MP 47

GLOCK MEYER 22  yang berada di dalam genggaman aku, aku tenung lama. Tak sangka senjata kesukaan aku ini boleh terlepas masuk ke dalam Malaysia. Licik juga otak abang aku ni. Tahu-tahu saja dia suruh Chen bagi aku satu senjata untuk melindungi diri. Bukan sembarangan guna macam dekat Itali sana. 

"Adra, awak dah sedia?" soal Chen yang sedang fokus memandu. 

Aku hanya menganggukkan kepala bagi menjawab soalannya itu. Anak-anak buahnya yang lain mengekori kami dari belakang. Aku melemparkan pandangan ke luar tingkap. Kiri dan kanan jalan raya ini dikelilingi hutan. Boleh tahan tebal juga hutan. Tempat yang nak dituju ini boleh dikatakan dekat dengan tempat kejadian Rery kemalangan. Yang peliknya, aku sempat meninjau ke dalam kereta suamiku. Tiada langsung kesan apa-apa seperti darah. 

"Eh, kejap...," ujar aku dengan tiba-tiba.

"Kenapa, Adra?" 

"Adra baru teringat yang Rery ada dua telefon bimbit. Kenapalah Adra boleh lupa tentang benda tu. Haish!" Aku menyumpah-seranah diri sendiri. Otak lambat sangat berfungsi. Rery kan pengurus syarikat. Orang perniagaan. Memang biasanya ada dua atau tiga biji telefon. Aku boleh lupa yang suami aku ada dua nombor telefon. Satu dikhaskan untuk keluarga dan sanak-saudara. Satu lagi untuk perniagaan. Telefon bimbit yang ditemui oleh polis adalah telefon bimbit yang dikhususkan untuk persendirian. Ini bermakna, telefon dikhaskan perniagaan ada pada dia. 

"Nak telefon ke?" soal Chen. 

"Erm... awak rasa patut ke?" 

Chen tidak menjawab sebaliknya memberikan signal pada anak-anak buahnya untuk berhenti di bahu jalan buat seketika. Sebaik saja brek tangan ditarik, Chen mengambil telefon bimbitku. Lama dia merenung nombor telefon Rery sebelum menatal skrin telefon bimbitnya. 10 digit nombor dimasukkan ke dalam satu aplikasi. 

"Tuan Rery tidak jauh dari kita. Kita dah jumpa lokasi dia."

Aku hanya mendiamkan diri. Chen memulangkan semula telefon bimbitku. Tak lama itu, dia menurunkan brek tangan dan memijak pedal minyak dengan laju. Chen mengarahkan aku untuk memberi lokasi itu kepada Julian. Aku turuti saja arahannya. 

"Saya nak cakap dekat awak, Adra. Hati saya mengatakan yang apa yang terjadi ini bukan berpunca dari lelaki bernama Arif itu. Tetapi, musuh. Kenapa saya yakin? Sebab Tuan Rery tak akan mudah ditewaskan dengan orang macam dia. Tuan Rery kadangkalanya akan tewas sekiranya ada musuh yang berjaya mengesan dia. Sama seperti Tuan Julian dan Tuan Rae. Ingat tak yang Tuan Julian pernah cakap, keturunan keluarga Adra dengan mereka mempunyai ramai musuh." 

Aku terdiam sejenak sebelum kembali bersuara. "Tapi, abang saya cakap. Musuh tak akan berani jejak kaki ke sini."

"Itu hanya anggapan sebab sebelum-sebelum ni belum pernah musuh dari Itali berani menjejakkan kaki mereka ke sini memandangkan sistem undang-undang di sini ketat melainkan otak mereka geliga dan licik. Dunia dah semakin canggih dengan pelbagai teknologi yang tak dijangka. Jadi tak terkejut sekiranya mereka berjaya datang ke sini."

Aku menggelengkan kepala perlahan. Jadinya sekarang ni, nak bersembunyi dekat mana sekalipun dah rasa tak selamat. Macam mana nak lindungi Noah? Mereka semestinya tahu Noah pewaris yang seterusnya. Ya Allah...

"Dan lagi satu, kemungkinan besar. Ada orang dari Malaysia membantu mereka untuk masuk ke sini. Saya dapat rasa yang Arif mungkin ada berkaitan dengan hal ini."

Aku menggenggam penumbuk aku. Terasa urat aku menegang. Beraninya Arif bersengkokol dengan orang Itali. Dia tak tahu apa risikonya. Tak apa, kita lihat nanti...

CHEN menghentikan kereta di bawah sebatang pokok besar yang tidak jauh dari gudang terbiar. Aku pun terkejut bila nampak sebuah gudang terbiar yang terletak di dalam hutan tebal. Kereta anak-anak buah Chen yang lain berada di belakang kami. Aku membuka pintu lalu membawa diri keluar dari kereta. Chen yang sedang merenung gudang tersebut aku dekati perlahan. Kami kena bercakap secara berbisik. Tak mahu ada sesiapa yang sedar akan kewujudan kami. Dan sekarang ni masalahnya, aku seorang saja perempuan. Yang lain semua lelaki. Boleh dilabelkan aku ni seorang perempuan yang brutal. Ini kalau Rery tahu mahu aku kena ceramah tujuh hari tujuh malam berturut-turut. 

"Chen..." 

"Saya dapat agak ada 10 ke 15 orang dalam gudang itu."

Aku tercengang. Chen ini ada kuasa ke? Dia tenung gudang tersebut kemudian boleh anggarkan berapa orang yang ada di dalam gudang tersebut. Kagum betul aku dengan dia ni. Memang berbaloi betul Julian upah dia selama ini.

"Sekarang ni apa plan? Tak akan nak terus serang masuk?" soal aku.

"Kita kena curi-curi masuk ikut pintu yang tersembunyi. Gudangkan banyak pintu masuk. Jadi itu sajalah peluang yang kita ada," balas Chen sambil mengisi peluru ke dalam pistolnya.

"Periksa peluru Adra. Pastikan cukup. Peluru yang lain ada dalam poket?" 

Aku menganggukkan kepala. Entah kenapa dengan tiba-tiba jantung aku berdegup kencang. Janganlah jadi apa-apa dekat Rery. Aku baru saja nak bina kebahagiaan bersama dia. 

"Uwerkk!" Aku menekup mulutku lalu berlari ke semak-samun. Tiba-tiba saja tekak aku mual. Aku rasa aku makan malam tadi tapi dengan kuantiti yang sedikit. Tak akanlah masuk angin pula. Janganlah cari pasal. Aku tengah dalam misi nak menyelamatkan suami aku ni.

"Adra, Adra okey tak ni?" Chen menepuk-nepuk lembut belakang tubuhku. 

"Ya, okey. Sorry." Aku mengesat mulutku dengan sehelai tisu yang aku ambil dari dalam poket seluar.

"Kalau tak boleh, Adra stay dalam kereta."

"No. I am fine, Chen. Adra okey je. Jangan risau. Back to our mission."

Chen lambat-lambat menganggukkan kepalanya. Aku mengekori saja langkahnya bersama anak-anak buah yang lain. Aku kena fokus. Sakit yang singgah pada kepala aku tidak hiraukan sama sekali. Aku kena kuat untuk selamatkan Rery.

"ERGGHH!" 

"Lepaskanlah aku, bodoh!"

Aku dan Chen bersembunyi di sebalik dinding yang memisahkan sebuah lorong kecil yang menempatkan beberapa buah ruangan dan juga ruangan utama. Bau busuk yang menusuk rongga hidung aku abaikan semampu mungkin. Menggelodak perut aku dibuatnya setiap kali aku menarik nafas.

"Adra, bukan Rery saja ada," bisik Chen betul-betul tepi telinga aku. Bagaikan bunyi nyamuk saja. 

Aku memerhatikan suasana ruangan utama yang luas itu. Sedikit perasaan terkejut menjengah diri aku. Mataku langsung tidak berkerdip. Rery tidak keseorangan di situ. Rae dan Ivander turut berada di situ. Ivander aku fikirkan dia dah serahkan diri dekat balai polis. Rupanya belum. Rae pula, bukan ada di Kelantan ke? 

"Aku tak akan lepaskan korang selagi harta yang sepatutnya milik Adamo jadi milik aku." 

Jantung aku bagaikan terhenti buat seketika. Suara itu sangat familiar bagi aku. Tapi, bukan ke...

"Kau siapa, huh? Apa kau nak? Apa kaitan kau dengan Adamo tak guna tu?" Rae menghambur makiannya kepada si musuh itu. Aku tak boleh nak nampak siapa musuh tersebut, disebabkan dia berdiri membelakangi kami. Dan aku boleh nampak dari belakang sepertinya dia memakai topeng muka. 

"Chen, siapa dia tu? Suara dia macam..."

"Shh..." Chen meletakkan jari telunjuknya pada bibirku. 

Bam! Pandangan aku beralih ke arah sebuah pintu yang tidak jauh dari ruangan utama itu. Kelihatan satu susuk tubuh yang sangat aku kenal sedang melangkah menghampiri mereka. Siapa lagi kalau bukan Arif. Wah, hebat kau Arif! Kau dah masuk campur dalam hal keluarga aku. Memang cari pasal kau ni, kan?

"Arif Halfi..." Sebaris nama itu disebut oleh Rery. Terketar-ketar bibirnya menahan marah. Aku tahu kemarahan dia sedang meluap-luap. Hanya tinggal untuk meletus bagaikan gunung berapi saja.

"Oh, hai Rery El-Sharif. Saya tak sangka yang kita berjumpa lagi. Kuatkan jodoh kita." Arif melepaskan tawa sambil bersilang tangan ke dadanya.

"Korang nak apa sebenarnya?" soal Ivander setelah sekian lama mendiamkan diri. Yang banyak mulut dari tadi adalah Rae. Tak berhenti memaki hamun si musuh untuk tanpa perasaan gentar.

"Nak harta Princeslon."

"Nak Aara Malika." 

Jawapan Arif buat aku rasa geli hati saja. Buat lawak agaknya. Dia ingat aku barang ke apa? Sorang nak harta, sorang nak aku. Bodoh betul!

"Kita kena cari peluang untuk kita ambil kesempatan menyerang mereka. Saya dah roger dekat anak-anak buah saya. Dia orang akan tunggu kita bertindak baru mereka sertai. Saya tak nak yang dia orang tahu kita bawa anak buah ramai. Biar kita berdua saja supaya dia orang fikir yang kita ni lemah dan bodoh," bisik Chen memberitahu rancangannya. Memang otak bernas Chen ni!

Aku sekadar menganggukkan kepala. "Kalau macam tu, bagi Adra mulakan langkah pertama. Adra nak beritahu, kalau Adra petik jari tu. Chen kena arahkan anak-anak buah yang lain untuk melepaskan tembakan dan membuat kecoh supaya anak-anak buah dia orang tu keluar." 

Chen terdiam seketika sebelum menganggukkan kepala. Dia terpaksalah mengalah. Sebab aku ni memang keras kepala. Kalau aku cakap aku nak tu, bermakna aku tekad yang aku memang nak buat sesuatu itu. Kalau nak berdebat pun tak boleh dalam keadaan macam ni. Tak pasal-pasal rancangan kami gagal.

"Pakai ni dulu. Jangan tunjuk sangat diri Adra tu." Sehelai topeng mulut diberikan kepada aku kemudian dia menarik hud menutupi kepala aku.

Aku memakai mask tersebut. Tangan meraba poket seluar untuk memastikan pistol kesukaan ada bersama dengan aku. Fuh!

"Saya perhatikan Adra. Hati-hati. Fokus sekeliling. Jangan lalai." 

Aku sekadar menganggukkan sebelum mengangkat punggungku. Boleh tahan ramai juga anak buah si musuh ni. Aku kena fokus. Fokus, Adra.

"Ehem... hai..." Aku jalan mendekati mereka dengan lagak tenang. Jantung aku tak usah dijelaskan, dah macam nak tertanggal dibuatnya. Tak tenang langsung jantung aku ni. Hesy!

Serentak mereka semua mengalihkan pandangan ke arah aku dengan tindak berjaga-jaga. Anak-anak buah si musuh tu dah acukan pistol mereka ke arah aku. Aku masih lagi berani mendekati mereka.

"Berhenti situ. Kau siapa?" soal Arif kepada aku. Tegang nada suaranya.

"Saya sesat. Tolong saya?" Aku mengelip-ngelipkan kelopak mataku beberapa kali. Minta simpati. 

"Sesat?" Berkerut dahi Si Arif. Terkejut sangat nampaknya tu. Belum lagi aku tanggalkan topeng mulut aku ni. Mahu melongo dia dibuatnya.

"Jangan nak temberang. Baik kau cakap kau siapa sebelum kepala kau pecah!" Suara si musuh sudah naik seoktaf sehingga bergema-gema suasana ruangan gudang ini. Tapi, langsung tak menggerunkan bagi aku.

"Hmmm... saya...." Aku memetik jari aku.

Plak! Tak sampai sesaat, anak-anak buah Chen melepaskan tembakan dan mula membuat kecoh di luar gudang. Aku tersenyum sinis di sebalik topeng muka. Datang sudah gila aku. Sama macam dalam mimpi tempoh hari.

"Serangan!" jerit Arif. 

"Tak guna." Si musuh itu merenung aku lama sebelum mengarahkan anak-anak buahnya untuk keluar dan membalas serangan.

"Kau siapa?" 

"Aku seorang manusia yang kau dah sentuh kebahagiaan dia. Kau lepaskan dia orang bertiga. Kau nak apa sebenarnya? Dah gila? Ni Malaysia tau, bukan Itali." 

Si dia melepaskan tawa berdekit-dekit. Peluang aku! Aku terus berlari ke arahnya lalu melepaskan tendangan padu pada perutnya sehingga dia terundur ke belakang sebelum jatuh terbaring di atas lantai. Arif memandang kami bersilih ganti. Mamat ni dah kenapa? Tak nak serang aku ke? Asal pengecut sangat?

"Uhuk!" Si dia terbatuk sehingga terpercik darah dari mulutnya. Kuat sangat ke aku tendang tadi? Aku tendang sepenuh hati aku. Tak sangka pula sampai terbatuk darah dia.

"Argh!" Aku mengerling ke arah Chen yang sudah menyerang Arif dari belakang. Arif tak terdaya hendak membalas serangan Chen yang kuat itu. Lembik rupa-rupanya!

"Baru tendang sikit dah batuk berdarah ke awak?" ejek aku sambil tangan naik bersilang ke dada. 

"Kurang ajar..." Dia mengangkat punggungnya lalu berlari ke arah aku untuk melepaskan serangan.

Aku dengan tangkasnya mengelak dari terkena serangannya lalu aku memanjat belakangnya. Topengnya aku tarik sebelum tubuh aku tolak kuat sehingga terhentak ke dinding.

Kedebuk! Tubuhnya jatuh menyembah bumi. Aku cuba mengawal nafasku yang sedikit laju. Mengah.

"Honey...," panggil Rery dengan nada perlahan. Aku terkedu. Rery kenal aku? Ah sudah... awal-awal dah kantoi.

"Errr..." 

"I know it's you, honey."

"Dengar suara tadi pun aku tahu itu kau, Ju."

Aku menggaru kepala yang tidak gatal. Ivander hanya pandang aku dengan muka tanpa riak. Buat-buat macam tak kenal ke apa sekarang ni?

"Nanti jelas dekat rumah, ya," ujar aku sambil tersengih sebaik saja menolak hud ke belakang dan menanggalkan topeng mulut. Lemas weh!

"Juliana Adra..." 

Aku memalingkan wajahku ke arah si pemanggil. Nama penuh kut dia panggil. Siapa yang tak terkejut?

"Ka... kau..." 

Aku menggelengkan kepalaku beberapa kali. Mustahil tu dia. Tapi, tak akan pelanduk dua serupa pula. Tak pasal-pasal bulu roma aku merinding. Tak akan jelmaan roh? Hesy! Apa aku merepek ni? Macam mana dia boleh terlepas ke sini? 

"Kita bertemu lagi, Juliana Adra." 


Previous: MP 46
Next: MP 48

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.