Bab 14

Selesai sudah merekake kelas. Masa pertama pagi itu, mata pelajaran muzik. Belajar not muzik danflute recoder. Satu apa pun tidak masuk dalam kepala Humaira. Anak yang agak berada sudah biasa bermain dengan itu dan tidak dimarahi cikgu. Cikgu Norati.Aduh, bekeng sungguh. Cikgu dari Kelantan itu memang cantik dan bertubuh gempal. Suka dengan baju warna merah dan bergincu merah setiap hari. Dia bergelang emas hampir seluruh lengan. Salah tiup, dicubitnya sehingga menelas. Kalau di tangan boleh tahan lagi sakitnya.Dipulasnya pada perut, sakitnya seperti mahu tercabut usus muda. 


Humaira, Aindan Asniwani sudah terbiasa. Kalau ditanya sudah faham, faham semua. Tahu,sudah tahu semuanya. Apabila di test sorang-sorang, habis sumbang bunyinya lintang pukang habis merecik air liur keluar dari lubang recoder. Merasalahbuah pulasan kat perut tu. Kalau bagitahu cikgu tak faham , dok reti baso sungguh mung ni! Lagi dimarahnya dan dicubit, bukan diajar balik. Aduhai. Begitulah nasib mereka. Jadi, beritahu sahaja sudah faham adalahyang terbaik. Akan jarang sekali dicubit Cikgu Norati. Jarak bilik muzik agak jauh dari kelas. Ia adalah sebahagian dari dewan sekolah. 


Mereka perlu berjalan kaki dalam 50 meter dan menaiki sepuluh anak tangga yang tinggi-tinggi untuk sampai ke sana. Begitu Cikgu Norati. Dia akan ke kelas lain untuk mengajar subjek Bahasa Melayu. Masing-masing sudah berlari hendak masuk ke kelas kerana setelah muzik adalah masa Mr. Tiu. Cikgu matematik mereka. Lagi garangberbanding Cikgu Norati. Humaira dan Asniwani tidak mahu berebut. Hari ini kerja matematik sudah siap. Jadi langkah mereka begitu tenang. Siap mereka menuruni tangga itu, terdengar jeritan Cikgu Norati. Wey, nung tengok nung, CekguNorati glecoh! Jatuh sembang atah tanoh. Cabuk abih kasuk kokah yer! Derahderah mari kite gi tulung! Humaira meminta Asniwani dan Ain membantunya. Yang lain sudah lesap. Mahu digelak pun ada. Ain terkekeh-kekeh.Asniwani hanya menurut. Jika diikut rasa pedih yang masih melekat di perut,pasti sudah lesap juga dia bersama yang lain.

Cikgu Norati hanya berlalu pergi tanpa mengucapkan terima kasih.Mungkin dia malu. Mujur ada murid perempuan yang membantu. Kalau dilihat cikgu lelaki, mungkin lagi lama jadi tontonan. Aduhai Cikgu Norati. Cekgu bekeng sangak, tak dok orang nok ke cekgu. Semoge cekgu jadi orang yang baik!Aming! Asniwani mengaminkan doa. Asniwani lebih matang berbanding Humaira dan Ain kerana adik-beradiknya yang sudah besar-besar. Cikgu Norati tidak menikah lagi dikaitkan dengan emosinya. Cikgu itu sudah mengajar abang-abangnya yang berada di sekolah menengah. Humaira dan Ain hanya tersenyum-senyum. Mereka berlalu ke kelas secepat yang mungkin.

Sampai di kelas, kelihatan enam orang kawan mereka berdiri di atasmeja. Sudah dapat mereka agak mereka tidak menyiapkan kerja sekolah. Mujur Humaira siap. Itu pun dia tiru Ain punya. Humaira tidak pandai matematik. Makdan abah juga tidak sempat menengok kerja sekolah dia. Alhamdulillah, selamak aku. Mr.Tiu pah mane doh? Humaira mencari cikgunya. Tidak kelihatan. Setelah itu tiba-tiba Mr. Tiu muncul dengan satu rotan yang panjang. Cermin mata bulat dengan wajah bengis. Hidung kemek dan mata sepet. Dia tidak suka orang Melayu.Dia marah apabila ditukarkan ke sekolah pedalaman di Terengganu ini. Lagi pula sekolah Melayu. Oleh sebab itu, kemarahan dilepaskan kepada mereka sesuka hati.Guru besar tidak pula mengambil tindakan apa-apa. Barangkali sudah punya guru yang cukup sudah bersyukur. Cikgu mempunyai kuasa besar pada waktu itu. Ada yang baik tetapi jarang-jarang. Untuk kelas corot sepertinya di layan seperti sampah.


Semua masih berdiri. Disuruh mereka turun dari meja. Panggg! Billow! Ditamparnya begitu kuat. Sudah berbekas merah walaupun baru sekejap. Siang ke Adang..dok sangguk aku nok tengok..Perlahan Ain berbisik kepada Humaira. Mereka yang lain hanya menunduk memandang buku.Pura-pura dibelek buku teks yang ada. Tidak mahu kawan mereka yang ditampar merasa malu ditonton depan-depan. Orang lain yang ditampar, mereka yang kecut perut.Sejuk kedua-dua kaki dengan tangan yang berpeluh. Takut dan gerun dengan aksi tamparan  Mr. Tiu. Setelah Adam, giliran Saiful, Malik dan Awang. Dua orang lagi perempuan. Sarah dan Fatimah. Mulut Awang keluar darah. Dia terkancing gigi dengan lidahnya semasa ditampar. Budak lelaki memang malas nak buat. Mereka suka bermain, berlari tak ingat dunia. Kerja sekolah tidak tahu hendak dibuatnya. Sarah dan Fatimah pun kasihan. Ditarik tudung mereka dari belakang sehingga menampakkan rambut dan anak tudung. Malu mereka di hadapankawan-kawan.


Hampir setengah jam mendenda, barulah Mr. Tiu keluar dari kelas.Mujur hanya satu masa sahaja.  Selepas hari itu, masing-masing akan memberi pinjam kerja sekolah yang telah siap kepada yang belum siap. Trauma.

Previous: Bab 13
Next: Bab 15

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh