Kedua ayah dan emak pulang ke rumah dalam pukul 6 petang... sebaik sahaja
mereka masuk kedalam rumah aku terus mendapatkan mereka;
“Hai long.. tak main bola
ke hari ni? Selalu waktu-waktu begini sudah pergi ke padang main bola? Nak
Maghrib baru hendak balik” perli emakku.
“Saya ada berita gembira
ni mak” aku duduk di berhadapan ibu dan ayah yang duduk di sofa ruang tamu
untuk melepaskan lelah.
“Apa dia tu?” tanya ayah.
“Along dapat sekolah
KGV!!!!!” aku memberikan surat tawaran kepada emak.. emak membacanya.
“Alhamdulillah. Dapat
juga along sekolah asrama ni yer” emak memberikan surat tersebut kepada ayah.
“Nampaknya, bonus tahun
ni yang kita dapat... Kena beli kelengkapan untuk along. Banyak nak beli
ni....baldi, baju, selimut. Nanti cukup bulan kita pergi sama yer” kata ayah.
“Jangan lupa yah but
along” aku mengingati ayahku tentang janjinya dahulu.
“Itu ayah tak lupa...
ayah akan beli,”
“Dapat biasiswa lagi
bang.... Alhamdulillah” kata emak.
“Simpan tahu biasiswa
kamu ini. Jangan hendak bazir beli benda tak tentu hala. Ayah ni lagi 4-5 tahun
sudah hendak pencen. Tak tahulah lepas ini ayah kerja apa pula” nasihat ayahku.
“Jangan risau ayah, saya
tidak akan membelanjakan sewenang-wenangnya” aku sengaja menguatkan menyebut
perkataan sewenang-wenangnya agar didengari oleh adikku.
“Ingat long. Belajar
pandai-pandai, kamu sudah dapat peluang untuk belajar di sekolah ini. Bukan
senang nak masuk sekolah ternama ini. Hanya pelajaran sahaja yang dapat
menjamin masa depan kamu” aduh.... ini yang touching ni.
“Yelah mak... Insya
Allah.. doakanlah saya berjaya yer.”
{{{{{{{{{{{{{{{
Seperti yang dijanjikan..... akhir bulan tersebut... sebaik sahaja ayah
mendapat gajinya, kami ke Seremban membeli kelengkapan sekolah aku dan angah. Paling
menggembirakan aku, ayah bersetuju membeli aku sepasang but tulen berjenama (
bukan but pasar malam yang dibeli ayah sebelum ini ). Sepasang but berwarna
biru jenama Diadora yang berharga lebih kurang RM150 ( aku sebenarnya tidak
sampai hati untuk menerima hadiah dari ayahku... aku tahu ayah bukannya mampu
sangat untuk membelikan aku but yang mahal... maklumlah... berapa sen sangatlah
gaji sarjan askar.... tapi ayah aku beria-ria menyuruh aku mengambilnya.... ini
janji dia kepadaku ). Emak pula membelikan baju sekolah dan kasut baru untukku.