Bab 25

Hujan mula merintik turun. Abah berjalan melintasi halaman rumah Nyang berkain pelikat dan kemeja kelabu tidak berbutang. Tunduk dan berjalan laju-laju di bawah hujan yang mulalebat. Humaira hampa. Abah tidak melihat ke arahnya. Padahal sudah lalu dihadapan rumah. Ah. Mungkin abah takut demam berada di bawah hujan. Zohor itu,Abah tidak pergi ke surau. Orang lain yang azan zohor itu. Hanya Pak Awang danZali yang berjemaah.

Humaira memanjangkan tangan untuk menyentuh air hujan yangberantaian di hujung sutuh rumah. Mula-mula sedikit. Setelah itu di biarlama-lama. Disapu ke muka dan rambut. Pura-pura ambil air sembahyang kononnya padahalingin bermain air hujan. Nyang mengambil penyapu lidi dan memiat Humairaperlahan. Tersenyum sahaja Humaira menampakkan gigi susu yang semakin kuningdan berkerak. Dakpe lah Nyang. Kite nok balik dumoh doh ni. Nok tengok ade mak masokmende. Lapo doh eh. Humaira meminta diri untuk pulang ke rumah. Sudahlapar.

Musim tengkujuh semakin dekat. Angin yang kuat sering sajamenghalang nelayan-nelayan dari kerja harian mereka mencari rezeki. Begitu jugadengan Abah dan mak. Tidak dapat menambah pendapatan. Bekas beras semakinkosong. Ketika mak mencedok dengan tempurung kelapa, berlaga bunyi dengan bekasberas. Beras sudah bercampur dengan debu-debu halus. Kelihatan bubuk-bubuk yangberwarna hitam di atas permukaan  baldikecil itu. Mak meningalkan sedikit beras untuk bubuk dan yang lain itudijerangnya untuk makan tengahari. Terlalu sedikit untuk makan bertiga. Bilanasi sudah masak, hanya semangkuk yang tinggal kerana dimakan api menjadikerak. Mak masih bertenang. Duit kutu akan tiba gilirannya esok. Boleh dibuatbeli beras. Dicapainya tiga bungkus mee segera lalu dimasak. Air ditambah lebihuntuk dibuat kuah. Perisa kari. Mak tersenyum bersyukur dengan apa yang ada.

Humaira yang sudah selesai mandi tersenyum melihat mee maggi yangmasih berasap berkepul-kepul di tengah ruang rumah. Dia begitu sukakan maggi.Sama seperti arwah abangnya. Abah sedang memotong kuku dengan pengetip kukuyang sudah sumbing dan berkarat di tengah tuasnya. Tidak berbaju hanya berkainpelikat. Hujan terus membasahi bumi. Air semakin banyak bertakung di bawahrumah dengan bunyi katak yang sambung menyambung. Hari semakin mendung. Makmenghilang unutk menunaikan fardhu zohor. Mungkin abah sudah selesai solatsebelum duduk memotong kuku.

Humaira dengan rambut yang sudah disisir rapi duduk menghadapmakanan yang dimasak mak. Menunggu mak dan abah untuk makan bersama-sama. Airdi hujung rambut masih menitis di atas baju lengan panjang. Baju Amin yangdipakai untuk memberi haba. Mak sudah selesai solat dan pergi berlalu semula kedapur untuk membuat air. Baru ning ade orang pindoh masuk kapong kiteni, dengo kate kene pula dorang, ngaji bende sesat. Semua mereka tigaberanak berkumpul di tengah rumah untuk menikmati hidangan yang serba ada itu.Mak memulakan topik perbualan. Mengenai jiran sekampung mereka yang barupindah. Tambah mak lagi kerana dipulaukan orang kerana membawa ajaran sesat. Abahhanya meneruskan suapan maggi dengan sesudu nasi yang telah berendam dengankuah maggi kari. Humaira juga kusyuk dengan makanannya dan mengibas-ngibas lidahnyayang terkena kuah panas, pijar. Senyum sumbing memandang mak yang mencerlungkanbiji matanya.

Abah tidak menghiraukan Humaira yang kepijaran. Dia terusmenyuapkan makanan ke dalam mulut sehingga habis. Sambil mak menghirup kuah,sambil menanti balasan daripada Abah. Puas dikerlingnya, mak juga meneruskansuapan sehingga habis hidangan. Abah menghempaskan sudu ke dalam pingganplastik. Tersentak mak dan Humaira yang masih menghirup kuah kari yang sudahsuam-suam kuku. Prangggg!!! Terpercik kuah kari itu ke baju Humaira.Terkebil-kebil anak itu memandang Abahnya yang dikira tidak pernah bertindakbegitu. Mak lantas meletakkan sudu dan menyapu-nyapu kuah kari itu dengan kain.Diselak-selak baju Humaira untuk melihat sebarang lecur atau gelembung.Mujurlah sudah tidak panas seperti tadi kuahnya. Doh bakpe pulok aboh mung wey??!!Mak juga terkejut beruk dengan tindakan abah yang tiba-tiba.  Humaira mengenyit-ngenyitkan matanya yangpedih. Ada kuah yang terpecik masuk ke dalam matanya. Air mata mula mengalirdan mata bertukar merah. Semakin pedih. Tangan yang baru naik ke muka hendakmenenyeh mata sempat ditarik oleh mak. Mak lalu bangun dan membawa Humaira kedapur untuk membasuh mata dengan air paip. Abah buat tidak tahu.

Mak semakin menggelegak. Namun masih bertenang dan menguruskan Humaira terlebih dahulu. Entah dari mana, bau asap rokok semakin menguak didalam rumah. Mak semakin terkejut. Abah dilihatnya sedang merokok di mukapintu. Asap berkepul-kepul ditiup abah menjadi bulat-bulat. Humaira semakin tertarik dan tersenyum melihat Abah. Betul apa yang didengar Mak. Orang kampung sudah bising mengatakan perihal Abah yang sudah bermesraan dengan jiran baru kampung itu. 

Previous: Bab 24
Next: Bab 26

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh