Bab 28

“Hang kena ikut aku balik minggu depan! Hal ni tak boleh jadi. Hangnak jadi apa? Pesen apa pulak hang jadi lagu ni? Hak luruih bagi luruih, awatjadi bengkok?” Tok Wan Salleh semakin marah melihat Abah yang hanya diam takberkutik.

Mak pun diam. Humaira dan Tok Wan Melur hanya buat tidak dengar apayang disembangkan dua beranak itu. Air kopi dihirup. Roti keras dicecah dengankopi yang masih panas. Nikmat di pagi hari. Cucur penaram yang besar-besardibuka bungkusannya. Humaira tersenyum. Kuih kesukaan buatan nenek yang dirindudimakan dengan lahapnya. Mak juga masih termenung sesekali memasang telingamendengar apa yang dibincangkan.

“Cheq lagu cheq la nak buat lagu mana lagi. Nak pi sana buat apadah bini cheq dengan aak cheq nak makan apa?” Abah berkeras tidak mahumengikut. Mak menggeleng. Kalau hang tak mau pi ikut aku, biaq jabatan agamaambik hang!” Tok Wan Salleh mengugut. Abah menggelabah. Dia kini dalam dilemmadengan permasalahan. Sudah diajak ayahnya berdebat dengan Pak Sohok. Tok  Wan malas mahu berdebat dengan seorang yand sesat bimbang nanti juga cuba disesatkan. Malas mahu membuang masa disitu perihal akidah anaknya yang perludiselamatkan.

Mak merelakan Abah pergi. Duit belanja Tok Wan Salleh tinggalkanuntuk Mak sebanyak dua ratus ringgit. Cukuplah untuk sebulan peninggalan Abahnanti. Untuk kebaikan dirinya.

Petang itu, ada yang memberi salam. “Assalamualaikum!” suara Abah.Itu suara Abah. Humaira kegirangan menyambut Abah di muka pintu. Mak tercengang lantas turun bersalam dengan Abah. Abah tersenyum. Mungkin Abah sudah berubahuntuk kebaikan. Sudah kembali ke jalan yang lurus. Bagaimana yang hak tidak boleh bersama dengan yang batil. Begitu juga sebagai ketua keluarga. Bagaimanamahu membentuk akidah anak dan isteri tanpa hakikat dan syariat Islam yang benar? Begitulah manusia diharapkan beroleh petunjuk dan hidayah. Ditetapkan hati dan mati dalam kebaikan.

Previous: Bab 27
Next: Bab 29

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh