Home Novel Keluarga Zaidi main untuk Manchester!!!!!!
Bab 3 ; Nadiya dan lewat

Bab 3

Lewat

Besoknya aku terlewat ke sekolah... emak terpaksa mencurahkan aku dengan air sejuk untuk membangunkan aku. Aku pada mulanya ingin bercuti sahaja daripada pergi ke sekolah.. tapi apabila emak mula mencari rotan panjang yang selalu digunakan untuk merotanku... secara automatik aku terbangun dan pergi ke bilik air. Selepas mandi... dengan tidak sempat sarapan lagi.. aku terus mencapai basikal untuk ke sekolah yang terletak kira-kira 1 kilometer dari rumah aku. Untuk pengetahuan pembaca.... kami sekeluarga tinggal di berek tentera di Kamunting Taiping. Ayahku seorang Koperal Kor Meriam di sini.. emak aku pula merupakan seorang jururawat tentera di kem ini dan bekerja di kor kesihatan. Ayahku berasal dari Pulau Pinang ( anak mamu ) manakala emakku berasal dari Seremban, Negeri Sembilan. Sudah 4 tahun ayah bertugas disini. Sebelum ini ayah bertugas di Sabah selama 8 tahun sebaik sahaja berkahwin dengan mak ( apabila aku dilahirkan... aku dijaga oleh atuk dan nenek di kampung mak di Lenggeng ). Malah aku juga sempat bersekolah tadika dan rendah di Lenggeng sebelum aku mengikut ayah dan mak ke Taiping dan seterusnya menetap bersama mereka.

Ayah kini sudah berusia 36 tahun dan ada 5 tahun lagi perkhidmatan. Aku ada 3 orang adik di bawahku.. yang sulong adalah aku berusia 12 tahun.... yang tengah berusia 10 tahun ( Angah ) manakala yang bongsu perempuan baru berusia 3 bulan. Ayah berkata, tahun hadapan dia mahu kembali ke Negeri Sembilan dan seterusnya bersara di sana. Katanya arwah atuk telah mewasiatkan sebidang tanah sawah. Ayah bercadang untuk mengusahakan tanah tersebut dengan tanaman. Hendak mengharapkan pencen berapalah sangat.... memang tidak cukup.

Aku sampai ke Sekolah rendah Pokok Assam Kamunting pukul 7.35 pagi.. dari jauh aku lihat Pengawas perempuan yang garang macam Singa Betina si Nadiya sudah terpacak di hadapan pintu masuk sekolah untuk mengambil nama mereka yang lewat ke sekolah ( Si Nadiya ini juga merupakan kawan sekelas aku.. kami memang selalu bergaduh apabila berjumpa..... tapi dia ni boleh tahan cun jugak... tapi masa tu aku budak-budak lagi.... mana ada perasaan cinta-cinta ni... Nadiya merupakan anak doktor tempat emak aku bekerja... memang pandai dan menjadi harapan sekolah.. selain itu... Nadiya ini merangkap mata dan telinga mak aku di sekolah ini,,,, apa yang aku buat di sekolah ini.. kiranya mak aku akan tahu juga walaupun aku cuba sorokkan daripada pengetahuannya ). Sampai dimuka pintu ;

“Ha... Andy Cole... lewat ker? Pagi tadi tengok bola sampai pagi?” sergahnya....

“Banyak ceritalah kau Nadiya..... kau apa tahu pasal bola. Yang hang tahu asyik dok baca buku kat perpustakaan je.. takdak life langsung.”

“Mestilah baca buku.... aku taknak masa depan aku gelap.... hanya pelajaran yang boleh jamin masa depan kita tau.. aku nak masuk Universiti tau. Aku hendak ambil medik.”

“Main bola tidak boleh masuk universiti ker?” tanyaku.

“Kau sebut kat aku.. siapa pemain bola di Malaysia ini yang masuk Universiti” eeeee.. geramnya aku. Ada sahaja hujahnya;

“Yela,,, yela.. kau menanglah.... aku sudah lewat ni.. tepi sikit boleh tak?” aku menyosong basikalku melintasinya.. Nadiya cepat-cepat memegang pemegang basikalku;

“Awatnya lagi” kataku malas.

“IIIIIiiiiii... hang sudah lewat 10 minit. Jumpa cikgu Zakaria dulu” katanya....

“Ala hang ni.. aku baru la ni lewat 10 minit.... dalam tahun ni baru sekali.. lagipun aku terlewat bangun tadi. Bagilah aku sekali ni lepas.... aku asyik kena dari mak aku pasai laporan-laporan risikan yang hang bagi tu.. bagilah aku lepas kali ni Nadiya... tolong” aku membuat muka kesian di hadapan Nadiya. Nadiya mengetip bibirnya;

“Padan muka hang.. hang tu yang jahat.. tak dok diam. Aku reportlah.”

“Ala.. tolonglah.. lelaki... memanglah lasak. Mana nak dok diam... lagipun ini tahun terakhir kita di sekolah ini. Nak UPSR.. takkan kau nak biarkan anak emak angkat kau ni tercalar rekodnya. Tolong Nadiya,.... pliz” Nadiya terdiam... mungkin memikirkan kata-kataku tadi.

“Dah.. pergi cepat.. pandai-pandailah kau nak mengelak dari kena tangkap dari Cikgu Zakaria” cantik.

“Terima kasih” aku menyorong basikalku ke tempat meletak basikal. Kemudian aku meletakkan beg di dalam kelas.. seterusnya aku masuk senyap-senyap ke dewan perhimpunan. Malah aku dengan selambanya beratur di belakang barisan kelas aku. Dan seperti biasa, di barisan belakang ada Jo, Muthu dan Ahmad.. mereka bertiga termasuk aku merupakan kutu di kelas.. selalu membuat kecoh dan kelakar di kelas. Yelah.... kami ditempatkan di kelas yang paling pandai di kelas ini.. memang mati kutu duduk dalam kelas ini.. jadi kamilah yang menjadi penyeri suasana dan selalu menimbulkan kekecohan di dalam kelas. Tapi gila-gila kami pun... takdelah sampai menjadi gangster di sekolah.... kamipun bukanlah antara pelajar yang tercorot di kelas. Kami mula berkenalan apabila aku mula sampai disini semasa darjah 3.. kami sekepala dan memang mempunyai minat yang sama... iaitu bola. Tapi pasukan yang kami sokong sangat berbeza antara satu sama lain. Aku minat Manchester, Jo minat Chelsea, Muthu Liverpool ( yang aku selalu sebut loserfool ) manakala Ahmad minat Arsenal. Boleh dikatakan kami sering mengejek atau merendah-rendahkan pasukan lawan masing-masing;

“Di... asal lambat?” tanya Ahmad yang beratur di hadapanku.

“Bola semalam punya pasallah” jawabku.

“Menang tak?” tanya Muthu.

“Of Courselah... Championkan. Eihhh... kau tak tengok ker Muthu?”

“TV juga ada tengok saya.”

“Hahahahahahahahahahahahahaha” kami ketawa.

“Nampaknya ada yang seronok benar di belakang barisan kelas tahun 6 tu..... kamu berempat yang ketawa tadi mari ke hadapan” kata penolong kanan yang sedang memberi ucapan tadi berhenti apabila mendengar ketawa kami. Habislah kami..... nak tak nak kami bertiga ke hadapan pentas di dewan.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh NaimTamdjis