Bab 4
Tertangkap
tidur dalam kelas
Pukul 12 tengahari.. sejam setengah lagi sesi sekolah akan tamat. Tapi
mata aku, aku rasakan amat berat sekali untuk membukanya. Sekarang waktu Cikgu
Sofia mengajar matapelajaran Kajian Tempatan....... semakin lama mataku semakin
layu...........
“Bangun Zaidi.. Zaidi..
bangun” aku mengeliat. Aku membuka mataku...... Cikgu Sofiah berhenti mengagau
bahuku.
“Sekarang Zaidi.. awak
pergi cuci muka.. selepas itu ikut saya pergi jumpa cikgu disiplin” adui.. kena
juga aku hari ini dengan Cikgu Zakaria. Aku bangun dengan lemah ke tandas untuk
mencuci muka. Selepas aku mencuci muka,,, aku berjumpa dengan Cikgu Sofia
semula.. kemudian kami berdua bergerak ke arah bilik Guru Disiplin... Cikgu
Sofia masuk dan berbincang dengan Cikgu Zakaria... mungkin menerangkan tentang
hal aku tertidur di dalam kelas tadi. Seketika kemudian Cikgu Sofia keluar...
setelah itu aku dipanggil masuk ke dalam bilik oleh Cikgu Zakaria;
“Duduklah Zaidi” pelawa
cikgu Zakaria. Aku duduk di kerusi berhadapan dengan Cikgu Zakaria. Ibarat
pesalah sedang menanti hukuman dari tuan Hakim.
“Pasai apalah hang lagu
ni.. pagi tadi hang datang lewat... pastu hang buat bising masa perhimpunan...
lani hang tiduq dalam kelas pulak. Apa masalah hang harini? Hang mandi ke tidak
pagi ni?” tanya Cikgu Zakaria dengan loghat utara yang pekat. Aduh.... mana Cikgu
Zakaria tahu aku lewat ni. Ini mesti si Nadiya pergi beritahu Cikgu
Zakaria..... siot jer....
“Saya.. saya” kataku
tergagap-gagap.
“Hang cakap terus
terang... cikgu bukan suka hati nak rotan orang. Hang cuba bagi tahu apa alasan
hang” nampaknya terpaksalah aku berterus terang...
“Sebenarnya cikgu.. saya
tengok bola pagi tadi... Manchester lawan Bayern. Saya tidur lewat cikgu....
sebab itu saya bangun lambat... lambat sampai sekolah.... sampai tertidur dalam
kelas. Saya mengantuk sangat cikgu.. maafkan saya” aku menjawab jujur.. dah
salah... tak payahlah hendak menipu.
“Andy Cole ni nama hang
ka?” aik... mana cikgu tahu nama samaran aku. Cikgu Zakaria memberi aku satu
buku nota. Aku membacanya.. tercatat nama-nama pelajar yang lewat datang ke
sekolah pada hari itu.. nama Jo pun ada..... tapi yang tak tahannya nama aku
ditulis sebagai Andy Cole.
“Siapa yang tulis nama
Andy Cole ni cikgu?”
“Sapa lagi....
Nadiyalah.. kawan sekelas awak tu” aku dah agak dah... dia memang saja nak
pekena aku ni. Ikutkan hati aku.......
“Saya tak suruhpun dia
tulis nama saya sebagai Andy cole cikgu.”
“Ya.. cikgu tahu.....
Nadiya memang saja nak kenakan awak. Awak memang minat sangat dengan bola ye
Zaidi?”
“Iya cikgu... memang
minat saya dengan bola”
“Nak minat bola boleh....
takde siapa yang melarang. Tapi kamu tu masih belajar lagi... keutamaan kamu
sebagai pelajar adalah belajar... bukan bermain bola. Tengok bola pagi-pagi
buta sampai tertidur dalam kelas.. lewat. Kamu kena pandai bahagikan masa” aku
terdiam..menghadam nasihat Cikgu Zakaria.
“Lagipun tahun ini kamu
ada peperiksaan besar. UPSR... itu lebih penting. Tak salah jika minat sukan..
tapi kamu mesti pentingkan pelajaran juga,”
“Saya paham cikgu.. maafkan
saya.”
“Sebenarnya saya memang
minat tengok cara kamu bermain.. kamu ada skill dan kepantasan.... malah pada
perlawanan akhir peringkat Negeri bulan lepas ... cikgu sebenarnya ada di
padang melihat kamu” aik.. setahu aku... perlawanan akhir bulan lepas antara
sekolah aku dengan sekolah Manjung.. hanya Cikgu Safee (jurulatih), Cikgu Ada (
penolong jurulatih ), Cikgu Salim ( pengurus ) dan Cikgu Arif ( Kitman
merangkap jurulatih kecergasan ) yang mengiringi kami. Tak nampakpun Cikgu
Zakaria.
“Saya tak nampakpun Cikgu
Zakaria?” tanyaku.
“Ada.. tapi saya datang
lewat sikit. Masa itu saya ada mesyuarat di Ipoh.. kan saya tak datang sekolah waktu
tu.. saya pergi mesyuarat di Ipoh” baru aku teringat...
‘A ah... cikgu takde masa
tu... baru saya teringat. Cikgu dok mana?”
“Saya duduk tempat duduk
penonton dengan kawan-kawan saya. Saya tengok kamu ada skill dan beberapa kali berjaya
mengucar kacirkan pertahanan.. tapi kamu terlalu menirulah” meniru?
“Saya meniru?” tanyaku..
aku meniru siapa?
“Kamu meniru stail David
Becham terutama bab mengambil sepakan sudut dan menghantar bola jauh dari
barisan pertahanan terus ke penyerang... kalau menjadi takpelah juga... ini..
aduh... sakit saya melihatnya” hahahahahahahaha.. menang aku meniru cara David
Beckham menghantar bola.... memang semua hantaran aku hancur...... malah kepala
aku ditunjal oleh Cikgu Salim kerana menghantar hantaran sebegitu.. katanya
membazir saja.... dia mengelarkan hantaran tersebut sebagai hantaran “Dok
Bekam”.
“Hahahahahahahahahahaha.....
kelakar bila teringatkan saya dimarahi oleh Cikgu Salim apabila saya sering
gagal menghantar bola.”
“Saya nampak awak kena
tunjal dengan Cikgu Salim”
“Kita kalah cikgu 3-1.”
“Kita boleh menang jika
awak Zaidi boleh hantar bola begitu baik.... separuh masa pertama awak boleh
meloloskan diri dan lari melepasi pertahanan.. kenapa bila sudah kena gol 2
biji awak takde semangat?”
“Entahlah cikgu...
pertahanan mereka berjaya ikat penyerang kita Badrul tu.. si Gopi pula seperti
hilang arah. Cikgukan tahu saya kurang yakin untuk menjaringkan gol.. hanya
tahu bawa bola dengan passing kepada penyerang” itu kelemahan aku..... aku
kurang yakin untuk menjaringkan gol.
“Sebab itu awak kena
berlatih lagi.. awak perlu menjadi seperti pemain eropah.... tidak terikat
dengan peranan awak.. awak boleh jaringkan gol juga.”
“Cikgu dulu main bola
ker?”
“A ah.... cikgu main bola
dulu.. dari sekolah rendah sehingga maktab.... tapi cikgu tidak sebaik kamu....
bola di Malaysia tidak menjanjikan harapan.”
“Ramai orang cakap macam
tu cikgu... emak.. ayah.. arwah atuk.... Nadiya... hina sangat ke main bola
cikgu?”
“Tidak hina jika kamu
main bersungguh-sungguh dan menjadi profesional di luar negara.”
“Maksud cikgu?”
“Bila kamu sudah besar
nanti barulah kamu faham kata-kata cikgu ini... kalau kamu hendak main bola....
kamu main di eropah... masa itu... cikgu akan tarik kata-kata cikgu tadi.”
“Betul ke cikgu? Saya
memang bercita-cita bermain dengan Manchester United cikgu!!!!”
“Itu juga harapan
cikgu... cikgu mahu ada seorang anak murid cikgu yang main dengan Manchester
United.... cikgu akan datang sokong kamu di Old Trafford. Tapi kamu kena lepas
UPSR dulu..... banggakan keluarga kamu dahulu.”
“Memang itu matlamat
saya.. berjaya dalam pelajaran dan juga sukan cikgu” azamku.
“Bagus... kamu boleh
pergi sekarang.. nak balik dah ni.”
“Terima kasih cikgu” aku
bangun untuk kembali ke kelas.
“Ehhh nanti dulu.....
disebabkan kesalahan kamu datang lewat dan tidur dalam kelas.... cikgu mahu
kamu buat satu karangan lebih dari 300 patah perkataan pasal bola... tidak kira
kamu hendak tulis pasal pasukan kesukaan kamu, pemain kesukaan kamu atau apa
sahaja pasal bola. Ok? Cikgu nak pagi-pagi sudah ada di atas meja cikgu.. ok?”
aduh... ni yang lemah ni.
“Baiklah cikgu” kataku
lemah. Kena juga aku......