Bab 21

Asniwani sampai dahulu kerana lebih pandai menyelam berbanding Ain.Tergopoh-gopoh mereka pergi mendapatkan Abang Zubir anak Mak Long Kiah yang sedang mengeringkan badan dengan kain tuala. Abang Zubir! Abang Zubir! Derah mari tulung Humaira, dia koho masuk dalam laut doh, kite panggil dok dengor!Zubir berlari membiarkan tuala jatuh ke pasir. Dilihat Humaira yang semakin tenggelam bersama mentari ketika itu. Dibolak balik dalam air laut yang masin.Hari semakin gelap menghampiri maghrib. Humaira tidak sedar semua itu. Ombak laut sudah berjaya direntasi. Zubir cuba berenang dengan libasan tangan yang sangat kuat dan gagah untuk menyelamatkan anak jirannya ke tengah laut.Anak-anak Mak Long Kiah yang lain masih lagi memerhati dengan tekun dan sabar.

Kak Nora berlari meninggalkan pantai bagi memberitahu Pak Ali, abah Humaira. Motor cabuk itu terus ditunggangnya laju merentasi jambatan kayu yang 

sudah jarang lantainya. Petang itu sudah hampir ke penutup. Waktu maghrib akan masuk tidak lama lagi. Abah sudah bersiap-siap untuk ke masjid. Hatinya berasa tidak sedap. Masih menunggu Humaira. Abah mengambil pencakar dan menyapudaun-daun kering buah binjal yang memenuhi halaman rumah. Masa yang ada untukmenunggu azan maghrib sambil menunggu kepulangan Humaira. Rasa di hati semakinbimbang. Selepas solat nanti abah akan ke rumah Ain atau Asniwani untuk bertanyakan Humaira. Mungkin anak daranya seorang itu terlalu ralit bermain sehingga terlupa untuk pulang ke rumah.

Di dalam air itu, Humaira sudah terkapai-kapai kelemasan. Namun suaranya tidak kedengaran meminta tolong. Zubir semakin sukar bernang untukmencapai Humaira. Angin sudah mula bertiup, menghasilkan gelombang yang keras.Menempuh mukanya terasa seperti ditumbuk orang berkali-kali. Selendang Humaira sudah hanyut namun sempat dicapai Zubir lalu dilempar kembali ke leher Humaira lalu ditariknya sekuat hati.

Pok Ali! Humaira ade di lauk nung, lemah air! Kedengaran Kak Nora menjerit lantang ke arah abah Humaira. Abahterpana lalu dihempasnya pencakar yang berada di tangan. Mak yang tedengar dimuka pintu tercengang. Abah berlari sekuat hati ke jambatan dari rumah. Makterketar-ketar. Terbayang kembali jasad anak sulungnya yang sudah pergimeninggalkan mereka. Hati terus berdoa yang baik-baik.


Humaira diseret ke tepian. Zubir melakukan pertolongan cemas denganpantas. Humaira terbahak-bahak. Kaki dan tangannya tersa seperti air batu.Lemah dan longlai kerana kepenatan mengharung air laut terlalu lama. Matanya dibuka perlahan-lahan. Abah menarik nafas lega. Zubir menghantar Humaira dan Abah sehingga ke rumah kerana waktu maghrib yang sudah masuk. Terus dibawa kerumah dan masing-masing sudah boleh bertenang. Mereka masih terkejut dantergamam dengan apa yang telah berlaku. Nenek Humaira juga sudah menunggu untuk menyambut kepulangan Humaira. Mak sudah siap menyediakan pakaian Humaira yang bersih dan air suam kuku untuk mandian Humaira. 


Masing-masing diam dan menyiapkanHumaira sahaja. Mereka tidak mahu mengur atau bertanya apa-apa kepada Humaira.Mak mencebok air suam dan menjiruskan Humaira dengan selawat dan surah Qulhuwallah. Tidak terlalu lama kerana bimbang Humaira akan demam kesejukan.Abah pulang dari rumah setelah solat di masjid ketinggalan dua rakaat bersama Imam. Humaira mak ulit sampai tidur. Dicucuh ubat nyamuk dan diletak jauh dibawah kabinet. Tilam nipis disapu-sapu habuk halusa dan benang yang melekat.Nenek mengurut tangan dan kaki Humaira dengan minyak kelapa yang dimasak sendiri. Dihembus-hembus dengan selawat dan kalimah Bismillah. Humaira kadang-kadang terkejut dari tidur dan tersenyum. Kadang menangis dan menjerit.Setelah itu menyambung kembali tidur sehingga esok pagi. Malam itu mak dan abah tidak tidur menemani Humaira.

Previous: Bab 20
Next: Bab 22

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh