Bab 12

Sedang Humaira berjalan seorang diri di taman, terlihat bermacam-macam jenis bunga yang wangi.Tidak tahu yang mana satu harus dihidu. Dikutipnya setiap jenis sekuntum bersama batang yang panjang. Agak mudah dipegangnya nanti. Semakin banyak bunga dikutipnya, semakin kembang jadi jambangan bunga. Mahu dibawa ke rumah dan dihadiahkan kepada Amin. Sungguh harum baunya semerbak setaman. Usai mengambil bunga itu, Humaira berpusing untuk pulang. 


Humaira terkejut. Amin berada dibelakangnya dan tersenyum dengan girang. Humaira lantas memberikan bunga itu kepada Amin. Setelah itu Amin pergi meninggalkan Humaira. Humaira mengejar,berlari sekuat hati. Amin hilang dalam kabus. Humaira keseorangan di taman bunga. Menangis sesungguh hati. Abang...Bakpe abang gi tingga adik...adiknok saeng dengang sape kekgi duk dumoh...Humaira terus menangistersedu-sedan. Habis berjejeran air mata dan air hidung memenuhi pipi. Basahbaju dengan peluh dek haba malam. Tidak dihiraukan dan mata masih terpejam.

Mak menampar perlahan pipi Humaira yang masih menangis hiba.Humaira bermimpikan Amin dan bercakap dalam tidurnya. Mak dan abah juga terlalu hiba melihatkan perpisahan dua beradik itu. Mereka terlalu rapat bagai belangkas. Jarang dipisahkan. Segala cerita diceritakan kepada abangnya. Bahkan dengan mak dan abah masih ada rahsia.

Abah menjemput beberapa orang masjid dan surau untuk menyelesaikan majlis pengebumian. Solat jenazah, mandi dan kafan semua dibuat mak dan abahdengan Humaira disisi. Mak saudara dan bapa saudara yang terdekat sahaja yanghadir. Kawan-kawan sekampung juga datang berziarah dengan ibu bapa mereka,menatap wajah Amin yang terakhir. Humaira masih buntu dan lupa abangnya sudahpergi selamanya.

Mak menyimpan air mandian jenazah Amin di dalam bekas. Dilipat kain-kain batik dan selendang yang digunakan untuk Amin. Kesedihan sudah tidak lagi berada pada titis air mata mak. Namun masih jelas pada sinar matanya. Diatidak mahu abah melihat itu semua. Dia mahu abah juga kuat dengan dugaan Allah.Mak redha. Abah redha. Amin sudah menuju kepada kekasihnya yang abadi. Selepas ini mereka juga pasti menyusul.

 

Previous: Bab 11
Next: Bab 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh