Home Novel Keluarga Zaidi main untuk Manchester!!!!!!
Bab 3B ; Sit up 100 kali

“Nampaknya ada yang seronok benar di belakang barisan kelas tahun 6 tu..... kamu berempat yang ketawa tadi mari ke hadapan” kata penolong kanan yang sedang memberi ucapan tadi berhenti apabila mendengar ketawa kami. Habislah kami..... nak tak nak kami bertiga ke hadapan pentas di dewan.

“Apa yang syok sangat ni? Nak kongsi dengan saya” aku memandang mereka bertiga.. masing-masing sudah terbayang penampar Cikgu Salim yang merupakan Guru penolong kanan yang paling ditakuti di sekolah ini. Terkenal dengan penampar jepunnya.... aku belum pernah kena lagi.... nampaknya aku keluar dari sekolah ini dengan kenangan kena penampar jepun Cikgu Salim. Masing-masing senyap membisu.

“Cikgupun malas nak menampor awak pagi-pagi ni.... buat sit up 100 kali” perghhhhhh selamat... kami mula buat sit up 100 kali di dalam dewan, paling membengkakkan hati aku.. Cikgu Salim menyuruh para pelajar semua mengira setiap kali kami buat sit up sehingga 100 kali.. tangan lenguh jangan ceritalah. Habis sahaja kami kembali ke barisan kami semula. 10 minit kemudian... kami kembali semula ke kelas.... sampai di kelas;

“Kau tak ngantuk ke Andy?” tanya Ahmad.

“Nama aku sekarang Soksjer yer..... dia hero aku sekarang” kataku.

“Tapi beb... Andy sesuai dengan personaliti kau... kulit dah hampir sama... cuma kau kecik je sikit” perli Ahmad.

“Wah lu... ni anak mami punya kulit ni” marahku.

“Banyaklah kau anak mami.. anak mamaklah!!!!” aku menumbuk lembut bahu Jo. Kemudian cikgu Zahara masuk ke kelas untuk mengajar matapelajaran Matematik.

{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{

Pukul 10.05 waktu rehat, selepas membeli makanan.. kami berkumpul di port kami di wakaf.... sambil makan kami berbual-bual;

“Kamu semua tahu.. aku harini satu apa pun tak masuk otak... rasa nak lentok je atas meja tu” kataku.

“Hahahaahahahahaha.. bukan sahaja engkau. Aku pun rasa lentok juga tadi Andy” kata Jo.

“Iya? Kau pun tengok bola sampai habis?”

“Iyalah... best juga team dorang tu main... tapi aku sokong Bayernlah... hahahahahah” kata Jo

“Aku dah agak dah.. kau takkan sokong Manchester punya.”

“Kau beli air apa tu Zaidi?” tanya Ahmad.

“Air kopi”

“Kau ni macam atuk aku pulak.. suka main kopi.”

“Ngantuk punya pasal.. kata orang kopi boleh buat kita cerdas.”

“Iyala.. patut aku beli kopi tadi.”

“Muthu... kau makan bekal apa hari ni?”

“Nasi goreng.”

“OOOOOOOOOOO....”

“Kamu takkan tak tahu... saya punya keluarga miskin.. tukang cuci kem juga. Mana ada duit mahu kasi belanja...”

“Kami tahulah Muthu..... nanti balik kau tumpang aku” kata Jo... emaknya boleh membawa kereta dan selalu menghantar Muthu balik ke kem. Walaupun ayah Jo pegawai tentera... tapi keluarga mereka tidak sombong.... malah selalu menjemput kami datang ke rumahnya untuk makan-makan.. malah kadang-kadang memberi kami wang saku terutama kepada Muthu. Muthu anak ketiga dari 6 orang adik beradik.... 2 abangnya masih bersekolah.. manakala 2 adik perempuan Muthu juga bersekolah yang sama dengan kami. Emak Muthu tidak bekerja tetapi selalu mengambil upah membersihkan halaman rumah pegawai atau mengambil upah dobi. Muthu selalu membawa bekal ke sekolah dan berjalan kaki dari rumah sejauh 5 kilometer ( rumah setinggan.. berhampiran tempat ayah Muthu selalu bekerja... kem pusat latihan menembak tepat dimana ayah Jo menjadi pegawai ).

“Macamana kau boleh lepas dari singa tu?” tanya Jo.

“Hahahahaahahhahahahaha...... aku buat muka kesian.. rayu-rayu gitu. Perempuan ini... mudah kesian.”

“Perghhhhh.. aku nak belajarlah dari kau... manalah tahu aku lambat juga nanti,”

“Hahahahahahahaha.. itu aku jer yang boleh pakai” loceng tamat rehat berbunyi,,,, kami mengemas dan kembali ke kelas.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.