Home Novel Keluarga Zaidi main untuk Manchester!!!!!!
Bab 10 ; Bawah 15 tahun

Bab 10

Latihan pasukan bola bawah 15 tahun

Bulan 3 tahun 2001, 2 bulan sudah aku bersekolah di sekolah elit ini. Aku sudah membiasakan diri dengan kehidupan di asrama dan suasana pembelajaran disini. Malah aku juga sudah berkenalan dan berkawan dengan semua pelajar sekelas aku tidak kira lelaki atau perempuan. Semuanya agak sempoi dan juga memang pandai-pandai belaka. Cikgunya juga ada pakar dalam bidang masing-masing dan agak kreatif dalam menarik minat pelajar dalam mengikuti pembelajaran di dalam kelas. Paling mengejutkan.. aku juga sudah boleh berinteraksi dalam bahasa inggeris... ini adalah hasil usaha guru bahasa inggeris kelasku... Mr Razak yang memang tidak menggunakan bahasa inggeris setiap kali berinteraksi dengan kami.

Dalam sukan pula, aku memasuki kelab bolasepak dan telah menjalani latihan sebagai persediaan untuk perlawanan bolasepak peringkat daerah mulai bulan hadapan.. pertandingan akan berlangsung selama hampir sebulan. Aku terpilih untuk membarisi skuad bawah 15 tahun sekolah sebagai pemain tengah menyerang ( tapi sebagai simpanan sahaja.... jurulatih beri peluang kepada pemain lama dahulu terutama mereka yang berada di tingkatan 3... aku ok sahaja walaupun kawan-kawan menyatakan aku sepatutnya boleh bermain dengan skuad utama.. aku memberi alasan mungkin disebabkan aku masih lagi kekurangan pengalaman maka aku diketepikan dahulu ).

Ketua jurulatih sekolah kami adalah Cikgu Razif..... seorang jurulatih yang berpengalaman dan memiliki lesen kelas B dari Persatuan Bola Sepak England. Beliau sudah 10 tahun menjadi jurulatih sekolah dan merupakan antara panel jurulatih pembangunan persatuan Bolasepak Negeri Sembilan. Tahun ini adalah tahun terakhir beliau menjadi jurulatih di sini kerana khabarnya beliau akan melanjutkan pelajaran selama 2 tahun di England untuk mendapatkan lesen jurulatih kelas A. Penolongnya adalah Cikgu Karim yang juga merupakan jurulatih bawah 18 tahun kami. Pasukan bawah 15 tahun pula dibimbing oleh Cikgu Ali ( jurulatih aku ). Disebabkan ketua jurulatih kami Cikgu Razif mendapatkan lesennya dari England... maka corak latihan kami juga berpaksikan corak latihan ala British. Kami dikehendaki sekurang-kurang 3 kali seminggu ke Gim ( sekolah ini ada Gim sendiri dan peralatannya juga lengkap... malah siap sekali jurulatih Gim sambilan yang bertugas ). Malah setiap hujung minggu, kami akan ke kompleks renang sekolah Chan Hwa untuk melakukan latihan di dalam kolam ( latihan menguatkan otot dan juga pernafasan ).

Latihan di padang akan dijalankan 3 kali seminggu yang dipantau oleh Cikgu Razif sendiri. Boleh dikatakan setiap minggu ada sahaja perlawanan persahabatan yang diatur dengan sekolah lain di sekitar Seremban atau di lembah kelang. Paling aku rasa bangga sekali, Cikgu Razif memberikan arahan kepada pemain di tepi padang menggunakan bahasa inggeris. Walaupun bagaimanapun jurulatih aku, Cikgu Ali lebih suka menggunakan bahasa melayu sahaja (maklumlah.. guru bahasa melayu). Cikgu Razif bukan sahaja memantau latihan kami.. malah memantau dengan ketat pemakanan kami. Di asrama, kami tidak dibenarkan makan makanan yang berminyak dan juga berlemak. Kami makan mengikut makanan yang disyorkan oleh pakar pemakanan sama seperti akademi bolasepak di England. Bayangkan setiap pagi kami hanya dibenarkan makan Sandwich ataupun roti sahaja ( pelajar lain di asrama semuanya makan mi dan nasi lemak.. aduhai ). Malah Cikgu Razif akan ke kantin setiap kali rehat untuk memantau makanan yang diambil oleh pemain-pemainnya. Malah jika ada pemain yang ditangkap merokok, maka Cikgu Razif akan terus mengugurkan pemain itu dari pasukannya tanpa kompromi. Kalau nampak kami makan benda yang dilarangnya, maka kami akan disuruh ke gim pada petangnya atau berlari 8 pusingan padang untuk membuang lemak.

Aku sangat kagum dengan pengetahuan taktikal dan juga mengasah bakat seseorang pemain yang ada pada Cikgu Razif. Cikgu Razif pandai mengubah taktikal pasukan dan juga membaca corak perlawanan lawan. Malah pasukan kami main lebih kepada bercorak terbuka dan agak fizikal persis seperti pasukan di liga inggeris. Malah dia menasihati aku supaya menambahkan berat badan dan ketinggian serta menguatkan otot-otot. Dia mengesyorkan aku mengambil banyak protein dan juga kalsium.. aku mengikuti sahaja saranannya. Setiap pagi aku akan minum susu tepung segelas bersama dengan roti sandwich... masa rehat aku akan memesan milo. Makan tengahari aku akan mengambil hanya semangkuk nasi dan tapi melebihkan sayur sayuran dan juga protein. Petangnya pula aku akan minum susu bersama 2 biji telur separuh masak ( Cikgu Razif belikan aku telur sepapan setiap bulan... dia tidak minta duitpun dari aku ). Malam aku makan nasi seperti mana tengahari.. lebihkan sayur dan protein. Hasilnya emak aku terkejut melihat perubahan fizikal aku bila dia melawat aku minggu sudah di asrama... katanya aku semakin berisi dan berotot.. tidak macam dulu kurus kering. Aku hanya katakan aku pergi ke Gim untuk bersenam. Malah aku juga semakin bertenaga dan tidak cepat pancit apabila bermain bola selama 90 minit.

Kata Cikgu Razif, dia buat semua itu kerana beliau nampak potensi besar pada diri aku. Katanya aku persis Paul Scholes apabila membuat hantaran pendek tetapi persis David Beckham apabila membuat hantaran jauh atau semasa mengambil set piece. Katanya jika aku mengikut nasihat dan regim latihan serta pemakanan yang ditetapkan olehnya... aku boleh menjadi pemain berkelas antarabangsa. Sebab itu aku ikut segala syornya kerana dia berjanji akan menempatkan aku di dalam pasukan utama pada tahun hadapan apabila semua pemain tingkatan 3 akan bermain untuk pasukan bawah 18 tahun kelak. Walau bagaimanapun sekali sekali, Cikgu Ali akan menurunkan aku semasa perlawanan persahabatan. Beliau selalu menurunkan aku di bahagian sayap kiri... katanya aku sesuai ditempatkan disitu kerana kemahiran mengelecek dan hantaran jauh yang tepat. Selalunya tugas aku adalah mengkucar-kacirkan pertahanan lawan dan membawa bola kepada penyerang. Selalunya 2-3 orang juga mengawal pergerakan aku bila aku bermain ( dan selalunya mereka yang berbadan besar akan diarahkan oleh jurulatih lawan untuk menewaskan aku secara fizikal ).

Selama 2 bulan aku di sekolah ini, aku berkawan baik dengan 4 orang itulah... Sofian, Joe, Ah Loy dengan King. Keempat mereka juga sangat aktif bersukan. Joe masuk sukan taekwando dan juga marching band. Ah Loy sukan Badminton manakala King masuk Ragbi. Malah mereka berempat bakal mewakili sekolah di dalam sukan kegemaran masing-masing mulai bulan depan. Kemana sahaja kami akan bersama berempat samada ke perpustakaan, ke Bandar ( outing ), makmal ataupun makan di kantin.

{{{{{{{{{{{{{{{

Perlawanan pertama peringkat daerah bandar Seremban menemukan sekolah kami dengan sekolah SMK Mambau. Selain sekolah tersebut, terdapat 3 lagi sekolah di dalam kumpulan yang sama iaitu pertama Sekolah St Paul ( musuh ketat ), SMK Bukit Mewah dan SMK Rahang. Perlawanan pertama di tempat lawan dimenangi oleh sekolah kami dengan jaringan 3-1. Aku turut bermain tetapi bermula sebagai pemain simpanan sahaja. Pada minit ke 70 barulah aku masuk mengantikan pemain senior. Malah aku menjaringkan gol ketiga melalui sepakan percuma di hadapan pintu gol yang terus menerobos gawang gol ( kawan aku yang berempat itu ada juga datang bagi sokongan.. bila aku masuk sahaja.. mereka menjerit Andy Cole!! Andy Cole!!!! Siot jer ). Seterusnya berikut adalah keputusan perlawanan yang melibatkan pasukan kami;

Perlawanan 1 : KGV 3 lawan Mambau 1

Perlawanan 2 : Paul 2 lawan KGV 2

Perlawanan 3 : KGV 3 lawan Mewah 0

Perlawanan 4 : Rahang 2 lawan KGV 5

Perlawana 5 ; KGV 4 lawan Rahang 1

Perlawanan 6 ; Mewah 1 lawan KGV 4

Perlawanan 7 ; KGV 1 lawan Paul 1

Perlawanan 8 ; Mambau 2 lawan KGV 4

Dengan 6 kemenangan dan 2 kali seri.. pasukan aku telah berjaya menerajui carta daerah bandar Seremban buat kali pertama selepas 6 tahun ( sebelum ini dikuasai oleh sekolah St Paul sahaja ). Aku bermain sebagai pemain simpanan sahaja pada semua perlawanan dan yang paling membanggakan aku dapat menjaringkan satu gol bagi setiap perlawanan dimana 3 daripadanya adalah gol daripada sepakan percuma. Cikgu Razif dan Cikgu Ali sangat bangga dengan persembahan yang ditunjukkan olehku. Malah untuk pengetahuan juga gol yang dijaringkan olehku menyamai gol yang dijaringkan oleh penyerang utama kami Amin ( pelajar Senior kami yang kini berada di dalam tingkatan 3, beliau juga adalah pemain utama bawah 15 tahun negeri.. nama orang putihnya adalah Man ).

Menjadi juara kumpulan daerah melayakkan kami ke peringkat seterusnya iaitu bertanding ke peringkat Negeri. Daerah Seremban diwakili oleh 5 buah iaitu sekolah aku, St Paul, Sekolah Tunku Ampuan Durah ( projek ), SMK Senawang dan juga SM Agama Labu. Kemudian sekolah dari daerah lain menghantar satu wakil juara ke pertandingan tersebut menjadikan 12 pasukan bertanding ke peringkat akhir negeri bawah 15 tahun. 12 pasukan ini akan dibahagikan kepada 4 kumpulan dimana setiap kumpulan mengandungi 3 buah sekolah. Hanya juara kumpulan yang layak ke peringkat separuh akhir dimana tahun lepas sekolah kami terkandas di peringkat tersebut.. kalah kepada sekolah projek.. SMK Tunku Ampuan Durah ( panggil STAD sahaja ). Pertandingan dijangka bermula pada bulan bulan 5 tahun 2000.

Jadi sementara hendak menunggu pertandingan.. aku fokuskan semula tumpuanku kepada pelajaran. Tapi selama ini aku tidak pernah meninggalkan pelajaran, aku hanya bermain bola mengikut jadual yang ditetapkan.... hari minggupun aku jarang keluar outing kerana menelaah pelajaran. Mujurlah kawan aku yang empat orang itu juga seorang yang ulat buku terutama Joe. Dialah yang banyak membantu aku di dalam menelaah pelajaran.. alhamdulillah peperiksaan bulan Mac haritu, aku mendapat yang agak memuaskan... malah aku berada di dalam kedudukan 15 dari 40 pelajar. Oklah tu beb..... semua pelajar di kelas aku pandai-pandai belaka... beza peratus kedudukan pun sedikit sahaja. Tapi yang dapat nombor satu Joelah..... semua A dan hampir kesemua markahnya melebihi 90 markah. Aku pula mendapat 5 A sahaja...... kemudian 3B...... diantara kami.. King yang paling rendah.. di kedudukan 28 dari 40 pelajar.... tapi masih boleh mencapai 3A dan 5B. Bukannya ada yang gagal pun. Cuma budak disini pandai-pandai belaka.

Emak menerima keputusan peperiksaan aku.... baginya keputusan aku bagus kerana tidak ada yang gagal. Aku juga berterus terang dengan emak yang aku mewakili pasukan bolasepak sekolah... emak tidak menghalang selagi pelajaran aku bagus.. Cuma emak memberi amaran aku meminta aku menarik diri dari bermain bola jika pelajaran merosot. Sebab itulah sejauhmana aku sibuk berlatih atau bermain bola.. aku akan tetap mengulangkaji pelajaran. Aku takut keputusan aku merosot.... nanti emak jumpa cikgu tidak mahu aku bermain bola lagi.

{{{{{{{{{{{{{{{

Pada awal bulan 5, aku mengambil keputusan untuk balik ke kampung..... sejak aku masuk pasukan bola sekolah, setiap hujung minggu aku jarang balik ke rumah. Aku hanya memberi alasan aku sibuk dengan aktiviti sekolah dan pelajaran. Tapi sebenarnya aku sibuk dengan perlawanan bola dan juga latihan. Sebelum balik aku singgah di kedai buku.. aku membelikan angah buku-buku umum dan juga majalah yang dia mahukan ( wang saku dan elaun pertandingan bola yang aku perolehi selama bermain bola.. adalah sikit ). Selepas itu aku terus menaiki bas ke Mantin.. di Mantin ayah akan menjemput aku ( kebetulan cuti hari buruh pada Isninnya.. maka lamalah sikit aku balik kampung kali ini ). Sampai di rumah, aku emak aku belum pulang dari tempat kerjanya ( kata ayah emak ada kes kecemasan... malam nanti baru emak balik dari kerja ). Jadi perkara pertama aku buat apabila sampai di rumah adalah memberi angah buku dan majalah serta makanan ringan ( balik kampung sahaja aku dapat merasa makanan ringan ) yang dibeli di Seremban tadi;

“Banyak beli long?” tanya angah.

“Ala.. adalah sikit.”

“Sikit.. banyak ni.. along habiskan duit biasiswa ker?” kata adikku.

“Abang setakat ini tak usikpun duit biasiswa tau.”

“Habis itu.. along pakai duit mana?”

“Duit elaun main bolalah.”

“Wah.. kaya sekolah abang tu.”

“Kamu jangan tak tahu... pasukan sekolah abangpun ditaja tau oleh bekas pelajar sekolah. Dalam 30 ribu orang itu taja... itu belum termasuk penajaan baju dengan seluar. Sebab itu sekolah abang mampu beri elaun kepada pemain dan jurulatih. Lagipun sekolah abang itu sekolah inggeris... sekolah lama.... bekas pelajarnya banyak yang sudah berjaya dan menyumbang kembali kepada sekolah” jelasku.

“Untunglah... kat Taiping dulu abang dapat duit juga ker?”

“Duit? Dapat elaun duit makan 3 ringgit.. setiap kali latihan dapatlah seringgit. Tapi besar juga tu,”

‘Abang dapat berapa kat sekolah tu?”

“Sebab abang baru lagi.. elaun latihan sehari dalam 5 ringgit. Elaun perlawanan 10 ringgit... elaun prestasi 5 ringgit jika abang dapat jaringkan satu gol. Baru-baru ini... pasukan abang juara kumpulan.. seorang dapat 30 ringgit duit. 30 ringgit tulah abang beli buku dengan makanan ni ha,”

“Boleh tahan juga tu.. agaknya kalau abang main sampai tingkatan 5.. banyak lagi abang dapat agaknyakan.”

“Abang dengar cerita.. senior abang tahun ini dapat elaun seorang 30 ringgit setiap perlawanan. Tahun lepas mereka juara peringkat negeri.. seorang dapat bonus dalam 200 ringgit seorang. Perghhhhhhh.. boleh beli walkman tu.”

“Mak bagi ker?”

“Apa tak bagi pulak.. bukan haritu angah ada sekali ke masa along minta izin along main bola. Malah siap berjanji tidak abaikan pelajaran.”

“Ye tak ye jugak.. kalau beginilah duit abang dapat.. angah pun nak minta main bolalah balik.”

“Dah... kamu jangan hendak mengada. Angah anak kesayangan mak... baca buku tu. Kemas semua buku-buku dan majalah ni... nanti mak nampak pula.”

“Mak sekarang sudah takde masa hendak kemas dan menyelongkar bilik kita long... mak dah naik pangkat jadi ketua jururawat ni... makin sibuk pula mak... selalu balik lewat.”

“Mak naik pangkat.. along tak tahupun.”

“Alongkan sekolah sana... mana along hendak dengar khabar berita.. balikpun sebulan sekali.”

“Heheheheheeh.. sudah kemas cepat” angah mengeluarkan makanan ringan dan juga majalah serta buku dari begku... angah menyimpannya di dalam almari. Kamu membuka coklat dan terus memakannya. Kemudian aku mandi dan makan malam ( dimasak oleh ayah.. emak masih belum pulang lagi ). Malamnya aku hanya duduk di bilik dan membuat kerja sekolah yang diberikan oleh guru sambil berbual-bual dengan adik ( dan tentunya kami makan makanan ringan yang dibeli oleh aku tadi ). Pukul 10 malam ayah memberitahu ingin keluar menjemput emak di kem. Pukul 11 suku kedengaran bunyi kereta balik... aku dan angah cepat-cepat meyorokkan kembali makanan dan majalah yang sedang kami baca dan berlakon kami sedang membuat kerja sekolah. Emak yang masih beruniform masuk ke dalam bilik kami;

“Emak lambat balik? Wah dah jadi ketua jururawat emak sekarang... itupun angah beritahu” kataku dambil bersalaman dengan emakku.

“Ada kes tadi long..... kamu dah makan?”

“Dah mak.... makan nasi ayah masak”

“Maaflah.. mak tak sempat lagi hendak masak.. tapi mak janji besok mak masak untuk kamu. Lauk kesukaan kamu ye”

“Mak tak kerja ke besok?”

“Mak dapat cuti.. harini mak kerja sampai malam. Jadi bos emak bagi cuti,”

“Oooooo”

“Takpelah... mak gi mandi dulu.... nanti besok kita borak-borak lagi” aku mengangguk.. kemudian emak keluar dari bilikku.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.