“Rahsia...... kamu semua ambil dahulu.. kemudian kita beritahu sama-sama.
Tak syoklah kamu tahu keputusan aku.. aku tidak tahu keputusan kamu” kami
mengangguk.. kemudian Jo pula mengambil keputusan, diikuti oleh Ahmad dan akhir
sekali aku.
“Andy Cole..... tahniah..
keputusan awak tidaklah teruk sangat” Cikgu Yati memberikan slip keputusan aku.
Aku membacanya... alhamdulillah. Kemudian selepas mengucapkan terima kasih dan
mendapatkan borang kemasukan ke sekolah menengah daripada Cikgu Yati.. aku
bergegas mendapatkan mereka bertiga yang berada di hujung dewan. Dari jauh aku
ternampak Nadiya turut serta bersama kawan aku bertiga.
“Macamana Andy
keputusan?” tanya Muthu.
“Macamni.. apa kata
Nadiya dulu tunjuk keputusan dia. Sebab Nadiya yang ambil keputusan dulukan..
kemudian Muthu, Jo, Ahmad dan akhir sekali aku” cadangku.. mereka semua mengangguk
setuju.
“Baiklah.... Nadiya dapat
5 A dan menjadi pelajar terbaik sekolah dalam keputusan UPSR tahun ini” Nadiya
menunjukkan keputusan dan sijil pelajar terbaik sekolah. Memang sudah dijangka
bahawa Nadiya adalah pelajar terbaik sekolah dan mendapat keputusan cemerlang.
“Kamu pula Muthu?” Muthu
menunjukkan keputusannya
“Saya 3A 2B... dua kertas
bahasa saya sedikit kurang. Matematik dan Bahasa Inggeris ada bagus juga”
katanya menunjukkan keputusannya.
“Tahniah Muthu.......
Jo?”
“Tadaa...... 3A 2B juga”
Jo menunjukkan keputusannya. Ternyata Jo mendapat B di dalam kertas Sains dan
Matematik. Bahasa inggeris pula Jo boleh dapat A,
“Ahmad?”
“Aku dapat 3A 2B juga...
sama macam Jo. Jo kau tiru aku ker? Sama sahaja keputusan aku dengan kau.”
“Banyaklah kau punya
tiru.. masa periksa.. aku dok kelas lain.. kamu duduk kelas lain.. tiru apanya.
Kamu pula Andy?” aku menunjukkan keputusan peperiksaanku.
“Perghhhhhhhhh... 4A
1B....... kertas Inggeris kamu yang dapat B. Power kau Andy. Kau pakai bomoh
ker?” kata Ahmad.
“Hahahaahahahahaha.. see
the leg la. Mana pakai bomoh-bomoh ni. Disebabkan antara kita berempat
keputusan aku yang paling bagus.. maka kamu semua kena belanja aku makan.”
“Tolong sikit ye... aku
yang paling cemerlang sekali.. kamu semualah yang patut belanja aku makan” kata
Nadiya tidak bersetuju.
“Heloo cik Nadiya.......
bila masa pula cik Nadiya masuk kumpulan atau geng berek 101 ni? Setahu kita
berempat je yang jadi ahli seumur hidup kumpulan ini” tingkahku.
“Tak kisahlah ahli atau
tidak... yang penting disebabkan pertolongan aku. Kamu semua berjaya tahu.”
“Yelah cik Nadiya... kami
belanja ais kepal selepas sekolah. Terima kasih atas bantuan cik Nadiya... kami
semua ada A. Kalau tak lingkup kami” kata Muthu.
“Ais kepal je?” tanyanya tidak berpuashati,
“Kami semua ni bukan anak
Doktor macam cik Nadiya... duit belanjapun seringgit. Lainlah cik Nadiya.. duit
saku bulanan sahaja sudah 50 ringgit. Muthu ni hari-hari bawa bekal. Balikpun
tumpang Jo.. kan Muthu” Muthu mengangguk.... dia membuat muka kesian. Nadiya
memandang aku dengan pandangan jengkel.
“Yela.. yela... ais kelap
pun ais kepallah la” kemudian kami berjumpa dengan kawan yang lainnya.
Alhamdulillah,, semua rakan-rakan kelas kami lulus. Sekurang-kurangnya ada satu
A di dalam keputusan mereka. Aku cuba juga mengorek keputusan Sazali dan
kawan-kawannya... nak tanya Sazali tak berani aku,... mesti dia nak gaduh
dengan aku.... hasil risikan aku... Sazali gagal dalam 2 matapelajaran dan
mendapat B dalam kedua-dua kertas bahasa. Oklah tu.
{{{{{{{{{{{{{{{
Selepas makan cendol ( akhirnya Nadiya terpaksa membayar cendol kami
kerana kami tidak mempunyai cukup wang untuk membayarnya ), aku terus balik ke
rumah. Aku lihat ayah dan mak berada di rumah. Aku kehairanan ( tidak kerja ke
mak dan ayah aku hari ini?). aku memberi salam dan salamku dijawab oleh ayah.
“Ha long... bagaimana keputusan
kamu?” tanya mak.
“Mak dengan ayah tak
kerja ker?” tanyaku.
“Kerja.. Cuma kami ambil
cuti setengah hari. Kami berdua hendak juga tahu keputusan kamu” aku mengambil slip
keputusan didalam beg galasku dan memberikan kepada emak. Emak mengambil dan
membacanya.
“Alhamdulillah tahniah
long..... bang... along dapat 4A satu B bang” kata emak kepada ayah.
“Iya... syukur” ayah
mengambil keputusan dari tangan mak aku.. emak memelukku. Aku mengeluarkan
borang kemasukan sekolah menengah untuk diisi oleh kedua ibubapaku.
“Ayah.. ini borang
kemasukan ke sekolah menengah..... ayah nak masukkan along ke sekolah mana
yah?” ayah mengambil borang yang aku hulurkan. Ayah memikirkan sejenak.
“Kamu hendak masuk
sekolah mana?” soalan dijawab dengan soalan.
“Paknya... kan kita
hendak berpindah ke Negeri Sembilan.. awak dah lupa ke pertukaran kita sudah
diluluskan.”
“Iya tak ya juga.. lupa
pula. Long, tahun depan kita semua kena berpindah ke Negeri Sembilan. Mak
dengan ayah sudah dapat kebenaran berpindah... ayah ke kem meriam di Ampangan
manakala mak ke kem di Rasah. Jadi kita kena pilih sekolah menengah di Negeri Sembilan..
senang sikit hendak memantau kamu ini.”
“Abang.. pilihan pertama
dan kedua ini kita pilih sekolah asrama. Manakala pilihan ketiga kita pilih
sekolah biasa... sekolah di Lenggeng” cadang emakku.
“Kita duduk di Lenggeng
ke mak?”
“Iyalah.. rumah arwah
atuk kamukan ada... buat apa mahu sewa rumah lain. Tak bertunggu rumah arwah
atuk kamu tu sekarang.”
“Oooooo yeke” arwah atuk
meninggal setahun yang lepas akibat sakit tua. Dia telah mewariskan tanah rumah
dan juga tanah sawah kepada emak.
“Emak dengar kamu mahu
sekolah orang putih. Sekolah KGV.. betul ke long” ini mesti kerja Nadiya ni....
adui dia ni kalau sehari tak beri laporan kepada emakku tak boleh ker?
“Ya mak.”
“Mak setuju... sekolah
kedua kamu hendak pilih sekolah apa?” perghhhh lega mak aku setuju.
“Sayapun tak tahu........
ikut mak dengan ayah.”
“Kalau kita minta Sekolah
Dato Abdul Razak macamana? Dekat juga dengan tempat kerja abang.”
“Ok juga tu” kemudian
bapa aku mula mengisi borang. Setelah siap aku menyemaknya. Pilihan pertama
KGV, kedua SDAR dan yang ketiga sekolah biasa... Dato Kelana Putra Lenggeng.