganti?
“Thia, cuba kau tengok mamat yang duduk kat meja
sebelah kau tu. Handsome!” Tiba-tiba Lisa berbisik kepada Thia namun Thia
yang sedang leka mengelamun terasa bengang mendengarnya.
Lisa berpaling melihat Thia apabila tiada respons.
“Eh, Thia! Diam aje budak ni? Berak ke?”
“Isy! Kau tau tak kau mengganggu aku? Handsome…
handsome. Aku baru aje nak berangan naik kuda dengan Aaron Aziz. Sibuk!”
Thia bersuara sedikit lantang. Dia sekadar menjeling ke arah Lisa dan
meneruskan kembali agendanya tadi. Dagu dijatuhkan di atas meja.
Sebenarnya Thia berasa bosan menunggu pensyarahnya
yang tidak kunjung tiba. Sudah setengah jam dia menunggu pensyarahnya masuk ke dalam
kelas namun tidak juga muncul membuatkan dia rasa mengantuk dan mula
mengelamun.
“Thia, suara kau memang macam petir ke?” tegur Fitri
yang duduk di belakang Thia. Malu apabila setiap patah kata daripada Thia tadi
didengar olehnya.
Biasalah budak perempuan, macam tiada topik lain hendak
dibincangkan. Aaron Aziz yang tak semena-mena sudah berkahwin dan beranak tiga
itu juga yang mahu dijadikan topik untuk bergosip. Menangis isteri Aaron Aziz jika
terdengar apa yang Thia katakan tadi.
“Lisa... dia suruh aku tengok mamat kat sebelah ni. Tak
kuasa aku nak ikut cakap dia!” Sengaja Thia menguatkan lagi volumesuaranya
untuk mengusik Lisa. Gelagat Lisa kadangkala mencuit hatinya. Tidak padan
dengan perwatakannya yang agak kejantanan itu. Ada hati juga hendak mengurat si
uda.
Sepantas mulut Thia bersuara, sepantas itu juga tangan
Lisa mencubit pahanya.
“Auw! Sakitlah,” Thia mengadu kesakitan.
Lisa ketawa melihat wajah Thia yang kemerahan menahan
sakit.
“Padan muka! Aku suruh kau tengok aje. Bukan suruh buat pengumuman satu
kelas ni. Kau ingat aku ni pekak macam kau ke? Slow-slow dahlah cakap
tu.” Lisa berhenti berkata-kata sebentar. Kemudian dia sambung dengan tawa yang
masih bersisa.
“Tapi kan, muka dia macam Asyraf Muslim. Tapi dia ni
lagi tegap. Kau rasa dia ada awektak?” soal Lisa sambil menyiku lengan Thia
di sebelahnya.
Thia buat-buat tak hairan dengan lelaki yang menjadi
perhatian Lisa itu walaupun dalam hati teringin juga nak tengok. Dengan kening
terangkat sebelah, dia menoleh Lisa tanpa secebis senyuman di bibir.
“Lisa, aku ni bukan adik dia nak tahu dia ada awek ke
tak, kan? Malas aku nak buat prediction segala. Sudah-sudahlah cakap
pasal lelaki tu. Hah! Apa kata kau bukak buku… pergi belajar,” arah Thia yang
masih tersimpan rasa bengang. Jarinya menuding ke arah beg Lisa. Padahal kuliah
baru bermula, mana ada buku dalam beg Lisa!
Sememangnya sudah menjadi prinsip hidup Thia yang
tidak sesekali berkawan dengan lelaki. Baginya, lelaki pada zaman era
globalisasi kini hanya mahu mempermainkan wanita sahaja. Tidak ikhlas dan hanya
pandai bermain kata.
Sudah muak dia membaca akhbar tentang kes pembuangan bayi,
kes rogol dan bermacam-macam berita yang tidak enak didengar.
Oleh yang sedemikian, dia mengambil tindakan yang bijak
dengan menjauhkan diri daripada mana-mana lelaki yang cuba berkawan rapat
dengan dirinya. Bukan dia memlih rupa mahupun harta. Cuma Thia merasakan
masanya belum tiba untuk dia berpasangan dengan mana-mana lelaki.
Dia masih
belum percaya wujudnya lelaki yang ikhlas menerima wanita. Gusar seandainya
lelaki yang ingin berkenalan dengannya hanya berlandaskan nafsu semata-mata.
“Aku tanya aje. Yang kau nak sembur-sembur aku ni,
kenapa?” protes Lisa namun Thia sekadar mencemikkan mukanya. Malas agaknya hendak
bertekak lagi.
Walaupun Lisa baru saja mengenali Thia, dia tahu Thia
bukan seorang yang cepat naik angin.Tidak pernah lagi dia melihat Thia
bermasam muka dengannya.Dia juga maklum bahawa Thia seorang yang anti
lelaki. Pelik benar dia dengan perangai Thia yang satu itu. Hilang nafsu ke?
Sejurus tiga puluh lima minit, muncul seorang wanita
muda berjalan masuk ke dalam bilik kuliah dan memperkenalkan diri sebagai
pensyarah yang mengajar subjek Matematik.Beliau juga tidak lupa memohon
maaf atas kelewatannya pada pagi itu.
“Now, I nak you all pula yang
perkenalkan diri,” kata pensyarah mereka yang bernama Cik Farah setelah beliau
memperkenalkan diri kepada pelajar-pelajarnya.
Dalam kesibukan Thia berbual dengan Lisa, tiba-tiba
ada seorang pelajar perempuan berdiri lalu ke hadapan untuk memperkenalkan
diri. Wah! Sungguh berkeyakinan sekali dia berjalan seoalah-olah berada di
pentas kilauan emas. Kiri kanan pun tidak dipandang.
“Hai! My name is Tengku Dayana binti Tengku
Razif. Just call me, Yaya. I’m from Kuala Lumpur and I’m so glad
to befriend with anybody here.” Peh! Lemak berkrim suaranya.
Tidak tahu kenapa, Thia dapat rasakan lehernya seperti
dicekik oleh seseorang setelah mendengar suara yang berlemak itu. Apatah lagi
setelah dia melihat raut wajah pelajar perempuan itu, kini dia betul-betul terasa
nak hantukkan diri sendiri ke bucu meja.
‘Ya tuhan! Aku kenal perempuan ni! Dia yang sesuka hati
tengking aku kat depan lif minggu lepas, kan? Oh, student jugak rupanya!
Hmm… agak-agak kalau aku tengking dia balik sekarang, dia bunuh aku tak?’ bisik
hati Thia menyoal dirinya.
Lisa yang duduk di sebelah Thia sudah tersenyum jahat
melihat pelajar perempuan yang bernama Yaya itu. Melihat Lisa yang tersenyum
menahan ketawa, Thia secara tidak sengaja melepaskan ketawanya namun pantas dia
mengunci mulutnya kembali. Alamak!
Spontan, mata Yaya terarah kepada Thia dan Thia juga
dapat merasakan lelaki di sebelahnya turut merenung tepat ke arahnya. Serentak
itu semua mata memandangnya. Tentu sekali terkejut. Lalu dia menundukkan
sedikit wajahnya. Bibir bawahnya digigit perlahan. Tahu dirinya bersalah.
‘I swear! She’s going to kill me. Habislah aku
dekat parking lot nanti. Macam mana ni?’ omel Thia, cuak!
Sesi perkenalkan diri masih diteruskan sehingga tiba
pada giliran Thia pula. Sedang dia berjalan ke hadapan, tiba-tiba Thia
tersadung lantaran kakinya dibentes oleh Yaya yang duduk di kerusi hadapannya.
“ALLAHUAKBAR!” Thia menyeringai kesakitan. Serentak
rasa sakit dan malu bercampur baur. Dia meniarap di atas lantai dengan mulut
ternganga. Aduh! Malunya…
‘Bingka ubi betul Si Yajul(Yaya Juling) ni! Berani dia
bentes kaki aku!’ maki Thia pada Yaya dalam hati. Bibir digigit tanda geram.
Rasa nak dicekik-cekik leher jinjang Yaya sekarang. Berdosakah dia sekiranya
dia pergi membunuh Yaya?
Apabila Thia ingin mengangkat wajahnya, dia melihat
ada sepasang mata sedang merenungnya dengan penuh minat. Ah! Pemuda kacak yang
duduk di sebelahnya tadi sedang leka menatapnya?
‘Alamak! Dia tengah pandang aku. Macam mana aku nak
bangun ni? Boleh tak aku buat-buat pengsan kat sini sekejap?’ Tercetus idea
kurang cerdik itu di akalnya. Tanpa berfikir panjang, direbahkan kembali
kepalanya di lantai. Ha… ha… ha…
Ketika dalam keadaan ‘pengsan,’ Thia terdengar bunyi
kicauan suara yang riuh-rendah dan sumbang yang mungkin terkejut dengan insiden
yang sedang berlaku ketika ini. Walaupun pura-pura pengsan saja tetapi dia masih
mampu mendengar dengan teliti.
“Macam mana Thia boleh terjatuh?” soal Fitri kepada
Lisa seraya tangan menggoncangkan kerusi Lisa. Sungguh dia terkejut melihat Thia
jatuh tersungkur. Kalau tiada aral, macam mana Thia boleh terjatuh? Fikirnya
kalut. Kasihan tetapi tak ditolong pun kawannya itu.
Lisa hanya mengangkat bahu. Dia ingin menolong Thia
tetapi kakinya seakan beku di tempat duduknya. Dirasakan Thia tak apa-apa
walaupun dia tengok Thia macam dah nazak sangat.
Setelah beberapa minit, Thia terasa tubuh badannya
dipusingkan ke hadapan dan pipinya ditepuk perlahan oleh seseorang. Dia
gementar dan tertanya-tanya. Siapakah yang membantunya ketika ini?
Sejenak, dia mencelikkan sedikit mata dan dia melihat
wajah pemuda kacak tadi berada di hadapannya. Seperti terkena kejutan elektrik,
Thia terus membeliakkan mata dan bangkit dari ‘pengsan’. Dia tidak suka
disentuh oleh lelaki asing waima sekacak mana pun lelaki itu.
“Err… saya dekat mana ni?” Thia menyoal dirinya persis
orang yang mengalami kecelaruan identiti. Berdrama. CikFarah pantas
sahaja mendapatkan Thia dan memeluk bahunya. Ternyata pensyarah muda itu risau dan
cemas melihat keadaannya.
“You tadi terjatuh and then pengsan
tiba-tiba. Are you okay, my dear?” tanya CikFarah cemas. Mungkin
percaya dengan lakonannya sebentar tadi. Syabas, Rana Fathiah! Syabas!
Pemuda kacak tadi hanya tersenyum melihat Thia.
Barangkali tidak percaya yang Thia benar-benar pengsan. Mungkin sengaja mahu
menutup malu kerana tersungkur di khalayak ramai.
Yaya yang berdiri di sebelah Cik Farah hanya mencebik.
Dia tahu Thia tadi berpura-pura saja. Tidak logik gadis itu terus pengsan.
Bukan teruk pun gaya gadis itu terjatuh tadi. Rasa-rasanya masih boleh selamat.
Setiap sudut ruang menjadi sepi seketika menanti drama yang seterusnya.
“Saya okey, miss. Don’t worry. Maybekepala
saya terhantuk dekat lantai tadi. Miss, boleh tak saya minta diri dulu?
Kepala saya macam sakit pulak.” Thia memberi alasan pula. Dia mencengkam
kepalanya seolah-olah ada himpitan kuat yang memukul laju tempurung kepalanya
seperti memainkan muzik Hindi. Sebuah lakonan yang berkesan. Kalaulah pengarah
filem berkesempatan menonton dramanya tadi, pasti ditawar menjadi pelakon utama
filem. Filem tamil khususnya.
“Yalah, miss.Muka dia nampak pucat sangat.
Teruk sangat kut dia jatuh tadi sampai pengsan,” sindir Yaya. Mulutnya
menyenget macam pesakit strok kerana berasa puas hati dapat mengenakan Thia.
Bangga barangkali.
Berbahang. Thia mengetap bibir rapat-rapat. Terasa
seperti ringan sungguh tangannya hendak menumbuk muka perempuan perasaan bagus itu.
Biar sopak mukanya sekalipun, dia tidak kisah!
Namun dia tidak mahu melakukan kekecohan di situ
apatah lagi hari ini adalah kuliahnya yang pertama. Dia tidak sanggup menempah
populariti lantas memberi ‘kebanggaan’ kepada ibunya dengan taktik kotor
seperti itu. Terlalu murah!
“Kalau macam tu youboleh balik but make
sure if you feel something wrong with your head, you must see a doctor… immediately.”
CikFarah memberi izin kepada Thia untuk pulang. Kasihan pula dia
melihat wajah Thia yang pucat. Ah! Buat-buat pucat sebenarnya.
“Thank you, miss,”balas Thia. Dia pun segera
mengambil begnya dan ingin berlalu keluar dari ruang kelas itu. Masing-masing
ada yang berbisik sesama sendiri. Mungkin sedang mengumpat pasal dia. Ah! Ada aku
kisah, cemuh Thia dalam diam.
“Kau nak aku teman tak?” tanya Lisa dengan muka cemas.
“Kau okey,Thia?” soal Fitri pula. Jelas mereka
berdua khuatir dengan keadaan Thia yang parah tadi.
“Aku okey.Tak payahlah kau orang teman. Nanti
kita jumpa di bilik, ya?” bisik Thia perlahan. Sempat dia menjeling tajam ke
arah Yaya yang sedang tersenyum sinis kepadanya. Kaki pun rasa-rasanya sudah tak
sabar nak singgah ke muka Yaya yang asyik tersengih-sengih bangga. Sakit
hatinya dengan sakit di lutut sama seiringan. Dengan pantas dia terus beredar
dari situ. Bimbang jika tahap kesabarannya sudah sampai di penghujung.
Dan tanpa Thia sedari, ada sepasang mata lagi sedang
memandangnya dalam diam.
SEPANJANGperjalanan pulang ke biliknya, mulut Thia tidak
henti-henti memaki-hamun Yaya. Tak pasal-pasal hari ini dia mendapat musuh
pula. Dia tahu tidak sepatutnya dia mentertawakan Yaya tetapi memang sejak
azali sifatnya yang mudah ketawa. Janganlah ambil hati sangat!
Thia yang ingin meredakan perasaan marahnya, mengambil
keputusan untuk berehat di sebuah taman berdekatan dengan blok akademik. Dia
melabuhkan punggungnya di atas bangku sambil mengeluarkan telefon bimbit.
Tangannya segera mencari nama ibunya di dalam senarai kenalannya.
‘Rindunya Thia pada ibu,’ hatinya berdetik perlahan.
Sudah empat hari dia tidak mendengar suara lunak ibunya. Sibuk menguruskan hal
di kampus menjadikan dia terleka seketika.
“Hai!” Tiba-tiba ada suara yang menegurnya. Tangannya
pantas menekan butang‘cancel’pada telefon bimbit. Mati terus
niatnya untuk menelefon ibu di rumah. Sekilas, dia memandang wajah yang sedang
duduk di sisinya itu. Kacak juga, tetapi…
“Buat apa dekat sini? Bukan ke dekat kelas tadi awak
kata awak nak balik ke asrama?” Lelaki tersebut menyuakan soalan kepada Thia
namun Thia hanya memalingkan muka dari pandangan lelaki kacak itu. Malas hendak
melayan sebab lelaki itu merenungnya seperti sepanjang hayat tidak pernah melihat
perempuan.
‘Err… awak, saya minta awak tolong jauh seribu batu
dari saya sebab saya tak nak bagi awak cedera,’ingin sekali Thia
berkata begitu namun dia tak sampai hati. Bimbang dia pula yang tercedera mengenangkan
badan lelaki itu lebih sasa berbanding dirinya.
Melihat Thia seakan tidak mahu melayan, lelaki itu
menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan si gadis. Bijak dia meraih
perhatian Thia namun, berjayakah?
“Nama saya Hafiz Fikri. Tadi semasa di kelas awak tak
sempat nak kenal dengan saya, kan? Nama awak siapa?” soal Hafiz lagi. Cuba
ingin berkenalan dan bermesra.
Sejenak, Thia menoleh Hafiz. Kemudian dia memandang
huluran tangan jejaka itu. Lama. “Rana Fathiah,” jawab Thia ringkas. Huluran
tangan dibiarkan sepi. Dialihkan pandangannya ke sudut lain semula. Tidak
selesa dengan pandangan Hafiz yang rakus menjamah wajahnya.
“Rana Fathiah… panggil Thia, boleh? Sebab tadi saya
ada dengar kawan awak panggil awak, Thia. Cantik nama awak. Macam orangnya
juga. Tapi kalau awak senyum, kan lebih cantik dan manis. Sebenarnya saya
sengaja keluar kelas awal tadi untuk jumpa awak. Takut jugak kalau awak
tiba-tiba pengsan lagi,” ujar Hafiz mesra. Ingin membangkitkan suasana yang
romantis.
Meremang bulu roma Thia mendengarnya. Tegak berdiri
seumpama menyanyikan lagu Negaraku. Rasa ingin ghaib saja. Menyampah sungguh
dia melihat wajah Hafiz ketika itu!
Hafiz pula terpegun melihat kecantikan Thia. Pertama
kali melihat wajah Thia sewaktu Thia ‘pengsan’ di kelas tadi membuatkan dirinya
meronta-ronta ingin mendekati gadis comel itu. Apatah lagi saat dia menyentuh
pipi gebu gadis itu, rasa indah terus menjalar di segenap ruang hatinya.
Thia sungguh cantik di matanya. Rambutnya ikal, punya
potongan badan yang agak menarik iaitu tidak terlalu kurus dan tidak terlalu
berisi. Thia juga tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah, berkulit
kuning langsat, alis matanya yang lentik dan berlesung pipit menambahkan kemanisan
pada wajah gadis itu.
“Maaflah Encik Haf…” Thia tidak sempat menghabiskan
kata-katanya.
