Bab 9

Pagi itu, Amin tidak bangun awal seperti biasa. Humaira sudah siap mandi pun dia belum bangun. Mok,abang dok bangung lagi ni. Adik gerok doh takdi, kite dok tau bakpe.Humaira jadi pelik. Dia pergi panggil mak. Mak mengejutkan Amin perlahan. Dahi Amin berpeluh-peluh. Bibirnya pucat dan kering. Mak meletakkan tangan ke dahi. Ya Allah, Aming demang ni dik. Mung gi panggil aboh lalu. Kabo ke aboh abang demang panah. Kene bowok gi klenek. Gi derah dik! Mak semakin cemas.Amin demam agak kuat, dan panas yang luar biasa. 


Mak menitiskan air mata dan menjadi semakin tidak tentu arah. Digosok-gosok tangan anak terunanya perlahan dan dilap dengan kain lembap. Seluruh tubuh Amin, namun tetap sahaja panas semula. Air nipis-nipis sekejap saja kering di liang roma Amin. Suhu panas lebih tinggi mengeringkan molekul air yang sejuk. Badan Amin terlalu panas sehinggakan tidak mampu untuk sedar dari tidurnya. Abah bergegas ke klinik bersama dengan mak.

Kete sape nok pinjang pulok nih? Abah termenung sejenak memikirkan. Kete Pok Sohok ade tu, buruk pung buleh gohek lagi. Mak memberi cadangan.


Abah meminjam kereta jiran sebelah Mak Gayah untuk pemeriksaan. Doktor meminta abah terus ke hospital untuk rawatan kecemasan. Mak dan Amin dibawa ke hospital dengan ambulans. Amin dimasukkan ke dalam ICU kerana suhu yang terlampau tinggi, 45 darjah celcius. Jika tidak diturunkan dengan cepat mungkin akan merosakkan sel otak.

Perjalanan memakan masa hampir satu jam. Agak lewat kerana kondisi kereta yang sangat lama. Gearbox juga sudah rosak, tersangkut dan hampir tidak menggerakkan kereta Nisan Corolla hampir 20 tahun itu.


 Mak menunggu abah di ruang legar. Pelbagai cara yang dibuat oleh doktor dan jururawat yang keluar masuk.Mak abah pun tidak tahu apa yang digunakan untuk merawat Amin. Humaira ditinggalkan di rumah nenek kerana kanak-kanak tidak dibenarkan masuk. Humaira sangat bimbang dan sedih, berharap serta berdoa agar abangnya cepat sihat dan kuat. Mahu dia mengajak Amin untuk bermain lagi seperti sedia kala. Tidak sangka dia Amin terpaksa dimasukkan ke dalam hospital. Humaira tidak sempat bercakap apa-apa kepada Amin. Malam itu mak menelefon Umie, adik mak. Guna telefon hospital. Dia berpesan agar memberitahu nenek dan Humaira mereka akan pulang esok pagi. Pada masa itu, tiada lagi telefon bimbit. Telefon rumah hanya dimiliki orang yang berduit. Umie antaranya. Humaira tidak dapat melelapkan mata. Sentiasa menantikan kepulangan mak, abah dan Amin.

Amin tidak juga kebah demamnya walaupun sudah beberapa hari berada di hospital. Para doktor di hospital besar Kuala Terengganu pada masa itu tidak dapat mengenalpasti puncasebenar demam panas yang dialami Amin. Puas mereka mendignosis punca demam tersebut namun gagal. Oleh yang demikian, mereka menanyakan kebenaran abah untuk mengambil sampel air tulang belakang. Abah dan mak bertekad untuk membawa Amin keluar dari hospital kerana tidak mahu mengambil risiko setelah sampel diambil. Dia mungkin lumpuh atau lemah kaki untuk berjalan seperti biasa.Membawanya pulang adalah jalan yang terbaik dari membiarkan doktor-doktor disana menjalankan eksperimen dan menjalankan kajian ke atas penyakit yang tidakdiketahui itu. Esok pagi, terus discharge dan di bawa ke rumah. Mak dan abah tidak sanggup melihat wayar yang berselirat itu lagi. Darah diambil setiap 4 jam. Mimpi ngeri!

Previous: Bab 8
Next: Bab 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh