Bab 20

Rumah Asniwanibegitu dekat dengan pantai. Bermain di bawah jambatan kayu adalah kesukaannya.Dia akan mencari telur-telur ikan yang terapung sekitar kaki jambatan. Dimaindengan tangan dan diayak-ayak seperti gam. Bau yang agak busuk dan hanyir tidak dihiraukan. Mungkin telur ikan blotokyang hanya diguna orang untuk memancing. Apabila berada di sekolah dia akanbercerita kepada Humaira dan Ain. Mereka akan rasa begitu teruja untuk bermainsama dengan telur ikan yang diceritakakan Asniwani. Melopong mendengar ceritaAsniwani yang berjumpa dengan bangkai obor-obor, rumpai laut dan ikan yu yanghanyut di sungai. Satu perkara yang belum dirasai Humaira dan Ain. Humaira danAin merasa sangat perlu mereka menjejakkan kaki ke pantai Merchang. Namun,memikirkan abah yang semakin garang dan debber,Ain juga tidak berani mahu mengikut.


Jambatan kayu, bukan seperti sekarang yang sudah dibuat dari besidan simen. Kayu disusun agak jauh bagi langkah kecil seperti Humaira. Paling akhirpergi ke pantai adalah bersama abah dan mak ketika berumur lima tahun. Humairanekad mahu ke pantai dengan Ain. Ternyata bermain telur ikan lebih mengujakanberbanding ketakutan menghadapi abah yang tegas. Dia akan keluar rumah petangitu seperti biasa namun akan terus ke pantai dengan Ain. Humaira berbaju kurungdengan seluar panjang di dalam. Sungguh tidak sabar lagi mahu menyentuh telurikan yang lembik dan likat. Asniwani sudah menunggu di birai air. Hanya ditiang jambatan bahagian bawah. Di situ dia menggamit Ain dan Humaira. Siniade banyok telo ikang, aku tengok doh takdi! Mari ar cepak! Asniwanimemanggil mereka agar lebih cepat. Ain termenung. 


Dia agak kecewa kerana merekahanya perlu bermain di bawah jambatan dan bukan berjalan di atas jambatan kearah pantai dan laut. Namun langkah tetap diteruskan.  Mahu merasa bermain dengan telur ikan. Merekamelipat kaki seluar dan menggigit kaki kain ke mulut. Berjalan perlahan-lahandi dalam air yang cetek, menuju ke salah satu tiang. Baju basah sedikit demisedikit dengan percikan air masin. Kadang-kadang kain dan baju tersentuh airketika mereka terbongkok-bongkok mencari portyang sesuai. Setelah apa yang dicari dijumpai, mereka akan menyauk telur ikandengan tapak tangan dan di bawa ke birai air. Orang kelaut yang melihat adayang tersengih dan ada yang menggeleng. Antaranya kawan mak dan abah yangbekerja bersama. Mereka ingin menuju ke tempat turun ikan petang itu. Inginmemborong yang segar-segar di buat keropok.

Ralit anak-anak itu bermain dengan telur ikan. Bau hanyir dan busuktidak diendah. Mungkin telur ikan blotok atau ikan pemakan sisa. Ikanmakan taik. Hohoho. Hanya ditangkap orang untuk menjadi umpan ikan yang lebihbesar. Seronok mereka. Dilihatnya janin ikan yang agak samar-samar dari lendir-lendir.Ada yang diramas dan dilenyek. Humaira, Ain dan Asniwani akhirnya kebasahan. Merekasudah penat dan dahaga. Mereka membuat keputusan untuk keluar dari bawahjambatan. Air di paras kaki semakin naik. Tanda sudah pasang. Merekamembasuh-basuh kaki dan tangan di gigi air. Pasir melekat kembali dan merekapergi lagi menjawah air di gigi air dan begitulah berulang kaki tanpa sedarmereka bermain air seketika. Tekak semakin haus. Mereka pun pergi dari situ.

Tidak jauh dari jambatan ada sebuah kedai runcit. Humaira menggagaupoket baju kurung. Tadi ada dibawanya duit syiling lapan puluh sen. Sekarangsudah tinggal sekeping lima puluh sen. Digagau dengan jari dan masuk ke dalambucu poket.  Berlubang poketnya. Duit duapuluh sen dan seposen sudah jatuh entah ke mana. Nasib baik duit samah dok ilang.Kite gi wak beli air geh la. Sejuk sikek tekok. Humaira mengajak merekaberdua ke Kedai Bota. Satu-satunya kedai cina yang ada di kampung itu. Air gas strawberry dengan aistiga puluh sen dan sotong keringbergula dua puluh sen. 


Mereka duduk-duduk di tepi kedai, ada bangku panjang disitu. Air diteguk sedikit-sedikit bimbang kehabisan. Ain dan Asniwani pulamemilih untuk membeli aiskirim poli. Warna merah dan hijau bercampur mewarnaigigi dan mulut mereka bertiga. Jam sudah menganjak ke pukul enam petang. Matamereka melilau melihat beberapa keluarga yang agak besar sedang berjalan kakimenuju ke pantai. Ada yang membawa baldi kecil dan tuala. Ada juga yang membawapenyodok. Sedaknye lah kalu aku buleh maeng air lauk! Paka baju mandi, maeng air, berenang klepak-klepak, pahtu wak istane paser. Aduh. Jadi ikang duyong.  Humaira menambah sambil melihat keluarga itu.  Tentunya anak Mak Long Kiah yang tinggal di bandar. Jarang-jarangbermain air laut. Tidak sedar, mereka turut berjalan kaki mengikut di belakang hingga ke pantai. Merentas jambatan kayu tanpa melihat di bawah kayu jambatan jarang-jarang. Gerun sudah hilang entah ke mana. Pantai...


Kaki Ain semakin asyik ke depan untuk berada lebih dalam kedalam air. Mereka semakin seronok. Habis basah berjejeran air masin di kain danseluar mereka sampai ke peha. Sudah tidak ada guna lagi untuk mengangkat kaindan seluar dengan lebih tinggi. Akhirnya mereka hanya melepaskan sahaja danmembiarkan kain menyerap air. Hati semakin melonjak riang. Terasa kaki semakinterkapai-kapai di dalam air. Pasir di bawah seolah-olah sudah tiada. Air ombaksudah merecik sampai ke muka. Mereka tidak sedar sudah semakin jauh dari gigiair. 

Dari laut Humaira seperti terpanggil-panggil untuk pergi lebih jauh kearah suara itu. Sepasang baju kurung Humaira sudah lencun. Kain baju kurungsudah menjadi seperti obor-obor besar yang terapung di permukaan air. Ain danAsniwanie sudah semakin takut. Mereka memanggil Humaira untuk naik ke daratkerana mereka sudah pergi semakin jauh. Humaira bagaikan dipukau. Matanya terusmengadap Pulau Kapas yang masih jauh kelihatan. Air laut semakin meninggidengan paras dadanya. Ain dan Asniwani sudah tiada daya lagi menjerit danmelolong untuk memanggil Humaira. Segera mereka mendayung air dengan tanganmereka sekuat hati dan menggerakkan kaki dengan sedaya yang boleh untuk keluardari air laut. 

Previous: Bab 19
Next: Bab 21

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh