Home Novel Keluarga Zaidi main untuk Manchester!!!!!!
Bab 9 full ; mendaftar masuk sekolah baru

Bab 9

Mendaftar masuk di asrama

Pertengahan Januari tahun 2000, hari dimana aku mendaftar masuk ke sekolah baru ini. Aku segak memakai pakaian baru dan juga kasut baru mendaftar di dewan sekolah sebelum dibawa ke asrama oleh abang senior. Hari ini pihak asrama membenarkan keluarga untuk menemani anak masing-masing ke asrama. Aku ditempatkan di blok C asrama yang terletak di belakang bangunan sekolah. Emak menyusun baju aku ke dalam almari, manakala aku mengambil kesempatan untuk berkenal-kenalan dengan rakan baruku yang sebilik. Ternyata semua pelajar yang ditempatkan di dorm ini merupakan pelajar baru tahun satu.. setiap Dorm mempunyai 6 katil 2 tingkat... ini bererti ada 12 penghuni di dalam satu dorm.

Tepat pukul 11 pagi... semua pelajar baru diminta ke dewan sekolah untuk mendengar taklimat. Keluarga juga dibenarkan untuk menghadiri taklimat ini. Aku beratur di kelas yang aku tempatkan.. kelas 1B... kelas kedua terbaik.... kelas terbaik adalah kelas 1A dimana semua pelajarnya mendapat 5A didalam peperiksaan UPSR. Aku lihat komposisi pelajar di kelas aku agak seimbang... melayu merangkumi 60%.. Cina 30% manakala India 10%. Maklumlah.... sekolah ini adalah sekolah Inggeris. Malah aku lihat kaum bukan melayu lebih selesa berbual di dalam bahasa inggeris.... aku nampaknya kena belajar dan mengadaptasi suasana sebegini. Aku juga telah mendapat kawan baru di kelas... setakat ini aku kenal 4 orang ( kesemuanya lelaki ) iaitu Sofian, Brian Joe, Yap dan juga Raja Izwan. Kawan lain aku masih tidak sempat berkenalan... mungkin selepas masuk ke kelas.. aku akan sempat berkenalan dengan semua rakan sekelasku.

Hasil perbualan ringkas dengan keempat-empat mereka, aku mendapati bahawa mereka semua adalah anak-anak dari keluarga elit.. hanya seorang sahaja yang berasal dari keluarga sederhana seperti aku iaitu Raja Izwan. Ayahnya pembantu am di sebuah sekolah di Mantin. Sofian ayahnya seorang jurutera TNB, Brian Joe pula ayahnya seorang Doktor manakala Yap pula keluarganya terlibat dalam sektor perniagaan. Tapi mereka tidak pernah sombong dan baik sahaja apabila aku menegur mereka. Malah keluarga mereka juga ramah berkenalan dengan keluarga aku. Majlis taklimat dimulakan dengan bacaan doa, diikuti pula dengan ucapan oleh penolong kanan 1... Cikgu Zawawi... beliau mengucapkan selamat datang dan seterusnya menerangkan peraturan asrama dan juga sekolah. Setelah tamat ucapan oleh Cikgu Zawawi.......... Tuan Pengetua pula memberikan ucapan. Selain mengucapkan tahniah dan selamat datang, Tuan Pengetua juga menerangkan serba sedikit pencapaian sekolah dari segi akademik dan ko kurikulum. Paling mengujakan aku apabila pasukan bolasepak sekolah adalah juara peringkat negeri bagi kategori 17 tahun piala Milo.

“Asal kamu tersenyum Zaidi?” tanya Raja Izwan.

“Kamu tahu sebab apa saya masuk sekolah ini Raja?”

“Why?” tanya Brian menyampuk.

“Sebab Zaidi nak main bola” kataku

“Ha!!! Apa... orang lain sibuk masuk sekolah ini sebab hendak jadi Doktor, Peguam, Majistret.... kamu sibuk hendak menjadi pemain bola?” tanya Yap kehairanan.

“Ya....”

“Dulu kamu sekolah rendah main bola ker?” tanya Raja Izwan.

“Ya...saya mewakili sekolah sehingga menjadi naib johan peringkat negeri... kamu jangan main-main. Saya hampir masuk pemilihan mewakili negeri.. tapi emak saya tidak memberi izin” aku memandang ke belakang untuk melihat emakku.

“Why your mom not allowed you go to that selection” tanya Brian.

“Typical thinking Brian... biasalah.. orang tuakan.. dia mana hendak lihat bola ini ada masa depan. Emak saya lebih pentingkan pelajaran dari sukan. Katanya bola tidak membawa saya kemana-mana.”

“Jadi, Zaidi hendak masuk sekolah ini semata-mata hendak main bola?”

“Tidaklah begitu.... saya tetap akan belajar bersungguh-sungguh.. lagipun saya sudah janji dengan mak saya. kamu semua tidak minat sukan ker? Takkan kita hanya belajar sahaja di sekolah ini.”

“I loved Taekwando....... mungkin saya masuk kelab taekwando sekolah. I got blue belt you know” kata Brian.

“Oooooo” kataku.. nampaknya kalau gaduh dengan Brian ini kena hati-hati.. takut ditaekwandonya aku ni.

“Aku minat Ping Pong.. tapi tidaklah sampai wakili sekolah. hanya sekadar suka-suka sahaja mengisi masa lapang... kadang-kadang main Tenis juga dengan ayah. Di rumah ayah Sofian belikan Sofian meja ping pong... tiap hujung minggu kami akan berlawan dengan keluarga” kata Sofian.

“Aku minat ragbi... aku pilih sekolah inipun pasal pasukan ragbinya antara terkuat di Negeri Sembilan... kau tengoklah badan aku ni.. sesuaikan” memang sesuai Raja bermain ragbi.. badannya 2 kali lebih besar daripada aku.

“Kamu Yap?”

“I???? I loved played Badminton.. dulu.. saya top 8 perseorangan bawah 12 tahun Negeri Sembilan” kemudian kami terus mendengar ucapan Pengetua.... nampaknya pencapaian akademik di sekolah ini adalah yang terbaik di Negeri Sembilan. Kelulusan pencapaian PMR semua A 60 peratus manakala semua A dalam SPM mencecah hampir 70 peratus... wow.. aku tidak percaya apa yang aku dengar....... patutlah ibubapa di sini berasa bangga jika anaknya dapat masuk kesekolah ini.

{{{{{{{{{{{{{{{{{

Malam itu selepas solat Maghrib... kami telah dipanggil ke dewan asrama untuk sesi perkenalan dengan warden dan juga dengan abang senior merangkap pengawas asrama ( mereka juga adalah pengawas di sekolah ). Yang menghairankan kami.. yang dipanggil hanyalah pelajar baru asrama lelaki... kenapa pelajar perempuan tidak kena panggil pula?. Sesi taklimat diberikan oleh ketua warden Cikgu Karim ( umur dalam lingkungan 30an.. sudah berkahwin dan agak garang juga dengar ceritanya ). Dia menerangkan peraturan asrama dan juga apa perkara yang kami tidak boleh buat di asrama. semasa Cikgu Karim berucap, tiada seorangpun yang berani bersuara kerana takut disergah oleh Cikgu Karim ( aku mendengar cerita bahawa abang Brian yang kini berada di tingkatan 3 di sekolah ini pernah ditampar oleh Cikgu Karim pada hari pertama orienatasi asrama kerana bercakap semasa Cikgu Karim memberikan taklimat ). Jadi dari mengelakkan perkara tersebut berlaku, kami hanya membisu seribu bahasa sahaja. Selepas sejam dia berucap, tiba ketua pengawas asrama pula mengambilalih untuk memberi taklimat kepada kami.. aku melihat semua warden dan Cikgu Karim keluar daripada dewan asrama... pasal apa pulak ni?

“Sekarang tibalah pula tradisi asrama Georgian” kata Brian perlahan... aku mengerut dahi tanda tidak faham.

“Apa? Tradisi Georgian?” tanyaku.

“Look and see ok” kata Brian tersenyum.

“Bagitahu la apa dia Brian.”

“Syhhhhhh... i beritahu nanti tak syoklah” kata Brian.

“Baiklah.. sekarang ini tibalah masa kita... semua senior akan membuat aktiviti tradisi yang memang selalu dibuat setiap tahun kepada pelajar-pelajar baru asrama Georgian. Mungkin ada yang sudah tahu... mungkin ada yang belum tahu. Pertama..... kita akan membaca ikrar taat setia kepada Raja, negara dan juga sekolah. Bacaan ikrar akan diketuai oleh Brian Joe” kata ketua pengawas asrama... abang Solihin. Brian Joe ke depan pentas dan membaca ikrar di dalam bahasa inggeris.. kami mengangkat tangan dan mengikut sahaja ikrar yang dilafazkan oleh Brian Joe walaupun lidah aku terbelit-belit menyebut ikrar dalam bahasa inggeris. Setelah bacaan ikrar, Brian Joe kembali semula ke dalam barisan kami.

“Baiklah.. setelah ikrar... tradisi yang kedua adalah memberikan gelaran kepada kamu semua dalam bahasa inggeris.... gelaran ini akan digunakan semasa kita di asrama dan juga di sekolah. Kamu tidak dibenarkan menggunakan nama kamu semasa berkomunikasi sesama kita. Macam saya... kamu semua tahukan nama saya... apa nama saya.. sebut semua,”

“Soley” kata semua penghuni baru... Soley... macam nama India lah pula. Aku lihat abang Soley tersengih.

“Baiklah... panggil saya abang Soley selepas ini ya. Kami akan turun untuk beri nama omputih kamu... pikirlah nama yang sesuai atau kami yang akan beri sesuka hati kami untuk panggil kamu. Saya bagi masa 3 minit untuk fikir sebelum kami daftar dalam buku ini” kata abang Soley sambil menayangkan buku peraturan yang semakin lusuh. Alamak.... apa nama aku hendak pakai ni..... alamak... macamana boleh lupa pulak... Andy Colelah... semua orang kat sekolah aku dah panggil dengan nama tu. Gunakanlah jelah nama tu.. glamor juga apa;

“Kau pakai nama apa Brian?” tanyaku.

“Jo... just call me Jo” macam nama kawan aku masa sekolah rendah pula. Tidak lama kemudian kemudian, abang senior turun untuk mendaftarkan nama orang putih kami. Bila tiba giliran Raja Izwan,,, abang Soley bertanya;

“Nak panggil apa?”

“King.. boleh abang Soley” katanya.

“Why King?” tanya abang Soley.

“Sebab nama melayu saya Raja Izwan... so King is much better” betul juga.

“Ok King” abang Soley menulis nama baru Raja Izwan.

“Kamu pula” tanya abang Soley kepada Brian.

“Just Call me Joe” katanya dengan penuh yakin.

“Are you Sandurai brother?” tanya abang Soley.

“Yup” jawab Jo.

“Ohhhhh.” Kemudian abang Soley beralih pula kepada Yap.

“Yap... u sudah ada nama orang putih?”

“Can i use Yap? I comfortable use that name. Ada Ong kata orang cina” abang Soley memandang Yap.

“Jadi kamu tidak ada nama yang sesuai?”

“Nope.”

“This is Georgian tradition Yap... student in this school do not using their original name. If you dont have idea what should we call you. I will named it” kata abang Soley tegas.

“But” kata Yap cuba membantah.

“I call you Ah Loy”

“What? Ah Loy???” Yap membuntangkan matanya.

“Yup... that we all called you now.. Ah Loy.”

“That not British name...”

“Yap also not British name. That my final decisions..... i call you Ah Loy. Seperti yang abang sebut tadi.... jika kamu tidak boleh memberikan nama panggilan kamu... maka pengawas akan memberikan nama panggilan bagi pelajar tersebut... tidak kiralah nama itu orang putih atau tidak” tegas abang Soley.

“But why Ah Loy” tanya Yap.

“Kamu tidak pernah dengar kapitan Yap Ah Loy... orang kaya tu... kamu kata nama kamu mahu ong kan... so onglah nama tu” abang Soley terus mencatat nama baru Yap di bukunya. Yap hanya melihat sahaja tanpa membantah. Kemudian abang Soley menuju kearahku;

“Nama baru?” tanyanya.

“Andy Cole” kataku yakin.... dia melihat aku dari atas ke bawah.

“Andy Cole? Pemain bola Manchester?”

“Ya abang Soley,”

“Kenapa?”

“Sebab saya minat dengan Manchester dan Andy Cole. Kat kampung semua perli panggil saya Andy Cole bang” jelasku.

“Macam-macamlah hang ni. Nasib baik tak Beckham... kalau tak semua gelakkan hang” abang Soley terus menuliskan namaku di dalam bukunya. Kemudian dia pergi ke barisan seterusnya untuk mencatatkan nama orang lain... terlupa pula... Sofian menggunakan nama Soft.. malas aku hendak bertanya kenapa panggil dia Soft;

“Ah Loy... hau liao ooo u punya nama” kata King tersenyum.

“Haiya... guapun losing tadi... tapi Ah Loy pun ok juga... ada ong,”

“Ah Loy macam nama apek kedai runcit” kataku.

“Andy Cole.. you punya nama macam negro” kata Ah Loy membalas... mungkin bengang dengan kata-kataku tadi.

“Hahahahahahahahahahahahaha. King.. perghhhh ganas siot. Macam nama bapak ketua gangster ooooo” kata Soft.

“Hahahahahahahahahahaha” kami semua ketawa... maka mulai haritu secara rasminya kami mengunakan nama gelaran masing-masing.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.