Bab 34

Pagi itu Humaira hanya bersenang-senang dengan Mak Senah dibelakang rumah. Bahagian rumah dibuat seperti verandah. Tempat basuh kain dansekaligus bilik mandi yang daif yang mereka punya. Tidak mengapalah. Asalkanpunya tempat berteduh. Seekor kera besar datang laju melompat tinggi. Dia pun bergantung di tali ampaian yang sudah kendur. Tali dari wayar elektrik yang diguna semula sebagai penyidai kain itu tidak boleh diketatkan. Plastik yang lembut itu akan terlucut kembali sekiranya kain dijemur. Tambah lagi kain basah hanya disejat, masih berat tidak seperti orang yang menggunakan mesin basuh elektrik. Monyet itu hanya merenung Humaira. Masa itu Mak sudah berlalu ke dapur untuk menyiang ikan.


Humaira semakin galak. Seronok melihat kera yang begitu jinak. Dia sangat meminati haiwan. Semakin disenyum-senyum melihat kera. Kera semakin galak. Ganas, gigi menyeringai. Humaira semakin galak memikirkan kera itugembira dengannya. Namun sebaliknya, kera itu bertukar garang ingin menggigit Humaira. Humaira berdiri keras di situ. Batang penyapu di tepi dinding diambil tangkas. Mujur tidak terjatuh di situ. Jarak tidak sampai semester. Semakindekat. Humaira seolah-olah tergamam. Mulut dinganga luas-luas dan menjeritkuat. Kera itu ketua kawasan. Begitu megah di situ mempermainkan Humaira.Humaira menjerit gagah sehingga Mak terkocoh-kocoh ke belakang. Terkejut besarsehingga kain batik yang dipakai terlurut hingga ke lutut. Tangkas dicekup kain batik dan terus mencari Humaira. Mak terkejut melihat bapak kera yang besar.Bukan jenis beruk. Hanya kera, tetapi besar sekali tidak seperti kebiasaan yang dilihat. Mak dengan cepat mengambil baldi air yang terdekat di kaki.Dipelangkung kera itu, masih tidak bergerak. Sekali lagi Mak membaling dengan kain buruk di situ. Terlekat dimuka kera besar dan dia terus meraba-raba mata.Bengang dan panik tidak dapat melihat, kera itu terus melarikan diri.


Humaira terdiam, terketar-ketar. Masih tercengang dengan apa yangberlaku. Mak memeluk Humaira, sejuk dan pucat mukanya bertukar kuning. Lemah semangat barangkali. Diambil air paip dan diraup pada muka Humaira. Mak selawatdan menghembus-hembus dimukanya. Barulah Humaira mula menangis terkejut.Selepas itu mungkin tidak ada lagi kera yang difikir comel macam anak kucing.


Petang itu Humaira keluar bermain dengan kawan-kawan. Rumah senyap.Mak Senah pula ke rumah Mak Gayah. Abah hanya berbaring di muka pintu.Memikirkan masa depan. Mata terpejam rapat, telinga dipicingkan. Mendengar bunyi unggas. Waktu Asar sudah semakin lewat. Hampir maghrib. Menanti Humaira dan Mak Senah pulang ke rumah. Seharian begitu lama menunggu Mak Senah.

Azan maghrib berkumandang, Mak Senah dan Humaira pulang. Petang itu Mak Senah pergi ‘menurut’ Humaira yang bermain di depan rumah Tok Putih. Ramai pula yang bermain di depan rumah. Seperti mengikut giliran. Mereka tidak berani berkumpul di kawasan rumah mak cik yang garang-garang. Biasanya akan dihalau kerana bermain terlalu bising dengan sorakan dan ketawa yang riuh-rendah. Mak menyambung berbual dengan Tok Putih. Tok Putih sudah tua dan tidak mampu lagi berjalan. Kakinya lumpuh diserang strok. Begitulah dia sehari-hari. Puasmembebelkan cucu-cucunya, akan dibebel pula anak dan menantunya. Masing-masing hanya sesekali memberi jawapan dan jarang menjawab.

Namun begitu, Mak Senah tahu Tok Putih sunyi. Berasa tidak berguna lagi buat sesiapapun. Anak-anak orang yang berlalu dan bermain di situ akan diperhati keluar masuk, pergi dan balik. “Mung mari mane mek? Mari ambik Humaira ke? Buleh tahang jugok tu duk kabak pokok”. Tegur Tok Putih.Mak Senah hanya tersenyum. Mengangguk. Begitu jugalah zaman kanak-kanaknya.Namun tidaklah seindah Humaira yang sangat dikasihi semenjak berada di dalamRahim.


Mak Senah mendongak dan terawang-awang mengingati kisah kanak-kanaknya dulu. Hei Senah, mari lah sini, kite makang kacang butir. Mu nokgi mane tu? Panggil ar saeng mung atek. Senah dan Kiah hanya menurut. Teringinjuga makan kacang rebus yang mahu diberi orang. Hati tidak langsung bersangka buruk. Senah hanya berjalan dan mengambil kacang yang dihulur Lijah. Tanpa berlengah, Senah dan Kiah berlalu dari situ dan pergi duduk di bawah pokok ingin memakan kacang.


Hati pula ragu-ragu. Tiada bau kacang yang dapat dihidu. Tidak mahu bersangka buruk tetapi lain sudah jadinya. Masih berfikir yang baik-baik.Mungkin Lijah dan kawannya mahu berkawan dengan Senah dan Kiah. Kertas surat khabar lama yang dibungkus bentuk kon tirus itu dibuka perlahan. Bimbang bungkusan akan terbuka dan terlurut lalu bertaburan di atas tanah. Senah terus membaling kertas itu jauh dari kaki. Kiah sempat mengelak. Bertaburan danberlambungan objek hitam bulat-bulat itu ke udara dan pasir putih itu. Senah menjeling dan menggumam marah. Masih ditahan-tahan. Kiah juga turut rasa begitu. Namun terus menarik tangan Senah agar tidak melayan Lijah dankawan-kawan.


Lijah sudah tergelak-gelak macam monyet bergantungan di pokok. Kuat dan galak. Tidak memikirkan perasaan dan hati Senah dan Kiah. Walaupun merekasebenarnya sepupu. Ya, sepupu sebelah mak. Namun hubungan bagai orang asing.Hanya kerana mereka orang susah dan bekerja kampung. Anak-anak mengikutperangai ibu ayah yang menghina kesusahan orang lain. Mana tidak tumpah kuahkalau bukan ke nasi. Senah terus menghempas kaki ke tanah. Kiah menarik tangan Senah lalu berlalu dari situ untuk bermain ke tempat lain.


Sungguh sampai hati mereka, kulit kacang dibungkus dengan tahi kambing. Mujur belum lagi sampai ke mulut. Ayah Lijah seorang ustaz di kampung.Namun hanya bermuka-muka. Alim di hadapan orang lain namun di belakang tidakseperti perilaku seorang ustaz. Senah malas mahu melayan. Dia tahu dirinya akankena dengan Mak Melah. Bukan Lijah yang akan dihukum. Senah pedih. Mak Melah begitu menatang penuh hubungan keluarga walaupun dilayan ibarat sampah.


Sesekali Mak Senah tersenyum sendiri lagi. Air liur terasa tawar dikeronkong. Humaira dipanggil pulang. Tidak sedar sudah hampir maghrib. Humaira menurut dan terus berlari. Pergi mendapatkan selipar yang lintang-pukang. Jauh.Selipar dilempar untuk bermain tin tadi. Puas Humaira hari ini. Mak Senahmenunggunya bermain sambil bersembang dengan Tok Putih.


Tapak kaki Humaira hitam legam. Seronok bermain berkaki ayam tanpaberselipar. Terasa dunia dia yang punya. Kerja sekolah yang lain kurangminatnya. Hanya kerja subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang dia minat.Jadi akhirnya yang lain tidak terbuat.


Mak Senah dan Humaira cepat-cepat naik ke atas rumah lantas azan maghrib berkumandang. Muka Abah kelihatan sudah basah berkain pelikat membukakan pintu untuk Mak dan Humaira. Selesai mandi dan berwudhuk. Mak tersenyum lantas diberus dengan berus sabut kaki Humiara. Humaira duduk dimandikan Mak. Seronok dijirus laju begitu. Usai memandikan Humaira, Mak pula mandi kerana waktu itu hari sudah gelap, tiada yang lalu lalang di jalan belakang rumah. Begitulah Mak, bangun sebelum subuh untuk mandi. Tiada yang akan nampak dirinya yang berkemban untuk mandi. Waktu mandi Mak juga terkocoh-kocoh sambil memikirkan Abah yang agak muram. Ah, mungin dia sedang memikirkan sesuatu. 

Previous: Bab 33
Next: Bab 35

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh