Bab 31

Hari Jumaat. Pagi-pagi lagi selepas subuh di surau, Abah menaikikereta yang separuh lori. Begitulah pada hemat Humaira. Di depan ada dua tempatduduk dan di belakang ada tempat menyimpan barang. Macam lori. Tetapi tidakbegitu panjang. Sebuah kereta yang sudah diubah struktur. Abah pergi mengambilayam dari rumah Pak Cik Awi. Dua bekas ayam hidup dan bekasnya melekat dengantahi ayam. Humaira kagum. Nampak ayam yang bersesak-sesak itu membuatkanpaginya itu lebih cerah dan gembira. Tertanya-tanya apa yang mahu Abah buatdengan ayam-ayam sebanyak itu.


“Rama nye ayang Mok. Nok wak bende ni? Adik nok pegang buleh dok?Gosok-gosok ni, lembut ni Mok dok?,”Humaira terus bertanya dengan soalan yang bertubi-tubi. Neneknya juga adadatang melilau-lilau di situ. Ingin melihat apa pula yang hendak dibuat menantunya kali ini. Selepas itu hilang ke belakang rumah menyiram anak-anak pokok lada. Mak sudah siap dengan air panas di dalam besen yang besar. Bakul dan besen-besen yang lain. Teratur. Hari itu masih gelap. Abah mengasah pisau untuk sembelih semua ayam pada subuh itu juga. Pak Cik Awi hanya memberi modal,tetapi segala kerja buat Abah yang akan selesaikan. “Saye pegang kkemah dohni. Abang bace Bismillah molek,”Mak memegang kemas sayap ayam. Abah sembelih dengan tenang seekor demiseekor. Ayam proses segar terus untuk dipasarkan.


Ayam yang disembelih Mak letak di atas tanah dibiar mati setelahsemua sekali ayam disembelih. Lalu diangkat satu-satu masuk ke dalam besen air.Tanpa mesin Mak dan Abah melakukan kerja-kerja tersebut. Tidak kurang jugaHumaira membantu mencabut bulu-bulu ayam pagi itu. Walaupun ayam masih panas,Mak cepat dan laju mencabut bulu ayam. Lebih mudah dicabut ketika masih panas.Bersih dan tidak berbau. Sakit pinggang bukan kepalang namun begitulah. Bagimencari rezeki. Abah juga menyiapkan kerja-kerja pembersihan, mengutip buluayam dan mengambus darah-darah agar tidak berbau. Bimbang babi hutan akanmencari lauk di situ. Ayam-ayam yang sudah bersih siap diletakkan dalam sebuahbesen yang besar dan dalam. Semuanya seratus ekor. Mak tersenyum lega dapat menyiapkan semua sekali. Pinggang bagai hendak patah tapi harus diteruskan juga.


Kain yang sudah disejatkan pada dinding kayu semalaman diambil Maklalu diletakkan dalam bakul. Tali sidaian yang Abah buat menggunakan wayar yangsudah tidak berguna lagi kelihatan kendur. Tidak dapat ditarik dengan ketatkerana plastik wayar yang licin. Kayu yang dipancangkan juga sudah sengettercacak di tanah.Tanah sudah dipenuhi rumput-rumput yang semakin liar tumbuh.Tali sidaian itu hampir setiap petang akan digayuti keluarga monyet yang tinggal di hutan belakang rumah itu. Ada yang kecil dan ada yang besar.


Mak menyidai baju seperti biasa. Kudrat yang ada untuk membersihkanpakaian dengan tangan sudah membuatkan dirinya biasa. Tangan sudah kecutterendam air terlalu lama hanya dibiarkan sepi. Kulit tangan Mak sudahmenggelupas teruk. Telah lama. Tangan yang dulu lembut kini sudah tidak seperti dulu lagi. Kesan sabun debu dengan berus sabut membuatkan tangan Makkadang-kadang luka dan tergores. Mesin basuh tidak ada. Elektrik hanyadigunakan untuk lampu sahaja menerangkan rumah pada malam hari atau musimhujan.


Abah bersiap-siap dengan t-shirt putih dan kemeja petak biru lenganpanjang. Berseluar slack kain kesat kelabu. Beli bundle. Kain masih bagus danelok. Sesuai untuk buat kerja lasak atau mudah terdedah kepada kotor. Sesuaiseperti sekarang. Humaira sudah bersedia dengan air masak di dalam botol.Berseluar trek dengan baju kurung yang sudah senteng. Sudah Nampak macam alablaus. Tersenyum melihat Abah dengan gaya mengecek untuk mengikut menjual ayam.Abah tersenyum juga. Ada juga yang hendak meneman. Mak juga mahu mengikut.Bosan katanya Humaira tiada di rumah.

Previous: Bab 30
Next: Bab 32

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh