Pertengahan bulan Disember... hari kami berpindah dari Taiping ke
Seremban. Dari awal pagi.. 4-5 orang kawan ayah datang untuk membantu kami
berpindah. Jiran-jiran berek pun ada yang datang untuk membantu. Ayah menyewa
lori besar tentera untuk mengangkut barang. Geng aku pun datang sekali untuk
membantu dan mengucapkan selamat tinggal kepada aku. Emak dan orang perempuan
memasak mee untuk orang-orang yang datang membantu... dalam pukul 10.30 pagi
semua barang telah dimasukkan ke dalam lori. Kemudian kami semua makan dan
minum yang disediakan oleh emak dan kawan-kawannya;
“Sedihlah Andy Cole mau
pindah sana Seremban” kata Muthu.
“Sedih sekejap jer,,,,
besok kamu sudah sekolah menengah... jumpa kawan-kawan baru. Sudah lupa sama
saya” kataku.
“Zaidi ni ok lagi..
dekat.... aku ni lagi jauh..... Sabah” kata Jo.
“Bila kau pindah?”
“Seminggu lagi... tapi
barang dekat rumah aku separuh sudah hantar pakai kapal laut. Lagi separuh akan
dihantar semasa aku pindah. Kau tahu.. peti ais dekat rumah aku pun sudah
dihantar ke Sabah. Bengang betul aku tak dapat minum ais kosong.”
“Hahahahahahahaha.. habis
mak kamu simpan sayur dengan ikan dekat mana?”
“Mak aku belilah.. mana
ada masak.”
“Perghhhhhh makan
kedailah kau sebulan ini ye. Kami ni makan kedaipun sebulan sekali pun susah...
ini hari-hari. Ayah kau pegawai besar takpelah.”
“Muaklah.. mak aku asyik
beli dekat kedai mamak... kari.. kari.. kari... aduh.”
“Oit... Zaidi.. Zaidi...
tu...” Ahmad mencuit tanganku... aku melihat ke arah yang dimuncungkan oleh Ahmad.
Kelihatan Nadiya dan ibunya datang ke rumah kami ;
“Datang juga Nadiya
ni.... datang masa makan pula tu.... bukannya nak menolong.”
“Ala... anak Doktorkan..
mana hendak buat kerja berat-berat ini. Datang makan jelah.”
“Agaknyalah.... aku takut
dia lapor yang kita pergi Port Weld” kata Ahmad.
“Ala relaks jer.. lagipun
cuti sekolah... takkan jalan-jalan kat sini jer” kemudian Nadiya bersalaman
dengan ayahku... kemudian emak aku mendapatkan Nadiya... mereka berpelukan..
kelihatan emak aku menangis. Lagi meluat bila melihat Nadiya juga turut
menangis sama... berlakon je tu..... emak aku menangis mungkin sedih sebab
meninggalkan anak angkat kesayangannya ini. Tapi aku gembira.... lepas ini
tiada lagi yang akan menganggu aku. Selepas makan, lori terus bergerak ke
Seremban.. manakala aku dan keluarga akan berkereta ke Seremban ( kereta proton
wira sahaja ). Kami berkemas dahulu... selepas berkemas ... kami bersalam-salam
dengan semua jiran... kemudian tiba masa aku bersalam dengan kawan-kawan
baikku.... aku memeluk mereka bertiga.
“Jangan lupa nanti
telefon kami ok.. nombor telefon adakan?” kata Ahmad.
“Iya.. nanti aku telefon.
Korang semua bila aku takde.... jangan nakal-nakal yer,”
“Hahahahahahaha.. aku
rasa kamu yang paling nakal antara kami bertiga.. semoga cita-cita kau nak jadi
pemain bola tercapai... masa itu aku akan sokong Team yang kau main.”
“Walaupun team yang aku
main bukan team kesukaan kau Jo?”
“Demi kawan.... aku akan
sokong tema kawan baik aku main,”
“Terima kasih Jo” aku
memeluk Jo. Akhir sekali Nadiya.. dia menungguku di tepi kereta;
“Jumpa lagi nanti” kata
Nadiya menghulurkan salam.
“Aaaaaaa.. maaf yer..
kita bukan muhrim” puas hati aku kenakan Nadiya buat kali terakhir.. selama ini
aku je yang kena.
“Kamu masih lagi marah
dengan saya ke Zaidi?”
“Ehhhhh.. mana ada
marah... suka sangat” kataku memperlinya.
“Maafkanlah aku jika
selama ni Nadiya banyak jadi tukang lapor kepada makcik. Tapi makcik yang minta
tolong kita tengok-tengokkan Zaidi.... makcik tak mahu Zaidi hanyut dengan bola
sahaja. Semua Nadiya buat untuk kebaikan Zaidi” jelasnya.
“Baiklah sangat..... tapi
takpelah.. disebabkan kita nak blah dari sini. Kita maafkan awak.... gembiranya
saya.. lepas ni takdelah yang menyibuk pasal saya.. yang ngikut kemana saya
pergi” kataku tersenyum. Kemudian Nadiya berlalu pergi mendapatkan emak aku..
mereka bersalaman dan memeluk emakku sekali lagi... menyampahnya aku.......
Kami sekeluarga masuk ke
dalam kereta.. kemudian ayah memandu perlahan-lahan keluarga dari halaman
rumah... aku membuka tingkap dan melambai-lambai kepada kawan-kawanku. Sayu
rasa di hati meninggalkan mereka... tapi apa boleh buat..... tapi aku berjanji
dengan mereka.. aku akan gapai cita-cita aku bermain bola walaupun apa sahaja
rintangan yang aku hadapi.. apa sahaja.......
{{{{{{{{{{{{{{{{
Sepanjang perjalanan mengikut lebuh raya utara selatan aku mengitar
kenangan semasa 4 tahun berada di Taiping. Kenangan bersama-sama dengan Muthu,
Ahmad dan Jo. Sesungguhnya aku merasa seronok bersama mereka.. melakukan
aktiviti bersama mereka.. belajar bersama... membuat jahat bersama... malah
kena sebat dengan Cikgu Zakaria pun bersama-sama. Malah keempat-empat kami juga
bermain bolasepak untuk pasukan sekolah. Tiba-tiba aku terkenangkan Nadiya....
aku tersenyum... boleh dikatakan aku dengan dia selalu sahaja bergaduh... malah
guru kelas mengatakan kami berdua ibarat anjing dengan kucing. Tiba-tiba mak
aku menegurku..
“Jauh termenung long?
Sedih tinggalkan kawan-kawan?”
“Teringat kenangan di
Taiping mak. Sedih juga tinggalkan kawan baik di situ. Mana kami pergi.. semua
berempat mak.”
“Yelah.. mana kamu pergi
semua berempatkan.. termasuklah ke Port Weldkan?” sah Nadiya beritahu emak aku
ni..... aku dah blahpun dia masih sempat memberi laporan.
“Nadiya beritahukan?”
“Memanglah.. diakan
perisik mak,”
“Mak marah ker?”
“Mak nak marah kamu
sebenarnya.. tapi Nadiya beritahu jangan marah kamu. Katanya itu kali terakhir
kamu keluar berempat bersama. Takpelah.. mak tak marah” perghhhhh.. lega.
“Sebenarnya ayah ada
berita gembira ni long” ayah menyampuk.
“Apa dia ayah?”
“Ayah dinaikkan pangkat”
kata emak.
“Iya.... sekarang ayah
jadi Sarjanlah sekarang?”
“A ah” kata ayah
tersenyum.
“Tahniah ayah... bolehlah
belanja saya beli but baru.. jersi baru ker” emak membuntangkan mata.
“Hahahahahahahahahahaha...
takpelah emaknya. Lagipun dia dapat 4A haritu kita belum bagi hadiah. Lagipun
but yang dia ada tu dah lama sangat.... biarlah dia rasa but baru pula” kata
ayahku.
“Tapi kat rumahkan dah
ada dua but” kata emak.
“But pasar malam
Mah....lagipun anak kita ni makin besar. Takpelah....sekali sekali kita beli
but mahal pula.. lagipun dia dah kotakan janjikan... belajar pandai-pandai”
pujuk ayahku.
“Yelah.. janji dengan
mak.. lepas ni belajar pandai-pandai.. masuk universiti. Main bola sebab nak
bersenam sahaja tau.. nak lepaskan tekanan.. suka-suka sahaja.”
“Baik mak” kataku
akur.... main untuk lepaskan tekanan? Aku main bukan untuk suka-suka.. aku nak
main dengan Manchester mak..... tapi aku diamkan sahaja.... nanti makaku taknak
belikan aku but pula;
“Kamu dengar cakap mak
kamu long..... belajar... jangan asyik hendak main sahaja” ayah menyokong
kata-kata emak.
“Baik Sarjan!!!!” aku
memberikan tabik persis seorang soldadu memberikan tabik kepada Sarjan. Ayah
dan emakku ketawa. Kami sampai di Lenggeng lebih kurang pukul 5 petang..
sebelum itu lori telah menunggu di Nilai untuk dan bersama-sama ke rumah kami
di Lenggeng... kemudian sampai sahaja kami terus memunggah barang dari lori (
jiran sekampung juga turut membantu.. boleh dikatakan semua jiran mengenali
mak... malah jiran di hadapan rumah kami merupakan bapa saudara mak.. aku turut
mengambil kesempatan berkenalan dengan sepupu dan saudara mara sebelah emakku).
Dalam pukul 9 malam barulah selesai kami mengemas barang.. letih jangan
ceritalah. Rumah arwah datuk aku ni adalah rumah papan dan agak besar. Ada 5
buah bilik.... rumah atas dan rumah bawah ( dapur dan bilik air di bawah ). Aku
duduk di bilik bawah bersama adikku ( rumah bawah rumah batu ). Manakala emak
dan ayah serta adik tidur di ruang atas ( bilik gadang ). Rumah ini walaupun
agak lama.. tapi masih kukuh malah sudah dicat baru ( ayah aku kata,,, dia
sudah mengupah orang kampung mengecat dan memperbaiki rumah ini sebelum kami
berpindah ). Di rumah inilah aku duduk bersama arwah datuk dan nenek semasa
keluarga aku berpindah ke Sabah. Banyak juga kenangan aku dalam rumah ini.
Besok aku bercadang hendak mencari kawan-kawan lama aku semasa aku duduk di
sini dahulu. Ah Seng, Dobob, Asyaf, Munir dan San... merekalah kawan-kawan aku
semasa aku menetap disini dahulu. Mandi sungai, memancing, ronda-ronda satu
Lenggeng ( pakai moto honda Cup arwah Datuk aku.... atuk aku tidak melarangnya
) dan sebagainya dengan mereka bertiga inilah. Aku terus terlelap keletihan.