“Eh, tak payahlah berencik-encik dengan saya. Panggil aje
Hafiz. Bukan ke lebih mesra,” pantas Hafiz memotong. Dia tersenyum lagi dan Thia
tambah meluat lagi.
“Em… maaflah, Hafiz. I just thought you should know
that… I’m not too good into boys. Dan saya tak suka berbual dengan
orang yang tak dikenali. Saya minta diri dulu. Assalamualaikum.” Thia berubah
jadi perempuan alim pula. Dia mengangkat kaki dari situ namun sepantas kilat
tangan Hafiz memaut lengannya dan Thia laju saja berpaling memandang lengannya,
tajam.
“Apa pegang-pegang ni, bro? Tak eloklah orang
tengok kita macam ni. Hormat sikit kat orang boleh tak,” Thia bersuara tegas.
Lelaki itu berdehem lalu pautan dilepaskan.
Hening seketika. Hafiz menyusun ayat lalu dengan berhati-hati
dia berkata. “Sorry but can I have your phone number, please? Actually,
saya nak sangat berkenalan dengan Thia. Bukan apa, kalau saya ada nombor
telefon Thia senanglah saya nak contactThia nanti, kan? Ajak keluar
makan ke, studysama-sama ke…” terang Hafiz cuba meyakini Thia. Berharap
sangat Thia sudi memberi nombor telefonnya.
Thia sekadar menganggukkan kepala tanda faham.
“So?” soal Hafiz apabila melihat Thia hanya
menganggukkan kepala sahaja.
Sebenarnya Thia sudah lali dengan taktik busuk seperti
itu. Konon saja pada mulanya hendak belajar bersama-sama. Selepas itu, entah
ayat pengasih apa yang dicurahkan.
“Hmm… kita baru kenal, kan? So, saya tak boleh
percaya pada sembarangan orang. Apatah lagi ini pertemuan kita yang pertama.
Takkanlah awak tak ada kawan lain nak ajak study atau keluar makan
bersama. Sorry, Hafiz but I can’t give you my phone number. I just
don’t like it. Maybe you should ask another girl. Sorry once again but I’m not
interested. Hope you understand. Bye!”ulas Thia bersahaja seraya
menunjukkan baris giginya yang tersusun lalu meninggalkan Hafiz terpinga-pinga.
“Kau ingat kau handsome, kau boleh jual muka
kau tu pada aku? Belum lagi jadi kawan dah berani nak pegang-pegang anak dara orang.
Kalau dah kawan lagi gatal agaknya. Entah apa lagi yang dia nak pegang. Ceh!” Thia
mengutuk lagi.
Laju kakinya mengorak langkah tanpa menunggu sebarang
komen daripada Hafiz. Takut sekiranya Hafiz sedang mengejarnya dari belakang
sambil memegang kapak. Manalah tahu Hafiz bengang lalu mengambil keputusan
untuk membunuhnya. Bukankah lelaki zaman sekarang semakin mengganas? Pantang ditolak,
pasti ingin membalas dendam.
Hafiz pula benar-benar tidak sangka dengan jawapan
yang keluar dari mulut Thia. Matanya masih lagi terkebil-kebil memandang
lenggok Thia yang menonong ke hadapan. Telinganya juga menelan apa yang Thia
mengomel tadi.
“Berlagak punya perempuan! Kau ingat kau cantik, kau nak
berlagaklah dengan aku? Kau tengoklah nanti. Mampus kau aku kerjakan. Kau tuduh
aku gatal, kan?” Hafiz berang dengan Thia yang jual mahal dengannya. Langkah Thia
yang semakin menjauh hanya diikuti dengan jelingan matanya. Kembang kuncup
hidungnya menahan api kemarahan. Mukanya seperti dilumur dengan serbuk cili!
‘Lelaki kacak macam aku pun kau tak nak layan? Tengoklah
nanti apa aku nak buat,’ hatinya mendongkol geram. Memang itu sikap Hafiz yang
pantang menyerah kalah dengan perempuan. Ini adalah pertama kali dia ditolak
oleh seorang perempuan walaupun sekadar untuk berkenalan. Dia terasa seperti
maruahnya dipijak-pijak lumat dan disepak jauh oleh Thia. Biarpun dia baru saja
mengenali Thia tetapi dia tekad dengan keputusannya untuk membuat Thia jatuh
dalam tangannya. Memerah anak matanya memikirkan Thia yang menolak bulat-bulat
niatnya untuk berkenalan.
‘Apa nak jadi, jadilah!’ bisik hatinya keras.
Dendamnya sungguh berkobar-kobar.