Bab 40

Humaira sendirian menunggu Nenek pulang dari surau. Ingin dikut tetapi tidak sempat. Masih lagi di bilik air, mandi. Pulang agak lewat daribermain. Sudah masuk maghrib. Merdeka kerana Abah dan Mak ada di hospital.Adik-adiknya sudah lahir ke dunia. Disangka Cuma seorang. Tetapi yang keluardua orang. Itu yang diberitahu Nenek yang keluar meminjam telefon rumah MakGayah. Dialah yang menjaga Humaira untuk tiga hari itu. Humaira tidak kesekolah. Tidak sabar menati kepulangan adik-adik baru.


Abah meminta kawan hantar ke hospital. Agak jauh, 40 kilometer.Sepatutnya hanya setengah jam sampai jika dikira dengan kelajuan biasa keretayang berkondisi baik. Kereta kawan Abah, Pak Roslan hanya Ford Mustang 1967 GT.Tidak tahu dibeli dengan siapa. Hampir mahu berhenti di tengah jalan. Mujurlah MakSenah hanya sakit sekejap-sekejap. Masih mampu bertahan untuk sampai. PakRoslan tidak berkira. Dia sentiasa ada semasa Abah perlukan pertolongan. Esokpagi juga dialah yang akan mengambil Abah dan anak-anak serta Senah.


Humaira tidur sambil memeluk lutut di muka pintu. Menanti Nenek.Sudah agak mengantuk. Namun bimbang untuk tidur seorang. Rindunya tidaktertahan kepada Mak dan Abah.


“Humaira, Asslamualaikum. Mok lambak balik takdi ada majelih tahlil. Mok tunggu sapa abih. Ada deme tu buwi nasik kuning dengan ikang aya,” Nenek mengejutkan Humaira. Lantas Humaira sedikit terlompat,hampir mahu tersembam di muka pintu. Terpisat-pisat. Mengambil bungkusan nasidi tangan Mak Melah. “Aboh mung balik esok dengan mok mu. Pok Lang jugok giambik.” 

Nenek melangkah naik setelah membasuh kaki di tempayan. Air hujanyang ditadah hampir habis. Sudah dua hari panas. “Mok, esok kite nok tulungmok masok ke mok, tulung jage adik, tulung basuh baju, tulung blake la,”Humaira tersengih. Sudah terbayang-bayang wajah bayi-bayi kecil. Mahu membantu Nenekmenjaga Mak Senah. Dia hanya menjuihkan bibir. Mak Melah sudah tidak laratuntuk menjaga anak kecil. Biarlah Ali sendiri yang jaga. Taulah Aboh mungjaga kekgi, Mok ni tue doh. Mok mung pung bukang dok rajing beranok,” Nenek Humaira menambah lagi meyakinkan Humaira yang menyuap perlahan nasi kuning dan ikan tongkol. Humaira belum faham. Hanya mengiyakan apa yang dikata Nenek.

Previous: Bab 39
Next: Bab 41

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh