Bab 38

Abah masih berfikir-fikir pekerjaan yang perlu dilakukan untuk terus menyara keluarga kecil mereka. Mak tidak lama lagi akan mendapat anak baru.Humaira bakal menjadi kakak. Tidak dapat dipastikan apa yang perlu dia rasa.Gembira atau teruja. Humaira kurang pasti. Masih belum puas bermanja dengan Makdan Abah. Dia selalu buat tidak tahu. Apabila ditanya orang, dia sekadar mengangguk ya, dan terus berlalu. Malas bersoal jawab dengan sesuatu yang dia tidak gemar. “Mak dah bersalin?” Tanya Mak Intan. Mak Intan bukan orang Terengganu. Tetapi berkahwin dengan Pak Azman dengan orang kampung Merchang.Oleh itu, dia masih bercakap luar, Selangor. Humaira kebingungan. “Bersalin? Bersalin baju?”Humaira berfikir sendiri. Dah salin baju agaknya. Dia ke rumah Mak Intansekadar mahu bertemu Aimi. Mahu ajak bermain dengan yang lain. Awak-awak masih tidak cukup. Perlu lebih ramai baru boleh bermain “bola katok”. Salin baju dah Mak Intan. Tak tanhu lah sanya, tapi tadi dah sanlin baju dah masa kelua tadi”Humaira mencuba untuk bercakap seperti orang luar, namun semakin pelik bunyinya. Bersalin itu melahirkan anak. Orang Merchang mana tahu. Humaira terus menanti Aimi untuk siap. Tadi terkocoh-kocoh kawan itu menghabiskan makanan.Terlalu teruja untuk keluar bermain. Dia baru pindah ke Kampung Merchang. Namunsuasana kampung tidak asing bagi dia. Di Selangor juga dia bermain dimana-mana. Berjalan kaki sehingga maghrib, barulah pulang ke rumah. Perasaannyagembira bukan kepalang kerana ada yang mengajak untuk bermain. Sudah siapmembasuh tangan ala kadar, mereka berlalu dari situ. Dihadiahkan gula-gula olehibu Aimi. Gula-gula nissang. Yang dibuat dengan gula merah dan kacang tanah.Sedap dimamah terus dan melekat di gigi rongaknya. Seronok sungguh. Boleh kawanbaru dan gula-gula. Terima kasih Mak Itang! Humaira sambung berjalan memanggilAin dan Wanie pula di rumah mereka.

Mak semakin hari semakin berat tubuhnya. Adik-adik Humaira bakallahir ke dunia tidak lama lagi. Abah masih dengan kerja rencam. Apa sahaja kerja yang minta dibuat akan dibuat. Cuma upah juga tidaklah seberapa. Tidak sampai 15 ringgit. Tapi zaman itu, duit kertas warna merah sudah sangat besarnilainya. Ibarat 50 ringgit. Boleh beli barang dapur untuk seminggu ke duaminggu buat keluarga Mak dan Abah. Alhamdulillah. Kadan-kadang dipanggil untukmengangkat barang, cat rumah, kopek kelapa, angkat barang orang pindah rumah,cabut rumput dan macam-macam lagi. Upah seringgit dua pun sudah cukup asalkankerja.

Mak mengira-ngira kain pasang dan tikar yang ada di dalam bilik.Sudah tidak banyak lagi. Mak jual kecil-kecilan. Rumah ke rumah. Duduk di atas pangkin Mak Gayah. Di situ biasanya tempat berkumpul bagi Mak menjual barangnya. Untung tidaklah besar, tapi dapat menampung perbelanjaan sehari-hari membantu Abah. Humaira hanya memasang telinga. Tolong angkat dari rumah ke rumah. Tidak pernah rasa malu untuk mencari rezeki. Dan begitulah Mak Senah mendidik Humaira. Tidak pernah merasa malu walaupun diejek kawan-kawan. Dia tidak kisah. Walaupun Abah sudah tidak menjual ayam lagi, namun gelaran itu yang masih lagi kekal sehingga kini. Ali Ayang !!!

Untung yang sedikit itu Mak belikan lauk dan keperluan lain untuk membantu Abah. Alhamdulillah pakaian Humaira dan Abah dapat dibeli. Keperluan adik baru juga sudah disediakan sikit-sikit. Kebanyakan orang kampung akan bayar secara ansuran. Mak tidak kisah walaupun agak mengganggu untuk mengambil barang yang lain. Jarang sekali yang akan beli secara tunai dan jelas terus.

“Assalamualaikum, mari la tengok, ada kain nok buka tengok.  Mari derah.”  Mak mengesot perlahan. Sambilmenunggu kawan-kawan menyembang. Hanya mencuba jika ada yang berkenan. 

Previous: Bab 37
Next: Bab 39

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh